Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

13 Tempat Menarik di Sekinchan yang WAJIB Singgah

Sebut sahaja nama Sekinchan ni mesti anda akan terfikir ikan bakar dan juga sawah padi kan? Memang betul lah tu kerana di sini memang banyak sawah padi dan hasil laut. Anda boleh pergi sendiri melihat keindahan sawah padi yang menjadi tarikan utama di bandar kecil ini. Ianya terletak berdekatan dengan Kuala Selangor dan didalam kawasan Sabak Bernam. 

Ekonomi dan sektor pelancongan di sini berteraskan industri asas tani seperti padi dan buah-buahan, perikanan dan perusahawan kecil. Biasanya orang jarang fikir yang sawah padi boleh menjadi tempat tarikan pelancong, namum disebabkan Sekinchan menumpukan kepada sektor pelancongan, banyak kawasan sawah padi yang dicantikkan untuk menarik pelancong. Jadi, mari kita lihat beberapa tempat menarik yang ada di Sekinchan ni.

Top 13 Tempat Menarik & Aktiviti Best di Sekinchan


1. Pantai Redang Sekinchan

pantai redang

Pantai Redang merupakan satu-satunya pantai yang terdapat di Sekinchan dan satu daripada banyak-banyak pantai yang terdapat di Selangor. Pantai ini memang sangat cantik untuk dijadikan port bergambar dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Selain itu, di sini, orang ramai bermain layang-layang kerana angin pantainya yang kuat. Mereka ada menjual layang-layang di persisiran pantai ini. Kalau nak mandi pantai, Pantai Redang ni bukanlah tempatnya kerana keadaan dan kebersihan air itu sendiri. Biasanya pengunjung cuma akan berkelah dan tangkap gambar sahaja. 

Tempat ini memang akan dipenuhi orang terutama sekali pada hari minggu kerana ramai yang inginkan ketenangan selepas penat bekerja. Akan tetapi, kalau anda nak feeling pantai tu anda punya memang tak dapatlah kerana ramai orang datang ke sini. Yang bagusnya masuk adalah percuma dan tempat letak kereta senang nak dapat.

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Bayaran Masuk: Percuma

Lokasi | Ulasan Google


2. Sawah Padi Sekinchan

sawah padi sekinchan

Sumber: Padi Box

Tarikan utama di Sekinchan sememangnya sawah padi menghijau yang begitu cantik. Kalau nak datang, anda datang pada musim padi tu tengah hijau iaitu sebelum musim menuai. Ini kerana, bagi yang tak tahu, selepas musim menuai tu memang nampak tanah jelah. Memang terkenal tau sawah padi di Sekinchan ni, ramai orang suka bergambar di sini. Dengan sawah padi menghijaunya dicampur pula dengan langit biru, fuh memang cantik. 

Waktu yang sesuai untuk anda melihat kehijauan sawah padi ni biasanya pada bulan Mac sampai pertengahan bulan Mei dan awal September sehingga pertengahan November. Akan tetapi ianya tidak menentu, ada kalanya warna berubah lebih awal dan sedia untuk dituai. Ikut nasib anda jugalah, tapi biasanya memang pada bulan Mei dan September tu padi akan hijau.


3. Kilang Beras Sekinchan

paddy gallery

Tak sah lah kalau ada sawah padi tapi takda kilang beras. Di Sekinchan pun ada kilang beras yang boleh dilawati pelancong. Anda boleh melihat cara memproses padi untuk dijadikan beras tau. Agak menarik juga kerana pasti ramai tertanya-tanya macam mana padi ni boleh jadi beras. Haa, kalau nak tahu tu anda boleh datang ke sini. Anda dapat juga melihat barang-barang lama yang digunakan untuk mendapatkan beras dari padi dan anda boleh tangkap-tangkap gambar di sini.

Selain itu, sudah tentutlah mereka menjual produk yang dihasilkan. Beras-beras di sini anda boleh terus daripada kilang. Misalnya seperti beras wangi Sekinchan, boleh didapatkan di sini sebagai cenderahati untuk dibawa pulang. Kilang Beras Rakyat Sekinchan (Paddy Gallery) yang dimiliki oleh PLS Marketing merupakan salah-satu kilang yang boleh dilawati.

Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Bayaran Masuk: RM5

Waktu Operasi: 10.00 am – 5.30 pm, Sabtu: 9.00 am – 6.30 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google 

Whatsapp Paddy Gallery


4. Ladang Teh Sekinchan

ladang teh sekinchan

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa di Sekinchan ni ada juga ladang teh. Bukan di Cameron sahaja yang ada tau. Nama ladang teh ini ialah Ladang Teh Lemon Myrtle. Memang sangat cantik tau ladang teh ni. Kepada anda yang datang, anda boleh berjalan-jalan sambil bergambar disini. Kehijauan ladang ini sesuai untuk dijadikan latar belakang gambar anda. Mereka memang buka kepada orang awam untuk melakukan sesi bergambar. Anda juga boleh support perniagaan mereka dengan membeli teh yang dihasilkan mereka.

Kepada yang teringin nak datang tu, anda boleh membuat panggilan ataupun Whatsapp mereka untuk membuat tempahan dan bertanyakan maklumat lebih lanjut. Lebih baik anda berbuat demikian sebelum pergi agar tiada salah faham yang berlaku.

Alamat: 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google

Whatsapp Lemon Myrtle Plantation


5. Sekinchan Wishing Tree

wishing tree

Terdapat sebuah pohon di Sekinchan yang digunakan untuk membuat hajat mengikut kepercayaan masyarakat Cina di sini. Mereka akan menulis hajat mereka di atas reben berwarna merah dan lontarkan ke pokok tersebut dengan harapan bila ia tersangkut hajat mereka akan ditunaikan. Reben itu diikat pada sekeping syiling dengan lubang ditengah agar mudah tersangkut di pokok. Disebabkan itu, pokok ini berwarna hijau kemerahan dan menjadi tarikan pengunjung.

Anda juga boleh membuat ritual berkenaan kalau anda inginkan. Kalau datang nak bergambar dan melihat-lihat sahaja pun tiada masalah. Pokok ini merupakan antara tarikan utama di Sekinchan selain daripada padi yang cantik. Ianya berdekatan dengan pantai, jadi selepas itu anda bolehlah pergi main layang-layang di pantai.

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Lokasi | Ulasan Google 


6. Sekinchan Sky Mirror

sky mirror

Sumber: skymirrormalaysia.org

Ramai yang tak tahu yang di Sekinchan ni ada satu tempat menarik yang memang lawa gila untuk bergambar. Anda mungkin ingatkan ianya di luar negara. Sky Mirror Sekinchan adalah sebuah pantai yang dijadikan tempat bergambar apabila air surut. Anda boleh nampak bayangan anda di atas air surut itu. Kalau tangkap gambar memang lagi jelas nampaknya bayangan anda itu. Tempat ini memang sangat unik dan disebabkan itulah ianya menjadi tarikan pelancong.

Nak masuk ke sini bukan boleh sesuka hati ya. Anda perlu bayar untuk tour guide yang akan membawa anda ke pantai ini dengan selamat. Lagi satu, fenomena ini bukanya berlaku sepanjang masa, ada masa-masa tertentu sahaja anda boleh pergi dan dapat menikmati sky mirror ni. Kalau pergi salah waktu, mungkin ketika itu air pasang dan tak dapat merasai sky mirror ni.

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Bayaran Masuk: bermula dari RM80 untuk dewasa

Waktu Operasi: 6.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google

Whatsapp Sky Mirror


7. Pasar Ikan Sekinchan

pasar ikan sekinchan

Pasar ikan di Sekinchan memang terkenal dengan makanan lau yang segar-segar terutama sekali ikan. Disebabkan dekat dengan laut, jadi banyak hasil laut yang boleh didapati di pasar ikan di sini. Bukan satu je pasar ikan yang menjual ikan segar yang ada disini tau, banyak sebenarnya. Semua menjual makanan laut yang segar-segar belaka. Kalau nak beli sikit-sikit pun boleh, nak beli secara borong pun boleh.

Harga-harga di pasar ikan ni tidaklah murah sangat pun tetapi kesegarannya memang dijamin lah. Anda kena pandai sikit nak nego dengan penjual. Kalau pandai cakap, dapatlah harga murah. Memang sesak sikit pasar di sini terutama sekali pada waktu pagi di hujung minggu.


8. Padi Box

padi box sekinchan

Mencari penginapan pengalaman yang lain dari lain? Apa kata anda menginap di Padi Box yang merupakan kontena yang diubah suai menjadi homestay. Memang lawa gila tau PAdi Box nio kerana warna-warni kontena-kontena mereka yang menarik perhatian dan memang naik dikelilingi sawah padi yang menhijau. Homestay ini terletak di tengah-tengah sawah padi, jadi anda kalau bangun pagi akan dapat menikmati kehijauan sawah yang sangat menengkan hati.

Anda jangan risau tentang kehangatan tempat ini, walaupun ditengah sawah dan didalam kontena, penyaman udara yang ada memang sejuk serta katil mereka juga selesa untuk tidur. Anda juga dibenarkan untuk membawa makanan sendiri kalau lapar-lapar nanti. Servis yang mereka berikan memang baik sangat. Pekerja yang peramah serta bilik yang bersih. Takkan rugilah kalau anda tidur di sini.

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google 

Whatsapp Padi Box


9. Ah Ma’s House

ah ma's house

Bagi anda yang nak mengimbau kenangan lalu anda boleh jenguk Ah Ma’s House ni. Di sini banyak barang-barang lama terutama kudap-kudapan zaman dulu. Katanya untuk anda yang dari 60 ke 70-an lah. Tapi generasi selepas itu pun boleh datang dan tengok-tengok barang-barang antik yang mungkin membawa nostalgia kepada anda juga. Barang-barang lama seperti radio, kerusi rotan dan macam-macam lagi ada di sini. Boleh juga bergambar kalau nak.

Memang kebanyakan yang ada di sini ialah barang makan dan ada sikit je barang antik untuk dilihat itupun bunaknya untuk dijual. Maklumlah rumah ni pun bukanya sebesar Muzium Negara. Ianya hanyalah rumah kampung kecil sahaja. Anda boleh dapatkan kuih kapit dan kuih bahulu di sini nanti.

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 10.00 am – 6.00 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google

Whatsapp Ah Ma’s House


10. Triangle Farm Cottage House

triangle

Sumber: Packngo_travel_murah

Salah satu tempat yang paling menarik di Sekinchan ni ialah homestay Triangle Farm Cottage House. Reka bentuk homestay ini yang berbentuk segi tiga menjadikan tempat penginapan ini sangat unik dan dijamin akan memberikan satu pengalaman baru dan menarik kepada para pengunjung. Anda akan mendapat bilik yang bersih dan cantik ditambah pula persekitaran yang memang best untuk tangkap gambar. Ianya pasti menjadi salah satu tempat yang paling cun pernah anda pergi.

Anda yang ingin melupakan kesibukan kota dan ingin menenangkan minda serta jiwa, anda memang harus ke sini. Antara kemudahan yang boleh anda dapatkan ialah kemudahan bermain pingpong, memanah untuk kanak-kanak, berbasikal dan banyak lagi. Kalau anda kaki karoke, anda memang sukalah tempat ini kerana tempat untuk karoke pun ada disediakan. Untuk membuat aktiviti menanam pokok pun bagus juga dilakukan di sini. Anda hanya perlu membayar RM 8 seorang untuk sertai.

Alamat: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 0172068666

Whatsapp Triangle Farm Cottage House


11. Laman Tebu Aidil

laman tebu aidil

Anda kalau ke kawasan sekinchan dan memang niat nak bergambar, anda wajib hadir ke sini kerana Lama Tebu Aidil ni sering menjadi tempat panas bagi kaki-kaki bergambar. Laman tebu ini merupakan sebuah kafe yang menyajikan makanan-makanan halal seperti laksa, nasi lemak dan mee kari. Suasananya memang terbaik sekali kerana anda dapat makan di dalam laman tebu. Harga makanan juga cukup murah dan rasa makanan pula memang sedap. Berbaloi sangat kalau makan. Ada juga tau pengantin bergambar disini.

Laman tebu ni takdalah macam besar sangat tetapi ianya popular kerana berlatarbelakangkan tebu yang cantik dan menarik. Mana ada tempat lain boleh dapat macam ni. Jadi, anda pastikan singgah ke sini bila anda pergi ke Sekinchan nanti.

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 2.30 pm – 7.30 pm kecuali Rabu

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Phone: 0192531566

Whatsapp Laman Tebu Aidil


12. MSekin Wonderland

sekin wonderland

MSekin Wonderlanda merupakan satu tarikan yang agak baru juga yang dapat dinikmati oleh pengunjung-pengunjung di Sekinchan ni. Di sini, anda boleh bermain-main air bersama keluarga. Ada gelongsor air dan macam-macam tarikan lagi yang pasti dapat memuaskan anda sekeluarga terutama anak-anak anda. Kalau pergi taman tema air ni biasanya memang niat nak bagi anak-anak main je, jadi memang berbaloilah untuk datang ke sini kerana banyak yang anak-anak kecil boleh main.

Yang bestnya mereka ada juga kolam yang khas untuk muslimah. Bagus kan? Memang anda yang menutup aurat tu juga digalakkan untuk pergi ke sini. Jadi, pergilah dapatkan tiket anda sekarang.

Alamat: No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Bayaran Masuk: Warganegara: Dewasa & Warga Emas – RM 25; Kanak-kanak – RM 20. Pakej keluarga (5 orang satu keluarga) – RM 100

Bukan Warganegara: Dewasa & Warga Emas – RM 30; Kanak-kanak – RM 25. Pakej keluarga (5 orang satu keluarga) – RM 125

Waktu Operasi: 8.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: 01123830727


13. Sekinchan Coconut Farm 

coconut farm

Pusing-pusing Sekinchan sambil menaiki basikal memang akan mendahagakan tekak, lagi-lagi pada hari panas. Anda mesti nak cari minum air kelapa yang menyegarkan tekak dan menyejukkan badan. Oleh itu, apa kata anda ke Sekinchan Coconut Farm yang menjual air kelapa segar. Ada beberapa variasi yang berasaskan kelapa yang boleh anda cuba di sini iaitu jeli kelapa dan sudah tentu coconut shake. Memang sedap gila coconut shake di sini, anda pasti takkan menyesal kalau cuba. Dahlah menyegarkan, sedap pula tu. Mereka juga ada beberapa kedai lain yang menjual makanan dan minuman yang boleh anda turut cuba seperti nasi lemak.

Kalau nak bergambar pun cun juga di sini tau. Tempatnya memang sangat cantik kerana dikelilingi banyak pokok kelapa. Anda boleh lepak-lepak makan di sini bersama keluarga serta rakan-rakan sambil menghirup udara segar dan menikmati nasi lemak dengan air kelapa.

Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad; 10.00 am – 5.30 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Phone: 0177451263


AMG Bicycle Rental – Sewa Basikal di Sekinchan

amg bicycle renting

Anda mesti tertanya-tanyakan mana nak sewa basikal di Sekinchan ni? Maklumlah di laman sosial media nampak ramai orang main basikal pusing-pusing sawah padi Sekinchan. Haa jangan risau ya, anda boleh ke AMG Bicycle Rental. Anda boleh mendapatkan banyak juga jenis basikal di sini, dari basikal seorang ke basikal empat orang. Harga yang untuk empat orang tu mahal sikitlah kalau sejam berbanding untuk seorang. Kalau anda nak naik basikal eletrik pun ada tau di sini. Memang macam-macam basikal lah ada yang pasti dapat mencapai kehendak anda.

Proses penyewaan basikal juga sangat mudah dan cepat. Ditambah pula keadaan basikal yang bagus dan layanan yang terbaik diberikan. Anda pasti akan berseronok menikmati pemandangan sawah padi sambil menaiki basikal dan bergambar.

Alamat: 8, Jalan Menteri, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Bayaran: RM 10 – RM 80 per jam bergantung kepada jenis basikal

Waktu Operasi: 8.30 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google | Phone:0192416045

Whatsapp AMG Bicycle Rental


Jadi, itulah antara tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Sekinchan ni. Banyak juga benda yang boleh dibuat disini. Kalau nak tangkap gambar memang terbaiklah di Sekinchan. Gambar anda pasti menarik kerana latar belakang yang cun gila. Tidak lupa juga di Sekinchan pun ada banyak tempat makan yang menarik dan homestay yang cantik gila.

4/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 10 Kedai Makan Halal TEBAIK Di Sekinchan

Jika datang ke Sekinchan, anda pasti teruja melihat bandar kecil ini penuh dengan gerai atau kedai makan yang menjual pelbagai juadah makanan laut. Oleh...

7 Homestay Menarik Sekinchan yg PALING BEST

Sekinchan merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Selangor. Ianya memang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang cantik serta menenangkan. Anda boleh bercuti...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
azizah
azizah
4 months ago

apa yang best kat sekinchan?

Cheng San san
Cheng San san
1 year ago

bulan 8 tahun nie agaknya padi hijau x?

Sri Manik Homestay
1 year ago

semua tempat menarik untuk dikunjungi

JOYZ
JOYZ
2 years ago

WILL COME NEXT WEEK

Cari Destinasi
Admin
2 years ago
Reply to  JOYZ

Sekinchan mengalu-alukan kedatangan cik.

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x