Penginapan yang Unik di Malaysia & Harga Bajet

Bagi mereka yang suka mencuba sesuatu yang pelik, apa kata mencuba untuk menginap di salah satu penginapan yang unik di Malaysia seperti bawah. Yang pasti, konsep yang digunakan oleh para pengusaha hotel ini memang lain daripada yang lain yang susah nak didapatkan di tempat lain.

Kebanyakan penginapan yang unik di Malaysia di bawah ini sesuai untuk mereka yang suka travel secara backpackers atau senang cerita, hotel bajet !


Hero Hostel Kuching

penginapan unik malaysia murah

Bagi mereka yang inginkan sebuah penginapan di Kuching pada kadar bajet, apa kata mencuba menginap di Hero Hostel yang mempunyai konsep ala-ala watak animasi hero yang popular seperti Transformers, Superman, Batman, The Avengers dan sebagainya. Di ruang tamu siap ada playstation lagi untuk tetamu menghabiskan masa bersantai.

Di dalam setiap bilik, terdapat mural watak hero animasi yang pelbagai dan kalau datang bersama anak-anak semestinya mereka akan teruja. Selain ianya boleh dikategorikan sebagai hotel bajet, yang paling penting lokasi hostel ini sangat strategik dengan kemudahan seperti tempat makan 24 jam, mall dan kedai serbaneka.

Hero Hostel juga hanya 10-20 minit jalan kaki ke beberapa tempat menarik di Kuching seperti waterfront, carpenter street dan juga tokong Tua Pek Kong.


Terra’s Tree House

penginapan menarik cameron highland unik

Sebaik berada di hadapan penginapan yang terletak di Brinchang, Cameron Highland ini, tidak ubah seolah-olah berada di sebuah hotel zaman purba. Dengan lokasi pembinaannya di atas pokok, lokasinya di dalam hutan dan dibina dengan kayu-kayan, ianya seakan tempat penggambaran di dalam movie George of The Jungle ataupun Tarzan.

Bagi anda yang ingin merasai suasana penginapan seperti Tarzan tetapi selesa, bolehlah mencuba menginap di sini Terra’s Tree House. Konsep penginapannya yang sangat unik memang sesuai untuk mereka yang sukakan adventure.


Bustel, Melaka

bustel melaka tutup

Sebuah penginapan di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka yang menggunakan bas-bas lama dan dikitar semula untuk dijadikan hotel, cafe dan juga tandas. Di sini terdapat lebih kurang 40 bas yang pernah berkhidmat di sekitar Melaka sesuatu masa dahulu.

Kini ianya menjadi satu destinasi hotel bajet yang sangat popular di Melaka dan pasti menjanjikan pengalaman yang unik serta eksotik untuk para tetamu. Tempahan sila ke sini.


Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur

hotel ufo kapsul kuala lumpur

Konsep hotel berkapsul ini sebenarnya sangat popular di Jepun dan kini telah merebak di Malaysia kerana ianya satu konsep yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan bajet dan ringkas. Satu konsep penginapan yang menarik seperti dalam movie Star Trek.

Selain itu setiap kapsul ini juga menempatkan kemudahan asas untuk pengunjung seperti tilam yang selesa, soket eletrik, aircond dan cermin. Memandangkan kapsul ini hanya sebagai tempat tidur, pengunjung boleh sewa locker di sini untuk menempatkan barangan peribadi lain.

Ruangan tetamu dengan kemudahan internet juga ada tersedia. Hotel UFO kapsul ini dibuka 24 jam dan boleh dianggap penginapan yang paling bajet yang boleh anda cuba di Kuala Lumpur.


Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang

tanah aina pahang menarik

Bagi mereka yang inginkan konsep penginapan dan percutian lengkap di dalam hutan dengan tarikan alam semulajadi seperti air terjun, jungle trekking dan sebagainya, Tanah Aina merupakan satu pilihan yang menarik untuk dicuba dan mempunyai beberapa lokasi di Malaysia:

  • Tanah Aina Farrah Soraya in Raub, Pahang
  • Tanah Aina Azareena Restaurant in Bentong, Pahang
  • Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak
  • Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang
  • Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang
  • Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor

Konsep penginapan Tanah Aina ini mempunyai variasi pilihan penginapan baik seperti khemah mahupun sebuah chalet berkayu. Yang paling penting, akses ke tarikan alam semulajadi di sini hanya berjalan kaki seperti mana dekatnya resort tepi pantai dengan lautnya. Sesuai untuk mereka yang inginkan percutian ala-ala bercamping atau untuk mengadakan aktivti teambuilding. Maklumat Lanjut: Tanah Aina.


Capsule by Container Hotel, KLIA 2

penginapan menarik klia2

Sebuah lagi hotel bajet yang berkonsepkan kapsul di dalam kontena yang terletak di KLIA 2. Ianya boleh dikategorikan sebagai penginapan yang bajet dan merupakan penginapan berkapsul pertama di Malaysia yang terletak di dalam sesebuah lapangan terbang.

Sesuailah untuk pelancong berehat dan tidur sementara menunggu penerbangan yang seterusnya. Tidaklah sakit mata untuk melihat pelancong tidur secara gelandangan di kaki lima di lapangan terbang. Maklumat lanjut: Capsule By Container KLIA 2


Tubotel Langkawi

hotel bajet pulau langkawi

Satu konsep hotel bertiub dan berkiub yang lebih luas daripada konsep hotel berkapsul dan Tubotel (Tube+Hotel) ini terletak di Pantai Cenang di Langkawi dan majoriti tube mengadap pantai. Pengunjung boleh menikmati keindahan pantai dan sunset hanya di pintu tube hotel masing-masing.

Lokasinya yang strategik di tengah-tengah tarikan di Langkawi serta harganya yang boleh dikategorikan bajet membuatkan ianya sering menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menginap. Sumber. Tubotel.


Seaventures Dive Rig

penginapan pelantar minyak menarik

Satu-satunya penginapan di atas pelantar minyak yang terletak di perairan Sabah. Pelantar ini atau lebih dikenali Rig merupakan sebuah pelantar minyak lama yang pernah menjadi platform mencari minyak di beberapa lokasi.

Kini selepas habis penggunaannya, ianya diubah menjadi sebuah penginapan dan kebiasaannya mereka yang datang ke sini adalah pelancong yang ingin menyelam di beberapa lokasi menyelam di sekitar perairan pulau-pulau popular di Sabah seperti Sipadan, Mabul dan Kapalai.

Penginapan ini tidak dianggap dalam kategori hotel bajet dan pakejnya agak tinggi kosnya, namun saya rasa dengan pengalaman yang pelancong alami, pasti membuatkan setiap saat dan perbelanjaan ada di sini berbaloi-baloi. Maklumat lanjut sila ke sini.

Ada beberapa lagi penginapan berkonsep unik seperti kapsul dan tube seperti Tube Hotel di KL dan juga Time Capsule di Pahang. Semoga 8 penginapan unik di Malaysia ini memberi anda inspirasi untuk bercuti secara bajet sambil mecuba sesuatu yang baru. Wassalam.

4.5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Penginapan & Resort dengan Pakej Aktiviti Menarik

Kadang-kadang nak bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, kita tak nak pening kepala untuk aturkan pelbagai macam aktiviti dengan pihak yang berlainan. Sekiranya anda mencari...

14 Resort Malaysia yg Romantik (Dengan Kolam Peribadi!)

Tanya mana-mana pasangan yang berkahwin dan mereka akan berkata bahawa meluangkan masa dengan orang yang tercinta amat penting. Dan apakah cara lain yang lebih...

12 Taman Tema dalam Resort di Malaysia – Anak MESTI SUKA

Setiap kali cuti sekolah, anak-anak semestinya akan mengajak ibu bapa untuk bercuti ke tempat menarik di Malaysia. Anda boleh lihat 12 destinasi percutian yang ada...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Noriza Rahman
9 years ago

Memang semuanya menarik..tapi kalau ada anak kecik kena fikir banyak kali la nak pergi kawasan hutan dengan lautan nih

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x