28+ Tempat Makan Best di KL 2017 – Restoran & Warung Makan Menarik

Kuala Lumpur merupakan merupakan syurga makanan untuk pelancong kerana boleh dikatakan kesemua makanan popular di negeri Malaysia boleh didapati di sini. Bahkan pilihan restoran kalau nak makan menu popular negara lain juga banyak. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Lumpur, bolehlah singgah di mana-mana restoran & tempat makan best di KL seperti di bawah baik untuk sarapan pagi, lunch atau dinner.


Majoriti restoran yang dinyatakan di bawah sudah bertahun lamanya mendapat tempat di hati kalangan warga ibu kota Kuala Lumpur dan sering menjadi tempat liputan untuk penggambaran rancangan tv.



28 restoran & tempat makan best di KL yang mesti cuba

1. Restoran Rebung

tempat makan best KL jjcm

Bagi yang ingin sarapan pagi, makan tengahari buffet atau makan malam dengan selera orang Melayu dengan pelbagai pilihan menu makanan, apa kata anda ke Restoran Rebung yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanahair, Dato’ Chef Ismail. Boleh dikata one stop centre untuk mereka yang ingin makanan ala kampung yang sedap di KL baik dari hidangan santai, kuih muih, sehinggalah lauk pauk yang pasti membuatkan anda pening nak memilih. Lokasinya strategik mudah diakses dari ibu kota KL di Jalan Tanglin, Tasik Perdana serta mempunyai tempat parking yang lapang, kedai yang besar dan kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti makan di hotel. Dibuka 7 hari seminggu dari 7.00 am – 10.oo pm.

Alamat:  5-2, Aras 5,Parkir Bertingkat Bukit Aman, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.00 am – 11.00 pm

Peta Lokasi Jarak 603-22763535 Facebook


2. Restoran Sambal Hijau

restoran sambal hijau kl

Restoran yang terletak di Kampung Sungai Penchala, KL ini sangat menarik untuk anda terjah kalau ingin menu masakan lauk pauk kampung yang banyak pilihan dan sedap. Baik untuk makan tengahari atau malam, restoran ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelanggan setempat untuk menjamu lauk kampung seperti daging salai masak lemak cili api, udang galah masak lemak, gulai ketam, aneka kerabu, ulam-ulaman dan sebagainya. Kalau dikira tray lauk yang ada di sini, memang lebih daripada 15 jenis. Walaupun Restoran Sambal Hijau ini beroperasi dari awal pagi sehinggalah lewat malam setiap hari, waktu terbaik untuk datang merasa menu-menu yang masih banyak & panas sekitar 9 pagi -12 tengahari. Kalau lambat atas nasib dan rezeki anda, kalau ada ada kalau habis habislah.

Alamat: Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.30 am – 2.00 am

Peta Lokasi Jarak 603-77312045 Facebook Website


3. Restoran Satay Zaini

restoran satay zaini kuala lumpur

Bercakap pasal satay, pasti Restoran Hj Samuri di Kajang yang terlintas di fikiran anda yang mana merupakan satu tempat makan menarik di Selangor untuk pelancong. Namun kalau anda di KL & inginkan kelainan rasa satay tetapi tetap sedap, apa kata ke Satay Zaini di Jalan Kolam Ayer Lama di Ampang, KL. Satay Zaini yang sudah bertapak lebih 35 tahun di KL boleh dikatakan merupakan pencabar terdekat dari segi populariti kesedapan Satay Kajang. Pelbagai jenis satay yang ada di sini seperti satay perut muda, satay ayam, daging, satay hati ayam, satay kambing & satay limpa. Yang paling mendapat sambutan di sini adalah satay daging & satay perut muda dan yang pasti kuah kacangnya memang lemak berempah lain dari tempat lain. Kalau datang malam sebaiknya sekitar 7-9 pm kalau tidak makan aranglah jawabnya.

Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: 6.00 pm – 11.30 pm

Peta Lokasi Jarak 6013-3693934 Facebook Website


4. Restoran Satay Capitol 1951 – Warisan

tempat makan sedap kuala lumpur

Bagi penggemar satay, satu lagi destinasi yang tidak boleh anda lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan satay terutamanya satay dagingnya yang sangat lembut dan rasanya lebih berempah kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan kedai satay lain. Satay ini ada dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu di Pusat Penjaja Selera Muda, Kampung Baru & Capital Cafe, Jalan TAR. Waktu operasi dari 4pm-12 malam.

Alamat: No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am

Peta Lokasi Jarak 6017-2233308 Facebook


5. Restoran Dapur Sarawak

restoran dapur sarawak kl

Makanan Sarawak yang rasanya asli memang susah nak dapat di tempat lain selain di negerinya sendiri. Namun di KL anda boleh mencuba hidangan menu popular negeri Sarawak yang sedap & asli seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, nasi aruk dabei, bihun belacan, nasi manok panggang & sebagainya. Restoran ini terletak di Jalan Sarikei, Pekeliling dan dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10.30 malam.

Alamat: No.19 Jln Sarikei Off Jln Pahang , Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.30 pm

Peta Lokasi Jarak 603-40318679 Facebook


6. Samudera Exotic River Fish Restaurant

tempat makan sedap kuala lumpur

Restoran yang terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur ini sangat ideal untuk anda sekiranya berhajat nak makan ikan sungai terutamanya dari Sungai Pahang seperti ikan patin buah, lampam, sebarau, tenggalah, baung, kerai, udang galah dan sebagainya. Dan sudah tentu menu-menu lauk di sini lebih kepada ala-ala masakan kampung seperti masak tempoyak, asam pedas, lemak cili api, bakar sambal dan aneka jenis masakan kampung lain. Dibuka dari 11.00 pagi sehingga 10.00 malam sesuai untuk anda lunch/dinner di sini. Suasana restoran pun luas, tenang dan sangat selesa baik untuk makan berdua atau secara berkumpulan.

Alamat: Rumah Rohas, Wilayah Persekutuan,, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm

Peta Lokasi Jarak 603-26934526


7. Restoran Raso Omak Den

restoran omak eden kuala lumpur

Nama restorannya sudah cukup untuk menggambarkan yang menu-menu di sini lebih kepada masakan asli orang Negeri Sembilan terutamanya masakan Minang. Memang banyak pilihan masakan lauk pauk kampung yang ada di sini dan yang popularnya semestinya aneka masak lemak cili api, keli sambal, sambal tempoyak daun kayu, itik salai, daging salai, ayam kampung salai, ikan bakar dan macam-macam lagi. Kalau anda orang Nogori kepingin nak makan sedap menu kampung sendiri, sila terjah restoran ini di Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur pada setiap hari (kecuali Jumaat) dan ditutup 6 pm.

Alamat: 318, Lorong Selangor, 53100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm (Jumaat cuti)

Peta Lokasi Jarak


8. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

mee tarik warisan restaurant

Destinasi yang terkenal dengan makanan Cina Muslim menghidangkan pelbagai jenis masakan mee bergoreng/ bersup yang menu-menu masakannya dibawa khas dari China. Yang uniknya mee yang ada di sini memang sangat kenyal tidak seperti mee kuning biasa dan pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana mee tarik ini dibuat dengan tangan secara live. Boleh ke restoran ini yang terletak di Jalan Utama Tasik 3, Kuala Lumpur.

Alamat: 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm

Peta Lokasi Jarak 603-90554557 Facebook Website


9. Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy

ikan bakar jalan bellamy kl

Kalau bercakap pasal destinasi ikan bakar di Kuala Lumpur, salah satu tempat yang best di KL yang boleh anda cuba ialah di warung yang terletak di Jalan Bellamy berdekatan dengan Muzium Diraja KL. Pelbagai pilihan lauk yang dibakar ada di sini seperti ikan terubuk, ikan kembung, ayam kampung, sotong, pari dan sebagainya. Yang menjadikan ikan bakar di sini sedap adalah kerana resepi rempah ikan bakarnya dibuat sendiri yang memang tiada di tempat lain. Dicadangkan untuk datang ke sini sebelum waktu makan tengahari untuk mengelak bertembung dengan pekerja-pekerja sektiar yang makan di sini, kalau tidak jenuh nak menunggu tempat duduk kosong.

AlamatJalan Bellamy, off Jalan Istana, Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 am – 11.00 pm

Peta Lokasi Jarak 603-90554557 Facebook


10. Asam Pedas Sejati Melaka

asam pedas sejati kampung pandan kl

Tak perlu susah payah ke Kota Laksamana, Melaka kalau nak makan asam pedas dalam claypot menggelegak panas dan sedap. Di Kampung Pandan, Kuala Lumpur juga terdapat sebuah restoran yang memang popular dengan menu asam pedas Melaka. Pelbagai jenis pilihan ikan ada di sini untuk anda makan tengahari sampai kenyang. Sebaik sampai di sini, pengunjung boleh memilih ikan-ikan mentah di atas meja seperti pari, kembung atau tenggiri dan akan terus dimasak di dapur. Rasa ‘kick’ asam pedas yang baru dimasak dibandingkan dengan yang sudah tersedia siap dalam buffet memang sangat lain.

Alamat: 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00am – 3.30 pm / 7.00 pm – 10.00 pm ( Jumaat cuti)

Tel: 012 – 9180642 / 012-3800462

Peta Lokasi Jarak 6012 – 9180642


11. Restoran Mee Kari Udang Galah

tempat makan menarik kuala lumpur

Mee Kari udang galah merupakan satu menu yang sangat unik yang susah nak didapati di tempat lain. Namun di Kuala Lumpur, anda boleh mencubanya di Restoran Mi Kari Udang Galah, Bandar Sri Permaisuri yang diresepikan oleh Haji Saharuddin. Memandangkan trademark di sini adalah udang galah, maka banyak juga menu lain yang turut dimasak dengan melibatkan kelibat si udang galah seperti mee rebus udang galah, nasi beriyani udang galah, mee goreng udang galah & mee bandung udang galah. Mengikut bajet masing-masing pengunjung boleh pilih sendiri saiz udang galah yang hendak ditelan.

Alamat: Jalan Dwitasek ,Dataran Dwitasek, 18, Jalan Seri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 2.00 am

Peta Lokasi Jarak 603-91741956 Facebook


12. Restoran Ewa Chinese Cuisine

restoran cina halal kuala lumpur

Restoran ini terkenal dengan masakan Cina halal dan antara menu popular di sini yang menjadi signature dish mereka adalah ikan siakap hitam masak steam, kari kepala ikan, butter prawn, cantonese mee, udang masak daun kari (kum heong), dang cili padi, udang celup tepung petai dan ketam bunga cili padi. Memang unik masakan panas di sini dan kalau anda nak rasa menu sebegini untuk makan tengahari atau malam boleh ke Jalan Sungai Penchala, KL. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari jam 12 pm-3 pm dan 6.30 pm-10.30 pm.

Alamat: 2831, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.00 pm

Peta Lokasi Jarak 6019-2960206 Facebook


13. Gobang Maju Patin Tempoyak

gobang restaurant kuala lumpur

Kalau di Temerloh, Pahang nama Gobang ini memang cukup popular dengan masakan patin tempoyak yang sedap & lazat sehingga seantero Malaya katanya. Tak perlu ke Temerloh kerana di KL juga ada cawangannya yang juga menggunakan resepi yang sama dan terletak di Jalan Sri Rejang 1, Taman Sri Rampai. Selain masak tempoyak, restoran ini juga ada menyediakan menu masakan lain seperti mee kari daging, ikan bakar, ikan patin goreng, siput sedut, udang galah, gulai ayam & beberapa menu ikan sungai lain yang sesuai untuk anda menjamu masakan orang Pahang untuk makan tengahari di Kuala Lumpur.

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10.30 am – 10.00 pm

Peta Lokasi Jarak 603-41441705 Facebook


14. Warung Sate & Cafe Mak Long

tempat makan sedap kl

Bagi yang berada di Jalan Puchong, KL anda boleh bawa keluarga atau rakan anda untuk menikmati pelbagai menu masakan panas dan makanan santai yang sedap-sedap di sini. Restoran dengan dekorasi yang klasik ini seperti membawa anda makan malam dengan suasana di kampung. Persekitaran restorannya yang lapang, tenang & makanannya pula sedap pasti membuka selera anda untuk dinner bersama tersayang. Menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini adalah satay daging berempahnya berserta tauhu bakar.

Alamat: Lot 4, Batu 6, Jalan Puchong, Kampung Petaling, 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 1.00 pm – 10.00 pm

Peta Lokasi Jarak 6014-9674507 Facebook


15. Muhibbah Seafood Restaurant

muhibbah restaurant kl

Sekiranya anda ingin mencari menu masakan panas, makanan laut & masakan ala-ala Thai, bolehlah datang ke Restoran Muhibbah Seafood yang terletak di Sungai Penchala, KL. Kedainya luas, pemandangan sekitarnya menyamankan seperti di luar bandar & ditambah pula dengan makanan yang sedap, memang kombinasi terbaik. Anda boleh ke sini samaada untuk makan tengahari ataupun untuk makan malam.

AlamatLot 2851, Jalan Seri Penchala, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12.00pm – 2.30pm & 6.30pm – 10.00pm

Peta Lokasi Jarak 603-77273153 Facebook


16. Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

nasi ayam hainan melawati kl

Menu simple dan lokasi kedainya biasa-biasa sahaja namun pelanggan yang datang waktu tengahari untuk lunch memang luar biasa ramainya. Kedai ini terletak di Medan Selera Taman Melawati dan diusahakan oleh pasangan Chinese Muslim yang sudah bertapak lebih 30 tahun di KL. Harga pun berpatutan dan sesuai untuk anda yang ingin rasai sendiri kesedapan nasi ayam hainan. Beroperasi setiap hari kecuali Khamis dan bermula 11 pagi sehingga habis lauk. Kebiasaanya sebelum Asar sudah habis.

 Alamat: Medan Selera Taman Melawati, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 4.00 pm

Peta Lokasi Jarak


17. Nasi Lemak Saleha

restoran nasi lemak saleha kl

Bagi yang merindui nasi lemak kampung yang sedap, salah satu destinasi yang paling popular di Kuala Lumpur adalah di Restoran Nasi Lemak Saleha yang terletak di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Macam-macam lauk nasi lemak ada baik sambal ikan bilis, paru, sotong, rendang, sambal kerang dan sebagainya. Walaupun signature dish mereka adalah nasi lemak berlauk, namun bukan bermakna tiada pilihan makanan lain yang sedap di sini. Anda juga boleh bersarapan pagi atau makan malam di sini dengan roti canai, pulut kuning, lontong, satay, laksa, nasi ayam, mee kari & pelbagai makanan santai bergoreng lain seperti pisang goreng atau popia goreng.

Alamat: No 11, alan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.00 am – 1.00 am

Peta Lokasi Jarak 603-92831790 Facebook


18. Nasi Lemak Antarabangsa

kedai makan sedap di kl

Antara jenama nasi lemak di Kuala Lumpur yang popular paling lama berada di Kuala Lumpur sejak tahun 70 an lagi. Nasi Lemak Antarabangsa diresepikan oleh Puan Normi dan telah banyak menjadi liputan rancangan tv dalam negara. Kalau di Kampung Baru, Kuala Lumpur gerai nasi lemak ini sentiasa penuh terutamanya sebelah malam. Nasi lemak yang disediakan boleh dimakan dengan pelbagai pilihan lauk seperti kerang, sambal sotong, paru, rendang dan sebagainya. Waktu puncak terutamanya hujung minggu memang kena beratur jawabnya walaupun hanya nak dapatkan sebungkus nasi lemak.

Alamat: 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.00 pm – 1.00 pm

Peta Lokasi Jarak 6019-8818080 Facebook Website


19. Nasi Lemak Wak Manjo

nasi lemak wak manjo kampung baru

Satu lagi jenama nasi lemak yang popular di KL yang makin mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti juga di restoran nasi lemak yang lain, lauk dengan aneka pilihan menjadi kegemaran orang KL untuk dimakan dengan nasi lemak seperti paru, limpa, sambal sotong dan sebagainya. Juga terletak di Kampung Baru dan anda boleh ke sini untuk mencuba baik waktu siang ataupun malam.

Alamat8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.30 am -1.00 pm & 4.00 pm – 1.00 am |

Peta Lokasi Jarak 012-3953884 Facebook


20. Restoran ZK

zk restaurant kuala lumpur

Restoran yang cukup terkenal dengan nasi kandar terutamanya menu kari kepala ikan & ayam goreng cicah madu. Restoran yang terletak di Jalan Attap, KL ini sering menjadi lokasi makan tengahari pekerja sekitar setiap kali waktu lunch hour. Jadi kalau anda melancong ke KL dan ingin bersantapan kari kepala ikan yang pekat melekat di sini seeloknya datang sebelum pukul 12 tengahari.

Alamat: No. 76, Jalan Kampung Attap, Wilayah Persekutuan, 50460 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.00 am – 4.00 pm

Peta Lokasi Jarak 603-2273 9786


21. Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok, Bangsar

warung kari kepala ikan bangsar

Nak makan di sini memang sangat menguji kesabaran kerana setiap hari memang selalu ramai orang datang untuk mendapatkan kari kepala ikan dan kena beratur beratur panjang adalah perkara biasa. Kalau anda memang peminat tegar kari kepala ikan, boleh mencuba nasib untuk dapatkan makanan di sini.

Alamat: Bangsar At the corner of Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur, Taman Lucky, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.00 am -5.00 pm

Peta Lokasi Jarak 6016-6777703


22. Restoran Rosdet Tomyam

rosdet tomyam kampung baru

Bagi penggemar makan malam masakan panas ala Thai atau Melayu, anda boleh mencuba di restoran ini yang terletak di Kampung Baru. Yang paling menjadi tumpuan pengunjung adalah ikan steam lemon, ikan kerabu mangga, poktek seafood dan tomyamnya yang memang ada kick. Pelbagai pilihan makanan laut yang ada di sini yang boleh anda pilih dan cuba. Ruang makan banyak, tempat luas dan servis pun pantas. Dibuka bermula waktu petang sehinggalah lewat malam.

Alamat:  5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 2.00 pm – 2.00 am

Peta Lokasi Jarak 6016-908 2454


23. Mash Nasi Ayam

nasi ayam sedap kuala lumpur

Restoran kecil ini bukan sebarang kecil tetapi sudah bertapak di Kampung Datuk Keramat sejak tahun 1982 lagi. Menu utama di sini hanyalah nasi ayam semata-mata dan setiap hari dibuka seawal 9 pagi sehinggalah petang bergantung bila masa stok ayam & nasi habis. Setiap hari memang selalu ramai orang namun jangan risau sebab servis cepat maklumlah menu makan pun satu jadi kalau pengunjung datang ke sini memang sah-sahlah nak makan nasi ayam.

Alamat: 152, Jalan Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.30 am – 5.30 pm

Peta Lokasi Jarak 6016-6820986 Facebook


24. The Khan Mongolian Restaurant

mongolian bbq kuala lumpur

Kalau anda suka makanan seafood/BBQ sambil makan malam ramai-ramai bersama keluarga, salah satu restoran yang menarik dan boleh anda cuba adalah di The Khan Mongolian Restaurant yang kepakarannya menghidangkan Mongolian Muslim BBQ & steamboat. Selain itu, ada macam-macam lagi hidangan ala-ala Mongolia yang pasti memberi anda satu pengalaman makan yang unik. Terletak di Taman Danau Kota, KL & dibuka bermula 5 petang -12 malam.

Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 5.00pm – 12.00 am

Peta Lokasi Jarak 603-41418566 Facebook


25. RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY)

restoran nasi beriyani kl sedap

Restoran yang menyediakan pelbagai makanan baik yang ringan mahupun makanan berat seperti nasi beriyani. Sering dipenuhi pengunjung dari sekitar ibu kota yang ingin menjamah menu popular di restoran ini seperti roti cheese nan leleh, ayam tandoori, nasi beriyani bukhari dan pelbagai menu menarik lain. Anda boleh ke mana-mana cawangan restoran ini di sekitar KL yang terletak di Off Jln Masjid India, Jln Medan Tuanku ataupun di Danau Kota (belakang Hosptal Columbia).

AlamatLot 11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11.00 am – 1.00 am

Peta Lokasi Jarak 603-26970700 Facebook


26. Moon’s Kitchen

kedai western sedap kl

Restoran yang sudah lama bertapak di Kuala Lumpur ini terkenal untuk mereka yang gemarkan makanan western. Di sini antara menu kegemaran ramai yang sering mendapat permintaan tinggi pengunjung adalah steak & juga menu lobster panggang yang pasti menggoda sesiapa yang melihatnya. Kalau di KL anda boleh ke No 10, Medan Selera Pandan Indah, Pandan Indah, KL yang dibuka setiap hari dari 5 pm-12 am.

Alamat: No 10, Medan Selera Pandan Indah, Jalan 3/3C Pandan Indah, 55100 Ampang, KL

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am

Peta Lokasi Jarak 603-5887081 Facebook Website


27. Restoran Kaw’d

tempat makan menarik di ampang

Restoran ini merupakan satu tempat makan menarik di Ampang yang santai & merupakan satu jenama untuk burger bakar yang sangat popular di Kuala Lumpur. Sesuai untuk mereka-mereka yang ingin makan burger bakar yang sedap dan besar serta pelbagai pilihan menu barat yang lain seperti meat ball, aneka pasta & sebagainya yang pasti buat pelanggan puas hati makan. Restoran pun cantik dan tempat parking pun luas. Anda boleh ke restoran ini yang terletak di Waterfront Ampang yang dibuka dari 5 petang sehingga 2 pagi.

Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang

Waktu Operasi: 5.00 pm – 2.00 am

Peta Lokasi Jarak 6017-3250244 Facebook Instagram


28. Mak Teh Ikan Bakar Pasar Dato’ Keramat

medan ikan bakar kl

Bagi yang tiba-tiba nafsu membuak-buak nak memamah ikan bakar pada waktu makan tengahari, anda boleh terjah ke gerai ini yang terletak di deretan medan selera di Pasar Dato Keramat. Pelbagai jenis pilihan ikan bakar disediakan untuk lunch seperti pari, terubuk, jenahak, siakap & kembung. Selain menu berbakar, di sini juga mempunyai beberapa lauk pauk lain yang rata-ratanya lebih berasaskan ikan seperti masak asam pedas, kari, gulai dan sebagainya. Waktu operasi 11 pagi – 4 petang isnin-sabtu (ahad cuti).

AlamatKampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 4.00 pm

Peta Lokasi Jarak


Cari Penginapan Menarik di KL

Kalau anda inginkan sesuatu tempat di KL yang mempunyai banyak pilihan makan, destinasi Kampung Baru merupakan jawapan yang tepat baik untuk makan pagi, tengahari atau malam. Namun di kawasan ini memang sentiasa penuh dan kesabaran memang diperlukan terutamanya kalau nak cari parking kereta.

Apa yang pasti kalau anda bercuti sehari dua di KL pasti tak dapat nak terjah kesemua restoran-restoran menarik di Kuala Lumpur di atas. Semoga senarai 28 restoran di KL seperti di atas memberi anda idea mana nak terjah untuk acara jalan jalan cari makan di Kuala Lumpur anda kelak. Sila komen di bawah sekiranya anda ada cadangan destinasi makan menarik lain di KL. Jangan lupa SHARE & Wassalam.


19 Komen

  1. riarz 30 Mei, 2017
    • riarz 30 Mei, 2017
  2. Ummi Nonie 16 Apr, 2017
  3. Idham 9 Apr, 2017
  4. lysha 22 Mac, 2017
  5. penawargout 22 Jun, 2016
  6. mohd fariq bin mokhtar 8 Jan, 2016
    • Zarith 7 Feb, 2016
      • Faisal 29 Apr, 2016
    • azwan 11 Nov, 2016
    • Bahlul punya keyboard warrior 17 Mac, 2017
  7. Mawar Melati 6 Dis, 2015
  8. ila 12 Nov, 2015
  9. ila 12 Nov, 2015
  10. Nurulfatihah 9 Okt, 2015
  11. faizahzaini 11 Sep, 2015
  12. Elly Khalid 17 Ogo, 2015
  13. Shams 29 Jul, 2015
  14. suhailey 5 Jul, 2015

Sila Komen

Sila SHARE