Tempat Menarik di Sepang, Selangor

Table of Contents

Daerah Sepang terletak di bahagian selatan Negeri Selangor dan mempunyai 3 mukim utama iaitu Dengkil, Labu dan Sepang sendiri. Kebanyakan tempat menarik di Sepang yang popular lebih tertumpu di bahagian mukim Sepang yang juga terletak di pesisir laut Selat Melaka.

Berikut merupakan beberapa tarikan pelancongan yang ada di Daerah Sepang yang boleh kita lawati kelak. Anda boleh terokai lagi tempat menarik lain di Selangor sekiranya ingin mencari tempat percutian lain berdekatan dengan Sepang.


pantai bagan lalang di sepangPantai Bagan Lalang – Destinasi pantai yang sesuai untuk rekreasi dan santai-santai petang bersama keluarga. Kalau nak tengok keindahan matahari terbenam, Pantai Bagan Lalang merupakan satu destinasi yang tepat. Namun sayangnya, walaupun pantai ini popular di Sepang namun untuk aktiviti mandi manda agak kurang sesuai kerana airnya yang agak berlumpur dan kerap pasang dan surut. Kebiasaannya waktu air laut surut, pengunjung boleh berjalan kaki sampai 400 meter ke tengah. Ada juga yang datang ke sini untuk camping, berkhemah dan berbulan madu di hotel sekitarnya seperti Avani Gold Coast SepangHotel Sri Malaysia Bagan Lalang, Seri Bayu Resort Hotel dan Bagan Lalang Beach Resort. Ada juga tarikan untuk kanak-kanak yang boleh dilakukan di sini seperti bermain layang-layang dan menunggang kuda.


avani gold coast sepang resort bestAvani Gold Coast Sepang – Bagi yang inginkan penginapan yang menarik di Sepang, apa kata mencuba salah satu chalet atas air di resort ini. Avani Gold Coast Sepang mempunyai 315 unit chalet dan villa di atas laut di mana kalau dilihat dari pandangan udara, ianya membentuk seperti sebatang pokok kelapa sawit. Selain lokasinya yang strategik dengan kemudahan lain, resort ini juga mempunyai kolam infiniti yang sangat menarik untuk berenang terutama pada waktu petang sambil-sambil melihat sunset. Satu destinasi yang sangat ideal kalau nak berbulan madu.


medan ikan bakar best sepangMedan Ikan Bakar & Makanan Laut – Kalau anda bercuti ke Pantai Bagan Lalang, jangan lupa singgah makan malam di beberapa restoran makanan laut di sini yang terkenal dengan keenakannnya, kualitinya yang segar dan harganya yang berpatutan. Antara restoran terkenal di sini ialah Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Sea View Restaurant.


tarikan pelancongan sepangLitar Antarabangsa Sepang – Di Sepanglah terletaknya litar antarabangsa yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan di sinilah saban tahun berlangsungnya acara-acara sukan permotoran kelas dunia seperti Formula 1, Grand Prix Motorsikal, Grand Prix A1 dan sukan motor yang lain. Litar yang siap dibina secara rasminya pada tahun 1998 ini dan menelan kos ratusan jutaan ringgit boleh memuatkan 30,000 penonton di bawah bumbung dan 100,000 penonton di kawasan terbuka pada sesuatu masa.


apa yang menarik di sepangGo-Kart di Sepang – Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman membawa go kart, apa kata ke Litar Sepang. Sukan ini dikendalikan oleh City Karting di mana pengunjung boleh menyewa go-kart dan bermain di litar yang ada di sini khas untuk sukan permotoran go-kart. Dibuka setiap hari dari jam 10 am-7 pm dan pada hari Jumaat pula akan dibuka sehingga ke jam 12 malam. City Karting merupakan salah satu pengusaha sukan go kart yang ternama dan mempunyai beberapa cawangan lain di Shah Alam dan juga di Langkawi.


klia sepangKLIA/ KLIA II – Satu lagi ikon negara Malaysia yang juga menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kedua-dua lapangan terbang ini terletak tidak jauh antara satu sama lain dan KLIA II yang baru dibuka tahun 2015 adalah untuk penerbangan AirAsia selepas LCCT yang sebelum ini menjadi hub penerbangan AirAsia ditutup. Sekali sekala bawa anak-anak kecil ke sini melihat kapal terbang berlepas dan mendarat pasti membuatkan mereka teruja.


tempat menarik di sepangJeti memanding Wak Sempuh – Bagi mereka yang kaki pancing, apa kata ke jeti ini yang terletak tidak jauh dari Pantai Bagan Lalang. Antara buruan kaki pancing di sini ialah ikan-ikan jenis gred A seperti senangin, kerapu, jenahak atau siakap. Dan yang penting, tiket masuk untuk satu joran hanya beberapa ringgit sahaja dan di sini juga anda boleh membeli umpan hidup pada harga yang sangat masuk akal. Di jeti ini juga ada tempat untuk sewa bot.


Semoga senarai tarikan pelancongan di atas membantu kita semua untuk cuti-cuti satu Malaysia di Sepang kelak. Wassalam.

3.5/5 - (10 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 24 May, 2015
Siapa sangka di Negeri Selangor, di sebalik kemodenan dan pembangunan yang pesat di bandar-bandar besar seperti di Shah...
  • 8 Jun, 2015
Kuala Selangor merupakan satu destinasi pelancongan yang menawarkan beberapa tarikan unik dan juga eksotik. Berikut merupakan beberapa tempat-tempat...
  • 15 Apr, 2016
Adakah ini kali pertama anda bercuti di Shah Alam ? Jika ya, teruskan membaca untuk ketahui tempat menarik...
  • 17 Apr, 2016
Bagi anda yang mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, apa kata pergi ke...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination