Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Penginapan & Resort dengan Pakej Aktiviti Menarik

Kadang-kadang nak bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, kita tak nak pening kepala untuk aturkan pelbagai macam aktiviti dengan pihak yang berlainan. Sekiranya anda mencari penginapan dan resort siap dengan pakej aktiviti menarik, apa kata survey-survey di bawah ni.

Ada beberapa penginapan ini memang sangat popular namun jarang yang tahu mereka ada menyediakan pakej aktiviti best untuk dilakukan sepanjang penginapan anda di sana.


Seaventure Dive Rig

resort aktiviti menarik di malaysiaBagi mereka yang kaki menyelam dan mempunyai lesen scuba diving, saya pasti destinasi ini pasti membuatkan ada teruja dan tak senang duduk nak datang kelak.

Penginapan ini memang sangat unik dan ada dikongsikan dalam artikel sebelum ini sebagai salah satu penginapan dengan konsep yang unik dan susah nak dapatkan suasana sebegini.

Seaventure rig merupakan sebuah pelantar minyak lama di tengah laut dan kini diubah menjadi sebuah hotel untuk para pelancong yang inginkan aktiviti menyelam. Ianya terletak di Sabah di dalam kawasan marin Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Pihak hotel turut menawarkan pakej-pakej menyelam di beberapa lokasi menyelam yang hebat di perairan Sabah seperti sekitar Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai. Memang best dapat merasai sendiri pengalaman menginap di pelantar minyak di tengah laut Sabah yang cantik. Maklumat lanjut berkenaan harga pakej menyelam dan apa yang boleh anda jangka di sini, sila rujuk website mereka.

Antara pakej aktiviti yang ditawarkan di sini ialah jungle trekking, boat cruise, meneroka gua, rapids shooting, melawat kampung orang asli, meniti canopy walkway tertinggi di dunia, mendaki gunung dan sebagainya. Maklumat lanjut di sini.


Pangkor Laut Resort

pangkor laut resort di perak

Kalau seorang yang sukakan aktiviti di laut seperti snorkeling atau memancing, salah satu resort yang menawarkan beberapa pakej menarik ialah Pangkor Laut Resort yang terletak di Pulau Pangkor Perak.

Antara aktiviti dan pakej menarik yang ditawarkan untuk tetamu di Pangkor Laut Resort ialah memancing dengan menaiki bot kecil, naik cruise mengelilingi pulau, melihat sunset dari atas bot, berlayar dengan perahu layar resort, kayak dan sebagainya.

Satu destinasi penginapan yang sesuai untuk mereka yang inginkan aktiviti santai di laut dan sesuai juga untuk mereka yang sedang berbulan madu. Sumber.


Mutiara Taman Negara Pakej Penginapan dengan aktiviti hutan

aktiviti menarik alam semulajadiSalah satu destinasi penginapan yang menyediakan aktiviti ala hutan ialah di Mutiara Taman Negara yang terlelak di dalam Taman Negara Pahang. Mutiara Taman Negara boleh dikatakan penginapan di sini yang paling popular dan lengkap dengan pelbagai kemudahan samaada untuk bercuti secara sedirian atau secara berkumpulan untuk family day dan teambuilding.

Penginapan di sini juga mempunyai pelbagai pilihan samaada pengunjung nak ala-ala camping, chalet, hostel ataupun sebuah bungalow.


A Famosa Resort Melaka

aktiviti melaka paint ballA Famosa Resort di Melaka sangat terkenal dengan water theme park dan sekiranya anda mencari penginapan yang banyak aktiviti rekreasi lain yang boleh dilakukan di sini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Memang sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti outdoor lasak dan juga sebagai destinasi untuk event-event seperti familyday ataupun teambuilding.

Antara aktiviti rekreasi yang ada di sini ialah paintball war, rock climbing, main go kart, memanah dan juga menunggang kuda. Sumber: Melaka A Famosa Resort


Itulah dia beberapa cadangan untuk anda mencari penginapan yang menawarkan aktiviti outdoor best untuk dilakukan sepanjang percutian anda nanti. Selamat mencuba.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

12 Taman Tema dalam Resort di Malaysia – Anak MESTI SUKA

Setiap kali cuti sekolah, anak-anak semestinya akan mengajak ibu bapa untuk bercuti ke tempat menarik di Malaysia. Anda boleh lihat 12 destinasi percutian yang ada...

Penginapan yang Unik di Malaysia & Harga Bajet

Bagi mereka yang suka mencuba sesuatu yang pelik, apa kata mencuba untuk menginap di salah satu penginapan yang unik di Malaysia seperti bawah. Yang...

14 Resort Malaysia yg Romantik (Dengan Kolam Peribadi!)

Tanya mana-mana pasangan yang berkahwin dan mereka akan berkata bahawa meluangkan masa dengan orang yang tercinta amat penting. Dan apakah cara lain yang lebih...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Noriza Rahman
8 years ago

Memang MV tengah riki-riki tempat nak beristirehat selepas sekolah dibuka kembali ni

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x