Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Kulit Terbaik di Shah Alam Untuk Mengatasi Masalah Kulit Anda!

Kulit adalah organ badan manusia terbesar yang berfungsi sebagai penghalang terhadap kecederaan dan bakteria. Malangnya, setiap golongan manusia, dari bayi ke warga emas, boleh menghidap beberapa bentuk penyakit kulit dalam hidup mereka. Jangan risau, dengan pertolongan pakar dematologi dari klinik kulit yang terbaik di Shah Alam, anda mampu merawat segala penyakit kulit, rambut serta kuku yang anda hidapi!

Namun, mencari klinik kulit yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak klinik kulit di sekitar Lembah Klang, terutamanya di sekitar Shah Alam. Persoalannya, klinik kulit manakah yang berbaloi untuk berhabis duit? Tidak mengapa, artikel ini akan bantu anda memilih klinik kulit yang berbaloi di Shah Alam untuk merawat semua masalah kulit anda!

7 Klinik Kulit Terbaik Yang Anda Perlu Tahu di sekitar Shah Alam


1. Dr Chong Clinic, Seksyen 14 Shah Alam

klinik kulit shah alam dr chong png

Sebut sahaja nama Dr Chong Clinic, pasti rata-rata tahu akan klinik kulit ini. Klinik ini merupakan salah satu klinik kulit terbaik di Malaysia. Mereka telah dinobatkan sebagai Best Brands in Healthcare (Skin and Aesthetic Clinic), SME 100 Fast Moving Companies, Best Use Technology Award dan banyak lagi. 

Perkhidmatan yang disediakan di Dr Chong Clinic termasuk rawatan wajah, rawatan pelangsingan badan, rawatan laser dan sebagainya. Dr Chong Clinic juga menawarkan rawatan kosmetik seperti dermapan treatment, HIFU filler, microneedling treatment, chemical peels, BTA, dermal filler dan lain lain. 

Mereka akan meluangkan masa untuk melaksanakan pelan rawatan optimum untuk anda dengan teliti berdasarkan analisis kulit dan perbincangan bersama anda. Semua rawatan disini dilakukan oleh pasukan pakar mereka yang terdiri daripada doktor perubatan yang bertauliah.

Alamat: F-G-33, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 3083

WhatsApp Dr Chong Clinic


2. Klinik Dr. Bazilah, Seksyen 13 Shah Alam

klinik kulit shah alam dr bazilah png

Klinik Dr. Bazilah adalah pengamal kesihatan berlesen dan telah disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit am biasa dan masalah kulit. Pakar dermatologi mereka mampu merawat variasi masalah kulit seperti masalah jerawat, parut jerawat, psoriasis, ekzema, alergi, rambut gugur, kulat dan banyak lagi. Klinik ini menggunakan kaedah terbaik yang telah terbukti selamat dan berkesan secara klinikal untuk memastikan keselamatan pelanggan.

Selain itu, apa yang paling best disini ialah mereka juga menawarkan perkhidmatan aesthetic seperti menghilangkan parut keloid, HIFU, face lift, V shape, filler , rawatan anti-kedut dan rawatan lingkaran hitam. Jadi, jika anda ingin buat rawatan untuk mencantikkan wajah bolehlah buat appointment di Klinik Dr. Bazilah dengan segera!

Alamat: R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, , 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 6.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-50357359

WhatsApp Klinik Dr Bazilah


 3. Radiant Clinique, Bukit Jelutong

klinik kulit shah alam radiant clinique png

Radiant Clinique terletak di Pusat Perniagaan D’vida Bukit Jelutong, Shah Alam. Ia ditubuhkan pada tahun 2016 khusus untuk menangani masalah penuaan dan kecantikan kulit. Klinik kulit ini mempunyai pasukan pakar dermatologi yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi untuk merawat semua masalah kulit. 

Mereka turut menyediakan perkhidmatan seperti Pemeriksaan Kesihatan Gaya Hidup, Laser Tanpa Bedah (Muka, Badan, Faraj), Pengurusan Berat Badan dan Pembentukan Badan, Pemulihan Rambut, Pemprofilan DNA, Penyakit Kulit, dan Penggantian Hormon (BHRT) untuk lelaki dan wanita. Mereka juga akan meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti masalah yang anda hidapi sebelum membuat pelan rawatan terbaik untuk anda.

Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan dan berbaloi. Selain dari bayaran tunai, bayaran juga boleh dibuat melalui perbankan internet, Master Card, Visa dan Amex.

Alamat: D’Vida Business Centre, 1-G-01, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup). 

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7832 7101

WhatsApp Radiant Clinique


 4. Dermalene Skin Centre, Seksyen 14 Shah Alam

klinik kulit shah alam dermaline clinic png

Dermalene Skin Centre ialah pusat kulit terkemuka yang menyediakan penyelesaian kulit dengan penjagaan dan kepakaran yang tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, tidak semua rawatan kulit boleh dilakukan kerana ianya haram di sisi agama islam. Namun, di sini, mereka menawarkan rawatan kulit patuh syariah (halal) bagi pelanggan beragama islam.

Klinik ini menawarkan pelbagai rawatan untuk masalah jerawat, pigmentasi, parut jerawat, dan masalah kulit. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan skincare set daripada Demalene. Apa yang lebih menarik lagi, skincare set ini diformulasi khas oleh Dermalene sendiri. Semua produk telah terbukti secara klinikal, diluluskan dan diuji oleh pakar dermatologi daripada KKM. 

Alamat: B-LG-7, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-677 7617

WhatsApp Dermalene


 5. NextMed Aesthetic Clinic, Setia Alam

klinik kulit shah alam nextmed clinic png

NextMed Aesthetic Clinic merupakan perniagaan klinik estetik kecantikan dan dermatologi yang terletak di Setia Alam. Pasukan mereka memberikan khidmat rawatan kedutan, analisis kulit, ekzema, psoriasis, pigmentasi, kelopak mata berganda, penciptaan lesung pipit dan pembedahan pembuangan lemak buccal (bahagian pipi) dan lain-lain lagi buat pelanggan di sekitar Shah Alam. 

Ruang rawatan yang disediakan amat selesa dan nyaman, sesuai buat mereka yang inginkan keselesaan dan ketenangan. Untuk anda yang ingin datang ke sini, anda boleh datang secara walk in, tetapi mereka memberi keutamaan kepada pelanggan yang telah membuat janji temu.

Alamat: 71-G & 73-G Jalan Eco Ardence D U12/36D, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-238 0688

WhatsApp NextMed


6. Dr Ko, Eco Park

klinik kulit shah alam dr ko png

Pusat Pakar Kulit Dr. Ko telah diasaskan oleh Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997. Untuk pengetahuan anda semua, Klinik Dr Ko telah dinobatkan sebagai Klinik Pakar Kulit, Estetik dan Laser Terbaik. Mereka menyediakan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif, daripada dermatologi sehingga pembedahan kosmetik. Klinik Dr Ko mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Buat warga Shah Alam, anda boleh pergi ke Klinik Dr Ko yang terletak di Eco Park, Shah Alam.

Antara servis dan rawatan yang ditawarkan ialah rawatan jerawat, parut, rosacea, penuaan kulit, lingkaran hitam bawah mata, ekzema & psoriasis, tanda lahir, parut hipertrofik dan banyak lagi. Disamping itu, mereka juga turut menawarkan pembedahan kecil seperti pembedahan kelopak dan kantung mata, pembedahan hidung, pembedahan dagu, face lift & facial bone, pembedahan payudara, pemindahan lemak, pembedahan kemaluan wanita dan gynaecomastia. 

Alamat: 5B/G/1 & 5B/1/1, Jln Setia Nusantara U13/17, Seksyen U13, Setia Eco Park,40170 Shah Alam, Selangor, Shah Alam, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-677 3335

WhatsApp Dr Ko


7. Klinik Dr Nazelia, Seksyen 14 Shah Alam

klinik kulit shah alam dr nazelia clinic png

Klinik Dr Nazelia menawarkan rawatan kosmetik dan estetik bukan pembedahan kelas pertama dengan pakar dermatologi bertauliah dan berlesen. Pakar dermatologi mereka sentiasa menawarkan nasihat terbaik untuk anda. Mereka tidak akan mencadangkan rawatan atau prosedur yang mereka rasa tidak akan memberi manfaat kepada anda. 

Selain itu, mereka turut menawarkan pelbagai rawatan seperti rawatan wajah, kulit, rambut. Antara rawatan signature yang mendapat sambutan ramai disini ialah skin peeling, microdermabrasions, microneedling, Omega LED light therapy, cellulite therapy, cryolipo fat freezing treatment, PRP dermalift dan skinboosters. Bukan itu sahaja, Dr Nazelia turut mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit bernama Naz Aesthetics.

Alamat: F-G-40, Vista Alam, No 3, Presint 4.5, 1, 14, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 2192

WhatsApp Dr Nazelia


Kami berharap perkongsian artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat keputusan tentang klinik kulit terbaik di Shah Alam untuk merawat masalah kulit anda. Jadi tunggu apa lagi? Hubungi mereka sekarang!

Jika anda mencari klinik kulit di sekitar Bangi, kami juga telah menyenaraikan 5 Klinik Pakar Kulit di Bangi yang Mahir dalam Rawatan Kulit.

 

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pusat Kecantikan Kimisoi Puchong – Bantu Serlahkan Tarikan Anda

Jika anda sedang mencari tempat untuk mendapatkan rawatan kecantikan kulit, kami sarankan kepada anda semua untuk memilih pusat kecantikan Puchong - Kimisoi yang merupakan...

5 Klinik Pakar Kulit di Bangi yang Mahir dalam Rawatan Kulit

Adakah anda mahu mendapatkan rawatan kulit yang berkualiti dengan harga yang bermunasabah? Terdapat banyak klinik pakar kulit Bangi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan...

10 Klinik Kulit di Putrajaya Paling TOP

Di Putrajaya, terdapat beberapa klinik kulit yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kulit dan kecantikan kepada penduduk tempatan dan sekitarnya. Semua klinik kulit di Putrajaya...

TOP 10 Salon Kecantikan Kulit dan Rambut Puchong

Kecantikan wajah dan kulit merupakan aset penting dalam penampilan seseorang. Antara cara untuk menjaganya adalah dengan mengunjungi salon kecantikan yang menawarkan pengalaman yang memuaskan....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x