Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Klinik Pakar Kulit di Ipoh yang Terbukti Keberkesanannya!

Kami pasti, masalah kulit seperti jerawat atau ekzema yang tidak berkesudahan merupakan mimpi ngeri yang pasti cuba dielakkan oleh sesiapa sahaja. Selain daripada memberi impak negatif terhadap fizikal seseorang, masalah kulit juga mampu mengurangkan keyakinan diri dan mengakibatkan tekanan mental. Oleh itu, kami senaraikan 10 klinik pakar kulit di Ipoh supaya anda dapat mencegah masalah kulit sebelum parah.

10 Klinik Pakar Kulit di Ipoh


1. Klinik Dr Ko, Silibin

Klinik Dr Ko

Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai klinik pakar kulit, estetik, dan laser terbesar di Malaysia, Klinik Dr Ko bukanlah suatu organisasi yang asing lagi dalam dunia perubatan estetik. Pengasasnya, Dr Ko Chung Beng, merupakan salah seorang perintis utama untuk bidang perubatan estetik tempatan.

Menggunakan teknologi perubatan canggih yang terbukti keberkesanannya, klinik ini menawarkan variasi rawatan kulit, estetik, serta laser di bawah satu bumbung dengan harga yang setanding dengan kualiti. Kini, Dr Ko mempunyai lebih 30 pusat di seluruh negara, serta 2 pusat antarabangsa di Indonesia. Buat anda yang mencari klinik pakar kulit di Ipoh, anda boleh kunjungi cawangan Dr Ko yang terletak di Jalan Silibin.

Alamat: 29, Jalan Pusat Perniagaan Pertama, Jalan Silibin, Pusat Perniagaan Pertama, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-260 5770

WhatsApp Klinik Dr Ko


2. Klinik Dr Elaine @ Beverly, Taman Ipoh

Klinik Dr Elaine @ Beverly

Klinik Dr Elaine @ Beverly menawarkan rawatan dermatologi kosmetik, termasuk rawatan kulit yang berkesan untuk menggebukan, melembapkan, dan menyeratakan tekstur kulit anda. Hal ini seterusnya akan menjadikan kulit anda tampak lebih licin dan anjal, serta mengurangkan kesan penuaan. 

Di samping itu, klinik ini juga menyediakan rawatan laser untuk mengurangkan penampilan liang pori dengan efektif. Selain daripada rawatan kulit, anda juga boleh dapatkan pelbagai rawatan estetik yang lain seperti rawatan untuk bibir yang lebih menawan, pembuangan skin tag, penyingkiran rambut melalui laser, dan sebagainya.

Alamat: 24, Lorong Taman Ipoh 1, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 3.00 pm) Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-531 0369

WhatsApp Klinik Dr Elaine


3. Klinik Elite, Taman Song Choon

Klinik Elite

Klinik Elite mempunyai pasukan doktor dan jururawat yang berdedikasi tinggi dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menyelesaikan masalah kulit pesakit. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh mendapatkan pemeriksaan serta rawatan kulit yang berkualiti tinggi. 

Jika anda baru pertama kali ingin ke klinik untuk mendapatkan skin consultation, usah risau kerana semua staf di sini ramah-tamah belaka! Selain daripada rawatan dermatologi, Klinik Elite turut menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan am. Tidak lupa juga, waktu operasinya yang panjang berbanding klinik kerajaan memudahkan anda yang sibuk bekerja untuk mendapatkan rawatan profesional. 

Alamat: No 55, Medan Song Choon 1, Taman Song Choon, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-318 9248


4. Klinik Pakar Kulit Foong, Taman Fair Park

Klinik Pakar Kulit Foong Ipoh

Klinik Pakar Kulit Foong, atau lebih dikenali sebagai Foong Skin Specialist Clinic, merupakan satu pusat komprehensif untuk rawatan dermatologi, kosmetik, serta pembedahan dermatologi dan laser. Di sini, anda boleh menerima pelbagai perkhidmatan yang diperibadikan dengan harga yang berpatutan.

Jangan risau, semua perkhidmatan yang tersedia di Klinik Pakar Kulit Foong adalah di bawah pemantauan Dr Henry Foong Boon Bee, seorang pakar dermatologi bertauliah dan disegani di Malaysia. Selain itu, klinik ini juga berafiliasi dengan beberapa hospital di Ipoh seperti Hospital Pantai Ipoh, Hospital Pakar KPJ Ipoh, Hospital Fatimah dan Hospital Pakar Komuniti Perak.

Alamat: 2-13, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 12.00 pm, 2.00 pm – 4.30 pm), Sabtu (9.30 am – 12.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Blog | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-541 7648


5. Klinik Jaya, Taman Ipoh

Klinik Jaya

Terletak berdekatan dengan Kinta City Mall, Klinik Jaya menawarkan pelbagai rawatan sakit kulit untuk masalah jerawat, jeragat, ekzema, alahan kulit dan sebagainya. Klinik pakar kulit di Ipoh ini juga mempunyai pakar perubatan bertauliah yang boleh melakukan pembedahan dermatologi untuk menyelesaikan masalah kulit anda.

Paling penting, para doktor di sini senantiasa cuba untuk memberikan nasihat yang bermanfaat serta perkhidmatan yang terbaik. Buat anda yang mempunyai anak kecil, Klinik Jaya juga mempunyai rawatan serta ubat yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ruam bayi. Tidak lupa juga, Klinik Jaya mempunyai satu lagi cawangan di Tapah, jadi anda boleh dapatkan rawatan jika anda berkunjung ke sana!

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 4.30 pm), Sabtu (9.30 am – 1.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-401 6195


6. One Doc, Medan Ipoh

Klinik Pakar Kulit One Doc Ipoh

Klinik penjagaan kulit ini memberi fokus utama kepada pelbagai masalah berkaitan kulit. Sebagai sebuah pusat rawatan PicoPulse yang dipercayai, One Doc memberikan komitmen yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan laser serta rawatan muka bukan invasif untuk menyelesaikan masalah seperti jerawat, liang pori yang besar, pigmentasi, bintik hitam, melasma dan kulit yang menua.

Dilengkapi dengan pasukan terlatih yang sentiasa bersemangat untuk memberikan hanya yang terbaik buat anda, One Doc mempunyai standard perkhidmatan yang tinggi dan amat mementingkan keselamatan. Semua rawatan di sini dirumuskan dengan formula yang terbukti efektif untuk penambahbaikan kondisi kulit secara holistik.

Alamat: De Garden, 3, Persiaran Medan Ipoh G-R-2 & G-R-3, Zone B, Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-322 5168

WhatsApp One Doc


7. Klinik Nagoke, Kampung Simee

Klinik Nagoke

Mungkin anda pernah dengar nama Klinik Nagoke yang pernah viral suatu ketika dahulu sehingga dibanjiri orang ramai yang datang dari merata lokasi tidak kira dekat mahupun jauh. Terletak di Tanjung Tualang, doktor dan staf di klinik hampir setiap hari tidak menang tangan melayan pesakit dari mula waktu operasi sehinggalah klinik ditutup. 

Kadang kala, pesakit perlu datang semula pada hari lain kerana angka giliran buat hari tersebut telah habis dan pendaftaran tidak lagi diterima. Oleh itu, kami kongsikan lokasi Klinik Nagoke di Kg. Simee, Ipoh supaya anda tidak perlu menunggu dengan lama untuk mendapatkan rawatan. Rata-rata pengunjung di sini mengatakan bahawa servis dan perkhidmatan yang diberikan amat berkualiti serta melebihi jangkaan.

Alamat: 595, 5th Avenue, Kampung Simee, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-546 3781


8. Poliklinik Bakti & Klinik Kulit R. M., Taman Cherry

Poliklinik Bakti & Klinik Kulit R. M

Dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang perubatan kulit, sudah pasti rawatan yang bakal anda perolehi di sini terjamin keberkesanannya. Walaupun bangunan kecil ini kelihatan agak tua, tetapi perkhidmatan serta rawatan yang ditawarkan dikatakan sangat efektif. Ramai pesakit, terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif telah menyampaikan kebaikan serta keberkesanan ubat yang mereka terima.

Terletak di Jalan Tun Razak, klinik pakar kulit di Ipoh ini turut menyediakan kemudahan parkir yang luas buat pesakit yang memandu. Jadi, anda tidak perlulah pening-pening lagi mencari tempat parkir untuk kereta anda. Doktor dan staf yang ramah juga antara salah satu sebab utama anda boleh cuba pergi ke Poliklinik Bakti & Klinik Kulit R. M.

Alamat: 70, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Cherry, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 12.30 pm, 2.00 pm – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-527 8230


9. Klinik LeSkin, Stesen 18

Klinik LeSkin

Terletak di AEON Station 18, Klinik LeSkin ialah sebuah klinik estetik yang mempunyai barisan doktor yang berpengalaman. Klinik ini menawarkan rangkaian rawatan kosmetik bukan pembedahan yang serba lengkap menggunakan peralatan yang terkini untuk memberikan anda hasil yang terbaik.

Semua produk yang digunakan dijamin kualitinya dan telah diiktiraf oleh badan Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai The United States Food and Drug Administration (US FDA). Antara rawatan yang anda boleh cuba ialah rawatan laser, facelift tanpa pembedahan, filler, facial, dan bermacam-macam lagi. Dengan staf yang profesional dan peramah, anda pasti tidak menyesal datang ke sini.

Alamat: No 33, Susuran, Station 18, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin (9.00 am – 7.00 pm), Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-808 2568

WhatsApp LeSkin


10. Agnes Heng Dermatology, Jalan Greentown

Agnes Heng Dermatology

Ditubuhkan oleh salah seorang pakar dermatologi terkemuka negara, Dr Agnes Heng, klinik kulit ini sudah pasti akan memberikan kesan positif buat masalah kulit anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan di sini, kami sarankan anda untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum datang ke klinik supaya anda tidak perlu menunggu lama untuk giliran anda.

Sebelum memulakan sebarang rawatan, Dr Agnes Heng akan melakukan skin consultation secara bersemuka untuk mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan. Prosedur ini penting untuk memastikan langkah yang bakal diambil serta produk yang akan digunakan bersesuaian dengan anda. Kebanyakan pelanggan mengatakan bahawa rawatan di sini berpatutan dan setanding dengan perkhidmatan yang diberikan.

Alamat: 14, Ground Floor, Persiaran Greentown 4, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin, Jumaat, dan Sabtu (9.00 am – 1.00 pm), Selasa dan Khamis (2.00 pm – 5.00 pm), Rabu dan Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-255 9992


Konklusinya, terdapat banyak klinik pakar kulit bagus yang terletak di sekitar Ipoh. Kami berharap senarai klinik pakar kulit di Ipoh ini dapat membantu anda untuk mendapatkan rawatan kulit profesional.

Jika anda mendapati diri anda menunjukkan gejala awal penyakit kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis, dan sebagainya, pastikan anda mengunjungi klinik pakar kulit terdekat untuk mendapatkan diagnosis dengan kadar segera! Namun, jika anda mendapati klinik-klinik tersenarai tidak menepati kriteria yang anda inginkan, silalah lihat artikel kami di mana kami senaraikan 6 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur!

 

4.6/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
s
s
9 months ago

Can consider to add on O2 Klinik Ipoh Garden.terbaik juga

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x