Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Pakar Kulit di Melaka yang Memberi Rawatan Terbaik

Masalah kulit boleh menjadi mimpi ngeri kepada seseorang. Oleh itu, adalah wajar untuk menjaga organ terbesar badan anda. Ramai orang banyak melabur wang dalam pelbagai produk dan rawatan penjagaan kulit untuk memperbaiki keadaan dan penampilan kulit mereka. Di sini kami senaraikan 7 klinik pakar kulit di Melaka yang memberi rawatan terbaik dengan harga yang berpatutan. 

7 Klinik Pakar Kulit di Melaka


1. Klinik Dr Ko Melaka, Jalan Lagenda

Klinik Dr Ko Melaka, Jalan Lagenda

Nama Klinik Dr Ko merupakan nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mereka telah diiktiraf sebagai klinik pakar kulit, estetik dan laser yang terbesar di Malaysia dalam Malaysia Book of Records. Klinik ini mempunyai 45 cawangan di seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak di Klang, Selangor.

Semua pusat pakar kulit Dr Ko menggunakan teknologi yang canggih dan berkesan untuk merawat sebarang masalah kulit yang anda hadapi. Staf mereka juga sangat berpengalaman dan berdedikasi dalam memberi rawatan yang terbaik kepada pelanggan. Mereka juga terkenal dengan produk penjagaan kulit sendiri dan rawatan perubatan yang berpatutan.

Alamat: 27, Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda, 75400 Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-281 8100

WhatsApp Klinik Dr Ko Melaka


2. Cosmedic Clinic, Jalan Ong Kim Wee

Cosmedic Clinic, Jalan Ong Kim Wee

Cosmedic Clinic ialah sebuah klinik kulit dan estetik yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka dan dikendalikan oleh pasukan profesional perubatan. Diterajui oleh Dr Shonali Sahni, klinik ini ditubuhkan untuk memberi rawatan kulit yang selamat dan berkesan kepada pelanggan. Staf mereka akan memastikan anda faham dengan masalah yang anda hadapi dan jenis rawatan yang diberikan. 

Klinik ini juga memberi perhatian kepada kaedah dan produk penjagaan kulit lelaki. Selain daripada merawat masalah kulit, mereka turut menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan berat badan. 

Alamat: 43-C, Jalan Ong Kim Wee, 75300 Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-284 7478

WhatsApp Cosmedic Clinic


3. Marissa Aesthetic Melaka, Jalan Lagenda 9

Marissa Aesthetic Melaka, Jalan Lagenda 9

Diasaskan oleh pakar estetik terkemuka, Dr Rushmini Maris pada tahun 2006 dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan. Moto Marissa Aesthetic, iaitu Cantik, Ceria, Cergas, memastikan anda selesa dengan diri anda dan sentiasa berkeyakinan dalam menghadapi pelbagai situasi. 

Pusat ini mempunyai 11 cawangan di seluruh Malaysia untuk memudahkan mereka memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Staf mereka yang ramah mesra dan berpengalaman akan membuat anda berasa selesa semasa mendapatkan rawatan di sini.

Alamat: No 5, Taman 1 Lagenda 75400, 86, Jalan Lagenda 9, 75300 Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1128 8144

WhatsApp Marissa


4. Klinik Stellar, Taman Kota Syahbandar

Klinik Stellar Aesthetic, Taman Kota Syahbandar

Ditubuhkan sejak tahun 2015, Klinik Stellar menawarkan rawatan anti-penuaan, kecantikan tanpa pembedahan, dan penjagaan kulit. Mereka menggabungkan rawatan perubatan terbaik dalam suasana spa yang menenangkan. Jadi, anda akan berasa selesa semasa mendapatkan rawatan di sini. 

Semua rawatan yang diberikan akan dilakukan oleh doktor mereka sendiri. Jadi, anda tidak perlu bimbang semasa mendapatkan rawatan di sini. Selain itu, mereka turut menawarkan janji temu pada hari yang sama, perkhidmatan solekan selepas rawatan, dan konsultasi susulan percuma. Selain di Melaka, Klinik Stellar juga memiliki cawangan di Sunway GEO Avenue, Subang Jaya, Selangor.

Alamat: No.17, Jalan KSB 13, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-264 4344

WhatsApp Klinik Stellar


5. Yap’s Clinic, Bukit Baru

Yap’s Clinic, Bukit Baru

Datuk Dr Yap Hong Keong yang mempunyai 22 tahun pengalaman dalam bidang perubatan merupakan pengarah perubatan Klinik Kulit Yap di Melaka, Malaysia. Beliau menawarkan pelbagai rawatan estetik muka tanpa pembedahan dan rawatan perubatan am. Yap’s Clinic adalah antara klinik estetik perubatan yang diiktiraf terbaik di Melaka.

Mereka menggunakan teknologi moden dalam perubatan estetik untuk merawat pelbagai masalah kulit. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa rawatan yang diberikan adalah selamat dan terbukti berkesan. 

Alamat: 27, Ground Floor, Jalan PPPS 1, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, 75150 Bukit Baru, Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 5.00 pm), Sabtu (10.00 am – 2.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-318 2088

WhatsApp Yap’s Clinic


6. Elle Clinic, Taman Paya Rumput

Klinik Pakar Kulit Elle Clinic, Taman Paya Rumput, Melaka

Klinik yang terletak di Taman Paya Rumput ini memberi perkhidmatan perubatan am dengan fokus utama pada dermatologi dan kesihatan kulit. Elle Clinic merupakan pusat terkemuka dalam ujian alahan, diagnosis alahan dan penyakit kulit. 

Doktor-doktor di sini berpengalaman dalam masalah yang boleh menjejaskan kulit, kulit kepala, rambut, kuku, bibir, mulut serta alat kelamin. Mereka berdedikasi dalam menguji dan mengenal pasti masalah kulit anda sebelum memberi rawatan yang sesuai. 

Alamat: No 11, Ground Floor, Jalan Inang 2, Taman Paya Rumput, 76450 Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-6525 3155

WhatsApp Elle Clinic


7. Clinic RX Melaka, Taman Kota Laksamana

Klinik Pakar Kulit Clinic RX Melaka, Taman Kota Laksamana

Sebagai salah satu klinik estetik terkemuka di Malaysia, Clinic RX bertujuan untuk memastikan setiap individu sentiasa dalam keadaan terbaik pada setiap peringkat kehidupan mereka. Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Clinic RX menggunakan teknologi perubatan Korea yang tercanggih dan moden. Rawatan mereka sentiasa berkembang seiring dengan peredaran masa. 

Doktor-doktor di sini sangat berpengalaman dalam bidang dermatologi dan memastikan rawatan yang diberikan adalah selamat untuk anda. Klinik mereka juga direka untuk memberi suasana yang tenang dan selesa semasa anda mendapatkan rawatan. Selain di Melaka, Clinic RX juga mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Alamat: No.26 & 26-1 Jalan Kota Laksamana 3/14, Seksyen 3, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-210 3921

WhatsApp Clinic RX


Kami harap senarai klinik pakar kulit di Melaka ini dapat membantu dalam mencari klinik yang sesuai untuk anda mendapatkan rawatan. Semua klinik pakar di sini sangat berpengalaman dalam bidang mereka dan akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Jika anda tidak jumpa apa yang anda cari di dalam senarai ini, anda boleh merujuk kepada artikel lain kami, 6 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur! Jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan sebelum ia menjadi parah. 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x