Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Terbaik di Kota Belud Untuk Menikmati Keindahan Sabah!

Kota Belud, sebuah bandar yang terletak di negeri Sabah, merupakan tempat yang kaya dengan budaya dan keindahan semulajadi. Bagi mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar, homestay di Kota Belud adalah pilihan yang sempurna untuk anda bercuti.

Homestay-homestay di Kota Belud membolehkan pelancong untuk merasai pengalaman hidup bersama keluarga tempatan, menikmati hidangan tradisional yang lazat, dan mengeksplorasi tarikan unik yang ditawarkan oleh kawasan ini. Jadi, dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan 10 homestay terbaik di Kota Belud yang pasti akan memuaskan hati anda.

10 Homestay di Kota Belud


1. D’JJ Homestay Kota Belud, Kampung Jawi-Jawi

D'JJ Homestay Kota Belud, Kampung Jawi-Jawi

Terletak di Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, homestay banglo 2 tingkat ini menawarkan pelbagai kemudahan lengkap. Antaranya adalah 2 bilik tidur yang berhawa dingin, 1 bilik air, peralatan memasak, perabot yang lengkap, dan tempat letak kereta yang selamat.

Selain itu, rumah ini boleh memuatkan sehingga maksimum 8 orang tetamu dalam satu masa. Besar kan? Malah, kebanyakan pelanggan sangat berpuas hati dengan kemudahan dan servis yang ditawarkan oleh pemilik homestay ini.

Bagi anda yang membawa keluarga atau rakan-rakan yang ramai, anda bolehlah cuba membuat tempahan dan menginap di sini. Kami menggalakkan anda menghubungi pemilik homestay ini dengan menekan butang WhatsApp di bawah.

Alamat: Kampung Jawi-Jawi, 89150 Kota Belud, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’JJ Homestay


2. Win Melangkap Homestay Kota Belud (Kaki Gunung Kinabalu), Kampung Melangkap Baru

Win Melangkap Homestay Kota Belud (Kaki Gunung Kinabalu), Kampung Melangkap Baru

Win Melangkap Homestay Kota Belud ialah homestay rumah kampung 2 tingkat yang sering menjadi pilihan pelancong yang datang ke Kota Belud.

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar, homestay ini sangat sesuai untuk anda. Homestay ini menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk keselesaan anda.

Apa yang menarik tentang homestay ini adalah ianya berdekatan dengan air terjun dan kaki Gunung Kinabalu! Bolehlah anda datang ke sini beramai-ramai sambil menikmati pemandangan yang menghijau dan bermandi manda di sini.

Kebiasaannya pelancong yang datang ke sini akan jalankan aktiviti “team bonding” atau “family gathering”. Seronok kan? Lepas mandi-manda bersama keluarga atau rakan-rakan, bolehlah anda lakukan aktiviti seperti BBQ dan “jungle tracking” di kawasan hutan yang berdekatan.

Alamat: Win Melangkap Homestay, Kampung Melangkap Baru, WDT 110, 89150 Kota Belud, Sabah

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Win Melangkap


3. Juliet Melangkap Homestay Kota Belud, Kampung Melangkap Baru

Juliet Melangkap Homestay Kota Belud, Kampung Melangkap Baru

Homestay seterusnya ini juga sering menjadi tarikan dan pilihan pelancong yang datang bercuti di Kota Belud. Ini disebabkan oleh homestay ini terletak berdekatan dengan sungai dan juga Gunung Kinabalu. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sungai bermandi manda bersama rakan-rakan atau keluarga.

Di samping itu, homestay ini mempunyai pemandangan sekitar yang cantik. Ianya sangat sejuk dan pastinya dapat menenangkan anda. Terdapat beberapa unit homestay yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan kemampuan anda. Jadi, jom tempah penginapan anda di sini segera!

Alamat: WDT No 59, Kampung Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Juliet Melangkap


4. Nopungguk Homestay, Kampung Gansurai

Nopungguk Homestay, Kampung Gansurai

Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti pendakian dan mengembara di dalam hutan, homestay ini adalah yang terbaik untuk anda. Kebiasaannya homestay ini didiami oleh pelancong dan warga tempatan yang ingin mendaki di gunung yang berhampiran dengan homestay ini.

Ada juga pelancong yang menginap di sini bersama kumpulan untuk membuat kajian di hutan dan kawasan yang berhampiran dengan homestay ini. 

Setelah penat melakukan pendakian, anda boleh merasai mandi-manda di air terjun yang berdekatan dengan homestay ini sambil menikmati pemandangan alam semulajadi. Menarik kan?

Homestay ini menawarkan penginapan yang selesa dan besar untuk anda. Bolehlah anda cuba menginap dan rasai sendiri pengalaman menginap di sini dengan menghubungi pemilik homestay ini, Encik Sarun Lambut.

Alamat: Kampung Gansurai, 89150 Kota Belud, Sabah

Lokasi | Blog | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Nopungguk


5. OYO 90232 Mountain View Guest House, Jalan Kampung Bahru

OYO 90232 Mountain View Guest House, Jalan Kampung Bahru

Lokasi homestay seterusnya ini terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari bandar kota. Mudah dan menjimatkan masa, bukan? Kedudukan homestay ini yang menghadap Gunung Kinabalu juga boleh memberikan suasana yang tenang dan menarik sekiranya menginap di sini.

Kebanyakan pengunjung yang datang menginap sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pemilik homestay ini. Pemandangan di rumah ini juga sangat menakjubkan. Manakan tidak, rumah ini mempunyai mountain view! Jadi, cepat tempah homestay ini sebelum penuh!

Alamat: 38, Jalan Kampung Bahru, Kota Kinabalu, 89150 Kota Belud, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mountain View Guest House


6. Taun Gusi Village Homestay, Kampung Taun Gusi

Taun Gusi Village Homestay, Kampung Taun Gusi

Homestay yang terletak di Kampung Taun Gusi ini turut sering menjadi pilihan pelancong dan warga tempatan. Ianya juga sering menjadi tempat untuk mereka yang ingin lakukan aktiviti seperti kursus, camping, mesyuarat dan sebagainya.

Apa yang menarik tentang homestay ini ialah selain dari menyediakan kelengkapan yang lengkap, homestay ini mempunyai pemandangan yang menarik seperti sawah padi, Gunung Kinabalu dan sungai yang cantik!

Jadi, anda bolehlah meluangkan masa berjalan di sekitar kawasan homestay ini untuk mengenali budaya menarik di Sabah dan merasai makanan yang lazat. Menarik kan? Sangat berbaloi menginap di sini!

Alamat: Kampung Taun Gusi, Peti Surat 676, 89150 Kota Belud, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Taun Gusi


7. Cabana Retreat, Jalan Rampayan Laut

Cabana Retreat, Jalan Rampayan Laut

Cabana Retreat ini sering menjadi pilihan pelancong yang inginkan kelainan apabila menginap di Kota Belud. Homestay ini berkonsepkan khemah menyediakan pelbagai kemudahan yang menarik untuk anda yang datang menginap.

Tambahan pula, homestay ini terletak betul-betul di tepi pantai. Jadi, anda boleh menikmati pemandangan pantai yang cantik sambil bergambar sebagai kenangan. Suasana ini sangat romantic, bukan? Sesuailah untuk pasangan yang inginkan privasi dan suasana yang romantis untuk percutian mereka!

Selain itu juga, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan apabila menginap di sini. Antaranya ialah anda boleh main surfing board di pantai, BBQ dan melihat pepatung berkelipan di waktu malam. Mesti seronok, kan? Bolehlah bergambar dan simpan memori ini sebagai kenangan dan pengalaman unik di masa akan datang.

Alamat: Jalan Rampayan Laut, 89150 Kota Belud, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Cabana Retreat


8. Edna Melangkap Homestay Kota Belud, Kampung Melangkap Baru

Edna Melangkap Homestay Kota Belud, Kampung Melangkap Baru

Homestay 2 tingkat ini menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap untuk memberi keselesaan kepada anda. Bagi anda yang datang dalam satu kumpulan yang ramai, anda tidak perlu risau kerana homestay ini sangat luas dan selesa untuk menampung jumlah bilangan pengunjung yang ramai.

Bukan itu sahaja, homestay ini sering menjadi pilihan pengunjung kerana kedudukannya berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Anda tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan gambar berlatar belakangkan pemandangan gunung.

Anda hanya perlu naik ke ‘rooftop’ homestay ini sahaja untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik dengan pemandangan gunung di belakang. Dan, jika berkelapangan, anda juga boleh bermandi manda di sungai berdekatan dengan homestay ini!

Alamat: Kampung Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Edna Melangkap


9. OYO 90317 Ambong Bay Resthouse, Kampung Ambong

OYO 90317 Ambong Bay Resthouse, Kampung Ambong

Jika anda inginkan percutian di tepi pantai dengan harga yang murah, anda boleh cuba menginap di homestay ini. Ia mempunyai beberapa unit untuk pilihan anda, salah satunya adalah bilik yang berhadapan dengan pantai.

Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti kayak, bermain ATV, memancing dan sebagainya. Kedudukannya yang mempunyai privasi mampu memberikan ketenangan untuk anda yang inginkan percutian yang senyap dan menenangkan.

Alamat: Ambong Bay, Kampung Ambong, Kota Kinabalu, 89150 Kota Belud, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8873 3710


10. Tempasuk Homestay, Jalan Sangkir 2

Tempasuk Homestay, Jalan Sangkir 2

Homestay ini mempunyai 2 unit homestay yang berbeza. Anda boleh pilih untuk menginap di tingkat atas atau di tingkat bawah. Ia turut menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap untuk memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang menginap, seperti tempat letak kenderaan yang sangat luas dan selamat.

Anda boleh datang ke sini bersama rakan-rakan atau keluarga yang ramai. Sekiranya anda seorang kaki pancing, anda boleh ajak rakan-rakan anda untuk menginap di sini kerana homestay in menawarkan pakej penginapan bersama pakej memancing secara percuma tau!

Lokasinya yang terletak kira-kira 200 meter dari Karanahan View pasti memberikan satu pengalaman baru buat anda yang menginap di sini. Hal ini kerana anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menuai padi, melihat penghasilan beras, melawat rumah tradisional dan sebagainya. Menarik kan? Apa tunggu lagi, cepat tempah penginapan anda sekarang!

Alamat: Jalan Sangkir II, 89150 Kota Belud, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tempasuk


Berikut merupakan senarai 10 homestay terbaik di Kota Belud. Dengan memilih homestay di Kota Belud, pengunjung dapat menikmati keseronokan kehidupan kampung dan mencipta kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di salah satu homestay ini ketika melawat Kota Belud, Sabah!

Jika anda ingin mengetahui dan terokai aktiviti yang menarik di kawasan Sabah, anda boleh layari artikel 10 Pulau di Sabah yang Best untuk Selam Skuba (Scuba Diving).

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Aktiviti Menarik Yang Wajib Buat Di Pulau Mantanani

Pulau Mantanani Sabah merupakan gugusan tiga pulau yang dinamakan Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan. Pulau-pulau ini terletak di persisiran Barat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x