Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Badminton Terbaik di Sekitar Shah Alam

Badminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain menggunakan raket. Sebelum anda bermain badminton, anda perlulah mempunyai raket dan peralatan badminton yang lain. Terdapat banyak kedai peralatan sukan di Shah Alam, tetapi tidak banyak kedai peralatan sukan yang menjual barangan sukan badminton. Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 6 kedai badminton yang anda boleh lawati di Shah Alam.

6 Kedai Badminton di Shah Alam


1. Yosin Sports House, Taman Subang Perdana

Yosin Sports Shah Alam

Yosin Sports House ini merupakan kedai peralatan sukan di Seksyen U3, Shah Alam, yang menawarkan peralatan sukan seperti badminton, ping pong, hoki, bola sepak, futsal, dan tenis. Selain peralatan sukan, kedai ini juga menawarkan pelbagai jenis aksesori sukan seperti kasut dan pakaian sukan.

Bagi atlet dan peminat sukan badminton, anda boleh mengunjungi kedai ini untuk mendapatkan servis racket stringing. Jangan risau, bagi anda yang berada di luar kawasan Shah Alam, anda boleh beli produk dari kedai ini melalui akaun Shopee mereka. Mereka menawarkan pelbagai jenis peralatan dan aksesori sukan yang berkualiti serta harga berpatutan di akaun Shopee mereka.

Alamat: No. 23-G & 25-G, Jalan Din D U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 8.00pm), Ahad (Tutup).

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7831 3299

Whatsapp Yosin Sport House


 2. Rexcool Sports Trading, Kota Kemuning

Rexcool Sports Trading

Rexcool Sports Trading ditubuhkan pada tahun 2017. Ia merupakan kedai peralatan sukan yang mempunyai 5 cawangan di Selangor. Kedai ini menjual pelbagai barangan sukan badminton, kasut badminton, aksesori badminton, bulu tangkis, pemukul pingpong, bola pingpong, bola keranjang, bola tampar, bola jaring dan bermacam lagi. 

Antara jenama raket badminton terkenal yang ada di kedai ini termasuk Yonex, Lining, Victor, Mizuno, Maxbolt, Toalson, Apacs, Fleet, Protech dan lain-lain. Selain itu, staf profesional mereka turut menyediakan perkhidmatan penukaran tali raket badminton (2 knot atau 4 knot) dengan penuh berhati-hati. Jadi, anda tidak perlu risau kualiti raket anda akan terjejas jika anda pergi ke kedai mereka. 

Alamat: No.6, Jalan Anggerik Vanilla M31/M, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00pm), Ahad (10.00 am – 6.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5892 3788


3. Meru Sport, Seksyen 19 Shah Alam

Meru Sport

Meru Sport Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 1984. Kedai ini mempunyai sejarah panjang memenangi kejuaraan pertandingan badminton serta membangunkan pemain untuk pemilihan pasukan negeri dan kebangsaan. Meru Sport mempunyai banyak pilihan dari segi raket sehingga ke peralatan dan pakaian khas untuk sukan badminton.

Tambahan lagi, kedai ini terkenal dengan perkhidmatan penukaran tali raket kerana servisnya yang pantas. Bagi peminat tegar sukan badminton, anda boleh membaca blog mereka berkenaan sukan badminton seperti kelebihah sukan badminton, tips, do and don’ts in badminton, dan bermacam lagi blog menarik. Tambahan pula, kedai ini juga mempunyai kedai online yang menjual barangan dan peralatan sukan khususnya badminton. 

Alamat: 54-G, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 6.00pm), Ahad (Tutup).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5892 1421

Whatsapp Meru Sport Shah Alam


 4. Awesome Sport Resources, Setia Alam 

Awesome Sports Resources

Awesome Sports Resources merupakan kedai peralatan sukan yang menjual barangan dan peralatan sukan, khususnya badminton, yang tulen dan berkualiti. Kedai sukan badminton ini bertempat di Setia Alam, Shah Alam.

Kedai ini mempunyai seleksi pilihan yang banyak dari raket badminton sehingga ke baju dan kasut sukan badminton. Rata-rata ulasan yang diberikan oleh pelanggan di kedai ini semuanya ulasan yang baik kerana mereka amat menyukai dengan layanan dan servis yang diberi oleh pekerja mereka. Jika anda duduk berdekatan dengan Setia Alam, silalah datang ke kedai mereka untuk membeli barangan badminton.

Alamat: 10-2-2, Jalan Setia Prima C, U13/C, Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 7.00pm).

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-915 9159

Whatsapp Awesome Sports


 5. Champions Sports Pro Shop, Kemuning Utama

Kedai Sukan Badminton di Shah Alam Champion Sport Pro Shop

Champions Sports Pro Shop merupakan kedai alatan sukan badminton yang terletak di Jalan Kemuning, Shah Alam. Kedai ini menjual pelbagai barangan, aksesori dan peralatan sukan, terutamanya sukan badminton. Terdapat pelbagai model dan jenama raket badminton yang dijual disini seperti Yonex, Apecs, Kepot, Fleet, Victor, Wilson dan banyak lagi. Anda juga boleh menukar tali raket disini dengan harga yang berbaloi. 

Sekiranya terdapat masalah selepas pembelian di kedai ini, anda tidak perlu risau kerana kedai ini sentiasa menjaga kebajikan pelanggan mereka.

Alamat: No 7-G, Jalan Kemuning Prima B33/B, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00pm), Ahad (10.00am – 9.00pm).

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5525 2428

WhatsApp Champion Sports


 6. Decathlon, Seksyen 14 Shah Alam

kedai badminton shah alam decatlon

Jika sebut sahaja nama Decathlon pasti ramai yang mengetahui kedai alatan sukan yang terbesar di Malaysia ini. Terdapat banyak cawangan Decathlon di seluruh Malaysia, termasuk Shah Alam. Kalau anda nak tahu, Decathlon di Shah Alam merupakan Decathlon yang paling besar di dalam Malaysia, bahkan di Asia Tenggara juga!

Bagi yang mencari raket dan peralatan lain untuk sukan badminton, anda perlu singgah ke Decathlon. Kedai sukan ini terdapat pelbagai pilihan jenama dan model untuk pilihan anda. Harga yang ditawarkan disini juga jauh lagi murah berbanding kedai-kedai yang lain. Jika anda tidak mempunyai kesempatan untuk singgah di sini, anda juga boleh membuat pesanan online melalui laman web mereka.

Alamat: Persiaran Damai, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.0 am – 10.00pm).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | 03-5524 3599


Seperti mana-mana sukan, tidak dinafikan bahawa sukan badminton memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Jadi, untuk menyenangkan anda sepanjang permainan badminton berlangsung, anda perlulah membuat persediaan yang rapi sebelum mula bermain. Sebaiknya, anda perlu menyediakan raket yang mempunyai tali yang tegang, bulu tangkis yang baru, serta pakaian yang sesuai dengan aktiviti lasak.

Jadi, kami harap senarai ini dapat membantu memudahkan penyediaan peralatan sukan badminton anda dengan kedai-kedai badminton yang terbaik di Shah Alam. Jika anda turut berminat dengan aktiviti berbasikal, anda juga boleh lihat 10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam untuk mencari basikal yang bagus! Anda tunggu apa lagi? Hubungi atau lawati mereka sekarang!

 

5/5 - (15 votes)

Anda Mungkin Berminat

Taman Tema Air di Selangor yg Mesti Dikunjungi

Selangor adalah salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor merupakan negeri yang paling kaya dan paling maju...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x