Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay Pilihan Terbaik di Sekitar Puchong

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan ke Puchong, anda pasti akan mencari tempat penginapan atau homestay yang terbaik untuk percutian tersebut lebih bermakna. Hal ini adalah supaya anda mendapat keselesaan walaupun menginap dengan ramai orang dalam satu rumah.

Puchong, sebuah bandar subur yang pesat membangun, menawarkan pelbagai tarikan menarik. Dengan pertumbuhan pesat ini, homestay menjadi pilihan popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Jadi, kali ini, kami menyediakan tujuh homestay terbaik di sekitar Puchong untuk rujukan anda membuat pilihan yang tepat dan berbaloi.

Jelajahilah artikel ini untuk mengetahui homestay yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Dari homestay yang selesa dan murah hingga homestay yang mewah dan eksklusif, kami ada segalanya untuk anda. Jom kita terokai 7 homestay terbaik di sekitar Puchong!

7 Homestay Pilihan Terbaik di Sekitar Puchong


1. Homestay Sri Aman Puchong, Kampung Seri Aman

Homestay Sri Aman Puchong, Kampung Seri Aman

Homestay di Puchong pilihan pertama kami adalah Homestay Sri Aman Puchong yang terletak di Kampung Seri Aman. Jika anda memilih tempat penginapan ini, kami pasti ia akan memberikan anda suasana tenang ketika bercuti.

Walaupun homestay ini agak kecil ruangnya, ia tetap menjamin keselesaan dan kebersihan rumah juga sentiasa dijaga. Jika anda mencari homestay yang murah dah berpatutan untuk satu malam, homestay ini adalah pilihan yang sangat sesuai. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat membuat tempahan!

Alamat: LOT 163, Lorong Berkat 1, Kampung Seri Aman, 47100 Puchong, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Sri Aman


2. One One Two Homestay, Bandar Puteri

One One Two Homestay, Bandar Puteri

One One Two Homestay terletak di Bandar Puteri Puchong. Homestay ini sangat selesa untuk menginap bersama kawan-kawan atau keluarga. Dengan hiasan dalaman yang cantik dan aesthetic menjadikan homestay ini tempat penginapan untuk tetamu merasa lebih tenang untuk berehat.

Rata-rata tetamu juga memuji keselesaan di homestay ini. Tambahan pula, tuan rumah juga mudah dihubungi dan sangat membantu. Anda boleh hubungi tuan rumah dengan link WhatsApp di bawah untuk keterangan lanjut.

Alamat: 112, Jalan Puteri 8/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp One One Two


3. Skyloft Puchong Homestay, Taman Tasik Prima

Skyloft Puchong Homestay, Taman Tasik Prima

Skyloft Puchong Homestay merupakan homestay dalam sebuah apartment di Taman Tasik Prima, Puchong. Homestay ini mampu memuatkan tiga hingga empat orang menjadikan ia tempat penginapan yang sesuai untuk percutian bersama kawan-kawan atau keluarga yang kecil.

Walaupun ruang rumah yang agak kecil, homestay ini menjaminkan keselesaan untuk tetamu. Mereka turut menjaga kebersihan rumah untuk tetamu sentiasa memilih menginap di sini.

Paling menariknya, pemandangan bandar dari atas membuatkan tetamu gemar untuk memilih homestay ini. Anda boleh hubungi tuan rumah dengan segera jika berminat untuk menginap di homestay ini.

Alamat: Persiaran Taman Tasik Prima 3, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Skyloft Puchong 


4. The 1 Villa Modern Homestay Puchong, Taman Putra Perdana

The 1 Villa Modern Homestay Puchong, Taman Putra Perdana

The 1 Villa Modern Homestay Puchong adalah pilihan yang sesuai untuk keluarga besar atau percutian syarikat. Homestay yang kelihatan sangat moden ini menyediakan pelbagai kelengkapan rumah dan fasiliti untuk tetamu melakukan aktiviti seperti halaman yang luas untuk bersukan, kolam renang dan tempat bbq.

Homestay ini juga menawarkan harga yang berpatutan untuk satu malam dan sangat selesa untuk anda yang menginap secara beramai-ramai. Dengan ini, anda bolehlah segera merancang tarikh bercuti bersama keluarga dan membuat tempahan awal.

Alamat: Jalan Putra Perdana 2/9, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp The 1 Villa


5. Puteri 6 Homestay, Bandar Puteri

Puteri 6 Homestay, Bandar Puteri

Puteri 6 Homestay adalah tempat penginapan yang sering menjadi pilihan keluarga yang besar. Hal ini kerana ruang rumah yang besar dan dilengkapi keperluan untuk kemudahan tetamu.

Tempat bbq juga disediakan di homestay ini untuk keluarga meluangkan masa dan melakukan aktiviti bersama. Bukan itu sahaja, tetamu juga sangat berpuas hati dengan keselesaan dan kebersihan rumah ini.

Tuan homestay juga sangat mesra, membantu dan mudah dihubungi. Anda boleh membuat tempahan melalui Agoda atau hubungi tuan rumah dengan segera supaya mempunyai kekosongan pada tarikh menginap anda.

Alamat: 49, Jalan Puteri 6/2a, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Puteri 6 


6. Thirty Villa Homestay @ Puchong, Taman Putra Perdana

Thirty Villa Homestay @ Puchong, Taman Putra Perdana

Thirty Villa Homestay yang terletak di Taman Putra Perdana ini juga adalah pilihan untuk penginapan kumpulan yang besar kerana ruang rumah yang sangat luas. Homestay ini bukan sahaja menjamin keselesaan dan kebersihan, tetapi juga menjamin kemudahan yang lengkap untuk tetamu meluangkan masa bersama-sama. Dengan hanya menginap di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa keluar dari rumah. Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan dengan ruangnya yang luas. Anda boleh hubungi tuan rumah melalui WhatsApp dengan segera.

Alamat: No 30, 22, Jalan PP 2, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Thirty Villa


7. One 5 Residence Villa Homestay Puchong, Taman Putra Perdana

One 5 Residence Villa Homestay Puchong, Taman Putra Perdana

Lokasi One 5 Residence Villa Homestay Puchong terletak di Taman Putra Perdana dan boleh memuatkan 38 orang tetamu. Homestay ini sangat sesuai untuk keluarga besar dan sekumpulan syarikat untuk meluangkan masa bersama dengan menginap dan melakukan aktiviti yang mengeratkan hubungan.

Dengan ruang rumah yang besar, halaman yang luas dan mempunyai kolam renang, homestay ini akan sentiasa menjadi pilihan kumpulan yang besar. Harga yang ditawarkan untuk satu malam juga agak berbaloi dengan kelengkapan yang disediakan. Segera pilih tarikh yang sesuai dan membuat tempahan awal untuk memastikan ada kekosongan.

Alamat: 4, Jalan Putra Perdana 2/13, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp One 5 Residence Villa


Senarai di atas adalah merupakan pilihan homestay yang terbaik di sekitar Puchong mengikut kepada ulasan tetamu. Sesuai untuk pelbagai selera dan bajet, pilihan homestay ini pasti akan menjadikan penginapan anda di Puchong lebih menyeronokkan dan bermakna.

Kami berharap anda akan menikmati penginapan di salah satu homestay yang dikenalkan. Jangan lupa untuk merancang perjalanan anda dengan teliti dan menikmati pengalaman menginap yang menarik.

Namun, jika anda mencari homestay di sekitar Selangor, anda boleh melayari artikel kami di 15 Homestay Best di Selangor untuk Staycation yang pasti memberikan anda penginapan yang bermakna. Selamat melancong dan semoga anda membawa pulang kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Petaling Jaya, Selangor

Petaling Jaya merupakan salah satu daripada 3 kawasan utama di bawah Daerah Petaling. Di sini memang banyak tarikan yang boleh dilawati baik secara solo...

Tempat Menarik di Daerah Petaling, Selangor

Daerah Petaling merupakan salah satu daripada 9 daerah-daerah utama di negeri Selangor yang boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Shah Alam, Petaling Jaya...

15 Kedai Makan TERBAIK Di USJ Subang

Tempat untuk makan mestilah menjadi antara perkara utama yang akan anda cari sewaktu pergi bercuti. Di Subang Jaya bukan sahaja terdapat banyak destinasi pelancongan...

Tempat Menarik di Subang Jaya, Selangor

Tarikan destinasi menarik di Subang Jaya seperti di bawah ini merupakan sebahagian daripada tempat menarik di dalam Daerah Petaling selain Shah Alam dan Petaling Jaya....

15 Kedai Makan Top Di Puchong Utk Foodie

Selangor memang banyak tempat untuk makan, lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Tapi, ada setengah restoran tak menepati cita rasa di Puchong. Ada yang overprice tapi...

Harga Tiket Sunway Lagoon Water Park – TERKINI

Kalau bercakap pasal taman tema air, sudah tentu nama Sunway Lagoon antara yang terus muncul di benak fikiran kita. Namun harga tiket Sunway Lagoon...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x