Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Kedai Makan TERBAIK Di USJ Subang

Tempat untuk makan mestilah menjadi antara perkara utama yang akan anda cari sewaktu pergi bercuti. Di Subang Jaya bukan sahaja terdapat banyak destinasi pelancongan yang menarik, terdapat juga pelbagai kedai makan yang menarik dan wajib untuk anda cuba di USJ. Kedai makan yang mempunyai konsep yang santai dapat menjadikan suasana sewaktu anda makan berasa tenang.

Tidak perlu untuk ke luar negara sekiranya anda teringin untuk makan makanan mereka kerana di sini anda boleh mendapatkan makanan Pakistan, India, Cina, Thailand dan banyak lagi. Harga tidak akan menjadi masalah kerana mereka menawarkan makanan dengan harga yang berpatutan. Sememangnya pilihan yang tepat jika anda memilih untuk makan di kedai makan di USJ yang telah kami senaraikan ini.

Kedai Makan Di USJ SubangYang Patut Cuba


1. Jibril SS15

Jibril SS15

Sekiranya anda ke Subang Jaya, anda WAJIB singgah makan di restoran berkonsepkan ‘speakeasy’ atau tersembunyi tanpa pintu, Jibril SS15.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan khususnya “butter-based foods”. Dengan hanya menggunakan bahan mentah yang segar, jangan lepaskan peluang untuk merasa semua pilihan yang disediakan antaranya, Salted Egg Butter Chicken, Squid, Prawn, Clams mahupun Lobster.

Pilihan hidangan minuman mocktails Jibril SS15 juga unik kerana direka khas oleh pemiliknya sendiri seperti Newton, Potter, Specter dan Onde-onde. Menarik!

Walaupun suasana di kedai ini mempunyai aura yang romatis, ianya tetap sesuai untuk kunjungan bersama keluarga mahupun teman yang tercinta. Anda juga boleh singgah ke cawangan lain di Publika Shopping Gallery atau Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Yang pasti, kedai ini dimiliki oleh Melayu Muslim dan sesuai bagi pelanggan Muslim.

Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-488 4300

Whatsapp Jibril SS15


2. Kotak+

Kotak +

Jadikan hari anda lebih baik dengan mencuba pelbagai hidangan makanan yang istimewa di kedai makan Kotak+ di USJ ini. Makanan di sini mempunyai konsep yang baru iaitu mereka menggabungkan pelbagai makanan moden Indonesia dengan makanan segera. Semestinya ia tidak boleh didapati di kedai makan yang lain di Subang Jaya. Makanan di sini dimasak dengan menggunakan sos dan rempah yang unik. Ia juga menghasilkan rasa yang luar biasa dan makanannya ditawarkan dengan tawaran harga yang hebat.

Antara menu yang menjadi kegilaan ramai apabila makan di sini ialah ayam geprek. Makanan yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini telah mendapat banyak pujiaan daripada blogger makanan yang terkenal. Pelbagai lagi menu makanan Indonesia yang menarik di sini, yang boleh memenuhi keinginan anda. Tidak perlu keluar rumah jika anda ingin mendapatkan makanan daripada Kotak+ kerana anda boleh sahaja membuat pesanan secara atas talian di laman web mereka.

Alamat: 10, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 9.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:  03-5611 7778

Whatsapp Kotak +


3. Sheesh Mahal Restaurant

Sheesh Mahal Restaurant

Bagaimana kalau sekali sekala anda tukar selera ke makanan yang tidak pernah dimakan seperti mencuba hidangan makanan Pakistan. Dengan itu, anda boleh mendapatkannya hanya di Sheesh Mahal Restaurant. Bukan sahaja menawarkan pelbagai menu menarik makanan Pakistan, malah anda juga boleh mendapatkan hidangan terbaik India di sini. Restoran yang dihias dengan konsep yang mewah ini membuatkan ia kelihatan lebih elegant dan menarik.

Anda patut cuba makan makanan Pakistan di sini kerana ia akan membuatkan anda berasa seperti berada di Pakistan. Kedai yang mempunyai tahap kebersihan yang baik dan rasa yang sedap ini tidak akan mengecewakan anda. Yang menariknya, mereka juga ada menyediakan hidangan set makanan istimewa bagi mereka yang vegetarian. Ia boleh dimakan bersama dua orang dan boleh didapati dengan harga serendah RM 40.

Alamat: 33, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 9.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5621 3671

Whatsapp Sheesh Mahal Restaurant


4. E-ONE Chinese Muslim Food Court

E-ONE Chinese Muslim Food Court

Sekiranya anda mengidam untuk makan makanan Cina di USJ, anda boleh mendapatkannya di kedai makan E-ONE Chinese Muslim Food Court. Pelbagai menu makanan Cina yang menarik di sini yang patut anda cuba. Walaupun kedai makan ini kelihatan biasa daripada yang lain tetapi mereka mempunyai rasa makanan yang luar biasa. Yang hebatnya, mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan makanan yang anda pesan.

Mempunyai konsep yang santai sehingga menjadikan ia sebagai tempat lepak terbaik bersama rakan-rakan anda. Antara menu yang menarik di sini ialah mee tarik kerana ia mempunyai tekstur mee yang cukup kenyal dengan rasa sup yang cukup rempah. Sememangnya menu yang menjadi kesukaan ramai orang yang berkunjung. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan makanan melayu seperti bihun sup dan mee goreng di sini.

Alamat: 12, Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-614 0060

Whatsapp E-ONE Chinese Muslim Food Court


5. Mohd Chan Dim Sum @ Sunway Geo Avenue

Mohd Chan Dim Sum @ Sunway Geo Avenue

Mencari kedai makan yang mempunyai pemandangan yang cantik, anda boleh mendapatkannya di kedai makan Mohd Chan Dim Sum. Makanan di sini dimasak dengan resipi istimewa yang tidak akan mengecewakan anda. Pelbagai menu hidangan menarik makanan Cina, Melayu, Thailand, Jepun dan banyak lagi yang boleh didapati di sini. Yang istimewanya di sini, mereka ada menawarkan menu makanan yang diolah sendiri oleh chef handal mereka sebagai contoh udang nestum, sizzling taufu dan banyak lagi.

Kepada peminat dim sum, anda tidak perlu susah payah untuk mencarinya di kedai kerana di sini mereka ada menawarkan perkhidmatan penghantaran dim sum frozen ke seluruh negeri di dalam Malaysia. Mudah sahaja kerana anda hanya perlu kukuskannya selama 8 minit dan ia siap untuk dimakan. Mereka juga akan menghias setiap hidangan makanan dengan kreatif sebelum disajikan kepada pelanggan.

Alamat: A-01-01, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5612 9939

Whatsapp Mohd Chan Dim Sum @ Sunway Geo Avenue


6. Big Singh Chapati @ SS15 Subang Jaya

Big Singh Chapati @ SS15 Subang Jaya

Big Singh Chapati merupakan restoran Punjabi yang menyajikan pelbagai masakan India Utara seperti hidangan chapati, naan, biryani, tandoori dan banyak lagi. Kepada penggemar makanan India, anda memang patut cuba makanan di sini kerana dijamin anda akan menyukai rasa makanan mereka. Makan di kedai ini memang akan membuatkan anda berasa seperti sedang melancong di India. Masakan yang sempurna di sini memang tidak akan mengecewakan.

Jangan bimbang, sekiranya anda tidak tahu untuk memilih makanan untuk dimakan kerana pekerja mereka akan mencadangkan menu yang terbaik. Di kedai ini mempunyai suasana yang tenang dan akan membuatkan anda dapat menikmati makanan dalam keadaan yang lebih santai. Mereka juga ada menawarkan satu menu baru dan tidak boleh didapati di kedai makan lain iaitu vegetarian burger. Ia ditawarkan dengan harga yang berbaloi. Makanan di sini juga boleh ditempah secara atas talian di aplikasi Grabfood, Food panda atau AirAsia Food.

Alamat: 41, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 11.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-224 7129

Whatsapp Big Singh Chapati @ SS15 Subang Jaya


7. Naj and Belle ss15

Naj and Belle ss15

Sekiranya anda merupakan penggemar kafe yang mempunyai gaya hipster, anda boleh berkunjung ke Naj and Belle ss15. Kafe ini merupakan antara kafe yang popular di area Subang Jaya. Buktinya, kafe ini sering menjadi kunjungan orang ramai walaupun hari minggu. Mereka menawarkan pelbagai menu menarik masakan tempatan dan barat. Selain itu, jika anda berasa malas untuk menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak, anda boleh menempah sahaja hidangan sarapan secara atas talian di aplikasi Grabfood.

Yang menariknya, mereka merupakan kafe pertama didalam Malaysia yang menawarkan hidangan kek tembikai. Tesktur kek yang lembut dan dihiasi dengan strawberry di atasnya menjadikan ia sebagai pencuci mulut yang terbaik. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merupakan penggemar pasta, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pasta yang sedap di sini. Hiasan kreatif pada hidangan makanan mereka juga tidak akan mengecewakan anda.

Alamat: SS15 Courtyard, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-974 7511

Whatsapp Naj and Belle ss15


8. Upstairs Cafe

Upstairs Cafe

Upstairs Cafe merupakan antara kafe yang terbaik dan mempunyai reka bentuk yang moden sehingga menjadikan ia sebagai port yang cantik untuk bergambar. Cita rasa makanan barat menjadi menu utama hidangan makanan yang disajikan di sini. Anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan barat yang menarik seperti pasta, burger, stik dan banyak lagi di sini. Sekiranya anda penggemar pencuci mulut, anda patut mencuba pencuci mulut menarik yang ditawarkan di sini.

Jika anda memilih untuk makan di kafe ini, anda akan berpuas hati kerana anda dapat makan makanan yang sedap sambil bersantai dengan selesa di kafe yang cantik ini. Di sini anda juga boleh mendapatkan kopi dengan pelbagai ukiran corak yang anda suka. Pekerja mereka bukan sahaja ramah malah boleh membantu untuk tangkapkan gambar anda yang makan di sini.

Alamat: No. 12A, Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5611 1950


9. Jibby & Co.

Jibby & Co.

Salah satu tempat makan yang mempunyai reka bentuk yang cantik dan moden. Semestinya hanya di kedai makan Jibby & Co. Bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan yang enak tetapi tempat makan yang cantik ini juga sesuai untuk anda bergambar. Cemburu mereka yang melihat gambar anda nanti. Uniknya tentang menu makanan di sini ialah mereka menggabungkan masakan Asia dengan makanan Barat.

Mereka menawarkan hidangan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam di sini. Rasa makanan mereka memang terjamin kerana ia dimasak oleh chef yang berpengalaman. Antara menu menarik di sini yang patut anda cuba ialah daging itik panggang, buttermilk, ayam panggang madu, mi udang galah dan banyak lagi. Di sini juga mereka ada menyajikan pelbagai pemanis sampingan untuk melengkapkan hidangan makanan anda.

Alamat: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 10.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5613 7070


10. RATA Restaurant

RATA Restaurant

RATA Restaurant merupakan antara kedai makan yang terbaik dan patut untuk anda cuba. Di sini mereka menawarkan pelbagai menu istimewa makanan tempatan dan makanan barat. Walaupun daripada luar kedai ini kelihatan agak mewah tetapi jangan risau tentang harga makanan yang ditawarkan kerana anda boleh mendapatkan set hidangan makanan dengan harga bermula daripada serendah RM 21. Makanan di sini dimasak dengan ramuan yang segar sehingga menghasilkan rasa sedap yang tak terhingga.

Jika anda ingin makan tengah hari bersama kawan-kawan anda yang ramai, anda boleh berkunjung ke kedai ini kerana mereka ada menyediakan meja yang luas. Selain itu, anda boleh mencuba hidangan sampingan seperti pizza, burger, sandwich atau pasta sekiranya anda tidak ingin makan nasi. Makanan yang mereka tawarkan memang tidak boleh didapati di kedai lain dan anda akan menyesal jika tidak mencuba makan makanan di kedai ini.

Alamat: 25, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.30am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-424 1194

Whatsapp RATA Restaurant


11. NOMMS Pressure Fried Chicken (SS15)

NOMMS Pressure Fried Fried Chicken (SS15)

Sekiranya anda ke Subang Jaya, anda wajib untuk singgah ke NOMMS Pressure Fried Chicken kerana kedai makan ini merupakan antara yang terbaik dan popular di kalangan penduduk setempat. Kepada penggemar makanan segera anda boleh mendapatkan pelbagai makanan segera yang menarik di sini. Menu makanan yang dimasak dengan menggunakan resipi yang diolah sendiri tetap menjaminkan rasa yang sedap. Di samping itu, mereka hanya menggunakan bahan mentah yang segar sahaja.

Jika anda tidak ingin terlepas sebarang promosi hebat yang ditawarkan, anda boleh mengikuti Facebook rasmi kedai ini. Di sini anda juga boleh memilih set ala carte atau set untuk makan berapa orang. Mereka juga ada menjual pelbagai jenis sos khas untuk makan ayam goreng dengan harga serendah RM 2. Antara menu istimewa di sini ialah pelbagai jenis pasta dengan ayam goreng yang boleh didapati dengan harga RM 16.

Alamat: 36, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5611 0796


12. Restoran Serambi Melayu

Restoran Serambi Melayu

Restoran Serambi Melayu merupakan kedai makan popular yang menawarkan pelbagai hidangan makanan Melayu. Anda boleh mendapatkan pelbagai lauk masakan kampung di sini, jika anda merindukan makanan di kampung halaman anda. Antara menu yang menjadi kesukaan ramai di sini ialah nasi daging utara. Nasi daging yang dimakan dengan air asam dan kuah dalca sayur memang memberikan rasa yang hebat.

Jangan risau, sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke kedai ini kerana anda boleh Whatsapp sahaja mereka untuk menempah makanan. Anda juga boleh mendapatkan senarai menu dan harga di Facebook rasmi mereka. Makanan anda akan dibungkus dengan kemas dan dihantar sendiri oleh pekerja mereka dengan selamat. Rasa makanan mereka memang tidak mengecewakan dan akan menambah selera makan anda.

Alamat: No22, Jalan Putra Mahkota 7/7a, Pusat Bandar Putra Point, 47650 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 7.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-221 6778

Whatsapp Restoran Serambi Melayu


13. Restoran Gold Chilli

Restoran Gold Chilli

Pernah mendapat liputan daripada rancangan terkenal TV3 Jalan-jalan cari makan dan Utusan Malaysia sehingga kedai makannya menjadi viral di kalangan penduduk setempat, di mana lagi kalau bukan di Restoran Gold Chilli. Di sini merupakan destinasi menjamu selera yang mesti anda cuba. Mereka menawarkan lauk melayu, masakan seafood dan makanan segera.

Antara menu yang wajib untuk anda cuba sekiranya berpeluang untuk singgah di sini ialah ayam butter. Untuk mendapatkan hidangan ini ramai yang sanggup untuk beratur panjang dan menu ini memang antara menu yang terbaik sejak 2003 lagi. Berita baiknya untuk peminat ayam butter, di sini mereka ada menjual sos buttermilk krim yang boleh membawakan rasa yang sempurna pada masakan anda. Lokasi kedai mereka juga memang strategik dan mudah untuk dicari.

Alamat: 5, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 9.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-909 9873

Whatsapp Restoran Gold Chilli


14. Serai @ Empire

Serai @ Empire

Sekiranya anda tidak tahu untuk memilih menu makanan apa yang ingin dimakan, singgah sahaja di kedai makan Serai @ Empire kerana di sini terdapat lebih 60 menu menarik yang akan disajikan. Kesedapan makanan di sini memang akan membuatkan anda sentiasa terkenang kedai makan ini. Mereka juga ada menyediakan menu makanan khas untuk kanak-kanak. Hidangan menu kanak-kanak yang enak ini memang akan membuatkan anak-anak anda duduk diam.

Mereka juga hanya menghidangkan lauk-lauk yang panas dan mempunyai rasa yang segar tanpa mengira bila sahaja waktu anda berkunjung. Dijamin jika anda memilih untuk makan di sini, anda akan mendapatkan pengalaman makan yang lebih baik. Suasana kedai yang santai memang akan membuatkan waktu makan anda menjadi lebih tenang. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pencuci mulut dan kopi yang menarik.

Alamat: LG37, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16, 47500, Subang Jaya, Selangor, 47500

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5611 3200


15. Thyme Out Sunway

Thyme Out Sunway

Nikmati pelbagai makanan Mexico di kedai makan yang terbaik, tentunya hanya di Thyme Out Sunway. Antara menu menarik yang anda boleh pesan ketika berkunjung di sini ialah nachos, elote na vaso, onion rings, chicken tenders dan telur gulung Mexico. Kedai mereka yang dihias dengan menggunakan gaya Mexico, memang akan membuatkan anda berasa seperti sedang makan di Mexico.

Yang menariknya, anda boleh mendapatkan pelbagai pencuci mulut yang sedap dengan harga serendah RM 10 di sini. Memang anda akan berpuas hati jika memilih Thyme Out Sunway sebagai destinasi tempat makan anda. Kedai makan yang telah beroperasi sejak tahun 2014 ini memang sudah menjadi pilihan ramai orang. Anda akan mendapatkan hidangan makanan yang segar, enak dan sempurna di sini. Selain itu, di sini juga anda boleh mendapatkan pelbagai jenis snack Mexico untuk anda bersantai sambil layan movie.

Alamat: 66, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 9.20pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5886 0596

Whatsapp Thyme Out Sunway


Makan makanan yang sedap bukan sahaja dapat kenyangkan perut malah ia juga dapat menggembirakan hati anda. Apabila hati gembira kerja yang dilakukan juga akan terasa lebih mudah. Jadi, untuk mendapatkan makanan yang sedap dengan tawaran harga yang baik, anda wajib untuk berkunjung ke kedai makan di USJ tersenarai. Anda juga boleh membuat survey dahulu sebelum ke sana.

Jika lidah anda teringinkan sesuatu yang lebih spesifik seperti tomyam, kami ada artikel untuk anda baca. Sila lihat artikel kami, 6 Kedai Tomyam Paling Sedap di Subang Jaya, untuk mula mencari.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Petaling Jaya, Selangor

Petaling Jaya merupakan salah satu daripada 3 kawasan utama di bawah Daerah Petaling. Di sini memang banyak tarikan yang boleh dilawati baik secara solo...

7 Homestay Pilihan Terbaik di Sekitar Puchong

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan ke Puchong, anda pasti akan mencari tempat penginapan atau homestay yang terbaik untuk percutian tersebut...

Harga Tiket Sunway Lagoon Water Park – TERKINI

Kalau bercakap pasal taman tema air, sudah tentu nama Sunway Lagoon antara yang terus muncul di benak fikiran kita. Namun harga tiket Sunway Lagoon...

6 Kedai Tomyam Paling Sedap di Subang Jaya

Tomyam adalah antara makanan yang sering digelar ‘comfort food’ pada waktu hujan, waktu lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. Dengan rasa sup yang...

15 Kedai Makan Top Di Puchong Utk Foodie

Selangor memang banyak tempat untuk makan, lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Tapi, ada setengah restoran tak menepati cita rasa di Puchong. Ada yang overprice tapi...

Tempat Menarik di Daerah Petaling, Selangor

Daerah Petaling merupakan salah satu daripada 9 daerah-daerah utama di negeri Selangor yang boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Shah Alam, Petaling Jaya...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x