Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Aktiviti Menarik Yang Wajib Buat Di Pulau Mantanani

Pulau Mantanani Sabah merupakan gugusan tiga pulau yang dinamakan Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan. Pulau-pulau ini terletak di persisiran Barat Daya Sabah, bertentangan dengan bandar Kota Belud dan dikelilingi oleh perairan jernih dengan jarak penglihatan yang boleh mencapai 40 meters.

Manatanani juga dikenali sebagai “Pulau Ikan Duyung”, kerana kehadiran dugong yang terancam, yang kadang-kadang boleh dijumpai memakan rumpai air di sekeliling pulau ini.

Istilah ‘syurga penyelam’ mungkin keterlaluan, tetapi Pulau Mantanani bukan sahaja syurga penyelam. Sementara pengunjung menjelajah dunia dasar laut Mantanani, mereka akan terpegun dengan ikan berwarna neon yang berpusing-pusing, ikan badut (clownfish) yang bermain sorok-sorok di tengah anemon laut, terumbu jari berwarna terang yang bergoyang-goyang, dan terumbu karang hidup yang luas, menjadikannya destinasi terunggul untuk menyelam permukaan (snorkeling) dan menyelam skuba. Untuk peminat fotografi bawah air, pemandangan ini memang mempesonakan, ditambah dengan jarak penglihatan yang unggul.

Setiap selaman dalam pakej  Pulau Mantanani menawarkan sesuatu yang unik. Selain spesies dasar laut yang jarang ditemui, penyelam juga akan berpeluang untuk melihat ikan lumba-lumba!

Perjalanan ke pulau ini bermula dengan perjalanan kereta ke jeti Kampung Kuala Abai di Kota Belud, diikuti dengan satu lagi jam menaiki bot laju.


10+ Akitiviti Menarik Yang Wajib Buat Di Pulau Mantanani Sabah

1. Menyelam scuba di Mantanani

Banyak spesies ikan pari berkeliaran di sini seperti ikan pari bertompok biru (blue spotted ray) dan ikan pari marmar (marbled sting ray) di antara kumpulan ikan yang terbesar di sini. Selain itu, selaman muck terbaik dengan kewujudan udang imperial, jaw fish, ribbon eel, kuda laut, gobble bermata merah jambu dan sotong berlingkaran biru yang memegunkan, di kalangan nudibranch yang pelbagai.


2. Melihat Plankton Biru

Pada malam ajaib yang jarang, anda mungkin akan menyaksikan salah satu fenomena paling menakjubkan di dunia – “bioluminescence” atau Plankton Biru. Kesan visual yang menakjubkan yang seakan-akan luar biasa ini tentunya akan menjadi salah satu detik yang paling ajaib. Boleh dilihat bermula pada bulan Mac hingga ke akhir bulan Julai setiap tahun.


3. Menikmati pemandangan

Salah satu sebab utama Pulau Mantanani begitu popular untuk orang tempatan dan pengunjung ialah pemandangannya yang indah, anginnya yang dingin dan persekitaran yang tenang.


4. Melihat Matahari Terbenam

Bersantai di tempat yang paling romantik di pulau ini, di mana pengunjung boleh melihat warna-warni waktu petang yang menerangi lautan dan sementara menunggu bulan untuk menyinari malam yang indah.


5. Berkayak

Pengunjung boleh melibatkan diri dalam sukan kayak untuk mencuba sedikit aktiviti lasak. Ia juga merangsang perhubungan dan boleh juga menggembirakan pengunjung.


6. Kursus PADI

Pusat Menyelam Mari Mari yang diiktiraf oleh PADI terletak di Penginapan Menyelam Mari Mari (Mari Mari Dive Lodge) di Pulau Mantanani Kecil. Di sini pengunjung boleh menempah program menyelam permukaan (snorkeling) atau menyelam di Pulau Mantanani di penginapan ini. Untuk penyelam berlesen, mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka dengan mengambil Kursus Penyelam Lanjutan PADI di resort mereka sementara menikmati penginapan mereka di syurga ini.


7. Memancing

Aktiviti memancing di pulau ini tentunya akan mencabar peminat sukan memancing dan juga mereka yang baru mula belajar. Pengunjung boleh menikmati waktu petang mereka dengan memancing di pulau terpencil atau mempelajari bagaimana untuk memancing seperti nelayan tempatan. Pengalaman berdiri di persisiran pantai Pulau Mantanani yang indah memegang tangkapan ikan terbesar merupakan sesuatu yang sememangnya sukar dilupakan.


8. Trampolin

Sekiranya pengunjung gemar bersukan atau ingin menikmati aktiviti ini di tengah laut, Pulau Mantanani merupakan destinasi yang terbaik! Pengalaman melompat di atas trampolin yang berdepankan lautan terbuka atau di atas pantai memutih tentunya unik dan sukar dilupakan!


9. Berkhemah

Pulau ini menawarkan tapak yang ideal untuk berkhemah dengan kemudahan air dan tandas yang berdekatan. Terdapat juga banyak tempat yang teduh dan luas yang sesuai untuk melakukan aktiviti berkhemah ini, tidak lupa juga pemandangan laut yang mengagumkan!


10. Berjalan Kaki Pada Waktu Malam

Pengunjung boleh berjalan-jalan di bawah langit yang terang, mendengar kicauan Burung Hantu Scop Scops (Otus Mantananensis) yang hanya boleh dijumpai di Pulau-Pulau Mantanani dan Palawan dan dikagumkan dengan Kelip-Kelip yang mengelip seperti pokok Krismas.


11. Jelajah Hutan (Jungle Trekking)

Pengunjung boleh pergi menjelajah hutan dan melihat corak kehidupan masyarakat tempatan di perkampungan nelayan.


12. Bola Tampar

Apabila petang menjelma, permainan yang paling sesuai untuk dimainkan ialah bola tampar, dengan rakan-rakan mahupun dengan sesiapa sahaja yang berada di atas gelanggang!


Resort Pulau Mantanani:

1. Sutera Mantanani

Penginapan mewah menanti pengunjung di Sutera Mantanani, di mana terdapat hanya dua jenis penginapan iaitu chalet atau deluxe, yang mana kedua-duanya dilengkapi dengan mewah dan resort ini juga mempunyai kemudahan sewaan aktiviti air seperti menyelam, menyelam permukaan (snorkelling), berkayak dan memancing yang boleh didapati di resort serba mewah ini.


2. Rasa Sayang Mantanani Dive Resort

Rasa Sayang merupakan penginapan bertema chalet Pulau Mantanani yang menawarkan pemandangan pantai yang cukup indah di mana pengunjung boleh menjadi lebih rapat dengan laut. Penginapan dilengkapi dengan ringkas, tetapi pengunjung tidak akan kebosanan kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar resort ini.


3. Palm Beach Mantanani Holidays

Penginapan sederhana mewah di Pulau Mantanani ini sebenarnya tidak begitu mahal dan tarikannya ialah ia terletak begitu hampir dengan tarikan-tarikan terbaik di Pulau Mantanani, terutamanya pantai. Terdapat penginapan jenis chalet yang menawarkan keselesaan bagi pengunjung, dan banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti menyelam.


4. Sofiah Homestay Mantanani

Penginapan bertema homestay ini terbaik untuk mereka yang bercuti secara berpasangan atau berkumpulan kecil kerana saiz penginapannya yang tidak begitu besar. Dilengkapi dengan mudah sahaja, tetapi bajetnya yang menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang hanya mahukan keringkasan. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekeliling.


5. Mantanani Dream Resort

Dream Resort merupakan satu lagi resort yang popular di pulau ini kerana lihatnya seperti mewah tetapi bajet sahaja. Tarikan utamanya ialah aktiviti yang boleh disewa seperti menyelam, menyelam permukaan (snorkelling) dan lain-lain. Penginapannya juga lengkap walaupun ringkas, tetapi cukup selesalah untuk para pengunjung yang hanya mahukan keringkasan.


6. Mari Mari Backpackers Lodge, Mantanani Island

Penginapan bajet untuk mereka yang menggemarkan keringkasan, Mari Mari menawarkan penginapan daripada bilik asas hinggalah ke jenis dormitori, dan tarikan utamanya ialah ia merupakan penginapan yang popular di kalangan penyelam kerana pusat selaman PADInya yang terdapat di sini.


7. Mantanani Dugong Beach

Pilihan penginapan bajet di Pulau Mantanani memang banyak, dan Resort Dugong Pulau Mantanani antara yang popular kerana harganya yang berpatutan dan aktiviti-aktiviti yang boleh disewa di sini seperti menyelam dan sukan air. Selain itu, terdapat juga aktiviti menangkap ketam dan juga makanan seperti sarapan yang disediakan di sini.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay Terbaik di Kota Belud Untuk Menikmati Keindahan Sabah!

Kota Belud, sebuah bandar yang terletak di negeri Sabah, merupakan tempat yang kaya dengan budaya dan keindahan semulajadi. Bagi mereka yang ingin melarikan diri...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x