Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Hotel Mewah Terbaik Untuk Staycation di Shah Alam

Anda pernah dengar perkataan “staycation”? Kalau anda semua nak tahu, staycation adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada percutian yang singkat dan biasanya berdekatan dengan kediaman seseorang individu. Jika anda tertarik dengan konsep ini, kami telah senaraikan 6 hotel mewah terbaik di Shah Alam bagi mereka yang ingin ber-staycation!

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika ber-staycation adalah berehat di tepi kolam renang, manjakan diri anda dengan urutan di spa, berehat di dalam bilik hotel dan banyak lagi. Selain memberi ketenangan, staycation juga pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin merehatkan diri dari belenggu kerja mahupun pelajaran. Tambahan pula, staycation tidak memerlukan anda untuk drive jauh-jauh. Best kan? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

6 Hotel Mewah di Shah Alam


1. DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City Shah Alam

DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City Shah Alam

Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam ialah lokasi yang ideal untuk mereka yang ingin tenangkan fikiran dari masalah peribadi mahupun kerja yang berlambak. Hotel ini terletak di i-City Finance Avenue dan berdekatan dengan i-City mall dan taman tema i-City yang seluas 72 ekar.

Hotel 4 bintang ini mempunyai banyak fasiliti dan kemudahan mewah seperti bilik mesyuarat yang canggih, restoran, dan kolam renang infiniti luaran, ruangan untuk kanak-kanak, gymnasium dan banyak lagi. Apa yang menarik di sini ialah terdapat spa yang menyediakan urutan badan, rawatan muka dan aromaterapi bagi anda yang ingin memanjakan diri. 

Alamat: Finance Avenue, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5650 0200

Email DoubleTree by Hilton


2. Concorde Hotel Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah

Concorde Hotel Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah

Concorde Hotel Shah Alam mempunyai 381 bilik yang terdiri daripada koleksi bilik Deluxe hingga bilik Premier, Eksekutif Premier dan Suite Premier yang menawarkan keselesaan mewah dengan perkhidmatan peribadi sesuai buat mereka yang inginkan staycation yang mewah. Semua bilik disini dilengkapi dengan wi-fi, bar mini, pengering rambut, penyaman udara, pancuran mandian & tab mandi, peralatan mandian peribadi, peti simpan selamat dalam bilik, televisyen dengan pelbagai saluran.

Selain itu, Concorde Hotel Shah Alam dilengkapi dengan dua restoran mewah, lobi yang besar, gym, kolam renang luar bangunan, kolam renang kanak-kanak, spa, arked beli-belah dan dewan untuk pelbagai majlis. Anda juga boleh berkunjung ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kelab Golf dan Country Saujana, Taman Botani Shah Alam kerana jaraknya yang dekat dengan Concorde Hotel.

Alamat: No. 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5520 8000

Email Concorde Hotel


3. Glenmarie Hotel & Golf Resort Shah Alam, Jalan Usahawan

Glenmarie Hotel & Golf Resort Shah Alam, Jalan Usahawan

Glenmarie Golf & Country Club ialah hotel yang mempunyai 7 jenis bilik yang boleh dipilih oleh anda. Bilik dan suite di sini direka bentuk untuk memberi keselesaan dalaman yang mewah untuk pelanggan. Semua bilik di sini juga dilengkapi dengan peralatan tempat tidur mewah, wi-fi, bar mini, televisyen, ruang kerja dengan meja dan kerusi serta pelbagai kemudahan lain.

Paling menariknya, hotel ini juga dilengkapi dengan padang golf yang sesuai untuk amatur dan profesional. Mereka juga menawarkan kadar golf terbaik di Malaysia! Semua harga meliputi yuran hijau, yuran buggy (perkongsian berkembar), kos insurans dan cukai. Di sini, anda boleh berlatih hayunan, tee-off sambil menikmati pemandangan yang menenangkan. Jadi, bagi mereka yang suka ataupun berminat untuk belajar bermain golf, hotel ini merupakan hotel yang tepat untuk staycation anda! 

Antara kemudahan lain yang turut disediakan disini ialah gym, kolam renang, bilik karaoke, taman permainan kanak-kanak, gelanggang tenis, gelanggang squash dan banyak lagi.

Alamat: No. 1, Jalan Usahawan U1/8, 4025 Shah Alam, Selangor 

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7802 5200

Email Glenmarie Hotel


4. Mardhiyyah Hotel & Suites, Seksyen 14

Mardhiyyah Hotel & Suites, Seksyen 14

Mardhiyyah Hotel & Suites terletak di Seksyen 14, Shah Alam. Hotel ini menawarkan 341 bilik yang luas dan berperabot menarik yang terdiri daripada 280 unit deluxe, 58 suite deluxe, dua unit penjagaan khas dan Suite Presidential yang mewah. Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang ingin berehat dan rileks kan minda. 

Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti talian IDD, akses internet berkelajuan tinggi, port data, TV satelit, sistem telefon canggih, bar mini, kemudahan membuat kopi dan teh, dan peti keselamatan peribadi di dalam bilik. Apa yang paling menarik di hotel ini ialah anda boleh menikmati matahari terbenam di tingkat 18 Mardhiyyah Club Lounge yang berlatarbelakangkan Tasik Shah Alam dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang tenang.

Alamat: No. 5, Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor 

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5511 8811

WhatsApp Mardhiyyah Hotel


5. Acappella Suite Hotel, Seksyen 13

Acappella Suite Hotel, Seksyen 13

Dibuka pada 2015, Acappella Suite Hotel & Residences direka dengan sempurna dengan pelbagai pilihan penginapan yang menakjubkan dan kemudahan yang baik. Hotel suite mewah ini terletak lebih kurang 2 km dari Stadium Shah Alam dan 14 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Acappella Suite mempunyai pelbagai unit yang luas dan minimalist. Semua bilik dilengkapi dengan dapur kecil, wi-fi, televisyen dan penghawa dingin. Hotel ini juga menyajikan sarapan ala Barat dan Malaysia, manakala Number 8 Café and Bar menawarkan fine-dining bagi pelanggan hotel. 

“Home Away From Home” merupakan slogan hotel ini kerana mereka ingin pelanggan mereka merasa nyaman dan selesa seperti berada di rumah mereka. Acappella Suite Hotel ialah tempat penginapan yang sempurna untuk anda yang ingin kelainan daripada hotel yang biasa. 

Alamat: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03 5039-8888

Email Acappella Suite


6. Hotel de Art Shah Alam i-City, Seksyen 7

Hotel de Art Shah Alam i-City, Seksyen 7

Hotel de Art merupakan butik hotel yang bertemakan “art” yang pertama di Malaysia. Hotel di Shah Alam ini mempunyai 58 bilik reka bentuk unik yang dihiasi dengan tema kreatif seperti alam fantasi, bunga, Hello Kitty, Mickey Mouse. Terdapat juga tema figura selebriti seperti Michael Jackson, Elvis Presley, Lady Gaga dan banyak lagi. Buat pertama kali di Malaysia, anda boleh memilih bilik mengikut citarasa anda. 

Setiap bilik dihias unik menampilkan mural tangan oleh pelukis tempatan. Bilik-bilik di hotel disini dilengkapi dengan meja, bilik mandi peribadi, peralatan mandian percuma, TV skrin rata dengan saluran satelit, internet dan banyak lagi. 

Alamat: No. 19, Jalan Keluli 7/110, Section 7, Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5880 5588

Email Hotel de Art


Kami berharap senarai ini dapat membantu anda untuk memilih hotel mewah yang terbaik untuk staycation anda di Shah Alam. Jangan lupa untuk semak harga sebelum menempah bilik di hotel pilihan anda!

Jika hotel-hotel tersenarai tidak menepati bajet anda, anda boleh lihat artikel kami mengenai 15 Homestay Best di Selangor untuk mencari alternatif yang lebih murah untuk staycation anda.

5/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali...

Stesen Bas Shah Alam (Terminal 17) – Info di Sini

Shah Alam merupakan salah sebuah bandar yang maju di Selangor. Bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan dari negeri...

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

Harga Tiket Wet World Shah Alam TERKINI

Sejak GST diperkenalkan April 2015, majoriti harga-harga tiket di taman tema air di Malaysia dilihat ada sedikit kenaikan daripada harga asal dan begitu juga dengan...

10 Kedai Mamak Yang Paling Popular Di Shah Alam

Daripada perisa tradisional hinggalah masakan fusion moden, kedai mamak pastinya mempunyai sesuatu untuk semua orang. Teruskan membaca untuk mendapatkan roti canai, nasi lemak, nasi...

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x