TOP 10 Kedai Makan Halal TEBAIK Di Sekinchan

Jika datang ke Sekinchan, anda pasti teruja melihat bandar kecil ini penuh dengan gerai atau kedai makan yang menjual pelbagai juadah makanan laut. Oleh itu, di sini kami telah senaraikan untuk rujukan anda yang sedang mencari kedai makan yang halal dengan harga terbaik di sekitar Sekinchan, Selangor.

Bandar yang paling popular di Sabak Bernam iaitu Sekinchan telah menjadi kawasan hidden gem buat penduduk setempat dan pelancong dalam negara. Sekinchan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Paling menjadi tarikan adalah sawah padi di Sekinchan yang menjadi pengeluar beras utama di Malaysia.

Makanan laut di sini juga salah satu tarikan perhatian pengunjung yang datang kerana sumber yang mudah untuk didapati di sini. Jadi, teruskan membaca untuk senarai kedai makan yang halal terbaik di sekitar Sekinchan, Selangor!

10 Kedai Makan Halal Di Sekinchan


1.  Restoran Sri Sekinchan

restoran sri sekinchan

Mencari kedai makan yang berkonsepkan ‘family style restaurant’ dengan harga berpatutan? Jemput datang ke Restoran Sri Sekinchan. Di sini mereka menyediakan menu dari sarapan pagi, makan tengahari sehingga makan malam. Restoran Sri Sekinchan memiliki menu sarapan ala-ala kampung yang menarik dan pelbagai. Antara yang terlaris adalah lempeng dan roti canai mereka.

Masakan laut juga sebenarnya menjadi pilihan utama di sini. Masakan menggunakan ikan, udang, sotong, ketam, pepahat dan lala retak seribu adalah contoh haiwan laut yang boleh anda cuba di sini. Jenis masakan laut yang boleh dapati di sini seperti masak tiga rasa, goreng tepung, masakan pedas, stim limau, sweet sour dan buttermilk.

Masyarkat tempatan di kawasan ini menguar-uarkan bahawa menu popular di sini adalah kari kambing. Oleh itu ramai pelancong mahupun penduduk sekitar yang singgah untuk merasainya. Jika anda tidak berpeluang ke sini, anda boleh melakukan tempahan melalui WhatsApp atau hubungi nombor tertera.

Alamat: 15, Jln Mawar, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-4449278

Whatsapp Restoran Sri Sekinchan


2.  Restoran Selera Rimba

selera rimba

Kedai makan yang dikelilingi pokok kelapa memang sesuai dengan namanya; Restoran Selera Rimba. Restoran ini popular sering dikunjungi oleh konvoi dan ada yang gelar restoran ini ‘pit stop’. 

Bagi peminat atau pemula dalam makanan eksotik, anda perlu merasai pengalaman makan di sini. Restoran ini menyajikan menu eksotik seperti landak, rusa, ikan baung, arnab, kijang dan udang galah. Jenis masakan untuk menu eksotik seperti masakan pedas, rendang dan masak kicap. Jika berhajat ingin mencuba masakan eksotik, anda dinasihati untuk buat panggilan terlebih dahulu. Tidak hairanlah jika Restoran Selera Rimba sering  menjadi bualan mulut setempat kerana makanannya yang sedap dan harga berbaloi.

Alamat: Kampung Belia 2, Jalan Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat – Tutup; Sabtu – Khamis: 11.00 am – 5.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-3160344

Whatsapp Restoran Selera Rimba


3. Restoran D’masri

dmasri

Restoran D’masri sebenarnya pernah memasuki surat khabar dengan menonjolkan keunikan hidangan nasi ayam pasu. Ayamnya yang dibakar perlahan menggunakan arang di dalam pasu menimbulkan aroma ayam bakar yang berbeza dan menjadi yang terawal memiliki hidangan ini di Sekinchan.

Restoran ini menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang. Setiap slot ini sangat penuh dengan menu yang berbeza. Jenuh memilihnya.

Ketika sarapan pagi, Restoran D’masri ada menyediakan nasi lemak, kuih-muih, bihun goreng dan lain lagi. Ketika slot tengah hari pula, Restoran D’masri padat dengan kunjungan pekerja sekitar yang singgah di sini untuk makan. Aneka pilihan lauk-pauk yang sangat menyelerakan dan harga yang murah. Hidangan popular yang sering diterokai pelanggan jika datang ke sini adalah nasi ayam pasu. Bagi menu minum petang Restoran D’masri mereka mempunyai bermacam gorengan, laksa, soto dan bihun sup.

Alamat: 24/4B, Taman Ria, Sekinchan Selangor, 45400, Kuala Lumpur, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-2170832

Whatsapp Restoran D’masri


4. Mis Mentarang Bakar

mis mentarang bakar

Belum tahu rasa mentarang bakar? Penggemar makanan laut tetapi selalu menu sama? Anda boleh singgah di Mis Mentarang Bakar. Makanan laut yang dihidangkan sangat segar dan manis, ditambah pula harga yang murah. Di sini mereka mempunyai ketam, lokan, mentarang dan seangkatannya.

Bagi mereka yang pertama kali, makanan di sini sangat segar dan unik.  Jangan takut untuk mencuba kerana di sini ada juga hidangan mentarang lain yang dimasak mengikut selera kampung. Antara makanan terbaik ialah mentarang bakar, mentarang masak lemak, siakap 3 rasa dan ketam nipah masak cili.

Alamat: Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 019-2457788

Whatsapp Mis Mentarang Bakar


5. Mee Bandung Udang Seaview

mee bandung udang seaview

Mee Bandung Udang Seaview, membaca namanya saja, kita tahu pelanggan di sini bakal menjamu selera bertemankan pemandangan laut yang nyaman. Di Mee Bandung Udang Seaview anda boleh menikmati makanan laut yang segar untuk hidangan seperti gorengan, nasi goreng dan lauk nasi putih. Selain mee udang itu sendiri, menu lain di sini juga mendapat sambutan memuaskan.

Kebanyakkan pelanggan akan kerap datang pada waktu malam kerana suasana lebih berangin. Bagi mereka yang sukakan mee bandung udang yang tidak begitu pedas, anda boleh cuba di sini. Harganya pun sangat bersesuaian untuk small portion. Sup belut juga salah satu hidangan yang menjadi kegemaran pengunjung.

Alamat: Kampung Batu 23, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm; Rehat: 11.30 am – 12.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-12293287

Whatsapp Mee Bandung Udang Seaview


6. Chef Danial Halal Chinese Cuisine

chef daniel CC

Chef Danial Halal Chinese Cuisine menyajikan makanan cina yang murah dan sedap. Chef Danial mempunyai pengalaman bekerja di Holiday Inn Subang selama 15 tahun. Bagi mereka yang suka makanan cina dan memiliki baget terhad, boleh singgah di sini.

Anda boleh pilih menu di sini mengikut kategori seperti ayam, ikan, sayuran, mi, nasi dan seafood. Banyak hidangan yang jarang kita dengar dan perlu cuba. Anda boleh membuat tempahan jika tidak ingin terlepas peluang makan makanan di sini.

Sebenarnya banyak saja hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan di sini, antaranya sup ketam. Makanan laut yang digunakan sangat dijaga kualiti dan kesegarannya.

Alamat: Jalan masjid, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Tutup; Selasa – Ahad: 12.00 pm – 9.30 pm; Rehat: 7.00 pm – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3514167

Whatsapp Chef Danial Halal Chinese Cuisine 


7. Cendol Pulut Was Sekinchan

cendol pulut was sekinchan

Cendol Pulut Was Sekinchan, sudah tentu mereka yang singgah di sini akan berfikir tentang cendolnya dahulu. Jangan risau bukan setakat cendol, di sini ada juga menjual lauk-pauk yang lain seperti patin tempoyak, sup tulang, asam pedas dan hidangan bakar seperti mentarang bakar. Dikhabarkan peniaga di Cendol Was Sekinchan adalah orang Perak, jadinya makanan di sini mungkin ada yang tidak sama selera.

Cendol durian adalah tarikan di sini kerana kualiti cendol yang digunakan sangat bagus dan manis. Makanan goreng-goreng yang sesuai dijamu pada waktu petang juga boleh didapati di sini seperti keropok lekor dan cucur udang. Dikhabarkan peniaga di Cendol Was Sekinchan adalah orang Perak, jadinya makanan di sini mungkin ada yang tidak sama selera.

Alamat: Jalan Tali Air 6, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Isnin: 6.00 am – 8.00 pm; Selasa: 8.00 am – 8.00 pm; Rabu – Ahad: 11.00 am – 12.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-3346462

Whatsapp Cendol Pulut Was Sekinchan


8.  Abah Bonda Ikan Bakar

abah bonda ikan bakar

Terletak hanya di tepi jalan, Abah Bonda Ikan Bakar sangat mudah dijumpai bagi para penggemar menu bakar-bakar. Kedai makan Abah Bonda Ikan Bakar juga terkenal dalam kalangan penunggang berbasikal dan bermotorsikal untuk singgah istirahat dan tambah semula tenaga. Tidak kurang itu, Abah Bonda Ikan Bakar juga menerima tempahan besar seperti rombongan bas.

Hidangan bakar yang boleh dicuba di sini adalah ikan bakar, kerang bakar dan mentarang bakar dan ianya sangat cepat terjual. Selain itu, lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi putih juga mempunyai pelbagai pilhan dan sangat membuka selera. Abah Bonda Ikan Bakar juga mempunyai menu gorengan seperti udang goreng. Jadi anda mempunyai banyak menu yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda.

Alamat: Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Tutup; Isnin – Ahad: 9.00 am – 4.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-69614512

Whatsapp Abah Bonda Ikan Bakar


9.  Kedai Bawah Pokok 2

kedai bawah pokok 222

Kedai Bawah Pokok 2 sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan. Namanya saja jelas akan membuatkan kita rasa santai di bawah pokok sambil menikmati juadah lazat. Kedai ini besar dan sesuai untuk mereka yang datang ke sini membawa keluarga, reunion bersama kawan bahkan ada yang menonton bola sepak di sini. Kira macam tempat lepaklah. Anda boleh juga membuat tempahan untuk sebuah hidangan kalau mahu.

Banyak menu yang disediakan di sini, tinggal pilih saja. Menu yang popular adalah roti canai melayu, roti tampal, roti sarang, sup kaki ayam dan banyak lagi. Ada juga menu pencuci mulut seperti ABC. Semuanya berharga berpatutan dengan apa yang disajikan.

Alamat: Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 5.30 pm – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes 


10.  Warung Amai Mentarang

AMAI MENTARANG

Warung Amai Mentarang adalah lokasi terbaik jika anda mencari hidangan bakar yang menggunakan makanan laut segar. Pelbagai makanan laut anda oleh nikmati di sini seperti mentarang, udang, ketam, ikan keli dan bermacam lagi. Saiz makanan laut di sini juga dapat memberi jaminan kepuasan pada pelanggan bahkan harganya sangat berpatutan dengan apa yang ditawarkan.

Bukan setakat menu bakar saja, di sini juga Warung Amai Mentarang menyediakan menu lain seperti nasi goreng, sotong tomato, ayam masak merah, siakap dan bawa 3 rasa, pari masak lemak cili api, dan bermacam lagi.

Kawasan yang lapang sering menjadi tempat persinggahan untuk aktiviti konvoi. Kedai ini juga besar dan sesuai untuk pelanggan yang datang beramai-ramai. Warung Amai Mentarang juga mengesyorkan anda untuk membuat tempahan jika perlu.

Alamat: Jalan lapis, 1, Jalan Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-7870671

Whatsapp Warung Amai Mentarang


Sekarang pilihan di tangan anda. Hampir semua makanan di seluruh Malaysia boleh di dapati di Sekinchan, Selangor. Rasanya anda tidak akan menyesal jika ke kedai yang kami senaraikan di atas ini. Kalau anda nak pergi ke kawasan berdekatan iaitu Sabak Bernam pun ada banyak tempat menarik. Selamat mencuba!

3.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Menarik Sekinchan yg PALING BEST

Sekinchan merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Selangor. Ianya memang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang cantik serta menenangkan. Anda boleh bercuti...

13 Tempat Menarik di Sekinchan yang WAJIB Singgah

Sebut sahaja nama Sekinchan ni mesti anda akan terfikir ikan bakar dan juga sawah padi kan? Memang betul lah tu kerana di sini memang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x