Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks dan manjakan diri. Oleh itu, mari segarkan diri anda di 6 tempat massage di Shah Alam!

6 Tempat Massage di Shah Alam


1. Marina Beauty – Facial Massage Spa Shah Alam, Seksyen 13

Marina Beauty - Facial Massage Spa Shah Alam, Seksyen 13

Tempat massage Marina Beauty yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, ini popular dengan rawatan urutan tradisional dan pelbagai rawatan di bahagian muka. Antaranya rawatan yang ditawarkan adalah rawatan menghidratkan semburan oxy untuk melentikkan bulu mata, rawatan memudarkan parut di muka dan waxing seluruh badan.

Spa ini juga banyak mendapat ulasan pelanggan yang rata-rata amat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan anda boleh pilih seleksi pakej promosi yang mereka tawarkan. Pekerja yang sangat berpengalaman dan profesional juga pasti membuatkan anda lebih selesa ketika menerima rawatan.

Marina Beauty juga menawarkan servis rawatan di rumah dengan membuat anda rasa seperti berada di spa. Namun, jika anda ingin menerima rawatan massage di Marina Beauty, Shah Alam, anda perlu membuat tempahan janji temu di laman web atau WhatsApp nombor telefon spa ini. 

Alamat: No 11, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-662 2610

WhatsApp Marina Beauty


2. Bamboo Emira Reflexology, D’kayangan

Bamboo Emira Reflexology, D'kayangan

Bamboo Emira Reflexology terletak di tingkat bawah Emira Residences di D’kayangan. Spa ini menyediakan pelbagai perkhidmatan terapi untuk wanita dan lelaki seperti urutan tradisional, refleksologi dan bekam. 

Rata-rata pelanggan yang datang ke spa ini memberikan maklum balas yang positif kerana servis yang diberikan amat memuaskan. Pekerja dan pemilik kedai juga sangat peramah dan sentiasa bersedia membantu pelanggan mereka. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan di spa ini, anda boleh membuat tempahan awal untuk memudahkan urusan penjadualan janji temu. 

Alamat: R-01-23A, Emira Residences, Jalan Akuatik A13/64A, D’kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Khamis – Selasa (11.00 am – 8.00 pm), Rabu (tutup)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5929 9971

WhatsApp Bamboo Emira


3. Pusat Terapi Saraf Al Amin : Sakit Urat & Slip Disc, Setia Alam

Pusat Terapi Saraf Al Amin : Sakit Urat & Slip Disc | Urut Shah Alam, Setia Alam

Pusat Terapi Saraf Al Amin yang terletak di Seria 88 Business Centre, Setia Alam, ini terkenal dengan urutan yang berkaitan urat dan saraf. Pusat terapi ini mewajibkan pelanggan untuk membuat tempahan janji temu sebelum datang demi memudahkan pengurusan menerima rawatan. 

Pusat terapi ini juga mengadakan kursus seperti Kursus Urutan Saraf & Pembetulan Tulang yang menerima banyak maklum balas positif. Hal ini disebabkan oleh isi kandungan kursusnya yang teliti dan latihan praktikal yang berterusan supaya pesakit yakin untuk merawat sakit saraf mereka sendiri.

Di laman web rasmi tempat massage Shah Alam ini juga terdapat banyak artikel mengenai prosedur urutan jika anda diserang sakit lutut, kebas tangan, sakit pinggang, perut kembung dan lain-lain. 

Alamat: No 2-3F, Seria 88 Business Centre, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5040 4441

WhatsApp Pusat Terapi Saraf Al Amin


4. Pantang Mothercare & Beauty, Setia Alam

Pantang Mothercare & Beauty, Setia Alam

Bagi penduduk Shah Alam, kebarangkalian untuk anda mencari lokasi tempat massage Pantang Mothercare & Beauty adalah lebih mudah kerana ia terletak di Setia Alam. Jadi, semua penduduk di Shah Alam sudah pasti tiada masalah untuk pergi ke lokasi tempat massage ini. 

Rata-rata pelanggan Pantang Mothercare & Beauty sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Servis urutan yang lembut dan tidak kasar membuat pelanggan rasa selesa dan lega selepas mendapatkan rawatan.

Kepada ibu-ibu yang ingin mendapatkan rawatan ketika berpantang, spa ini sangat sesuai untuk anda. Diingatkan juga, tempat massage di Shah Alam ini turut menyediakan perkhidmatan lain seperti urutan tradisional seluruh badan dan rawatan muka

Alamat: No 123, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-447 8057

WhatsApp Pantang Mothercare


5. Nova Reflexology (Spa & Massage) Shah Alam, Seksyen 16

Nova Reflexology (Spa & Massage) Shah Alam, Seksyen 16

Nova Reflexology (Spa & Massage) ini terletak di Seksyen 16, Shah Alam dan buka setiap hari termasuk hujung minggu. Spa ini mendapat ulasan pelanggan yang positif seperti harga yang dikenakan berbaloi dengan servis yang diberikan dan juga bilik rawatan yang bersih serta teratur.

Namun, spa ini juga banyak mendapat maklum balas negatif dari pelanggan seperti layanan pekerja spa yang kurang memuaskan dan tidak mesra. Walaupun begitu, pihak spa sentiasa cakna akan maklum balas pelanggan dan pantas mengambil tindakan sewajarnya supaya servis mereka semakin bagus.

Jika anda berminat untuk menerima rawatan di sini, anda bolehlah buat janji temu terlebih dahulu sebelum anda datang ke Nova Reflexology.

Alamat: E-3-1, Jalan Serai Wangi M 16/M Alam Avenue 2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 1.00 am)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1229 5422

WhatsApp Nova Reflexology


6. Velvet Beauty & Spa – Spa Wanita Massage Shah Alam, Seksyen 13

Velvet Beauty & Spa - Spa Wanita Massage Shah Alam, Seksyen 13

Spa yang terletak di Seksyen 13 ini menyediakan banyak perkhidmatan yang menenangkan khas untuk kaum wanita. Antara perkhidmatan spa di Seksyen 13, Shah Alam, ini adalah massage dan rawatan berkaitan muka, urutan badan, bertangas, rawatan kuku dan skrub badan.

Secara purata, spa ini memperolehi rating 4.3 dan terdapat maklum balas yang positif serta negatif. Servis yang disediakan di spa ini sering mendapat pujian dengan harganya yang juga berpatutan. Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan atau massage di Velvet Beauty & Spa, bolehlah buat tempahan lebih awal sebelum datang.

Alamat: 15G, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10.00 am – 7.00 pm), Selasa (tutup)

Lokasi | Instagram | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5523 9333

WhatsApp Velvet Beauty


Berikut merupakan 6 tempat massage di Shah Alam yang boleh anda lawati untuk berehat dan memanjakan diri. Jadi, apa tunggu lagi? Lakukan tempahan janji temu ke spa pilihan anda sekarang supaya anda boleh relax dan segarkan diri! 

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kebaikan yang anda boleh dapat jika anda mendapatkan urutan atau massage. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan stress, malah massage juga dapat mengurangkan kesakitan, kekejangan mahupun ketegangan otot. Malah, ia juga dapat menurunkan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan meningkatkan imune system anda. Wah, rugi kalau tak cuba!

Jadi, jagalah kesihatan badan anda dengan mendapatkan massage sekarang! Dan jika anda seorang yang mementingkan kesihatan kulit anda, kami juga ada artikel yang anda patut baca! Sila kunjungi artikel kami mengenai 7 Klinik Kulit Terbaik di Shah Alam untuk ketahui lebih lanjut tentang rawatan penjagaan kulit yang best di Shah Alam.

 

5/5 - (18 votes)

Anda Mungkin Berminat

25+ Tempat Menarik di Shah Alam, Selangor Paling Popular Untuk Pelancong

Adakah ini kali pertama anda bercuti di Shah Alam ? Jika ya, teruskan membaca untuk ketahui tempat menarik di Shah Alam yang sering menjadi...

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera...

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali...

6 Hotel Mewah Terbaik Untuk Staycation di Shah Alam

Anda pernah dengar perkataan “staycation”? Kalau anda semua nak tahu, staycation adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada percutian yang singkat dan biasanya berdekatan...

8 Restoran Nasi Arab Wajib Singgah Di Shah Alam!

Nasi Arab merupakan makanan yang berasal daripada Timur Tengah ini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kini, anda tak perlu lagi untuk terbang...

7 Kedai Tomyam yang Sedap di Shah Alam!

Bila bercakap tentang tomyam, pasti sudah kecur liur membayangkan tomyam yang sedap dan pedas, ala masakan Thai. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu panas-panas, memang favourite!...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x