Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

12 Taman Tema dalam Resort di Malaysia – Anak MESTI SUKA

Setiap kali cuti sekolah, anak-anak semestinya akan mengajak ibu bapa untuk bercuti ke tempat menarik di Malaysia. Anda boleh lihat 12 destinasi percutian yang ada taman tema dalam resort di Malaysia di bawah dan pasti membuatkan anak-anak rasa puas hati tak mau balik !

Resort-resort di bawah mempunyai x-factor masing-masing yang bertujuan untuk menjadikannya satu destinasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga.


Morib Gold Coast Resort di Selangor

taman tema dalam resort malaysia

Sebuah resort yang mempunyai taman tema air yang terletak di Pantai Morib dan merupakan destinasi percutian popular di Selangor sejak ianya dibuka pada tahun 2011.

Resort ini mempunyai beberapa kolam dan gelongsor air berlingkar yang agak besar yang sesuai untuk waktu keriangan anak-anak yang remaja atau yang sekolah rendah. Lihat video keriangan kanak-kanak di water park Morib Gold Coast Resort.

Selain mempunyai taman tema air, Morib Gold Coast Resort terletak di tepi pantai dan mempunyai beberapa aktiviti menarik lain yang boleh pengunjung lakukan seperti bersantai dan riadah di tepi pantai. Untuk maklumat lanjut tentang apa yang menarik di kawasan Pantai Morib, sila rujuk di sini.


A Famosa Resort Melaka

resort di malaysia aktiviti best

Kalau nak bercuti ke Melaka, destinasi resort ini rasanya semua orang tahu kerana kehebatan taman tema air yang besar dan mempunyai permainan gelongsor air yang lebih mencabar untuk golongan belia remaja.

Selain tarikan taman tema air, di A Famosa Resort Melaka juga mempunyai beberapa tarikan hiburan lain seperti Safari Adventure, Monkey Island, Farm Area dan beberapa aktiviti mencabar lain seperti Paintball War Game, Rock Climbing, Horse Riding, Memanah, go kart dan paddle boat.  A Famosa Resort sememangnya satu tempat menarik di Melaka yang mesra kanak-kanak dan sesuai juga untuk diadakan aktivti seperti family day ataupun teambuilding.


Bayou Lagoon Park Resort Melaka

bayu lagoon resort melaka aktiviti

Sebuah lagi resort di Melaka yang tidak ketinggalan untuk mempunyai tarikan taman tema air yang sesuai untuk kanak-kanak. Taman tema air di Bayou Lagook Park Resort mempunyai beberapa gelongsor air dan permainan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Walaupun gelongsor airnya tidak terlalu ekstrem seperti di A Famosa Resort, tetapi ia tetap merupakan sebuah destinasi percutian yang sesuai untuk anak-anak. Di sini juga menawarkan beberapa aktiviti lain yang sesuai untuk aktiviti teambuiding dan pilihan game/telematch yang ada pun ada banyak seperti Water Balloon Race, Fishing Game, Chopstick Crazy, Giant Slipper dan sebagainya.


Bukit Merah Laketown Resort di Perak

bukit merah laketown resort perak

Bukit Merah Laktown Resort di Perak merupakan satu destinasi percutian yang sangat ideal untuk berkeluarga. Resort di sini menawarkan pelbagai jenis tarikan taman tema samaada yang basah (water park) ataupun yang kering (eco-park).

Info berkaitan: Harga Tiket Bukit Merah Waterpark & Eco Park

Pilihan permainan gelongsor air di sini juga lebih ekstrem untuk warga belia seperti giant tube rides, waterfall bridge, kids adventure river dan water speed slides. Untuk Eco-park pula, tarikannya lebih kepada binatang dan haiwan yang menempatkan lebih 40 spesis burung, mamalia dan juga reptilia. Tidak jauh dari Bukit Merah Laketown Resort ini, terdapat pusat santuari Orang Utan yang terletak di Pulau Orang Utan. Pengunjung perlu menaiki bot untuk sampai ke santuari ini.


Lost World of Tambun di Perak

penginapan taman tema perak

Bagi yang sukakan penginapan dan percutian yang bertemakan alam semulajadi, apa kata bercuti di Lost World of Tambun di Perak. Penginapan di sini juga ada banyak pilihan samaada yang biasa-biasa ataupun yang lebih eksekutif.

Tarikan taman tema di sini juga agak pelbagai dengan pilihan taman tema air yang mempunyai gelongsor air yang sesuai untuk dewasa beserta dengan hotspring semlujadi untuk aktiviti berendam dan santai.


Felda Residence Hot Springs Sungai Kelah di Perak

felda residence penginapan

Destinasi di Sungkai, Perak ini sesuai kepada mereka yang inginkan percutian yang lebih kepada kawasan resort kampung dan mempunyai tarikan kolam air panas semulajadi yang dinaiktaraf menjadi sebuah kolam besar. Terdapat juga beberapa gelongsor air di kolam utamanya yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria.

Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah pengunjung boleh mencuba untuk merebus telur di dalam beberapa kolam air panas yang khas dan lebih panas suhunya.


Bukit Gambang Resort di Pahang

taman tema bukit gambang resort

Terletak di Gambang, Pahang dan Bukit Gambang Resort terkenal sebagai destinasi percutian keluarga dan juga teambuilding syarikat atas beberapa sebab. Yang pertama kerana tarikan taman tema airnya yang sangat menarik dan mencabar untuk anak-anak ataupun golongan dewasa.

Yang kedua kerana di sini terdapat beberapa aktiviti kering lain yang menyeronokkkan seperti meredah hutan, night safari dan juga memandu ATV di dalam denai hutan berbukit.


First World Resort Genting Highland di Pahang

taman tema genting first world resort

Resort yang mempunyai taman tema yang paling popular dan sudah wujud bertahun-tahun lamanya. Di Genting Highland kawasan tarikan pelancong terbagi kepada beberapa bahagian samaada untuk indoor ataupun outdoor. Antara penginapan di Genting Highland yang paling popular dan bajet ialah First World Resort Genting.

Yang paling membuatkan kanak-kanak teruja semestinya taman tema indoor( First World Indoor Theme Park) yang menawarkan pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik samaada roller coaster kanak-kanak, video games, rumah hantu, snow world dan sebagainya. Di bahagian luarnya pula terdapat taman tema air yang menjanjikan beberapa gelongsor air yang best dan juga permainan taman tema outdoor yang ekstrem seperti The Space Shot.


Legoland Resort Malaysia di Johor Bahru

legoland malaysia taman tema resort

Tidak perlu diperkenalkan lagi satu destinasi yang sangat popular di Johor Bahru yang menawarkan beberapa tarikan untuk kanak-kanak yang pasti tiada di taman tema lain di Malaysia iaitu himpunan koleksi lego-lego gergasi yang dibina menyerupai beberapa mercu utama negara Malaysia dan beberapa mercu utama dunia yang lain.

Jom baca: Harga Tiket Legoland dan Promosi Jimat 20%

Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk bermain lego di beberapa kawasan indoor di sini. Berkenaan taman tema airnya, terdapat beberapa gelongsor dan permainan air yang besar dan menarik untuk golongan belia dan juga kanak-kanak.


Cinta Sayang & Country Golf Resort di Kedah

cinta sayang resort kedah

Sebuah resort di Sungai Petani yang terkenal dengan taman tema airnya yang lebih dikenali dengan nama The Carnival atau nama panjangnya ialah Carnival Land and Water Park. The Carnival ini juga merupakan taman tema di dalam resort yang menarik untuk percutian dengan keluarga di Malaysia.

Bagi ayah yang kaki golf bolehlah membawa keluarga bercuti di sini. Sambil si ayah bermain golf, bolehlah anak-anak menghabiskan masa bersuka ria di taman tema airnya yang mempunyai beberapa permainan air yang menyeronokkan seperti waterslide, tidal wave dan juga discovery island. Selain itu, aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di sini ialah menunggang kuda dan juga memanah.


Berjaya Time Square Hotel di KL

resort menarik kanak kanak kl

Bagi yang bercadang untuk melancong ke Kuala Lumpur pula, salah satu penginapan yang ada tarikan taman tema ialah di Berjaya Time Square Hotel yang terletak di dalam kawasan tarikan pelancongan atau dikenali dengan ‘The Golden Triangle of Kuala Lumpur’.

Taman tema indoor di sini atau dikenali dengan The Cosmo’s World Theme Park menempatkan permainan yang mencabar dan ada juga yang mesra kanak-kanak. Salah satu permainan yang mesti cuba untuk dewasa ialah roller coaster indoornya yang boleh dikatakan sebuah roller coaster yang paling menakutkan yang ada di Malaysia.


Resort World Kijal di Terengganu

resort world awana kijal

Resort yang terletak di dalam daerah Kemaman, Terengganu ini mempunyai kawasan kolam air yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat juga beberapa gelongsor air mini dan kolam renangnya memang besar dan sesuai untuk berenang bagi orang dewasa.

Memandangkan lokasinya terletak tepi pantai, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti air lain seperti scuba diving, berkanu dan juga main jetski. Di sini juga terdapat satu lapangan golf yang boleh ibu bapa yang kaki golf menghabiskan masa bersama kawan-kawan.


Setiap kali cuti sekolah, destinasi percutian yang mempunyai taman tema dalam Resort di Malaysia semestinya tidak lekang dengan kunjungan orang. Pastikan anda tempah awal-awal penginapan di sini supaya tidak melepas dan rata-rata resort menawarkan pakej atau diskaun sekiranya booking awal-awal. Rancang pecutian anda dan bercutilah dengan tenang. Wassalam.

4.1/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

Penginapan yang Unik di Malaysia & Harga Bajet

Bagi mereka yang suka mencuba sesuatu yang pelik, apa kata mencuba untuk menginap di salah satu penginapan yang unik di Malaysia seperti bawah. Yang...

14 Resort Malaysia yg Romantik (Dengan Kolam Peribadi!)

Tanya mana-mana pasangan yang berkahwin dan mereka akan berkata bahawa meluangkan masa dengan orang yang tercinta amat penting. Dan apakah cara lain yang lebih...

Taman Tema di Malaysia yang BEST di setiap Negeri

Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu pilihan orang Malaysia kalau nak bercuti dengan keluarga terutamanya yang mempunyai kanak-kanak yang masih bersekolah. Tengok...

Penginapan & Resort dengan Pakej Aktiviti Menarik

Kadang-kadang nak bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, kita tak nak pening kepala untuk aturkan pelbagai macam aktiviti dengan pihak yang berlainan. Sekiranya anda mencari...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x