Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Kuala Langat, Selangor

Daerah Kuala Langat terletak di tepi persisiran Selat Melaka dan antara kawasan atau pekan yang ada di dalam daerah ini ialah Banting, Jugra, Morib, Teluk Dato dan sebagainya. Tarikan tempat menarik di Kuala Langat juga lebih tertumpu di kawasan tepi pantai seperti di Morib yang terkenal sebagai destinasi percutian berkeluarga dan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Selangor tepi pantai yang sering menjadi pilihan ramai setiap kali musim cuti atau di hujung minggu.

Berikut merupakan beberapa tarikan pelancongan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan kalau bercuti ke Kuala Langat kelak.


15 Destinasi Menarik untuk percutian anda ke Kuala Langat, Selangor

tempat menarik di kuala langatPantai Morib – Destinasi pantai peranginan yang popular di Banting, Selangor dan di sini terdapat beberapa pilihan penginapan untuk disewa seperti Gold Coast Morib Resort dan Hotel Impian Morib. Pantai Morib ini terbahagi kepada dua yang dikenali di kalangan orang setempat dengan nama Pantai Morib Baru dan Pantai Morib Lama. Kedua-dua pantai ini hanya bersebelahan di mana Pantai Morib Baru lebih sesuai kalau nak bermain air laut (itupun kalau air pasang) manakala kawasan Pantai Morib Lama lebih terkenal dengan beberapa tempat makan yang menarik seperti medan ikan bakar.


morib goldcoast aktiviti bestGold Coast Morib Resort – Salah satu resort yang popular dan sering menjadi pilihan pengunjung berkeluarga ialah Gold Cost Morib Resort kerana di resort ini ada taman tema air khas untuk pengunjung. Taman tema air di sini memang sangat menarik terutamanya untuk kanak-kanak kerana mempunyai beberapa kolam dan gelongsor air yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Selain itu, lokasinya juga strategik dengan beberapa tarikan lain membuatkan destinasi ini sering menjadi tumpuan warga kota setiap hujung minggu. Untuk dapatkan harga penginapan yang lebih murah, sila tempah awal-awal.


pantai kelanang banting selangorPantai Kelanang – Destinasi pantai yang terletak tidak jauh dari Pantai Morib dan pasir pantai di sini juga lebih putih. Walaubagaimanapun, pantai ini hanyalah sesuai untuk bersiar-siar dan ambil angin pantai sahaja, aktiviti mandi manda di sini agak tidak menarik kerana air lautnya yang agak berselut. Bagi yang nak memancing ke laut, anda juga boleh sewa bot di sekitar kawasan ini yang diusahakan oleh penduduk setempat.


Pantai Tanjung Rhu pulau careyPantai Tanjung Rhu – Pantai ini tidak mempunyai kemudahan seperti dataran berbatu dan tempat rehat seperti di Pantai Morib. Pantai ini lebih sesuai sekiranya anda ingin lepak-lepak ambil angin pantai dan tambahan pula, pesisiran pasir pantainya memang putih bersih. Dari pintu masuk Pulau Carey ke Pantai Tanjung Rhu, perjalanan mengambil masa sekitar 10-15 minit. Satu destinasi alternatif tepi pantai untuk mereka yang lebih sukakan privasi dan ketenangan.


pulau carey kuala langatPulau Carey – Destinasi ini lebih tertumpu kepada tarikan alam semulajadi. Terdapat juga tarikan pantai dan kawasan yang menarik yang sering menjadi lokasi perkhemahan. Kawasan Pulau Carey juga penuh dengan ladang kelapa sawit yang merupakan kawasan perusahaan persendirian. Jadi kalau anda seorang yang suka ber’camping’ dan berkhemah, bolehlah survey-survvey destinasi ini.


tempat menarik bukit jugraBukit Jugra – Destinasi atas bukit ini menawarkan pemandangan yang menarik dari puncak di mana pengunjung boleh mengambil gambar pemandangan Pantai Morib, Pantai Kelanang, Sungai Banting dan juga Pulau Carey. Di atas Bukit Jugra juga terdapat sebuah rumah api yang menjadi panduan untuk kapal di Laut Selat Melaka. Selain itu, Bukit Jugra juga terkenal sebagai tapak untuk sukan udara paragliding.


rumah api bukit jugraRumah Api Bukit Jugra – Merupakan menara konkrit berwarna putih yang telah dibina sejak tahun 1976 lagi. Rumah api ini mengadap ke arah laut Selat Melaka dan memainkan peranan penting sebagai rujukan geografi untuk para nakhoda kapal di lautan. Struktur menara rumah api ini adalah setinggi 26 meter dan terletak pada ketinggian 146 meter di atas paras laut. Biasanya orang datang ke sini hanya untuk melihat pemandangan dan kalau kena waktu yang tepat, anda boleh melihat orang bermain paragliding.


balai cerap jugra selangorBalai Cerap Bukit Jugra – Selain Rumah Api, di atas Bukit Jugra juga terdapat balai cerap yang sering digunakan secara rasmi untuk melihat anak bulan terutamanya pada bulan Ramadhan. Balai Cerap ini juga menjadi lokasi untuk latihan ilmu falak menerusi kursus-kursus falak syarie khususnya untuk Negeri Selangor. Setiap kali bulan Ramadhan dan Syawal, destinasi ini sering menjadi kunjungan pihak berwajib untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh-tarikh pertama untuk bulan dalam kalendar Islam.


balai cerap muzium insituMuzium Tapak (Insitu Museum) – Bangunan muzium ini terletak hanya 50m dari Pengkalan Batu Hampar dan dahulunya merupakan sebuah balai polis ataupun juga dikenali sebagai rumah pasung. Namun kini ia dibangunkan oleh kerajaan Selangor sebagai sebuah muzium yang mempamerkan beberapa artifak sejarah seperti penjara, balai pameran, perigi lama dan juga perisai jenis GMC 15 CWT yang dahulunya digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (1948-1960). Muzium ini baru dibuka kepada umum secara rasminya tahun 2012.


Masjid Diraja Sultan Alaeddin ShahMasjid Bandar (Masjid Diraja Sultan Alaeddin Shah) – Masjid yang sangat unik struktur binaannya ini terletak di Kampung Bandar dan hanya 200 m dari Istana Temasya. Masjid lama ini dibina pada tahun 1905 dan struktur seni binaannya dipengaruhi oleh kerajaan Deli di Medan. Kalau ditakdirkan anda bermusafir ke sini bolehlah bergambar sebagai kenang-kenangan. Jangan pula lupa untuk tunaikan kewajban anda sebagai seorang Islam untuk solat berjemaah.


Ladang Teh Boh Bukit CheedingLadang Teh Boh Bukit Cheeding – Tak perlu ke Cameron Highland kalau setakat nak melihat sendiri bagaimana rupanya ladang dan daun pokok teh. Terletak di Kampung Sri Cheeding dan di sini juga terdapat kilang pembungkusan teh yang diusahakan oleh Boh Plantation Sdn Bhd. Namun jarang orang ke sini untuk melihat keunikan ladang teh kerana mungkin destinasi yang agak biasa-biasa tanpa kedinginan atmosfera atau mungkin kurang promosi dilakukan ataupun mungkin juga kerana destinasi ini tidak pernah dalam perancangan untuk dijadikan destinasi pelancongan di Kuala Langat.


Paya Indah WetlandsPaya Indah Wetlands – Sebuah tempat yang menarik di Kuala Langat untuk dilawati sekiranya anda seorang yang sukakan aktiviti eko pelancongan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah melihat burung-burung liar, memberi makan badak air/buaya, melihat ikan parapaima,  jungle trekking, berkayak di tasik dan berbasikal. Di sini juga terdapat resort sekiranya anda ingin bermalam.


Perahu Layar di Kg. Batu LautPerahu Layar di Kg. Batu Laut – Bagi mereka yang ingin mencuba sukan air ini, bolehlah datang ke sini. Setiap hujung minggu terdapat sesi yang dibuka kepada orang ramai yang diajar oleh tenaga profesional tentang cara bermain sukan perahu layar. Destinasi ini juga sering menjadi lokasi pertandingan perahu layar yang disertai oleh peserta tempatan dan luar negara. Tak banyak destinasi menarik sebegini di tempat lain kecuali di Kuala Terengganu yang agak popular dengan suka perahu layar ini terutamanya setiap kali musim tengkujuh ketika Monsoon Cup.


paragliding bukit jugraParagliding Bukit Jugra – Di sini pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri aktiviti terbang di udara dari Bukit Jugra. Sekiranya anda belum pernah mencuba, anda boleh ke sini dan meluncur ke udara bersama Tandem Pilot yang bertauliah. Secara tepatnya kalau meluncur bersama pilot ianya dipanggil Tandem Paragliding. Sekiranya mempunyai lesen yang diiktiraf, mereka boleh meluncur di udara secara solo.


Kerepek BantingKerepek Banting – Kawasan Banting, Kuala Langat memang terkenal dengan perniagaan kerepek-kerepek. Berhampiran pekan Banting terdapat beberapa kilang kerepek yang diusahakan oleh orang setempat dan menjadi pembekal utama bagi peniaga-peniaga kerepek di Selangor. Bolehlah datang ke sini untuk memborong kerepek-kerepek pada harga yang berpatutan sebagai ole-ole untuk keluarga di rumah.


Banyak lagi tempat-tempat menarik di Kuala Langat yang ada yang tidak dinyatakan di sini. Namun kebanyakannya merupakan destinasi tapak bersejarah yang kurang menjadi kunjungan pelancong. Semoga membantu percutian anda di Kuala Langat kelak. Wassalam.

4.2/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x