Memandangkan Negeri Selangor ini agak luas dan merupakan sebuah negeri yang amat maju, maka pelbagai jenis tarikan pelancongan yang boleh didapati di sini. Dan negeri yang membangun pesat maka sudah tentu ekonominya dalam pelbagai sektor sampingan pelancongan seperti pemakanan, restoran, hotel, homestay, chalet, pakej pelancongan menarik dan sebagainya akan turut berkembang pesat.


Bagi memudahkan kita melancong kelak, jom kita tengok senarai penuh tempat-tempat menarik di Selangor mengikut 9 Daerah. Jom Baca: Paduan ke Tempat Menarik di Melaka .


Tempat Menarik di Daerah Petaling

tempat menarik di daerah petaling

Daerah Petaling merangkumi 3 kawasan utama iaitu Shah Alam yang juga berfungsi sebagai ibu negeri Selangor, kawasan Subang Jaya dan juga Petaling Jaya. Untuk mengetahui destinasi tempat menarik di Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya sila terokai lagi ke halaman seterusnya. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Klang

tempat menarik di klang selangor

Daerah Klang merupakan kawasan perdagangan yang amat pesat dan dekat dengan pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, jadi kalau nak membeli barang pada harga borong, jangan lupa untuk singgah di Plaza GM Klang. Di Dalam Daerah Klang juga terdapat kawasan pelancongan pesisir pantai yang agak menarik seperti Tanjung Harapan dan Pulau Ketam. baca lagi>

“Bila Hidu Rasa Cerah Balik Mata…Dah TAK Ngantuk Drive Jauh-Jauh

Picit Butang Oren Di bawah Utk Info Lanjut

Baca Lagi >


Tempat Menarik di Daerah Kuala Selangor

tempat menarik kuala selangor

Tempat menarik di Kuala Selangor adalah lebih kepada destinasi bersejarah, lepak-lepak, rekreasi dan tempat makan yang eksotik seperti mentarang bakar. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Hulu Selangor

tempat menarik di hulu selangor

Dah nama pun Hulu maka kawasan Hulu Selangor ini juga seperti di Hulu Langat, menempatkan pelbagai tarikan pelancongan yang lebih kepada kawasan rekreasi, air terjun dan kolam air panas. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Hulu Langat

tempat menarik di hulu langat

Daerah Hulu Langat merangkumi bandar-bandar lain seperti Kajang, Cheras (Selangor) dan Hulu Langat. Di daerah Hulu Langat juga lebih menawarkan tempat menarik yang lebih kepada kawasan rekreasi, piknik dan berkelah. Sememangnya satu daerah yang menawarkan tempat menarik di Selangor untuk berkelah yang banyak. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Kuala Langat

tempat menarik kuala langat
Banyak muzium dan tempat bersejarah di Daerah Kuala Langat yang sesuai untuk dilawati ketika rombongan sekolah atau lawatan sambil belajar. Dan tarikan pelancongan yang paling popular di antara senarai di bawah ini semestinya Pantai Morib. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Gombak

tempat menarik di gombak

Daerah Gombak ini terletak di arah utara selangor dan lebih kearah kawasan hutan yang menuju ke sempadan Negeri Pahang. Jadi tarikan flora dan fauna serta hutan simpan menjadi tarikan utama di sini. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Sabak Bernam

tempat menarik sabak bernam selangor
Tarikan pelancongan di Sabak Bernam, Selangor mungkin tidak sehebat di Shah Alam atau di Kuala Selangor, namun di sini juga ada beberapa tempat menarik yang sesuai untuk dilawati sekiranya anda ingin lebih mendalami industri pelancongan di Negeri Selangor. baca lagi>


Tempat Menarik di Daerah Sepang

tempat menarik di sepang selangor

Sepang dan pokok sawit memang cukup sinonim. Dan Daerah Sepang ini menempatkan kawasan pelancongan yang sangat popular walaupun kuantitinya sedikit terutamanya di kawasan tepi pantai dan juga beberapa tarikan kawasan sukan permotoran. baca lagi>


>>Cari Hotel Terbaik di Selangor<<

Semoga senarai tempat pelancongan ini di Negeri Selangor memberi anda idea ke mana nak pergi bila musim cuti sekolah ataupun di hujung minggu nanti. Sila kongsi senarai ini dengan kawan-kawan dan komen sekiranya ada apa-apa tips untuk pembaca. Selamat Cuti Cuti Satu Malaysia di Selangor :)