Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Petaling Jaya, Selangor

Petaling Jaya merupakan salah satu daripada 3 kawasan utama di bawah Daerah Petaling. Di sini memang banyak tarikan yang boleh dilawati baik secara solo ataupun berkeluarga. Rata-rata tempat menarik di Petaling Jaya ini lebih kepada kawasan hiburan keluarga dan tempat membeli belah.

Selain tarikan di Petaling jaya, dua lagi kawasan berdekatan yang juga mempunyai banyak destinasi menarik adalah di Shah Alam dan Subang Jaya yang juga merupakan sebahagian daripada kawasan tempat menarik di Daerah Petaling. Semoga memberi anda maklumat yang berguna ke mana nak pergi apabila berada di Petaling Jaya kelak.


19 destinasi menarik di sekitar Petaling Jaya, Selangor

taman tema sunway lagoon petalingSunway Lagoon – Boleh dianggap antara tama tema di Malaysia yang paling popular dan dari hari ke hari tarikan di taman tema ini juga semakin bertambah. Sunway Lagoon mempunyai beberapa bahagian yang boleh anda kunjungi baik bersama keluarga mahupun kawan-kawan, antaranya ialah taman tema air (water park), taman hiburan (amusement park), taman hidupan liar (wildlife park), taman ekstrem (extreme park) dan taman menjerit ( scream park).


Sunway Lagoon Water ParkSunway Lagoon Water Park – Taman tema air di Sunway Lagoon sememangnya satu destinasi yang sangat menyeronokkan samaada untuk kanak-kanak ataupun dewasa. Di sini terdapat beberapa tarikan permainan air yang boleh anda cuba seperti surf beach (kolam berombak), vuvuzela ( gelongsor air berlingkaran), congo challenge ( gelonsor air curam), little zimbabwe ( taman permainan kanak-kanak yang basah) dan waterplexx 5D ( panggung wayang yang bertindakbalas dengan panca indera manusia).


pelancongan di petaling jayaSunway Lagoon Amusement Park – Taman hiburan yang tdak melibatkan permainan air atau basah dan bahagian ini menawarkan banyak permainan yang pasti membuatkan anak-anak dan golongan remaja tersenyum riang. Permainan yang ada di sini juga mesra keluarga dan tidak terlalu ekstrem seperti gforce-x atau bungee jumping yang terletak di bahagian Extreme Park Sunway Lagoon. Waktu hujung minggu dan cuti sekolah memang bahagian ini sentiasa penuh dengan orang dan kanak-kanak sampai kena beratur panjang untuk mencuba sesuatu permainan.


tempat menarik di petaling jayaSunway Lagoon Wildlife Park – Di Sunway Lagoon juga sudah mempunyai tarikan hidupan liar yang menempatkan 150 spesis haiwan dari seluruh pelosok dunia yang sangat menarik untuk dilawati. Antara haiwan-haiwan yang menjadi tumpuan di sini ialah singa putih, harimau belang, harimau kumbang, burung-burung dan sebagainya. Di sini juga ada persembahan haiwan yang diadakan setiap hari di antara pukul 3-3.15 petang bertempat di Wildlife Theatre.


tempat shopping best petaling jayaSunway Lagoon Extreme Park – Bagi yang sukakan aktiviti outdoor yang membuatkan jantung anda berdegup dengan lebih kencang, apa kata ke sini. Di Extreme Park menempatkan beberapa permainan yang agak menakutkan seperti bungee jumping, flying fox, geforce x, go-kart, memanah, berkayak dan paint ball. Bagi yang lemah semangat atau mungkin rasa gayat, anda wajib berfikir dua kali sebelum mencuba permainan di sini terutamanya gforce x dan bungee jumping.


penginapan hotel resort petaling jayaSunway Lagoon Scream Park – Dipendekkan cerita, taman menjerit ini sememangnya akan membuat pengunjung menjerit kerana di sini anda akan berjumpa bermacam-macam jenis hantu baik dalam negara ataupun luar negara. Pengunjung yang mempunyai masalah lemah jantung dan lemah semangat dinasihatkan untuk tidak ke sini. Sekiranya anda suka tengok cerita hantu dan seram, boleh rasai pengalaman yang lebih menakutkan di sini dan cuba uji diri sendiri samaada anda seorang yang kuat semangat ataupun hanya berani di depan tv.


Sunway Piramid petaling jayaSunway Piramid – Berdekatan dengan Sunway Lagoon, Sunway Piramid merupakan salah satu tempat membeli belah yang popular di Petaling Jaya. Samaada untuk membeli belah mahupun untuk hiburan keluarga, Sunway Pyramid merupakan destinasi yang ideal dan antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah ice skating, memanah ataupun menonton wayang. Kalau perancangan anda nak ke taman tema Sunway Lagoon terbatas kerana hujan, bolehlah ke sini sebagai backup plan anda. Terdapat juga beberapa tarikan permainan indoor di dalam Sunway Piramid yang tidak kurang menariknya.


apa yang menarik petaling jayaIce Skating Sunway Piramid – Satu tempat menarik di Petaling Jaya yang sesuai untuk dicuba bersama anak-anak mahupun yang tersayang. Ruang lapangan berais ini memang sangat luas dan tidak semak walaupun di hujung minggu. Pengunjung boleh meluncur di sini walaupun masih baru mencuba. Peralatan untuk meluncur seperti kasut dan sarung tangan boleh disewa di kaunter. Sekiranya anda suka main roller blade, meluncur di atas padang ais ini akan menjadi lebih mudah walaupun baru pertama kali mencuba.


t&t-kidzpark-sunway-pyramidT&T Kidzpark Sunway Pyramid – Taman tema mini tertutup yang terdapat di dalam Kompleks Sunway Pyramid yang sesuai untuk kanak-kanak. Di sini terdapat banyak pilihan permainan yang selamat dan mesra budak-budak yang pasti membuatkan mereka tersenyum riang. Sekiranya bercadang nak ke Sunway Lagoon dan cuaca tidak mengizinkan, boleh ubah plan untuk bawa famili ke sini.


One Utama Shopping CentreOne Utama Shopping Centre – Sebuah kompleks membeli belah yang sangat besar dan mempunyai banyak lot kedai yang mejual pelbagai jenis produk baik untuk fesyen, pakaian, barangan dapur, barang harian dan sebagainya. Di sini juga terdapat pilihan hiburan keluarga seperti bowling, panggung wayang, taman mainan kanak-kanak dan yang paling unik terletak di atas bumbung kompleks ini iaitu sebuah taman tropika yang dikenali dengan nama Secret Garden yang menempatkan tumbuha hijau dan bunga warna warni yang sangat menarik untuk aktiviti santai-santai atau photo shoot.


Starship Galactica petaling jayaStarship Galactica – Sebuah taman mainan kanak-kanak tertutup yang terletak di dalam One Utama Shopping Centre dan di sini terdapat banyak pilihan permainan yang selamat dan sesuai untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Keselamatan seperti jaring dan lantai getah disediakan sebagai langkah keselamatan. Sesuai untuk datang ke sini sambil minum ataupun membuat tugasan dengan laptop sambil lepaskan anak-anak bermain di dalam.


Break The Code one utamaBreak The Code – Satu tarikan hiburan yang ada di aras 2, One Utama Shopping Centre di mana pengunjung perlu menyelesai sesuatu permainan teka teki dalam masa yang terhad. Permainan-permainan di sini sememangnya akan menguji tahap kecerdasan minda untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan tekanan masa sebelum ke cabaran seterusnya. Sesuai untuk semua peringkat umur dan satu tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga.


Camp5 Climbing Gym one utama petalingCamp5 Climbing Gym – Merupakan sebuah gym memanjat tertutup yang terletak aras 5 di One Utama Shoppping Centre. Di sini pengunjung boleh melakukan aktiviti fizikal yang sangat mencabar seperti memanjat dan melalui laluan sukar yang pasti akan membakar lemak dengan banyak. Sesuai untuk membawa anak-anak, keluarga ataupun rakan-rakan untuk beriadah di sini. Pengunjung juga boleh sewa peralatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di gym ini.


Taman Bandaran Kelana JayaTaman Bandaran Kelana Jaya – Bagi mereka yang inginkan aktiviti riadah dan bersiar-siar, bolehlah ke Taman Bandaran Kelana Jaya yang terletak tidak jauh dari kompleks membeli belah Paradigm Mall di mana anda boleh ke sini hanya berjalan kaki sahaja. Taman rekreasi ini terdapat tujuh tasik yang dikelilingi dengan kemudahan seperti laluan jogging berbata, skate park, pondok rehat, kemudahan senaman dan sebagainya. Selalu juga menjadi destinasi untuk pertandingan tertentu yang mesra keluarga seperti marathon, aerobik dan juga menjadi lokasi permainan bot kawalan jauh.


Taman Jaya petaling jayaTaman Jaya – Sebuah lagi taman rekreasi bertasik yang terletak hanya bersebelahan dengan kompleks membeli belah Amcorp dan terkenal di kalangan warga setempat sebagai destinasi untuk jogging dan riadah bersama keluarga. Selain berbasikal, bermain skateboard dan jogging pengunjung juga boleh memancing di tasik ini dengan syarat mempunyai permit kebenaran dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


Muzium Petaling Jaya selangorMuzium Petaling Jaya – Terletak di Jalan 10/7, Seksyen 10 dan sekiranya anda beriadah di Taman Jaya, jangan lupa untuk singgah di muzium ini yang hanya terletak berdekatan. Muzium kecil ini tidaklah sebesar muzium negeri lain namun di sini anda boleh mendapatkan informasi berguna tentang sejarah, budaya, kemasyarakatan dan pembangunan Petaling Jaya. Tiket masuk ke sini juga adalah percuma.


Pasar Karat Amcorp MallPasar Karat Amcorp Mall – Bukan sahaja di Ipoh atau Johor Bahru sahaja yang popular dengan Pasar Karat, di PJ juga ada destinasi yang menarik bagi mereka yang suka mengumpul barangan lama atau antik iaitu di Pasar Antik atau Pasar Karat yang terletak di Amcorp Mall. Di sini terdapat banyak gerai yang menjual barangan lama baik perabot, setem, mesin lama, perkakasan logam, poskad lama, poster, strika arang, novel lama, cd lagu lama dan sebagainya.


tempat menarik untuk kanak kanak selangorKidzania – Taman hiburan berkeluarga tertutup ini merupakan satu tempat menarik di Mutiara Damansara yang sangat popular di kalangan kanak-kanak. Di sini terdapat banyak aktiviti sambil belajar yang sesuai untuk kanak-kanak dalam mendekati lagi ilmu-ilmu dalam masyarakat dan kehidupan harian. Sering menjadi destinasi wajib bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah terutamanya pada hujung minggu ataupun cuti sekolah.


Muzium Coklat Kota DamansaraMuzium Coklat Kota Damansara – Setiap kali musim cuti sekolah mesti ramai ibu bapa yang bawa anak-anak ke muzium ini yang terletak di Kota Damansara. Choclate Museum by Fidani ini merupakan sebahagian daripada kilang di sini dan terdapat banyak pameran dan infografik berkaitan dengan coklat dan proses pembuatannya. Pengunjung juga berpeluang melihat bagaimana chef dan pekerja di sini berkerja menghasilkan coklat. Dan yang paling menarik pengunjung boleh rasa kesedapan coklat di sini atau membeli coklat sebagai ole-ole. Tiket masuk ke muzium ini juga percuma.


Semoga destinasi-destinasi menarik di Petaling Jaya seperti di atas ini akan menjadi saat yang menggembirakan apabila berkunjung bersama keluarga dan anak-anak kelak. Wassalam.

4.7/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Kedai Tomyam Paling Sedap di Subang Jaya

Tomyam adalah antara makanan yang sering digelar ‘comfort food’ pada waktu hujan, waktu lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. Dengan rasa sup yang...

Tempat Menarik di Daerah Petaling, Selangor

Daerah Petaling merupakan salah satu daripada 9 daerah-daerah utama di negeri Selangor yang boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Shah Alam, Petaling Jaya...

Harga Tiket Sunway Lagoon Water Park – TERKINI

Kalau bercakap pasal taman tema air, sudah tentu nama Sunway Lagoon antara yang terus muncul di benak fikiran kita. Namun harga tiket Sunway Lagoon...

Tempat Menarik di Subang Jaya, Selangor

Tarikan destinasi menarik di Subang Jaya seperti di bawah ini merupakan sebahagian daripada tempat menarik di dalam Daerah Petaling selain Shah Alam dan Petaling Jaya....

15 Kedai Makan TERBAIK Di USJ Subang

Tempat untuk makan mestilah menjadi antara perkara utama yang akan anda cari sewaktu pergi bercuti. Di Subang Jaya bukan sahaja terdapat banyak destinasi pelancongan...

7 Homestay Pilihan Terbaik di Sekitar Puchong

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan ke Puchong, anda pasti akan mencari tempat penginapan atau homestay yang terbaik untuk percutian tersebut...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x