Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Klinik Pakar Kulit di Bangi yang Mahir dalam Rawatan Kulit

Adakah anda mahu mendapatkan rawatan kulit yang berkualiti dengan harga yang bermunasabah? Terdapat banyak klinik pakar kulit Bangi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan untuk pelanggan, jadi yang mana satu adalah pilihan yang sesuai untuk anda? Berikut adalah 5 klinik pakar kulit di sekitar Bangi yang memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. 

5 Klinik Pakar Kulit di Bangi


1. Klinik Dr Bazilah, Seksyen 9

Klinik Dr Bazilah

Klinik yang terletak di Bandar Baru Bangi ini menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa sehinggalah kepada masalah rambut dan kulit secara khususnya. Pakar-pakar kulit di sini memberi tumpuan untuk merawat semua masalah berkaitan kulit dan rambut. Doktor dan staf di sini memberikan servis yang terbaik dan menggunakan kaedah yang terbukti selamat secara klinikal dan keberkesanannya.

Klinik ini tidak hanya menawarkan rawatan estetik sahaja namun jika anda mengalami apa-apa masalah serius dari hujung rambut sehingga ke hujung jari kaki, anda boleh mengunjungi klinik ini. Namun, anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu sebelum datang ke klinik untuk memudahkan urusan. Selain di Bandar Baru Bangi, klinik ini juga mempunyai cawangan lain di Kuala Lumpur dan Shah Alam. 

Alamat: C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor. 

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 9681

WhatsApp Klinik Dr Bazilah


2. Dermalene Skin Centre, Seksyen 9

Dermalene Skin Centre

Dermalene merupakan pusat pakar kulit terkemuka di Malaysia yang menyediakan penyelesaian kulit dan produk berkualiti untuk semua jenis kulit. Terdapat pelbagai rawatan kulit yang disediakan dengan fokus terhadap masalah seperti jerawat, jeragat dan parut wajah. Staf di pusat pakar kulit ini memberi servis terbaik daripada konsultasi sehinggalah follow-up selepas rawatan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan dan memuaskan hati anda. Bilik rawatan yang seakan bilik spa amat selesa dan semua rawatan dilakukan oleh staf yang diiktiraf dan berpengalaman.

Selain memberi penyelesaian masalah kulit, mereka juga menyediakan produk penjagaan kulit dengan harga yang berpatutan. Produk-produk mereka dijamin berkualiti tinggi dan mengandungi bahan kimia daripada makmal yang dipercayai di dalam dan di luar negara. 

Jika anda tidak menetap di Bangi, Skin Centre ini mempunyai beberapa cawangan lain yang terletak di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kota Damansara dan Ampang. Selain itu, mereka mempunyai cawangan di Kota Bharu, Kelantan dan Johor Bahru, Johor. Mereka juga merancang untuk membuka cawangan baru di Taman Tun Dr Ismail pada Disember 2022.

Alamat: 17, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-919 2700

WhatsApp Dermalene


3. Klinik Pakar Kulit Dahlia, Seksyen 8

Klinik Pakar Kulit Dahlia

Klinik yang dibuka sejak 2018 ini dikendalikan oleh pakar yang sangat berprofesional dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang dermatologi. Staf di sini juga memberi servis yang terbaik untuk pelanggannya. Anda disarankan membuat janji temu terlebih dahulu melalui Whatsapp sebelum datang ke klinik ini. 

Selain itu, jika anda dapat memberi senarai ubat yang telah dicuba sebelum ini dan kesannya terhadap anda, ia akan sangat membantu semasa proses konsultasi. Pakar di sini akan membantu anda mengenal pasti dan memberi penerangan lanjut mengenai masalah yang anda hadapi. Mereka juga mencadangkan rawatan yang sesuai dengan harga berpatutan yang setanding dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Alamat: 56, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Selasa – Khamis (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 2.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-393 4142

WhatsApp Klinik Pakar Kulit Dahlia


4. Klinik Hana, Seksyen 9

Klinik Hana

Klinik Hana bukan sahaja memberi rawatan kulit pada muka, ia juga turut menyediakan perkhidmatan untuk masalah rambut gugur, rawatan awet muda dan pelangsingan badan. Klinik ini boleh dikatakan one-stop centre untuk semua keperluan estetik anda. Perkhidmatan dan rawatan dikendalikan oleh pekerja yang telah diiktiraf dan berpengalaman dengan harga yang berpatutan. Selain itu, mereka turut menyediakan kaedah pembayaran fleksibel untuk membantu anda. Mereka menggunakan teknologi terkini dalam perubatan estetik yang disahkan selamat secara klinikal untuk memastikan rawatan yang berkesan.

Klinik ini telah dianugerahkan dengan SME100 Awards Fast Moving Companies dan Fotona The Aesthetic Industry Excellence Award 2019. Maka, sudah tentu perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik oleh staf yang profesional. Beberapa cawangan lain yang anda boleh kunjungi adalah di Putrajaya, Shah Alam, Sri Hartamas, Semenyih, dan Cheras. Klinik ini juga memiliki cawangan di luar Selangor seperti di Senawang, Negeri Sembilan dan Melaka. Mereka turut memiliki Pusat Laser yang terletak di Melawati, Kuala Lumpur.

Alamat: 3-37-03 (Tingkat 2), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 9303

WhatsApp Klinik Hana


5. Klinik Pakar Kulit dan Alahan Annur Bangi

Klinik Pakar Kulit dan Alahan Annur Bangi

Klinik Pakar Kulit dan Alahan Annur telah menyediakan rawatan kulit profesional sejak 2006 untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk sekitar Bangi. Selain itu, klinik ini berafiliasi dengan Hospital Pakar Annur Bangi dan berkongsi misi yang sama untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah. Keutamaan mereka adalah memberi penjagaan profesional yang dipercayai dan berkualiti kepada pelanggan. Mereka akan memberi rawatan terbaik untuk keadaan kulit anda. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di sini. 

Untuk mendapatkan rawatan di klinik ini, anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu kerana slot yang terhad. Namun begitu, jangan risau jika anda tidak mempunyai masa untuk pergi ke klinik ataupun slot telah penuh. Mereka turut menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk anda berhubung dengan pakar kulit mereka. Jadi, anda boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dari rumah sahaja. Anda hanya perlu menghantar Whatsapp kepada nombor yang disediakan dan anda akan diberi arahan yang selanjutnya. Jika anda memerlukan ubat-ubatan, mereka akan menghantar terus ke depan rumah anda. Anda perlu membayar deposit RM80 terlebih dahulu untuk perkhidmatan dalam talian ini. 

Alamat: No 2-1-01, Jalan Medan PB1a, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Jumaat (9.30 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 12.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8925 6120


Kami harap senarai ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mencari klinik pakar kulit di Bangi. Anda boleh menilai klinik-klinik berikut berdasarkan perkhidmatan yang disediakan, ulasan pelanggan dan harga. Semoga anda dapat memilih klinik yang sesuai untuk menyelesaikan sebarang masalah kulit yang anda alami.

Jika anda mendapati klinik-klinik yang kami telah senaraikan ini bukanlah apa yang anda inginkan, anda boleh lihat artikel kami di mana kami senaraikan 6 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur.

 

4.7/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Klinik Kulit Terbaik di Shah Alam Untuk Mengatasi Masalah Kulit Anda!

Kulit adalah organ badan manusia terbesar yang berfungsi sebagai penghalang terhadap kecederaan dan bakteria. Malangnya, setiap golongan manusia, dari bayi ke warga emas, boleh...

Pusat Kecantikan Kimisoi Puchong – Bantu Serlahkan Tarikan Anda

Jika anda sedang mencari tempat untuk mendapatkan rawatan kecantikan kulit, kami sarankan kepada anda semua untuk memilih pusat kecantikan Puchong - Kimisoi yang merupakan...

TOP 10 Salon Kecantikan Kulit dan Rambut Puchong

Kecantikan wajah dan kulit merupakan aset penting dalam penampilan seseorang. Antara cara untuk menjaganya adalah dengan mengunjungi salon kecantikan yang menawarkan pengalaman yang memuaskan....

10 Klinik Kulit di Putrajaya Paling TOP

Di Putrajaya, terdapat beberapa klinik kulit yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kulit dan kecantikan kepada penduduk tempatan dan sekitarnya. Semua klinik kulit di Putrajaya...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x