Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

16 Homestay TERBAIK Di Hulu Langat Dengan Suasana Nyaman

Hulu Langat memang salah satu destinasi beriadah yang popular di Malaysia dek kerana sungai-sungai yang segar dan menyamankan. Antara sungai yang terkenal di kawasan ini ialah Sungai Congkak dan Sungai Gabai. Memang kebanyakkan penduduk di kawasan Lembah Klang akan ke daerah ini untuk mandi-manda dan meluangkan masa bersama keluarga memandangkan destinasi ini banyak sungai-sungai yang menarik untuk dilawati. Lagipun di sini juga terkenal dengan tempat perkhemahan dan tempat untuk bakar-bakar bbq serta tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti flying fox dan meredah hutan.

Sudah tentu lah kalau nak melakukan aktiviti-aktiviti menarik di Hulu Langat ini anda memerlukan tempat penginapan kan? Kalau pergi dengan kumpulan yang kecil bolehlah tidur hotel, tapi kalau nak tidur dengan keluarga besar anda pergilah tidur di homestay. Banyak homestay yang cantik-cantik dengan harga berpatutan di Hulu Langat ni. Apa kata anda teruskan baca untuk mengetahui lebih lanjut.

16 Homestay di Hulu Langat 


1. Tanah Larwina

Tanah Larwina

Anda mahukan ketenangan dan ingin lari buat seketika daripada kesibukkan kota, menginaplah di Tanah Larwin. Homestay yang terletak di tebing Sungai Larwin di Hulu Langat ini mewujudkan suasana yang sangat mendamaikan. Tempat ini merupakan sebuah nature retreat yang mempunyai keluasan 3 ekar tanah. Dikelilingi oleh pelbagai flora dan fauna menarik yang sesuai bagi anda yang ingin tenangkan fikiran pada hujung minggu. Anda boleh bersantai di tepi sungai yang cetek ini atau bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Anda boleh menempah sebuah penginapan yang dikenali sebagai “Rumah Tebing” yang mampu memuatkan anda sekeluarga. Penginapan ini dilengkapi dengan segala kemudahan, peralatan bbq, dapur, ruang tamu, 3 buah katil queen di tingkat atas dan 1 katil queen di tingkat bawah. Menggunakan konsep ruang terbuka dan mempunyai reka bentuk moden yang mampu membuatkan anda terpegun. Selain itu, terdapat juga kediaman pod biru dan hijau yang memuatkan 2 orang dengan harga RM 280 semalaman. Kediaman berbentuk unik ini memang sangat hebat dan patut anda cuba.

Alamat: Batu 23, Jalan Sungai Lui, Kampung Paya Lebar, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 017-599 7665

Whatsapp Tanah Larwina


2. Hulu Langat Homestay Eco Farm

Hulu Langat Homestay Eco Farm

Seperti namanya, Hulu Langat Homestay Eco Farm, di sini anda dapat menyaksikan ladang sayur-sayuran segar dan beberapa haiwan ternakan yang jinak. Homestay berperabot yang dilengkapi dengan segala keperluan yang boleh anda gunakan semasa menginap. Memberikan tawaran harga yang sangat berbaloi dan layanan yang sangat mesra daripada para pekerja. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sini ialah Air Terjun Sungai Gabai, sebuah air terjun yang popular di Selangor yang mengambil masa 10 minit sahaja daripada homestay.

Kebiasaannya, mereka yang menginap di sini akan membawa khemah untuk berkhemah di kawasan lapang tepi tasik. Ini merupakan tapak yang sempurna untuk aktiviti perkhemahan. Suhu yang sejuk dan nyaman memang akan membuatkan anda dapat tidur malam dengan nyenyak. Penginapan yang meriah ini terletak di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau yang menakjubkan.

Alamat: Kampung Gemi, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-202 2908

Whatsapp Eco Farm


3. Aman Dusun Orchard & Farm Retreat

Aman Dusun Orchard & Farm Retreat

Tempat yang aman dan tenang yang sesuai untuk anda merehatkan diri, semestinya di penginapan Aman Dusun Orchard & Farm Retreat. Direka dengan menggunakan konsep gabungan rumah batu dan kayu membuatkan ia kelihatan sangat elegant. Hirup udara segar dan bersantai di buaian gantung yang terdapat di balkoni rumah. Anda juga boleh menikmati hidangan sarapan pagi yang lazat di tempat makan sekitar jam 8.30 sehingga 9.30 sahaja.

Terdapat pelbagai kemudahan yang diberikan, bilik dalam keadaan bersih dan suasana yang sangat indah di sini memang tidak akan menghampakan. Kalau anda berasa bosan, anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan homestay yang luas ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat beberapa haiwan ternakan yang terdapat di sini seperti kambing, burung, ayam belanda, burung merak dan macam-macam lagi. Alang-alang anda menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba susu kambing yang berprotein tinggi yang mereka jual.

Alamat: Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-395 0503

Whatsapp Aman Dusun Orchard & Farm Retreat


4. SANTIKA Hulu Langat

SANTIKA Hulu Langat

Alangkah indahnya percutian anda jika menginap di penginapan yang dikelilingi alam sekitar yang mendamaikan. Di SANTIKA Hulu Langat ini anda berpeluang menikmati persekitaran perkampungan yang tenang dan keunikan budaya tradisional masyarakat Melayu Jawa. Homestay rumah kayu ini dapat membuatkan anda seolah-olah sedang berada di kampung halaman. Sekiranya anda berminat untuk mengadakan sebarang majlis, anda boleh membuat majlis anda di tempat yang indah ini.

Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa lapang anda dengan aktiviti menarik seperti bermain permainan tradisional congkak yang telah disediakan, membawa anak-anak anda bermain taman permainan, mandi sungai, berkelah tepi sungai atau mendaki di Bukit Nuang yang terletak berdekatan. Di sini anda berpeluang untuk merasai makanan istimewa tempatan iaitu bahulu. Ia terdapat di kedai Bahulu Classiq Kampung Jawa yang terletak berhampiran dengan kawasan homestay. Bukan bahulu sahaja malah nasi ambeng juga.

Alamat: Lot 670 Batu 18.5, Kampung Jawa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi |  Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-9021 2089


5. Rumah Kebun

Rumah Kebun

Bercuti di sebuah penginapan yang memberikan ruang privasi yang tenang iaitu di Rumah Kebun, Hulu Langat. Homestay yang tidak asing didengari lagi kerana sering menjadi pilihan para pelancong. Menawarkan rumah dengan 4 buah bilik tidur bersama 11 katil yang mampu memuatkan lebih 16 orang dan 4 bilik air. Anda boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan di tempat yang mempunyai keluasan 2 1/2 ekar tanah ini.

Antara yang menarik di sini ialah mereka ada menyediakan tempat dan peralatan yang lengkap untuk anda membuat barbeque. Anak-anak anda juga boleh bermandi-manda di kolam renang yang lapang. Bukan mereka sahaja malah anda juga boleh turut serta. Lebih menjimatkan lagi kerana di sini terdapat satu dapur yang luas untuk anda masak bersama ahli keluarga tercinta. Mesti lebih meriah jika anda dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang besar di tempat ini.

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-222 4956

Whatsapp Rumah Kebun


6. Alamar Hills Pool Villa & Hot Spring

Alamar Hills Pool Villa & Hot Spring

Habiskan masa hujung minggu anda di tempat yang indah seperti Alamar Hills Pool Villa & Hot Spring. Menampilkan pemandangan gunung hebat yang boleh dilihat daripada balkoni tingkat dua. Terdapat kolam renang yang luas di luar homestay ini untuk anda bermandi-manda. Bukan itu sahaja, mereka juga telah menyediakan alatan dan tempat untuk bakar-bakar bbq. Homestay ini terletak 17 Km daripada bandar Kuala Lumpur.

Semua unit dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, cerek air, shower, peralatan mandi percuma dan banyak lagi. Bilik yang bersih, terjaga dengan rapi dan kemas memang tidak akan mengecewakan. Anda juga boleh meluangkan waktu petang anda dengan bersiar-siar di taman yang indah. Untuk pengetahuan anda, di sini mereka sentiasa siap sedia untuk menerima tetamu kerana kaunter penerimaan tetamu dibuka 24 jam.

Alamat: 1205, Lorong Bukit Raya 11, Jalan Hulu Langat Batu 10¼, Kg Bukit Raya, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 2.00pm –10.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-395 7801


7. Kasturi Kabin

Kasturi Kabin

3 stail rumah berbeza yang boleh anda pilih jika menginap di Kastura Kabin. Rumah yang dikenali sebagai Gerimis Senja Villa, Kasturi Kabin dan Norehan’s Place mempunyai keunikan atau kelebihan masing-masing. Di Gerimis Senja Villa mampu memuatkan seramai 15 orang dan anda akan diberikan sarapan pagi nasi lemak. Mempunyai 4 bilik tidur bersama 5 ekstra tilam dan 3 bilik air. Jika anda tidak mempunyai aktiviti untuk dilakukan, anda boleh bermain tenis di tempat yang disediakan. Bukan itu sahaja, board game dan papan carrom juga ada disediakan di setiap unit penginapan.

Seterusnya, anda juga boleh memilih untuk menginap di Kasturi Kabin yang mampu memuatkan seramai 8 orang. Kontena yang diubah menjadi bilik ini memang sangat unik dan menjaminkan keselesaan kepada anda. Jangan risau tentang tempat letak kenderaan kerana di sini mereka menyediakan ruangan letak kereta yang cukup luas dan secara percuma sahaja. Kalau anda tidak ingin kedua-dua penginapan ini, anda mempunyai satu pilihan terakhir iaitu Norehan’s Place. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang mampu memuatkan seramai 20 orang.

Alamat: Jalan Pansoon, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 8:30am–6:30pm

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-252 2235

Whatsapp Kasturi Kabin


8. Nouri Glass Villa

Nouri Glass Villa

Mesti anda tidak pernah lihat sebuah penginapan yang mewah tetapi terletak di kawasan yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau? Di Nouri Glass Villa anda dapat menyaksikan penginapan seperti ini. Sebuah villa kaca pribadi yang terletak di lereng bukit yang memberikan ruang privasi untuk anda sekeluarga. Mampu memuatkan seramai lebih 20 orang dan terdapat 7 bilik tidur bersama 2 bilik air. Kolam renang di sini memang sangat luas untuk anak-anak anda bermandi manda. Bukan setakat anak-anak sahaja malah anda juga boleh mengikuti bermandi-manda.

Villa ini juga dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan berpenghawa dingin. Dapur yang luas untuk anda masak bersama anak-anak tersayang dan segala kelengkapan memasak juga disediakan dengan cukup. Dapat lebih menjimatkan kos! Ruang makan yang terdapat 16 kerusi juga mampu memuatkan anda sekeluarga untuk makan bersama-sama. Anda juga boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik di ruangan laman yang lapang. Di sini juga memang sangat sesuai untuk anda membuat sebarang majlis kerana ruang yang luas. Majlis anda akan berjalan dengan jayanya di tempat yang indah ini.

Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:013-635 6083

Whatsapp Nouri Glass Villa 


9. Two Sungai Residence

Two Sungai Residence

Tempat yang sesuai bagi percutian keluarga yang besar. Terletak di Ulu Langat, Villa Two Sungai Residence ini memang memberikan keselesaan yang sempurna. Dikelilingi oleh hutan tropika dan tumbuhan-tumbuhan hijau yang segar. Kedamaian suasana yang anda akan rasai di sini memang tidak boleh digambarkan. Keindahan alam semula jadi yang menakjubkan memang tidak boleh didapati di bandar. Menawarkan 4 buah bilik tidur dengan 2 bilik air dan ruang tamu yang telah dilengkapi dengan penghawa dingin. Boleh memuatkan seramai 20 orang dan mereka menyediakan ruangan tempat letak kereta yang lapang.

Anda bebas untuk membuat sebarang majlis di sini seperti majlis hari jadi atau hari keluarga tetapi anda akan dikenakan cas tambahan. Anda juga harus meminta kebenaran daripada pihak villa terlebih dahulu untuk membuat sebarang majlis. Villa yang menyediakan akses WiFi secara percuma ini juga memang sangat menarik. Banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh anda rancang untuk dilakukan di sini sebagai contoh aktviti sukaneka, aktiviti riadah di laman yang lapang dan bermandi-manda di kolam.

Anda bukan boleh bermandi-manda sahaja di kolam renang yang luas bersama dengan sebuah jakuzi ini, malah anda juga boleh bermain bola tampar kolam juga. Ia memang mempunyai keluasan yang besar. Jika anda ingin mandi-manda di air semula jadi juga, anda boleh singgah di beberapa kolam yang terletak berdekatan.

Alamat: Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 013-635 6083

Whatsapp Two Sungai Residence


10. D’Taj Sungai Lui Homestay

Dtaj Sungai Lui Homestay

Cipta kenangan percutian yang menyeronokkan di sebuah penginapan terbaik iaitu D’Taj Sungai Lui Homestay. Terletak di Hulu Langat dan merupakan salah satu destinasi percutian yang santai. Terdapat 8 unit penginapan yang boleh anda pilih dan setiap penginapan diberikan mengikut nama-nama bunga sebagai contoh penginapan Rumah Teratai, Rumah Raflesia, Rumah Cempaka, Rumah Kemboja dan lain-lain. Berkonsepkan alam semulajadi dan mempunyai suasana yang nyaman membuatkan anda berasa sangat selesa.

Yang menariknya, mereka ada menyediakan kolam renang daripada air bukit yang sejuk dan sangat menyegarkan. Memang salah satu aktiviti yang wajib bagi kanak-kanak untuk bermandi-manda. Untuk bapa pula, anda boleh melakukan aktiviti memancing di sini kerana terdapat sebuah kolam pancing. Usah risau tentang makan kerana terdapat sebuah dewan makan yang akan menghidangkan menu istimewa yang lazat. Homestay yang hebat ini memang akan membuatkan berpuas hati. Berkumpul bersama ahli keluarga anda di tempat yang sangat indah ini.

Alamat: Lot 30113, Batu, 25, Jalan Sungai Lui, Kampung Gemi, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 016-363 6447

Whatsapp D’Taj Sungai Lui Residence


11. RaRa Homestay Hulu Langat

RaRa Homestay Hulu Langat

RaRa Homestay Hulu Langat merupakan salah satu penginapan terbaik yang sangat direkomendasi untuk anda cuba. Jarak daripada Kuala Lumpur dengan homestay ini ialah 16 km. Pelbagai unit yang boleh anda pilih untuk menempah dan kesemua unit menawarkan bilik yang sempurna. Beberapa unit di sini terdapat dapur dengan segala kelengkapan yang lengkap seperti peti sejuk, mesin basuh, singki, peralatan memasak dan banyak lagi. Kalau anda ingin lebih menarik, anda boleh membawa bahan mentah daripada rumah kerana di sini terdapat tempat khas untuk aktiviti barbeque.

Kalau anda berasa bosan, anda boleh keluar berjalan-jalan di beberapa tempat menarik yang berdekatan. Homestay yang mempunyai design seperti sebuah rumah agam lama ini memang kelihatan sangat hebat. Terdapat meja bulat dan kerusi di luar homestay untuk anda melepak sambal meluangkan masa bersama ahli keluarga tersayang.

Alamat: Lot 1158, Jalan Sg. Jerang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-666 6202

Whatsapp RaRa Homestay


12. Homestay D’Mangka Lopo

Homestay D'Mangka Lopo

Jika anda mencari penginapan yang memberikan ruang privasi untuk anda sekeluarga, menginaplah di Homestay D’Mangka Lopo. Terdapat 9 jenis rumah yang mempunyai reka bentuk berbeza yang boleh anda tempah. Reka bentuk menarik seperti bumbung yang ala-ala minang kabau juga boleh didapati di tempat ini. Setiap rumah pula mempunyai sebuah kolam renang dan air kolam renang ini diambil daripada air sungai. Ia sememangnya sejuk dan menyegarkan.

Yang menariknya, harga yang ditawarkan bagi setiap rumah hanyalah RM 300 sahaja semalaman. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah jungle trekking, memancing di sungai berdekatan dan bersiar-siar di kawasan kampung. Setiap homestay mempunyai dua bilik tidur yang selesa dan 1 bilik air tetapi semua rumah telah dilengkapi dengan segala kemudahan. Antara kemudahan yang terdapat ialah peti sejuk, dapur gas, fasiliti bbq, televisyen yang dipasang Astro, karaoke set dan macam-macam lagi.

Alamat: Batu 22, Sungai Lepoh, Jalan Hulu Langat, Hulu Langat, Malaysia

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-1561 2940

Whatsapp Homestay D’Mangka Lopo


13. Homestay Cikgu Zedi Hulu Langat

HOMESTAY CIKGU ZEDI HULU LANGAT

Menawarkan homestay rumah teres bagi anda yang ingin bermalam di Hulu Langat. Homestay Cikgu Zaidi Hulu Langat menawarkan tempat penginapan yang berpenghawa dingin dan mempunyai jarak 34 km daripada Putrajaya. Mempunyai 4 bilik tidur yang besar dan parkir yang boleh memuatkan sebanyak 3 buah kereta. Terdapat dapur yang telah dilengkapi dengan segala fasiliti memasak dan ruangan makan yang luas.

Jika anda ingin melihat keindahan alam semuala jadi di sini, anda boleh berkunjung ke air terjun sungai gaban dan Sungai Loppo yang terletak berdekatan. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila bermalam di homestay ini. Usah risau tentang makanan kerana anda boleh menjumpai pelbagai kedai makan yang dijamin akan menepati cita rasa anda. Antara kedai makan berdekatan yang menawarkan menu makanan isitimewa ialah Restoran Lontong King. Relaks dan hilangkan tekanan anda di tempat yang mempunyai persekitaran yang mendamaikan ini.

Alamat: 12, Jalan Perkasa Indah 3, Taman Perkasa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-631 7374


14. Bee River Home

Bee River Home

Anda menginginkan staycation yang ala-ala nature? Menginaplah di Bee River Home yang terletak di kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat. Menawarkan dua rumah yang sesuai untuk dijadiakan sebagai tempat anda sekeluarga bermalam. Anda boleh memilih untuk menempah sama ada Rumah Bee dan Bee2 River. Bagi kediaman Bee River Home, ia boleh memuatkan seramai lebih 9 tetamu dan ditawarkan dengan harga RM699 semalaman. Rumah Bee2 River Home pula boleh memuatkan seramai 6 tetamu dan ditawarkan dengan harga RM302 semalaman.

Tempat yang dikelilingi pokok-pokok hijau ini menjadikan suasana sangat aman dan nyaman. Jika anda datang berkunjung pada musim buah-buahan, anda berpeluang untuk menikmati buah-buahan tempatan yang segar. Untuk ke resort ini anda hanya mengambil masa 40 minit jika anda dari Kuala Lumpur. Anda dapat melihat beberapa haiwan ternakan di sini seperti ayam, itik dan kambing. Banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini antaranya ialah memancing di sungai berdekatan, bermandi-manda, berkelah, memberi haiwan ternakan di sini makan dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh bersantai di buaian di tepi sungai yang telah diiikat dengan ketat di pokok. Hirup udara segar di tempat yang sangat menakjubkan ini.

Alamat: Bee River Home, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Instagram | Ulasan Pelancong | Phone: 012-377 1604

Whatsapp Bee River Home


15. Bamboo Village

Bamboo Village

Bamboo Village merupakan sebuah homestay yang diperbuat daripada buluh dan terletak di lokasi yang sangat baik. Kalau anda tidak pernah merasai tidur di katil buluh, inilah masanya untuk anda mencubanya. Di sini bukan penginapan sahaja yang diperbuat daripada buluh malah beberapa perabot juga. Kelainan konsep yang dibawakan memang sangat hebat dan luar biasa. Menginap di sini anda dapat menikmati akses mudah untuk ke bandar.

Berehat seketika daripada kesibukkan kerja anda di tempat yang dikelilingi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Beberapa daya tarikan menarik yang terdapat di sini sebagai contoh, taman untuk anda melakukan sebarang aktiviti menyeronokkan, beberapa kolam dan banyak lagi. Mereka menawarkan 19 bilik yang selesa dan dilengkapi dengan segala kemudahan. Bukan itu sahaja, perkhidmatan kenderaan perantara juga disediakan bagi anda yang merancang untuk berjalan-jalan. Harga yang mereka tawarkan juga memang sangat berpatutan.

Alamat: Jalan Desa Pelangi, 43200 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 8:00am–11:00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 016-235 3404


16. Taman Sari Homestay

Taman Sari Homestay

Lari daripada kesibukkan bandar seketika dengan menginap di Taman Sari Homestay. Udara segar memang dapat menenangkan minda dan jiwa. Untuk itu, anda boleh bertenang dan bersantai di homestay yang dikelilingi flora fauna ini. Nikmati percutian anda dengan pemandangan yang menakjubkan dan indah di kawasan tempat ini. Menawarkan penginapan luas yang boleh memuatkan anda sekeluarga yang ramai. Segala perabot tersusun dengan rapi, bilik yang bersih dan kemas memang akan membuatkan anda tidur nyenyak.

3 jenis penginapan yang mereka tawarkan di sini iaitu The Bothy, The Cottage dan The Shack. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan sempurna. Anda akan disediakan dengan sarapan pagi yang sangat enak. Terdapat juga kolam renang untuk anda membawa anak-anak bermandi-manda. Banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh anda rancang untuk dilakukan di sini sebagai contoh berbasikal, mendaki atau berkelah di air terjun yang berdekatan.

Alamat: Batu, 18, Jalan Hulu Langat Jaya 2/2, Taman Hulu Langat Jaya, 43200 Cheras, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-271 4299

Whatsapp Taman Sari Homestay


Bawa diri anda berehat di tempat yang nyaman dan mempunyai suasana yang tenang. Anak-anak anda pasti akan dapat berseronok dengan baik di tempat-tempat ini. Percutian di tempat yang dikelilingi dengan keindahan alam sekitar memang lebih menyeronokkan. Kalau anda mendambakan sebuah penginapan yang indah, ini lah masanya untuk anda mencapai impian itu. Homestay yang menarik dan terletak di kawasan-kawasan yang menenangkan.

4.5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Hulu Langat, Selangor

Selain tarikan tempat bercuti di Hulu Selangor, daerah Hulu Langat juga menawarkan banyak destinasi percutian yang menarik dan lebih kepada tarikan alam semulajadi seperti...

13 Restoran dan Kedai Makan Sedap di Hulu Langat

Hulu Langat merupakan kawasan ala perkampungan yang sangat popular di kalangan warga kota kerana di sini terletak beberapa air terjun yang sering menjadi kunjungan...

Sarapan Pagi Best di Lontong King Hulu Langat, Selangor

Bagi yang selalu berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai atau ke Pangson di Hulu Langat setiap hujung minggu, jangan lupa untuk singgah bersarapan di...

Kedai Masakan Minang & GULAI TUNJANG yang Sedap

Kalau ada kelapangan pergi ke air terjun di Hulu Langat, Selangor  di hujung minggu, jangan lupa untuk menikmati kesedapan masakan minang di Batu 12...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x