Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Sabak Bernam, Selangor

Sabak Bernam merupakan salah satu daripada 9 daerah besar di Negeri Selangor. Daerah Sabak Bernam juga terletak di arah paling utara negeri Selangor dan bersempadan dengan Negeri Perak. Dalam Daerah Sabak Bernam ada 3 pekan utama iaitu di Sungai Besar, Sekinchan dan Pekan Sabak Bernam sendiri. Berikut merupakan beberapa tempat menarik di Sabak Bernam yang boleh dikunjungi untuk cuti-cuti anda di musim cuti sekolah atau pada waktu hujung minggu.

Yang pasti tarikan-tarikan pelancongan di bawah memang sentiasa dikunjungi oleh warga kota samaada untuk makan angin mahupun sekadar menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga di hujung minggu.

Jom Baca: Senarai Tempat Menarik di Setiap Daerah Selangor


10 Destinasi Menarik di Sabak Bernam untuk Percutian Anda

pantai bagan nakhoda omarPantai Bagan Nakhoda Omar – Pantai rekreasi yang cukup terkenal di Sabak Bernam sebagai lokasi untuk warga setempat beriadah dan santai-santai di waktu petang, Sayangnya pantai di sini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Pantai ini terletak tidak jauh dari sebuah perkampungan Cina serta berada di antara Pekan Sungai Besar dan Pekan Sabak Bernam. Kemudahan awam untuk pengunjung juga tersedia termasuk dengan gerai dan medan selera yang terkenal dengan makanan laut serta mee udang.


kelong paradiseKelong Paradise Waterfront Resort – Bagi kaki pancing, destinasi ini semestinya satu tempat menarik di Sabak Bernam yang mesti dicuba. Kelong Paradise ini merupakan pelantar atas air laut yang terletak kira-kira 15 batu nautika dari Jeti Bagan Nakhoda Omar. Antara ikan-ikan yang menjadi kegilaan kaki pancing di sini ialah ikan kerapu, jenahak, senangin, bawal, pari, demuduk dan gelama. Pengunjung yang nak ke sini boleh ambil pakej yang disediakan termasuk dengan pengangkutan bot pergi dan balik serta perkakasan untuk memancing.


Muzium Daerah Sabak BernamMuzium Daerah Sabak Bernam – Muzium ini umumnya memaparkan sejarah warisan pertanian dan perikanan khususnya masyarakat di Sabak Bernam dan umumnya untuk negeri Selangor. Di muzium ini terdapat pelbagai arca, replika, infografik dan barangan tradisional yang digunakan dalam pertanian terutamanya dalam sektor penanaman padi. Lokasi nak ke muzium ini juga mudah diakses dan terletak di Jalan Pasar bersebelahan dengan Perpustakaan Daerah.


tempat menarik di sabak bernamPantai Batu 23, Sungai Nibong – Bagi yang ingin melihat suasana perkampungan nelayan, apa kata anda ke sini. Terdapat beberapa kemudahan penginapan seperti chalet dan homestay yang boleh anda sewa untuk merasai sendiri bermalam di perkampungan. Pantai Batu 23 hanya sesuai untuk santai-santai ambil angin pantai sambil melihat nelayan-nelayan mendarat di jeti yang berdekatan. Bab makan pula, memang sangat menarik dengan pilihan gerai ataupun medan ikan bakar yang sudah tentu hidangan makanan lautnya segar dan sedap. Antara makanan laut yang mesti cuba di sini ialah mentarang bakar.


pusat pemerhati enggang sabak bernamPusat Pemerhatian Enggang – Bagi yang sukakan aktiviti memerhati burung, anda boleh ke pusat konservasi ini yang terletak di Hutan Simpan Sungai Karang. Di sini terdapat beberapa jenis burung eggang yang menjadi tarikan pengunjung seperti Anthracoceros albirostris convexus, Anthracoceros albirostris albirostris, Anorrhinus galeritus, Anthracocerus malayanus dan Buceros rhinocerus.


mangga sabak bernamLadang Mangga Sungai Limau – Ladang yang diusahakan oleh orang kampung ini hanya terletak dalam 5-7 km dari Pekan Sungai Besar. Setiap kali musim buah berderet gerai di sepanjang jalan di antara Kuala Selangor-Hilir Perak yang menjual buah-buah mangga yang terkenal dengan kemanisannya. Pengunjung juga boleh melawat ladang ini jika teringin melihat pokok-pokok mangga/mempelam ini dengan lebih dekat.


pelancongan sabak bernam selangorPasar Sungai Haji Dorani – Destinasi yang cukup terkenal di Sabak Bernam bagi mereka yang ingin mencari tangkapan hasil laut yang segar-segar. Antara makanan laut yang agak eksotik yang menjadi kegemaran orang ramai di sini ialah mentarang iaitu sejenis kupang bercengkerang yang kebiasaannya di masak secara bakar atau masak lemak. Bagi yang sukakan makanan laut terutamanya makanan seperti kerang bakar, anda wajib cuba mentarang dan pasti akan suka kerana rasanya yang lebih ‘tajam’.


Masjid Jin sabak bernamMajid Jin – Nama masjidnya sedemikian kerana pernah ada cerita yang penduduk kampung melihat kelibat makhluk ghaib yang ada di sini dan dipercayai adalah jin. Selain cerita tersebut yang mengangkat keunikan destinasi ini, masjid ini juga sangat unik dengan binaan kayu yang seakan-akan kelihatan seperti rumah kayu kampung yang besar. Oleh kerana nilai seni masjid ini yang nampak istimewa maka ianya sekarang menjadi salah satu tempat yang dipantau oleh muzium negeri.


2 Tempat menarik di Sabak Bernam untuk makan-makan

Mencari tempat makan yang menarik dan sedap di Sabak Bernam memang mudah. Kalau anda ke sini ada beberapa restoran dan kedai makan yang sangat dicadangkan untuk dilawati kerana keunikannya yang lebih berbanding tempat lain. Antaranya:

tempat makan best sabak bernamRestoran Lembah Bernam – Satu destinasi makan-makan yang menyediakan makanan yang sangat eksotik dan susah nak didapatkan di restoran lain seperti masakan berasaskan daging landang, rusa dan juga kijang. Rata-rata masakan di sini ala-ala kampung dan kalau anda peminat tegar ikan darat seperti ikan sepat, keli dan udang galah, memang sesuai untuk menjadi destinasi persinggahan makan tengahari.


mee udang pantai bagan nakhoda omarRestoran Mee Udang BNO – Bukan sahaja di Kuala Sepetang, Perak yang terkenal dengan mee udangnya, di sini pun ada destinasi yang popular untuk merasai kesedapan masakan mee udang. Destinasinya ialah di medan selera di Pantai Bagan Nakhoda Omar. Lepas penat bersiar-siar di pantai dan terus makan di sini, memang satu kombinasi yang terbaik.


Semoga informasi tentang tempat-tempat menarik di Sabak Bernam ini menjadi rujukan yang bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba. Wassalam.

4.2/5 - (23 votes)

Anda Mungkin Berminat

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ninda
Ninda
4 years ago

Mana Sabak Sentral Mall? Xde org buat review ke pasal tempat baru ni lagi ke?

Sama sama kita promote attraction terkini di Sabak Bernam. Sabak bernam sekarang sudah ada pusat riadah. Ada beca. Ada muzium, goreng pisang cheese viral. Keretapi tong, mee kari pak mek. Semua tu dekat pekan sabak bernam.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x