Tempat Menarik di Shah Alam yang WAJIB dilawati

Seperti yang tersedia maklum, Shah Alam merupakan sebahagian kawasan dari Daerah Petaling dan juga merupakan ibu negeri bagi negeri Selangor. Jadi secara tak langsung, memang agak banyak tempat-tempat menarik di Shah Alam yang boleh anda lawati kalau bercuti ke sini.


Jom kita lihat destinasi-destinasi menarik yang ada di Shah Alam baik taman tema, mercu tanda, tempat shopping dan sebagainya. Destinasi menarik di Shah Alam seperti bawah merupakan sebahagian daripada tempat-tempat menarik di Daerah Petaling selain 2 kawasan utama lain iaitu Petaling Jaya dan Subang Jaya. Semoga pilihan-pilihan destinasi ini akan memberi anda sedikit idea tentang tarikan yang ada di sini.



Muzium,Tempat Bersejarah & Mercu Tanda di Shah Alam

muzium tempat sejarah shah alam

Bahagian ini memaparkan destinasi-destinasi percutian menarik untuk ke kawasan yang bersejarah seperti muzium, galeri, tugu, memorial dan sebagainya yang berada di Shah Alam sahaja. baca lagi>


Tempat Membeli Belah di Shah Alam

tempat membeli belah shopping shah alam

Senarai ke tempat menarik di Shah Alam untuk anda membeli belah atau shopping seperti mall, pasar, bazar dan sebagainya. Kalau anda seorang kaki shopping, sila lihat apa yang menarik di sini. baca lagi>


Taman Tema, Hiburan dan Galeri di Shah Alam

taman tema hiburan shah alam

Setiap kali musim cuti sekolah, semestinya destinasi yang membuatkan anak-anak teruja menjadi pilihan anda. Sila teroka lagi bahagian ini untuk mengetahui beberapa tempat menarik di Shah Alam yang dikategorikan sebagai taman tema atau galeri lawatan sambil belajar yang juga sesuai sebagai destinasi rombongan sekolah atau kolej. baca lagi>


Tarikan Alam Semulajadi di Shah Alam

tarikan alam semulajadi shah alam

Bagi pecinta alam, sila teroka lagi bahagian ini untuk mengetahui beberapa tempat di Shah Alam yang boleh dikatakan sangat sesuai untuk menenangkan jiwa. Destinasi di sini mungkin sebuah taman, tasik ataupun air terjun. baca lagi>


Tempat Menarik di Shah Alam Waktu Malam

tempat menarik waktu malam shah alam

Kalau anda ingin lepak-lepak dengan kawan atau keluarga pada waktu malam dan mencari destinasi yang sesuai untuk dilawati, apa kata teruskan membaca di bahagian ini. Banyak juga destinasi menarik yang boleh dicadangkan kalau bercakap pasal destinasi menarik waktu malam di Shah Alam. baca lagi>


Tempat Menarik di Shah Alam yang Percuma

tempat pelancongan shah alam percuma

Shah Alam mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan yang tidak memerlukan apa-apa bayaran tiket. Kebanyakannya bertemakan tarikan taman awam dan juga galeri awam. Jom kita terjah satu persatu destinasi yang menarik untuk anda lawati sekiranya anda melancong ke Shah Alam secara bajet. baca lagi>


Restoran & Tempat Makan Menarik di Shah Alam

tempat makan yang menarik shah alam

Shah Alam memang mempunyai banyak tempat makan atau restoran yang menarik dan sedap-sedap dan mungkin lebih banyak pilihan kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan idea tempat makan best yang pernah dilawati oleh JJCM TV3, sila baca bahagian ini. baca lagi>


Semoga perkongsian kami tentang tempat menarik di Shah Alam yang popular ini akan memberi anda panduan untuk merancang percutian anda ke sini kelak. Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan di media sosial. Wassalam.

Tempat Menarik di Shah Alam yang WAJIB dilawati
4.5 (90%) 6 votes
  • 3
    Shares

5 Komen

  1. jon 26/04/2016
  2. Aiman Halim 27/12/2015
  3. abahomestay 06/12/2015
  4. Hero Borneo 18/04/2015
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 18/04/2015

Sila Komen

Sila SHARE