Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

14 Resort Malaysia yg Romantik (Dengan Kolam Peribadi!)

Tanya mana-mana pasangan yang berkahwin dan mereka akan berkata bahawa meluangkan masa dengan orang yang tercinta amat penting. Dan apakah cara lain yang lebih baik untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan teman anda berbanding dengan percutian yang romantik?

Ramai daripada kami telah menempah penginapan hujung minggu di sebuah resort yang berdekatan sebelum percutian romantik. Tetapi mengapa tidak menaik tahap percutian romantik anda dengan bercuti di salah satu resort di Malaysia yang menawarkan bilik atau villa yang berserta dengan kolam peribadinya yang tersendiri? 😍 Resort-resort cantik ini akan menjamin penginapan yang mana anda dan teman anda tidak akan mahu tinggalkan!

[Pemberitahuan: Harga untuk penginapan adalah berdasarkan semakan kami setakat Januari 2020 dan mencerminkan kadar penginapan pada bulan Januari 2020 hingga ke Mac 2020]


Kurang daripada RM600 satu malam

1. Resort Japamala (Pulau Tioman)

Sebuah resort menawan yang terletak di hutan hujan Pulau Tioman yang menghijau, mengambil masa lebih daripada sepuluh tahun untuk dibina, memastikan bahawa kepelbagaian biologinya yang kaya kekal tidak disentuh, dan mempunyai kesan persekitaran yang minimum 😊

Japamala menawarkan bilik menawan daripada pemandangan lautan ke atas pokok dan mempunyai sebilangan aktiviti seperti menyelam scuba, menyelam permukaan, perjalanan pulau, dan jelajah hutan (jungle trekking) 😍 Setiap bilik dikenali sebagai sarangs, yang bermakna sarang burung!

Dan tentunya, villa Luxe Sarang Hutan dan villa Sarang Hillside mereka menawarkan kolam peribadi untuk mereka yang ingin menikmati masa mereka secara peribadi tanpa perlu meninggalkan sarang mereka yang cantik dan selesa!

Kadar: Villa kolam bermula daripada RM410 di Agoda

Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang

Hubungi: +609-419 7777

Laman Web | Facebook | Instagram


2. Grand Lexis Port Dickson (Port Dickson)

Memulakan senarai kami ialah tempat menarik yang terletak di Port Dickson (berdekatan Bandar Lukut). Grand Lexis Port Dickson mempunyai 317 villa yang semuanya mempunyai kolam peribadi mereka 😍

Resort ini mempunyai villa yang terletak di air dan juga villa yang terletak di bangunan hotel di atas darat. Untuk percutian yang romantik, kami mengesyorkan Villa Kolam Deluxe – Villa 62 kaki per segi yang selesa ini direka untuk pasangan dan mempunyai panel kaca untuk melihat laut di bawah villa, sebuah dapur kering, dan sebuah bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran air.

Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi, jadi akan terdapat pelbagai perkara untuk dilakukan ketika waktu anda di sana! Selain sewaan basikal, lapangan memanah dan sebuah bilik karaoke, resort ini juga boleh mengaturkan aktiviti memancing dan menangkap ketam. Restoran-restoran di hotel ini disahkan halal, termasuk Restoran Jepun UMI dan Kedai Kopi Roselle 😊

Kadar: Villa kolam deluxe bermula daripada RM501 di Agoda

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Port Dickson, Port Dickson 71000, Negeri Sembilan

Hubungi: +60 6-653 2000

Laman Web | Facebook | Instagram


3. The Orchard Wellness & Health Resort (Melaka)

Terletak di kawasan terpencil di Melaka ialah The Orchard Wellness & Health Resort. Resort ini berpusatkan di sekitar penginapan yang relaks dan berfokuskan kecergasan, dengan perkhidmatan seperti yoga dan kelas meditasi, program kecergasan, dan sesi spa yang tersedia.

Untuk percutian romantik, Villa Mewah dengan Kolam Peribadi haruslah menjadi penginapan pilihan anda. Villa ini tersembunyi di sebalik belantara yang indah dan mempunyai ruang besar sehingga 120 meter per segi yang anda akan miliki sendiri 😍 Hiasan villa yang mewah pastinya akan membantu memperkuatkan pengalaman yang sukar dilupakan.

Selain kemudahan villa, semua tetamu diberi akses percuma ke ladang buah-buahan yang mengelilingi tempat ini. Nikmati buah-buahan segar yang baru dituai ketika musimnya sendiri termasuk rambutan, longan, durian dan banyak lagi!

Untuk makluman, resort ini terletak jauh dari bandar jadi makan di luar akan memerlukan perjalanan kereta yang jauh. Selain itu, Bon Appetit, yang merupakan restoran utama resort ini, mengamalkan konsep ladang ke meja dan disahkan halal, jadi anda tidak perlu meninggalkan resort pun 😊

Kadar: Villa mewah dengan kolam peribadi yang bermula daripada RM533 di Agoda

Alamat: 63, Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Lubok China, 78100, Melaka

Hubungi: +60 6-552 8999

Laman Web | Facebook | Instagram


4. Lexis Suites Penang (Penang)

Satu lagi resort Lexis masuk ke dalam senarai ini iaitu Lexis Suites Penang. Resort ini hanya 10 minit dengan perjalanan kereta dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan terletak di sederet pantai di Teluk Kumbar. Apa yang membezakan Lexis Suites Penang daripada resort-resort seumpananya ialah daripada villa, semua bilik terletak dalam sebuah menara 26 tingkat di tepi pantai.

Kesemua 222 bilik mempunyai sebuah kolam peribadi dan bilik stim 😍 Pilih di antara Suite Kolam Eksekutif atau Suite Kolam Premium, dengan Suite Kolam Eksekutif bersaiz lebih kecil (82 meter per segi berbanding dengan 89 meter per segi).

Lokasi hotel agak jauh dari kawasan bandar dan kawasan-kawasan pelancongan, jadi ia merupakan destinasi pelancongan untuk percutian romantik anda! Perlu diketahui bahawa tidak terdapat banyak restoran di kawasan-kawasan yang berdekatan, jadi sekiranya anda ingin makan di luar anda mungkin perlu pergi ke tempat yang jauh. Kebaikannya ialah seperti juga dengan resort-resort Lexis yang lain, restoran dalam resort termasuk Restoran Jepun UMI dan Kedai Kopi Roselle yang disahkan halal.

Kadar: Bermula daripada RM461 di Agoda

Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hubungi: +604 628 2888

Laman Web | Facebook | Instagram


Di antara RM600 ke RM1,000 satu malam

5. Lexis Hibiscus  (Port Dickson)

Lexis Hibiscus mendapat nama kerana villa kolamnya yang cantik di atas air berbentuk bunga raya. Resort mewah ini di persisiran pantai Port Dickson tentunya akan memikat hati orang yang dicintai!

Lexis Hibiscus menawarkan rangkaian villa, bermula daripada Villa Kolam Eksekutif 71 meter per segi sehinggalah ke Suite Presiden yang cukup mewah. Kebanyakan villa mempunyai dua katil bersaiz besar, jadi anda tidak akan perlu risau tentang ruang tidur 😉 Harap maklum bahawa Villa Sky Pool, yang merupakan salah satu daripada villa yang lebih luas dengan saiz 96 sqm, terletak di bangunan hotel di atas darat dan bukannya merentas air. Ia masih mempunyai kolamnya sendiri dan pemandangan laut yang hebat, jadi pilihlah villa yang paling sesuai dengan keperluan anda!

Selain mempunyai kolam peribadi, setiap villa juga mempunyai bilik stim dan panel kacanya sendiri di tingkat tersebut (untuk villa atas air) untuk melihat kehidupan marin! Nampaknya seperti percutian terbaik untuk diluangkan dengan teman anda 😍 Sama juga dengan resort-resort Lexis yang lain, restoran-restoran Lexis Hibiscus (termasuk Restoran Jepun UMI dan Kedai Kopi Roselle) disahkan halal, jadi anda tidak perlu risau tentang mana untuk makan!

Kadar: Bermula daripada RM657 di Agoda

Alamat: Batu 2, Jalan Pantai, Pasir Panjang 71250, Port Dickson, Negeri Sembilan,

Hubungi: +606-660 2626

Laman Web | Facebook | Instagram


6. Mangala Resort & Spa  (Kuantan)

Adakah sebuah percutian tropika yang mewah kedengaran seperti menarik bagi anda? Kerana resort yang diinspirasikan oleh alam semula jadi ini yang terletak di sebahagian bandar Kuantan yang sunyi tentunya akan menawan dan memberi latar yang tenang untuk percutian romantic anda.

Kisah resort ini memang menarik – sebelum ini ia dibina di atas tanah lombong terbiar yang dipulihkan semula ke tempat percutian tropika hijau yang lengkap dengan villa yang membarisi tanah lembap. Dengan penekanan terhadap mesra alam sekitar, resort ini bermatlamat untuk memberi penginapan mewah bertemakan alam sekitar.

Resort ini menawarkan pelbagai jenis villa, yang mana dua daripadanya menawarkan kolam peribadi – Vana Pool Villa dan Amani Pool Villa. Sekiranya anda ingin menikmati kolam sepenuhnya, kami mengesyorkan Vana Pool Villa yang mempunyai kolam yang lebih besar (berbanding dengan the Amani Pool Villa yang mempunyai kolam terjun air masin yang lebih kecil). Tetapi tidak kira apa yang anda pilih, anda akan mendapat percutian yang romantik😍

Selain penginapan yang menawan, anda juga boleh pergi melakukan rawatan spa yang tersedia untuk sesi yang selesa. Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih mencabar, pilih salah satu daripada pelbagai aktiviti yang ditawarkan – daripada perjalanan kaki alam sekitar dan sesi melihat burung hinggalah ke berkayak, berbasikal dan lebih banyak lagi! Dari segi pilihan makanan, Restoran Lakeside di resort ini disahkan halal, jadi jamulah selera di sini 😁

Kadar: Villa kolam bermula daripada RM688 di Agoda

Alamat: Lebuhraya Tun Razak, Kuantan, Pahang

Hubungi: +609-505 7788

Laman Web | Facebook | Instagram


7. The Villas di Sunway Resort Hotel & Spa (Kuala Lumpur)

Inginkan percutian romantik di hotel dengan kolam peribadi yang diselubungi kehijauan yang tebal tanpa perlu keluar dari kawasan bandar raya? Hotel yang terletak di pusat bandar raya Petaling Jaya ini ada semuanya.

The Villas, yang merupakan sebahgian daripada Sunway Resort Hotel & Spa yang lebih besar, mempunyai villa yang mempunyai kolam perbadi dan teres luaran yang semuanya ditutup dalam satu tembok batu yang tinggi dan kehijauan yang indah. Ini bermakna anda boleh menikmati privasi ketika percutian romantik anda dalam syurga tropika sementara masih dekat dengan gedung-gedung membeli belah di dalam kawasan Bandar Raya Sunway!

Resort ini mempunyai pelbagai villa, bermula daripada Villa (berukuran 102 meter per segi) sehinggalah ke Premier Villa (berukuran 193 meter per segi yang besar dan mempunyai kawasan duduk dan teres luaran). Anda juga tidak perlu risau tentang pilihan makanan – resort ini bukan sahaja mempunyai beberapa restoran yang disahkan halal, tetapi hotel juga disambungkan ke Sunway Pyramid yang mempunyai lebih banyak restoran halal untuk dipilih 😋

Kadar: Bermula daripada RM835 di Agoda

Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Malaysia 47500

Hubungi.: +603-7492 8000

Laman Web | Facebook | Instagram


Di antara RM1,000 ke RM2,000 satu malam

8. Rasa Ria Resort & Spa di Shangri-la

Biar angin yang tenang dari Laut China Selatan menawan anda apabila anda mendaftar masuk ke dalam Rasa Ria Resort & Spa di Shangri-la. Sekiranya anda ingin mencari bilik yang terbaik untuk percutian yang romantik, biar Ocean Wing Junior Suite menjadi pilihan anda.

Selain pemandangan taman, kami mengesyorkan supaya mendapatkan pemandangan laut, jadi anda akan bangun dan melihat ombak memukul setiap pagi. Memandangkan ia mempunyai sebuah kolam peribadi, anda boleh berundur dan relaks sementara anda menikmati setiap detik dengan pasangan anda.

Kadar: Bermula daripada RM1,232 di Agoda

Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah

Hubungi: +6088-797 888

Laman Web | Facebook | Instagram


9. The Andaman (Langkawi)

Terletak di dalam belantara tropika menghijau dan pemandangan pantai yang memutih ialah salah satu resort yang paling cantik di Malaysia. The Andaman bukannya tempat yang boleh dilepaskan sekiranya anda mencari percutian yang romantik. Resort ini mempunyai banyak bilik yang memaparkan ciri-ciri yang berbeza seperti bilik taman, dan bilik kolam peribadi 😍

Berjemur di bawah matahari, pelajari kehidupan tropika yang menakjubkan di hutan hujan di sana, bersantai di spa, atau nikmati sahaja kolam peribadi di villa anda sendiri. Anda dan pasangan anda akan menikmati setiap saat penginapan anda di The Andaman 😊

Kadar: Bermula daripada RM1,027 di Agoda

Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: +604-959 1088

Laman Web | Facebook | Instagram


10. La Villa Langkawi (Langkawi)

Terletak di Pantai Tengah Pulau Langkawi, La Villa Langkawi merupakan gugusan villa dengan kolam peribadinya yang sendiri. Terletak bersebelahan dengan sebuah sawah padi, resort yang menenangkan ini tentunya akan menjamin percutian yang romantik 😍

La Villa Langkawi menawarkan villa yang luas, setiap satunya dengan ruang sebesar 139 meter per segi! Pilih Villa Satu Bilik dengan Kolam Peribadi yang mempunyai sebuah kolam bersaiz 15 kaki, atau manjakan pasangan anda dengan memilih Villa Satu Bilik Dengan Kolam Deluxe yang mempunyai sebuah kolam berukuran 33 ft 😮

Setiap villa dilengkapi dengan dapur mini dengan sebuah peti sejuk, ketuhar mikro dan meja masak. Resort juga menyediakan snek dan minuman percuma yang akan ditambah semula setiap hari 😁

Sementara resort ini tidak mempunyai restoran dalaman ketika ini, La Villa Langkawi terletak kira-kira 800m dari pantai Cenang yang popular di mana terdapat beberapa restoran halal (dan juga warung tepi jalan!) yang tersedia supaya anda boleh mendapat makanan yang lazat. Resort ini juga menawarkan pelbagai jenis rawatan spa, jadi sekiranya anda berasa seperti ingin memanjakan diri, inilah pilihan yang baik!

Kadar: Bermula daripada RM1,511 di Agoda

Alamat: Lot-5, Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: +6013-511 8800 / +6013-522 8800

Laman Web | Facebook | Instagram


11. The Banjaran Hotsprings Retreat (Ipoh)

Apa kata dengan percutian romantik dengan sesuatu yang lebih berbeza? The Banjaran Hotsprings Retreat merupakan sebuah resort yang terletak di antara formasi batu marmar yang tinggi dan mempunyai akses kepada mata air panas geothermal, gua semula jadi dan air terjun.

Resort ini menawarkan 45 villa yang semuanya mempunyai sebuah kolam peribadi. Sama ada anda memilih Lake Villa (villa bersaiz 81 meter per segi yang berhadapan dengan tasik), Water Villa (villa bersaiz 155 meter per segi yang mempunyai pemandangan terusan air) atau Garden Villa (villa paling besar bersaiz 261 meter per segi yang mempunyai laman peribadi dengan pemandangan gua dan hutan yang menghijau), anda akan dipesonakan dengan keindahan semula jadi tempat ini.

Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti yang terbaik untuk dilakukan dalam percutian anda. Selain keindahan semula jadi untuk dinikmati (termasuk kolam mata air panas, gua stim termal dan laluan pejalan kaki hutan), terdapat juga perkhidmatan spa dan urut, kelas kecergasan dan sesi meditasi di antaranya!

Resort ini juga mempunyai sebuah restoran di dalamnya iaitu The Pomelo, yang menggunakan ramuan daripada pembekal disahkan halal dan bebas daging babi (harap maklum bahawa minuman keras dihidangkan di sini, oleh itu kami mengesyorkan supaya anda makan di atas budi bicara sendiri).

Kadar: Villa bermula daripada RM1,273 di Agoda

Alamat: No 1, Persiaran Lagun Sunway 3, Ipoh, 31150 Perak

Hubungi: +605-210 7777

Website | Facebook | Instagram


Lebih daripada RM2,000 satu malam

12. The Westin Langkawi Resort & Spa (Langkawi)

Sekiranya anda mencari percutian tepi pantai mewah yang menjanjikan privasi, penginapan berkelas tinggi dan berlatarkan pulau yang mempesona, memang inilah tempatnya. The Westin Langkawi Resort & Spa akan memenuhi keperluan anda dalam aspek ini.

Villa 1 Bilik di The Westin mempunyai sebuah kolam peribadi dan direka untuk percutian romantik 😍 Kagumkan pasangan anda dengan menyewa salah satu villa yang berhadapan dengan pantai. Bangun pagi melihat pemandangan laut? Ya, sudah tentu boleh!

Sementara anda bersantai di syurga ini, nikmati makanan daripada restoran mereka, yang menggunakan ramuan yang diperoleh daripada pembekal disahkan halal (harap maklum bahawa minuman keras dihidangkan di sini, jadi kami mengesyorkan supaya anda makan di sini atas budi bicara anda).

Kadar: Villa 1 Bilik bermula daripada RM1,685 di Agoda

Alamat: Jalan Pantai Dato Syed Omar, Langkawi, 07000 Kedah

Hubungi: +604-960 8888

Laman Web | Facebook | Instagram


13. Bunga Raya Island Resort (Gaya Island)

Sekiranya anda dan pasangan anda sudi keluar sedikit, anda akan terpesona dengan tempat tersembunyi ini yang terletak di hilir bukit Polish Bay di Pulau Gaya di luar persisiran Sabah. Perjalanan bot kira-kira 15 minit dari jeti Jesselton Point di Kota Kinabalu, bersedia untuk dikagumi dengan syurga tersembunyi ini yang terletak di dalam hutan hujan tebal dengan pantai yang berpasir putih.

Resort ini hanya mempunyai 48 villa yang direka dengan cantik daripada balak dalam seni bina Borneo tradisional. Pilih Villa Kolam Perbadi untuk tempat persembunyian terbaik degan pasangan anda – villa yang bersaiz 87 meter per segi yang berhadapan dengan laut dan mempunyai sebuah balkoni peribadi dengan kolam.

Dengan perairan mengagumkan yang menyelubungi resort ini, anda akan berseronok kerana terdapat banyak aktiviti air seperti menyelam permukaan (snorkeling), menyelam atau mendayung. Resort ini juga menawarkan rawatan spa sekiranya anda inginkan kelajuan yang sederhana 😊

Tentang pilihan restoran pula, resort ini mempunyai restoran alfresco The Longhouse dan Pantai Restaurant & Bar yang kedua-duanya menghidangkan makanan Barat dan tempatan. Kedua-dua restoran menggunakan ramuan daripada pembekal yang disahkan halal (harap maklum bahawa minuman keras juga tersedia di menu, oleh itu kami mengesyorkan supaya anda makan di sana atas budi bicara anda sendiri).

Kadar: Villa Kolam Peribadi bermula daripada RM1,032 di Agoda

Alamat: Polish Bay, Pulau Gaya, Tunku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu, Sabah

Hubungi: +6088-380 390

Laman Web | Facebook | Instagram


14. The Datai Langkawi (Langkawi)

The Datai Langkawi sudah lama terkenal sebagai tempat percutian mewah yang terletak di pulau ini. Resort lima bintang ini yang terletak di hutan hujan tebal di sepanjang Teluk Datai telah ditutup untuk kerja pengubahsuaian terperinci sejak 2017 dan baru sahaja membuka semula perniagaannya! Sementara ia masih berada dalam fasa pembukaan awal sehingga akhir bulan January 2019, ia bermaksud bahawa sesetengah kemudahan masih belum beroperasi, itu tidak patut menghalang anda daripada menikmati penginapan resort yang menakjubkan.

The Datai mempunyai dua jenis villa yang dilengkapi dengan kolam peribadi yang terbaik untuk percutian romantik yang terunggul – Villa Hutan Hujan Dengan Kolam dan Villa Pantai Satu Bilik. Villa-villa yang cantik ini setiap satunya mempunyai sebuah kolam 10 meter dan amat luas (175 meter per segi untuk Villa Hutan Hujan Dengan Kolam dan sebesar 350 meter per segi untuk Villa Pantai Satu Bilik). Mana-mana pun yang anda pilih, anda akan menikmati keselesaan yang mewah 😌

Oleh kerana lokasi resort yang lebih terpencil (perjalanan kereta 45 minit ke Pantai Cenang dan perjalanan kereta 55-minit ke bandar Kuah), kami tentu faham sekiranya anda ingin meluangkan kebanyakan masa anda di atas tapak resort. Mujurlah, The Datai mempunyai pelbagai restoran, termasuk The Gulai House (khusus dalam hidangan Melayu) dan The Pavilion (khusus dalam hidangan Thai), yang menggunakan ramuan yang diambil daripada pembekal disahkan halal (harap maklum bahawa restoran-restoran ini juga mempunyai minuman keras dalam, oleh itu kami mengesyorkan supaya anda makan di sana atas budi bicara anda sendiri).

Kadar: Villa kolam bermula daripada RM5,522 di Agoda

Alamat: Jalan Teluk Datai, Langkawi 07000, Kedah

Hubungi: +604-950 0500

Laman Web | Facebook | Instagram

Jadi dengan pelbagai resort yang mengagumkan di Malaysia yang sesuai untuk percutian romatik untuk dua orang, tiada alasan mengapa anda tidak mahu menempah percutian ini. Di zaman ini bila kita sentiasa melancong ke merata-rata tempat, adalah penting untuk mendapatkan masa berkualiti sat uke satu bersama. Jadi becutilah dengan orang yang anda paling sayangi! 😊

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

12 Taman Tema dalam Resort di Malaysia – Anak MESTI SUKA

Setiap kali cuti sekolah, anak-anak semestinya akan mengajak ibu bapa untuk bercuti ke tempat menarik di Malaysia. Anda boleh lihat 12 destinasi percutian yang ada...

Penginapan yang Unik di Malaysia & Harga Bajet

Bagi mereka yang suka mencuba sesuatu yang pelik, apa kata mencuba untuk menginap di salah satu penginapan yang unik di Malaysia seperti bawah. Yang...

Penginapan & Resort dengan Pakej Aktiviti Menarik

Kadang-kadang nak bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, kita tak nak pening kepala untuk aturkan pelbagai macam aktiviti dengan pihak yang berlainan. Sekiranya anda mencari...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x