Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay Bagan Lalang Utk SEISI KELUARGA

Di Sepang terdapat satu kawasan pantai yang menarik dan memang terkenal di kalangan penggemar pantai iaitu Pantai Bagan Lalang. Pantai ini memang cantik terutama pada waktu petang apabila dapat melihat matahari terbenam yang menukar kebiruan langit kepada warna jingga. Banyak juga aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dibuat di pantai ini seperti berkhelah, bermandi-manda dan bermain bola tampar. Anda yang datang ke sini pasti dapat menenangkan fikiran dan melupakan kesibukan kota.

Sudah pastinya kalau ke Bagan Lalang ni anda akan tahu tentang Gold Coast Sepang sebagai tempat penginapan utama yang harganya agak tinggi untuk satu malam. Oleh itu, jika anda inginkan penginapan yang lebih murah untuk satu keluarga anda yang besar tu, apa kata anda tidur di homestay berdekatan. Di sini kami ada menyenaraikan beberapa homestay yang boleh anda cuba jika bercuti di Bagan Lalang.

7 Homestay Bagan Lalang yg Murah & Best


1. RummaSinggah Zavilla

zavilla homestay

RummaSinggah Zavilla merupakan satu tempat penginapan villa yang sangat cantik dan mampu menginapkan keluarga yang besar. Di villa ini anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti keluarga seperti sambutan hari jadi ataupun sambutan graduasi. Mereka ada ruang untuk bbq juga tau. Anda boleh bawa barang-barang basah seperti daging dan ayam untuk bakar-bakar di sini nanti. Bolehlah buat parti sambil borak-borak bersama keluarga. Kepada kaum ibu tu, boleh memasak didapur sambil kaum bapa ni berbakar-bakar di luar.

Itu untuk orang besar, kalau untuk budak kecil, mereka pun ada aktiviti tersendiri juga. Di sini ada kolam peribadi anda sendiri di mana anda boleh bermandi-manda dan bermain bola tampar air. Anak-anak pasti teruja kerana dapat bermain air beramai-ramai. Jadi, takdalah ganggu sangat orang-orang besar nak berborak dan merapatkan silaturrahim. Seronok dapat sewa villa besar-besar ni ketika bercuti. Lagipun bila sewa villa macam ni peraturan tak ketat sangat macam tidur di hotel.

Alamat: No.17, Jalan Tasik Angsana 9, Pantai Sepang Putra, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0172133834


2. Homestay Jannatul Firdaus Sepang

jannatul homestay

Kalau anda nak yang lebih kepada KLIA dan Litar F1 di Sepang, anda boleh pilih untuk tinggal di Homestay Jannatul Firdaus (HJF). Sudah tentunya rumah besar ini dapat memuatkan anda seisi keluarga yang dapat memuatkan seramai 15 orang temasuk kanak-kanak. Mereka ada meyediakan 4 bilik tidur beserta katil. Untuk keselesaan dan untuk mengelak sebarang masalah, mereka memang memaksimakan seramai 15 orang sahaja. Disebabkan itu, mereka akan mengenakan cas tambahan jika penghuni melebihi 15 orang. Salah satu syarat yang dititikberatkan di sini ialah mereka hanya menerima tetamu yang beragama Islam dan yang mempunyai hubungan mahram sahaja. Jadi, homestay ini memang khas untuk keluarga sahaja.

Kanak-kanak mesti suka menginap di homestay ini kerana terdapat sebuah kolam renang peribadi yang boleh digunakan oleh mereka. Dapatlah anak-anak bermandi-manda sambil golongan bapa tu buat bakar-bakar bbq. Homestay ini memang nampak moden dan mewah serta hiasan dalam mereka juga cantik. Sangat selesa untuk luangkan masa bersama keluarga.

Alamat: No 1 Jalan Keranji 3, Taman, Jln Salak Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0133845811


3. Drichhomestay

rich homestay

Pantai Bagan Lalang memang destinasi yang wajib pergi di Sepang. Antara homestay yang paling dekat dengan pantai itu ialah Drichhomestay yang terletak lebih kurang 10 minit sahaja. Memang seronok sangat kerana dekat je dengan pantai dan anda akan dapat rasa angin pantai dan melihat matahari terbenam yang mengubah warna langit. Banyak juga fasiliti yang disediakan di homestay ini. Mereka ada dapur gas, peti sejuk, tv dan juga periuk nasi. Dapatlah anda masak-masak tanpa perlu bawa alatan dari rumah. Jika nak bakar-bakar pun mereka ada sediakan untuk anda. Tinggal nak bawa bahan je datang ke sini. Disebabkan dekat dengan pantai, mereka tiada kolam renang.

Bilik ada 3 di sini dan setiap bilik ada pendingin hawa. Di ruang tamu pun ada. Anda memang akan selesa sangat jika menginap di homestay ini. Bilik air ada 2 dan salah satunya ada di master bedroom. Rumahnya sangat cantik dan bersih serta ada kawasan untuk anak-anak kecil berlari-lari.

Alamat: No 6, Jalan Tasik Beringgin 1 , Pantai Sepang Putra , Bagan Lalang, Sepang, 43950, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0169610996


4. Anaqi Village Homestay

anaqi village homestay

Mengasingkan diri daripada hiruk-pikuk bandar memang sesuatu yang diinginkan penduduk bandar yang menggemarkan suasana kampung serta kehijauan alam. Anda yang inginkan semua tu, anda boleh menginap di Anaqi Village Homestay di mana anda akan mendapatkan suasana kampung yang bebas dari kesibukan. Mereka ada beberapa unit homestay yang dijaga rapi serta tersergam indah untuk anda tinggal. Fasiliti-fasiliti yang disediakan di sini memang best untuk anda yang nak lepak-lepak serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga terutama sekali kalau nak buat hari keluarga.

Mereka ada kolam renang, tv dan sudah tentu tempat bakar-bakar bbq. Tapi fasiliti ini kena kongsi dengan penghuni lain. Jad, sila bertolak ansur ya. Kawasan homestay yang berkeluasan 1 ekar ini juga berpagar dan menggunakan pintu pagar automatik. Kelas bukan? Yang paling menariknya, anda boleh sewa ATV dan bawak jalan-jalan di kawasan sekitar. Dapatlah buat aktiviti lain selain ke Pantai Bagan Lalang yang berhampiran.

Alamat: Lot 1402, Jalan Pusara, Lorong Balai Raya 1, Kampung Ulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Selangor

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193214964


5. Tapakku Homestay

tapakku homestay

Haa, kepada anda yang betul-betul sukakan suasana kampung dan ingin tinggal di rumah kayu yang besar, Tapakku Homestay pasti menjadi jawapannya. Homestay ini memang sangat lawa dan unik kerana jarang orang buat rumah kayu sebagai homestay. Anda memang akan dapat rasa kampung vibe jika ke sini. Homestay ini memang besar siap ada kolam renang lagi. Dah macam duduk di villa.

Tapakku Homestay ni memang luas dan besar tau. Sesuai sangat untuk anda yang ingin beristirehat dengan keluarga yang besar. Boleh tidur beramai-ramai di rumah kampung ini. Kepada yang takda kampung tu, anda harus pergi ke homestay ini untuk rasa menginap di kampung. Nak bergambar pun cun juga. Pasti kenalan anda akan tanya di mana tempat ini nanti.

Alamat: Jalan Tiong, Kampung Ladang Batu, 42800 Tanjong Sepat, Selangor

Lokasi | Facebook | Phone: 019-617 0890


6. Seri Bayu Resort

homestay bagan lalang seri bayu resort

Seri Bayu Resort merupakan sebuah resort yang turut menyediakan penginapan bertemakan homestay. Mereka ada beberapa beberapa tempat dimana anda boleh menempatkan lebih ramai orang berbanding kalau anda tempah bilik sahaja. Akan tetapi ianya terhad kepada 4 orang kerana mereka ada 2 bilik sahaja. Kalau anda nak dekat dengan patai sila lah ke sini. Resort ni memang cantik juga dan mereka ada kolam renang yang boleh digunakan oleh pelaanggan mereka.

Seperti tempat penginapan lain, mereka juga ada sediakan tempat untuk anda bbq dan bersantai seisi keluarga. Selain itu, jika anda ingin mengadakan acara, mereka ada dewan acara yang boleh disewa yang boleh memuatkan sehingga 200 orang.

Alamat: Lot 4756 PT 3076, Jalan Persiaran Sri Bayu, Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0126705018


7. MANIA Homestay

homestay bagan lalang mania homestay

Nak cari homestay biasa-biasa je kerana bajet terhad? Haa anda boleh pergi ke MANIA Homestay. Homestay ni murah juga dan mampu memuatkan anda sekeluarga. Mereka ada menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, ada pendingin hawa, tv dan mesin basuh untuk digunakan. Memang macam rumah anda lah kalau datang ke sini. Untuk masak-masak juga anda dibenarkan kerana ada dapur gas yang disediakan. Nak bakar-bakar pun boleh. Jadi, boleh masak nasi atau telur di dalam rumah dan bakar-bakar ayam dan daging di luar. Seronok bukan?

Lokasinya memang sangat strategik kerana hanya 5 minit sahaja untuk ke pantai. Memang dapat bau pantai dari rumah. Kolam renang memang tiada kerana jaraknya ke pantai yang dekat. Buat apa ada kolam renang kalau dapat mandi air pantai kan? Haa baik anda rancang cepat-cepat percutian anda jika ingin menginap di sini sebab takut dah di tempah oleh orang lain je.

Alamat: 7, Jalan Sri Bayu 26 Taman Sri Bayu, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Phone: 0193555337


Macam mana? Banyak kan homestay yang ada di Bagan Lalang ni? Homestay yang disenaraikan tu memang berbaloi belaka. Dahlah dapat menikmati pantai, dapat pula tinggal di homestay yang menarik. Anda kalau nak tempat lebih baik buat tempahan awal agar anda dapat menginap di homestay yang anda inginkan. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tinggalkan ulasan anda.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Bagan Lalang – Tarikan dan Makanan Seafood BEST

Bagi anda yang berada di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia yang inginkan percutian di destinasi pantai peranginan yang dekat tetapi best, salah satu destinasi yang...

Tempat Menarik di Sepang, Selangor

Daerah Sepang terletak di bahagian selatan Negeri Selangor dan mempunyai 3 mukim utama iaitu Dengkil, Labu dan Sepang sendiri. Kebanyakan tempat menarik di Sepang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x