Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa Kota Kinabalu Yang TERBAIK

Kota Kinabalu, Sabah kaya dengan sumber alam semula yang sungguh indah dan juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Ingin bercuti ke Kota Kinabalu memerlukan persediaan rapi dari pelbagai aspek seperti penginapan, pengangkutan dan lokasi yang ingin dituju. Dengan itu, barulah percutian ke negeri bawah bayu itu akan menjadi lancar.

Di sabah, perjalanan suatu tempat ke tempat yang lain kebiasaannya mengambil masa sehingga satu atau dua jam. Dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu akan memudahkan perjalanan di sana. Di sini kami senaraikan 10 perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu yang best dengan harga murah dan servis yang terbaik.

Kereta Sewa Best Di Kota Kinabalu


1. ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd

ed

Bagi anda yang menginginkan pakej pelancongan ke Kota Kinabalu, ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd adalah pilihan yang tepat untuk anda. Syarikat ini bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, malah mereka juga akan memudahkan kerja anda dalam mencari tempat penginapan iaitu homestay. Terdapat beberapa jenis homestay yang boleh dipilih. Begitu juga dengan perkhidmatan kereta sewa oleh ED Holidays Travel. Harga berpatutan dan tawaran diskaun mereka sudah tentu akan membuatkan anda berpuas hati dengan servis mereka.

Syarikat ini telah berpengalaman sejak tahun 2011 lagi dalam menyediakan servis terbaik untuk perkhidmatan kereta sewa dan homestay di Kota Kinabalu. Banyak testimonial yang menyatakan servis mereka sangat bagus dan pantas. Selain itu, jika terdapat sebarang masalah kereta mereka akan segera datang dan menangani masalah tersebut. Anda boleh melihat testimonial pelanggan yang telah menggunakan servis mereka di pautan disediakan di bawah atau melawat ke laman web ED Holidays Travel. Senarai harga kereta dan homestay boleh didapati laman web mereka.

Alamat: 1st Floor, Lot K2, Cyber Square Off Jalan Lintas Kepayan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 8.00am to 5.00pm, Sabtu 8.00am to 4.30pm, Ahad/Cuti Umum 8.00am to 4.30pm

Lokasi | Laman Web | Tik Tok | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 016-5090981 & 016-8397143

Whatsapp ED Holidays


2. Milas Travel & Tours Sdn Bhd

Milas Travel & Tours Sdn Bhd

Jika anda sedang mencari kereta sewa di sekitar Kota Kinabalu, Sabah, kami syorkan Milas Travel & Tours Sdn Bhd yang sah dan berdaftar dengan MOTAC dan SSM. Syarikat kereta sewa ini telah berkhidmat sejak tahun 2019, dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari pengangkutan berkualiti di Kota Kinabalu, Sabah.

Di sini, anda boleh pilih salah satu daripada 10 jenis kenderaan untuk kegunaan dan kesesuaian semasa anda melancong di Sabah bagi memudahkan perjalanan anda di sini dan menjadikan percutian anda lebih menarik dan mengujakan!

Bukan untuk individu persendirian sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada syarikat korporat swasta dan badan kerajaan untuk kegunaan perniagaan.

Bahkan terdapat banyak kelebihan lain lagi jika anda memilih Milas Travel & Tours Sdn Bhd antaranya penghantaran kenderaan tepat pada masa yang ditetapkan, pasukan profesional yang berpengalaman dan mesra, serta kenderaan yang disediakan juga sentiasa dalam keadaan bersih dan diselenggara baik.

Paling best sekali, anda akan mendapat penghantaran kenderaan secara percuma dan segala urusan tempahan anda akan diproses dengan lancar dan cepat. Dapatkan maklumat di bawah untuk tempahan!

Laman Web

Whatsapp Milas Travel


3. Grendline Travel Car Rental Service, Putatan

Kereta Sewa Grendline Travel

Grendline Travel mempunyai pelbagai jenis kereta sewa di Kota Kinabalu termasuklah kereta kecil Viva (RM79/hari) sehingga 4×4 / SUV / VAN RM239/hari. Kadar harga sewa kereta di syarikat ini adalah berpatutan dan menyediakan servis yang terbaik. Penyewaan selama 3 hari akan mendapat discount sekiranya menggunakan perkhidmatan di Grendline Travel. Banyak testimonial yang menyatakan servis mereka sangat bagus dan pantas. Selain itu, jika terdapat sebarang masalah kereta mereka akan segera datang dan menangani masalah tersebut.

Harga promosi boleh didapati dengan melawat laman sesawang mereka dan terdapat senarai kereta serta kadar harga untuk harian, mingguan dan bulanan. Tempahan secara online juga mudah untuk dilakukan di laman sesawang tersebut atau boleh hubungi nombor telefon yang tertera.

Alamat: Jalan Lapangan Terbang (Baru), Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi


4. Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd

Kereta Sewa Global Lepa

Global Lepa memberikan perkhidmatan kereta sewa yang berpusat di kota Kinabalu, Sabah. Servis sewa kereta yang disediakan adalah murah atau dipanggil “low-cost budget”. Mereka menawarkan harga serendah RM90 untuk sehari bagi kereta Viva (A). Anda boleh menyewa kereta dengan Global Lepa bagi tujuan percutian keluarga, bisnes, lawatan sekolah ataupun lawatan syarikat. Pelbagai jenama dan model kereta yang boleh dipilih seperti Perodua, Proton, Toyota, Nissan, Ford, Honda dan banyak lagi. Syarikat ini juga berpengalaman menyediakan pakej kepada pelanggan VIP. Caj penghantaran ke Airport dan hotel adalah percuma.

Jika anda berminat menggunakan perkhidmatan kereta sewa Global Lepa, anda boleh layari laman sesawang Global Lepa atau mengikuti Facebook mereka. Anda juga boleh mendapatkan diskaun sewa kereta dengan menggunakan voucher mereka yang boleh didapati di facebook mereka.

Alamat: B12-2 Block B First Floor, Jln Lintas, Kepayan Perdana Commercial Centre, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi


5. Journey Kinabalu Borneo

Kereta Sewa Journey Kinabalu

Syarikat Journey Kinabalu Borneo menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu yang berpusat di Tanjung Aru. Syarikat ini telah berpengalaman sejak tahun 2010 lagi dalam menyediakan servis terbaik untuk perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu. Journey Kinabalu Borneo mengaplikasikan sistem “Pickup” dan “Drop Off” yang mudah dan menjimatkan masa kerana staf mereka akan sentiasa bersedia menerima tempahan pada bila-bila masa. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu serendah RM80/sehari untuk kereta Viva dan RM100/hari untuk Sedan. Penghantaran ke airport atau hotel di Kota Kinabalu adalah percuma.

Anda boleh mengunjungi laman web mereka untuk membuat tempahan dengan lebih cepat atau menghubungi hotline mereka. Senarai harga dan jenis kereta juga boleh didapati di laman sesawang yang disediakan mereka.

Alamat: Tg Aru Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: 7.00am – 10.00pm setiap hari

Lokasi


6. Zahra Rental & Tours Sdn Bhd 

Kereta Sewa Zahra Rental & Tours

Zahra Rental telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan semakin berkembang maju sehingga kini. Mereka mempunyai pejabat di Cyber Perdana dengan staf yang berdedikasi beroperasi sejak tahun 2018. Syarikat ini amat mementingkan kepuasan pelanggan, servis yang berkualiti dan baik. Harga sewa kereta yang ditawarkan adalah serendah RM100/sehari. Zahra Rental juga ada menyediakan promosi yang menarik di musim perayaan, cuti sekolah dan banyak lagi.

Tempahan kereta sewa Zahra Rental boleh dibuat melalui talian whatsapp atau melayari laman web mereka.

Alamat: Lot C 16-2, 1st Floor Block C, Kepayan Perdana Commercial Centre Jln Lintas
88200 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi


7. Suza Car Rental Kota Kinabalu

Kereta Sewa Suza Car Rental

Syarikat Suza Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang mempunyai pelbagai jenis Kereta sewa dari kereta kompak, Sedan MPV dan Van. Sama seperti syarikat kereta sewa di Kota Kinabalu yang lain iaitu menyediakan perkhidmatan bagi individu perseorangan ataupun syarikat. Tambahan pula, Suza Car Rental berpengalaman memberikan servis terbaik kepada syarikat swasta, Petronas, dan jabatan-jabatan kerajaan. Telah banyak syarikat swasta yang menggunakan perkhidmatan sewa kereta dari syarikat mereka samada kereta sewa pandu sendiri atau pakej pemandu.

Tempahan kereta sewa boleh dilakukan secara atas talian atau hubungi nombor yang tertera. Suza Car Rental mempunyai “support team” yang sedia berkhidmat 24 jam. Oleh itu, perjalanan anda di Kota Kinabalu dijamin puas hati dan selesa.

Alamat: Block H, Parcel 1, Level 5, Aeropod Commercial Square, Jalan Aeropod Off Jalan Kepayan, 88000 Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 07:00AM – 07:00PM

Lokasi


8. GB Global Rent a Car & Tours Sdn Bhd

Kereta Sewa GB Global Rent a Car & Tours Sdn Bhd

GB Global Rent a Car & Tours Sdn Bhd adalah agensi pelancongan dan sewa kereta yang berdaftar berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah iaitu serendah RM100 bagi kereta kompak. Mereka juga memberi penghantaran percuma ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) atau hotel berdekatan bandar Kota Kinabalu. Selain itu, syarikat ini juga mempunyai pakej pelancongan yang menarik di Sabah seperti percutian ke Kundasang dan Sunset Dinner Cruise.

Pelbagai jenis kenderaan boleh dipilih di laman sesawang mereka dengan mudah dan pantas. Pelbagai maklumat juga boleh didapati melalui pautan di bawah.

Alamat: Lot E-1-6, Blk E, 1st Floor, Kota Kinabalu, 88100 Sabah, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 08:00AM – 09:00PM

Lokasi


9. Big Momma Car Rental Kota Kinabalu

Kereta Sewa Big Momma Car Rental

Sama ada anda ingin bercuti bersama keluarga ke Kota Kinabalu atau bagi tujuan bisnes, Big Momma Car Rental juga adalah pilihan yang terbaik. Perkhidmatan kereta sewa Big Momma di Kota Kinabalu mempunyai banyak pilihan yang sesuai dengan tujuan dan kapasiti anda ke Kota Kinabalu, Sabah. Terlalu banyak ulasan dan komen positif yang diberikan oleh pelanggan kepada perkhidmatan terbaik staf mereka. Selain kereta, mereka juga menyediakan penyewaan motosikal. Sesuai dan lebih jimat bagi anda yang datang ke Kota Kinabalu secara bersendirian atau dua orang sahaja.

Anda tidak perlu menunggu lama apabila tiba dia Airport di Kota Kinabalu kerana anda boleh pergi secara langsung ke kaunter mereka di airport. Tempahan boleh dilakukan di laman web Big Momma seperti pautan di bawah dan hubungi nombor yang tertera. Terma dan syarat juga boleh didapati dia laman web tersebut.

Alamat: Kota Kinabalu International Airport, Terminal 1,  88740 Sabah, Malaysia

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi


 

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 7 Homestay Kota Kinabalu – Paling MENARIK Utk Menginap

Siapa yang tak kenal Kota Kinabalu ataupun KK yang merupakan ibu negeri Sabah ni? Orang ramai mesti dah tahu tentang Kota Kinabalu yang menjadi...

26+ Tempat Menarik di Kota Kinabalu – Panduan Bercuti di KK

Negeri Sabah memang sebuah negeri yang sangat cantik dengan keindahan pantai, pulau-pulau dan budaya etnik-etnik yang pelbagai. Selain itu orang di sini juga peramah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x