Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Tempat Penginapan di Kuala Kubu Bharu (KKB)

Kuala Kubu Bharu atau singkatannya KKB merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Hulu Selangor. Disebabkan lokasinya yang dekat dengan Bukit Fraser ianya telah memberi kesan positif kepada bandar ini. Pelancong-pelancong yang datang ke Bukit Fraser pastinya akan singgah ke Kuala Kubu Bharu untuk mencari buah tangan atau barang keperluan kerana stok atau pilihan yang terhad di Bukit Fraser. Akan tetapi, agak rugi jika anda datang ke KKB hanya untuk menyinggah kerana banyak tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi jika anda datang ke sini. Tidak dinafikan juga, Kuala Kubu Bharu mempunyai pelbagai tempat penginapan yang menarik dan unik. Jika anda sedang mencari tempat penginapan di KKB, anda boleh ikuti senarai di bawah.

10 Tempat Penginapan yg Best & Unik di Kuala Kubu Baru


1. The Sticks Kuala Kubu Bharu

THE STICKS

The Sticks, Kuala Kubu Bharu yang terletak hanya 1 jam lebih dari Kuala Lumpur ini, memang sesuai untuk dijadikan tempat percutian singkat bersama keluarga. The Sticks mempunyai 12 rumah unik dengan 2 jenis rumah yang berbeza iaitu Serene Tendoks dan Family Rooms. Apa itu tendoks? Ianya merupkan gabungan perkataan tent dan pondok maka terhasillah perkataan tendoks. Serene Tendoks mempunyai 2 jenis iaitu Serengeti Tent dan Riverside manakala Family Rooms pula mempunyai 6 jenis iaitu Bamboo House, The Ara, The Euca, The Nest, Little Pitta, Opera House dan Singing Shama.

Setiap bilik ini boleh memuatkan kapasiti yang berbeza dan mempunyai konsep dan dekorasi yang berbeza. Jadi, anda boleh memilih bilik mengikut kapasiti yang sesuai dan bilik tidur yang mengikut citarasa anda. Bilik tidurnya pula dilengkapi dengan katil yang selesa, kipas siling, pemanas air dan bilik air air yang bersambung. Jadi, ianya menambahkan keselesaan dan kemudahan kepada anda. Semestinya bilik-bilik disini dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau yang akan memberikan udara yang segar untuk anda.

Selain itu, harga yang ditawarkan juga sudah termasuk dengan harga makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Memang sangat berbaloi, bukan? Anda tidak perlu bersusah payah untuk memasak dan hanya menikmati percutian singkat ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sepanjang menginap disini seperti jungle trekking, water rafting, paragliding, tubing, board games, mahjong, botanical walk dan banyak lagi.

Dalam pada itu, mereka juga ada menyediakan pakej-pakej untuk event, sambutan hari jadi dan banyak lagi. The Sticks memang sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi dan mereka yang suka melakukan aktiviti lasak. 

Alamat: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email: [email protected]


2. PulaiThree Retreats Kuala Kubu Bharu

PULAITHREE RETREAT

PulaiThree Retreats merupakan sebuah tempat penginapan dalam bentuk villa yang terselit di tengah-tengah hutan hujan di sebuah bukit peribadi. Memang sangat menarik, bukan? Konsep yang ingin diketengahkan pula ialah bangsal terbuka di mana kita boleh melihat keindahan alam semula jadi di bangsal tersebut. Hiasan dalaman yang pula sangat cozy dan stylish. Memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan untuk percutian singkat anda.

Villa ini mempunyai 2 bilik tidur di mana bilik tidur pertama mempunyai 3 katil single dan bilik tidur kedua mempunyai 1 katil queen dan 2 katil single. Oleh itu, villa ini boleh memuatkan 7 pax maksimum dalam satu masa. Jika anda ingin menambah bilangan pax, anda perlu membayar RM 90/pax/night tetapi boleh menambah 2 pax sahaja maksimum. Selain daripada bangsal yang terbuka, villa ini juga mempunyai ruangan dapur yang terbuka. Memang sangat cantik, anda boleh memasak sambil melihat pemandangan yang indah dari dapur.

Antara kemudahan yang disediakan disini ialah dapus gas, peralatan memasak, peti sejuk, mini oven, aircond dan peralatan BBQ. Anda boleh melakukan aktiviti BBQ di ruangan BBQ yang telah disediakan di luar villa. Selain itu, PulaiThree Retreats mempunyai sebuah swimming pool yang besar di mana anda boleh bermandi-manda bersama keluarga. Sebagai peringatan, villa ini tidak mempunyai tv mahupun wifi, jadi anda digalakkan untuk merancang aktiviti dan membawa peralatan untuk beraktiviti supaya tidak berasa bosan. Walaupun berada di tengah-tengah hutan, PulaiThree Retreats juga menyediakan tempat parking untuk 3 buah kereta maksimum. Jadi, anda tidak perlu risau untuk parking di mana.

Alamat: No. 3, Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


3. The Senja Kuala Kubu Bharu

THE SENJA

Kepada anda yang sedang mencari tempat penginapan yang dapat memperlihatkan pemandangan yang cantik dan dikelilingi oleh hutan simpan persendirian dan banjaran gunung, anda perlu cuba menginap di The Senja, Kuala Kubu Bharu. Villa ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi. Minimal cosmetic, itulah konsep asas reka bentuk yang ingin diketengahkan. Pemilik villa ini juga mendedahkan bahawa semua perabot dan dekorasi dalamannya dipilih sendiri dan dibuat khas oleh mereka sendiri. Jadi, semestinya dekorasi dalamannya tidak akan mengecewakan anda.

Selain itu, villa ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air di mana bilik tidur pertama dan kedua mempunyai 3 katil single, cukup untuk memuatkan 6 orang maksimum. Bilik tidurnya juga dilengkapi dengan kipas dan aircond. Jadi, memang sangat selesa sepanjang anda menginap disini. Villa ini mempunyai sebuah dapur terbuka yang dilengkapi dengan peti sejuk, microwave, peti sejuk beku, peralatan memasak, dapur gas, coffee maker dan peralatan BBQ. Bukan itu sahaja, villa ini juga mempunyai patio peribadi dan balkoni yang luas, sesuai untuk anda bersantai atau melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga.

Villa ini juga menyediakan tempat parking kereta jadi anda tidak risau untuk mencari tempat parking. Tambahan pula, anda hanya perlu memarkir di hadapan villa, jadi memang memudahkan anda sekeluarga. Anda pasti tidak akan menyesal untuk menginap di The Senja, Kuala Kubu Bharu kerana anda akan menghirup udara yang segar sepanjang menginap disini.

Alamat: Kampung Tun Abdul Razak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


4. Hillside Batu Retreat Kuala Kubu Bharu

HILLSIDE BATU RETREAT

Hillside Batu Retreats adalah sebuah villa di atas bukit persendirian yang terletak di lereng bukit Kuala Kubu Bharu. Walaupun villa ini menggunakan konsep terbuka tetapi keselamatan dan privasi penginap disini masih terjamin kerana villa ini dikelilingi oleh pagar. Villa yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air di mana bilik tidur pertama mempunyai 3 katil single, bilik tidur kedua mempunyai 4 katil single manakala bilik tidur ketiga mempunyai 1 katil king. Di ruang tamunya pula mempunyai sebuah couch yang cukup selesa juga jika anda ingin tidur di situ.

Apa yang menariknya, villa ini mempunyai sebuah dapur terbuka yang dapat memperlihatkan pemandangan Kuala Kubu Bharu. Memang dapat menenangkan jiwa walaupun sedang memasak. Dapurnya pula lengkap dengan meja makan, peralatan memasak, peti sejuk, microwave, dapur gas, coffee maker, pembakar roti, periuk nasi dan peralatan BBQ seperti arang, grill dan skewers. Anda tidak perlu membawa keperluan yang berat untuk menginap disini kerana semuanya sudah lengkap. Bukan itu sahaja, anda juga boleh makan-makan dan bersantai bersama keluarga di private patio dan balkoni villa ini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di villa ini pula ialah bermandi-manda di swimming pool. Villa ini juga ada menyediakan tempat parking kenderaan untuk mereka yang menginap disini. Sebagai peringatan, villa ini tidak mempunyai tv mahupun wifi, jadi jika anda ingin melakukan apa-apa aktiviti, anda digalakkan untuk membawa peralatan dan rancanglah aktiviti anda terlebih dahulu supaya anda tidak berasa bosan sepanjang menginap disini.

Alamat: No. 3, Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook


5. Skyvilla KKB by IO Home Kuala Kubu Bharu

SKYVILLA KKB

Unik, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan SkyVilla KKB by IO Home. Villa yang terletak di hutan simpan persendirian ini merupakan villa yang sangat privasi dengan pemandangan banjaran gunung. Memang sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan mahupun bercuti. Villa yang berkeluasan 1500 kaki persegi ini boleh memuatkan sehingga 10 pax dalam satu masa. Kapasiti yang cukup untuk anda rileks bersama keluarga kerana tidak terlalu ramai. Selain itu, villa ini mempunyai 2 bilik tidur di mana bilik tidur pertama mempunyai 1 katil king dan 2 katil tatami super single manakala bilik tidur kedua pula mempunyai 2 katil super single dan 2 katil tatami super single.

Antara kemudahan yang disediakan di villa ini ialah tv, wifi, peti ais, permainan mahjong, mesin basuh, dan peralatan untuk BBQ. Villa ini mempunyai sebuah infinity pool di mana anda boleh bermandi-mandi disitu. Villa ini juga mempunyai sebuah outdoor shower room yang dihiasi dengan pokok-pokok hijau. Apa yang menariknya tentang villa ini adalah ruang tamunya yang berada di beranda villa. Jadi, anda boleh bersantai dan melakukan aktiviti bersama keluarga sambil melihat pemandangan yang memukau dan menghirup udara yang segar.

Selain itu, dapur di villa ini juga merupakan dapur semi-outdoor. Memang sangat menarik dan lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, villa ini juga mempunyai sebuah signature hammock bed di mana anda boleh baring-baring disitu sambil merasai pengalaman seperti sedang baring di awang-awangan.

Alamat: KKB Heights, Jalan Padang Golf, Kampung Tun Abdul Razak, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. Woodhouse Retreat KKB by IO Home Kuala Kubu Bharu

WOODHOUSE RETREAT KKB

Sama seperti SkyVilla KKB, Woodhouse KKB juga merupakan sebuah villa yang berada dibawah IO Home. Lokasinya pula hanya terletak berdekatan dengan antara satu sama lain. Tidak seperti SkyVilla, Woodhouse mempunyai konsep yang berlainan. Kalau dah namanya wood, mestilah villa ini diperbuat daripada kayu tetapi bukanlah seperti yang kita bayangkan. Walaupun diperbuat daripada kayu, hiasan dan dekorasi di dalam rumahnya masih mewah dan moden.

Villa ini juga mempunyai keluasan 1500 kaki persegi dan juga boleh memuatkan 10 orang maksimum. Villa Woodhouse ini mempunyai 2 bilik tidur di mana bilik tidur pertama mempunyai 1 katil king dan 2 katil tatami super single manakala bilik tidur kedua pula mempunyai 2 katil super single dan 2 katil tatami super single. Antara kemudahan yang disediakan di Woodhouse ialah private infinity pool, tv, wifi, peti sejuk, peralatan BBQ, dan mesin basuh. Sama seperti SkyVilla, villa ini juga mempunyai sebuah ruang tamu di beranda, outdoor shower room dan dapur semi outdoor. Kedua-dua villa ini memang mempunyai banyak persamaan, jadi anda boleh pilih sahaja mengikut konsep villa yang anda lebih suka.

Bukan itu sahaja, villa ini juga mempunyai sebuah signature tent di mana anda boleh bersantai disitu sambil melihat pemandangan puncak bukit dan hutan hujan. Apa yang menariknya lagi, anda boleh merasai pengalaman ‘floating breakfast’ iaitu menikmati sarapan pagi di dalam swimming pool.

Alamat: KKB Heights, Jalan Padang Golf, Kampung Tun Abdul Razak, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


7. Home@KKB Kuala Kubu Bharu

HOME@KKB

Homestay yang dibina semasa zaman penjajahan British ini sangat sesuai dijadikan tempat penginapan semasa bercuti bersama keluarga. Homestay yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu ini berada di tingkat 1 lot kedai. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur di mana bilik tidur pertama mempunyai 2 katil queen manakala bilik tidur kedua dan ketiga mempunyai 2 katil single. Oleh itu, homestay ini hanya boleh memuatkan 8 orang dalam satu masa. Semua bilik tidurnya juga dilengkapi dengan penghawa dingin, jadi anda tidak akan berasa panas semasa ingin tidur.

Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini termasuklah tv dengan saluran Astro, DVD players, pengering rambut, peti ais, cerek elektrik dan hot shower. Pemilik homestay juga ada menyediakan tuala dan air minuman untuk mereka yang menginap di sini. Semua kemudahan yang disediakan di sini cukup lengkap dan selesa untuk mereka yang ingin menginap di sini. Dengan dekorasi dalaman yang moden, persekitaran yang selesa dan harga yang berpatutan, memang sangat berbaloi untuk anda cuba menginap di sini.

Alamat: 14, Jalan Mat Kilau, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


8. Sarang by The Brook Kuala Kubu Bharu

SARANG BY THE BROOK

Tempat penginapan yang terletak hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ini memang sesuai untuk mereka yang sukakan tempat yang sejuk, nyaman dan dikelilingi dengan hutan tropika. Tarikan utama tempat penginapan ini pula ialah bilik-bilik tidurnya yang diperbuat daripada kontena-kontena penghantaran sebagai blok asas pembinaannya. Memang sangat menarik dan unik. Apa yang menariknya lagi, tempat penginapan ini mempunyai sebuah swimming pool bukan dengan air klorin tetapi dengan air masin beroperasi selama 24 jam.

Bercakap mengenai biliknya pula, Sarang by The Brook mempunyai 11 bilik kesemuanya dengan keluasan 160 kaki persegi setiap satu. Setiap biliknya pula mempunyai sebuah katil bersaiz queen yang boleh memuatkan 2 orang dewasa. Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik adalah aircond, bilik air dengan pemanas air, plug socket, pengering rambut, kemudahan membuat minuman, tuala, barang mandian, sebuah patio untuk yang menginap di tingkat bawah dan sebuah balkoni bagi yang menginap di tingkat atas. Terdapat juga sebuah kipas di patio dan balkoninya, jadi memang selesa untuk bersantai dan melepak bersama keluarga dan pasangan.

Antara kemudahan tambahan yang disediakan oleh tempat penginapan ini ialah kemudahan BBQ, tv dengan saluran Astro, dan ruang untuk melakukan event. Tempat penginapan ini juga mempunyai sebuah dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti perkakas memasak, microwave, peti ais, peti sejuk beku, dapur gas dan oven dan ianya boleh digunakan secara percuma. Harga bilik yang ditawarkan pula hanya RM 180 untuk satu malam, memang sangat berbaloi untuk pelbagai kemudahan yang disediakan ini. 

Selain daripada tempat penginapan yang best dan selesa, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti adventures disini seperti The Night Jungle Experience, Magical River Trek dan The White Water Rafting Experience. The Night Jungle Experience merupakan aktiviti di mana anda akan meroka hutan dan berjalan di tepi sungai pada waktu malam. Dengan hanya RM 80 seorang anda akan merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Anda juga akan diberikan lampu di kepala, jadi anda boleh melihat keindahan hutan pada waktu malam. Selepas 30 minit berjalan, anda akan menjumpai sebuah air terjun yang sangat cantik dan anda boleh menikmati air panas sambil melihat langit malam yang memukau.

Anda jika tidak perlu risau kerana ianya hanya memerlukan tahap kecergasan diri yang sederhana dan bawah sederhana. Jadi, memang sesuai untuk mereka yang tidak berapa aktif dalam bersukan. Tahap keyakinan air dan outdoor skill untuk aktiviti inji pula hanya rendah ke sederhana. Setelah selesai berjalan di dalam hutan yang gelap, anda juga tidak akan ketinggalan untuk melihat kolam air panas semula jadi. Sebelum pulang pula, anda akan berhenti untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Aktiviti seterusnya yang ditawarkan oleh Sarang by The Brook ialah Magical River Trek. Ianya merupakan aktiviti meredah hutan hujan yang penuh dengan flora di mana anda akan menyeberangi sungai, merentasi batu, dan merangkak di bawah rimbunan buluh. Bukan itu sahaja, anda akan menjumpai beberapa air terjun dan air terjun bertingkat yang sangat mengagumkan. Jika anda beruntung, anda juga akan menjumpai haiwan-haiwan liar yang tinggal di dalam hutan. Pakej ini juga sudah termasuk dengan trekking selama 4 jam dan berkelah di tepi sungai selama 1 jam. Harganya pula hanya RM150 seorang termasuk pengalaman satu hari dan makanan berkelah di tepi sungai. Memang sangat berbaloi dengan pengalaman yang bakal anda peroleh. Aktiviti ini juga hanya memerlukan tahap kecergasan diri yang sederhana dan atas sederhana. Jadi, memang sesuai untuk mereka yang tidak berapa aktif dalam bersukan dan yang ingin mencuba sesuatu yang lebih adventure. Tahap keyakinan air dan outdoor skill untuk aktiviti ini pula hanya rendah ke sederhana.

Bukan sahaja aktiviti di dalam hutan, malah aktiviti di dalam air juga ada disediakan disini iaitu The White Water Rafting Experience. Ianya merupakan pengalaman berakit di sungai. Aktiviti yang berharga RM230 untuk seorang ini sudah termasuk dengan masa berakit 2 hingga ke 4 jam dan makan tengahari. Aktiviti ini mempunyai 2 sesi iaitu 9 pagi dan 2 petang, jadi anda boleh pilih mengikut waktu pilihan anda. Tahap outdoor skill dan keyakinan air untuk aktiviti ini pula ialah sederhana. Agak tidak sesuai untuk mereka yang takut dengan air tetapi masih boleh memberanikan diri jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar diri sendiri. Aktiviti ini juga hanya memerlukan tahap kecergasan diri yang sederhana dan bawah sederhana. Jadi, memang sesuai untuk mereka yang tidak berapa aktif dalam bersukan. Sebagai info tambahan, minimun peserta untuk aktiviti ini adalah 4 orang.

Berikutlah pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan jika anda menginap di Sarang by The Brook. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan sukakan aktiviti yang adventure. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan berpatutan. Jadi, apa tunggu lagi? Tempah bilik anda sekarang.

Alamat: Jalan Seruling 20, Taman Seruling, 44000, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


9. Bujang Homestay KKB Kuala Kubu Bharu

HOMESTAY BUJANG KKB

Bujang Homestay KKB merupakan sebuah homestay rumah berkembar semi-D di Kuala Kubu Bharu. Walaupun namanya homestay bujang, bukan orang bujang sahaja yang boleh menginap disini, yang berkeluarga pun boleh. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang selesa dengan setiap satu bilik tidurnya mempunyai 1 katil bersaiz queen dan penghawa dingin. Homestay ini juga mempunyai 2 bilik air dengan 1 daripadanya mempunyai pemanas air. Ruang tamunya pula cukup selesa untuk bersantai bersama keluarga kerana terdapat 1 sofa bed dan tv flat screen dengan saluran NJOI.

Homestay ini juga menyediakan banyak kemudahan untuk penginap di sini seperti peralatan asas memasak, peti ais, ketuhar gelombang micro, periuk nasi dan dapur gas. Jadi, untuk anda yang ingin memasak tiada masalah kerana segala kelengkapan asas telah disediakan. Homestay  Bujang KKB juga mempunyai ruangan barbeku. Jadi, ianya boleh dijadikan sebagai aktiviti bersama keluarga apabila menginap disini. Anda juga tidak perlu risau untuk mencari tempat parking kereta kerana tempat parkingnya berada di hadapan rumah dan berada di dalam kawasan yang berpagar. Sebagai info tambahan, homestay ini berada dekat dengan pelbagai tempat tarikan pelancong, jadi memang sesuai untuk memilih Bujang Homestay KKB sebagai tempat penginapan anda. 

Alamat: 15, Jalan Songket 4c/2, Taman Bukit Bujang, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


10. D’Rening Homestay Kuala Kubu Bharu

D'RENING HOMESTAY KKB

Rumah yang mempunyai persekitaran yang bersih dengan dekorasi dalaman yang minimal ini memang sesuai dipilih sebagai tempat menginap bersama keluarga. Walaupun dengan dekorasi yang minimal, kemudahan dan keperluan yang disediakan masih lengkap. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Bilik tidur pertama dan kedua mempunyai 1 katil bersaiz queen manakala bilik tidur ketiga mempunyai 2 katil single. Bilik tidur utamanya juga mempunyai sebuah penghawa dingin, memang selesa untuk digunakan semasa tidur.

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah tv, mesin basuh, seterika dan papan seterika, peti ais, sofa dan meja makan. Dapurnya pula cukup lengkap dengan kemudahan seperti peralatan asas memasak, dapur gas, periuk nasi dan pemanas air. Homestay ini juga berada di dalam kawasan berpagar, jadi anda boleh memarkir kereta di hadapan rumah sahaja. Dengan harga serendah RM 180 untuk satu malam dan dengan segala kemudahan yang disediakan, memang sangat berbaloi.

Tambahan pula, homestay ini berada di dalam kawasan yang berpagar dan mempunyai halaman yang luas di hadapan rumah, jadi anda boleh memarkir kereta di hadapan rumah dan keselamatan anda akan lebih terjamin.

Alamat: 12, Jalan Bintang 10, Desa Rening Jaya, 44200 Rasa, 44200 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


Berikutlah senarai tempat-tempat penginapan yang menarik dan best di Kuala Kubu Bharu. Disebabkan beberapa tempat penginapannya dikelilingi dengan hutan, memang sangat sesuai untuk anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan berehat tanpa sebarang gangguan. Jadi, apa tunggu lagi? Tempah bilik anda sekarang!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Hulu Selangor, Selangor

Hulu Selangor merupakan daerah bagi Negeri Selangor yang bersempadan dengan Pahang dan kaya dengan tarikan pelancongan yang lebih ke arah kawasan alam semulajadi seperti...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x