Harga Tiket Sunway Lagoon Water Park – TERKINI

harga tiket terkini sunway lagoon

Table of Contents

Kalau bercakap pasal taman tema air, sudah tentu nama Sunway Lagoon antara yang terus muncul di benak fikiran kita. Namun harga tiket Sunway Lagoon ini kalau nak dibandingkan dengan beberapa taman tema air yang lain mungkin agak mahal terutamanya selepas GST diperkenalkan. Kalau mahal sedikit tapi destinasinya best, apa salahnya kan? Sekali sekala bawa anak-anak & keluarga berseronok di sini. Bukannya selalu pun.

Sekiranya anda bercuti di tempat-tempat menarik di Selangor & inginkan destinasi percutian riang ria bersama anak-anak, Sunway Lagoon adalah destinasi yang ideal untuk anda. Banyak tarikan baru yang sesuai untuk semua golongan umur sudah ada. Tak macam dulu lagi. Samaada aktiviti menarik yang santai, yang membuatkan jantung berdegup kencang, mandi manda, tengok haiwan atau meluncur, semuanya ada !


Harga Tiket Sunway Lagoon Terkini

Promosi Warganegara Malaysia ( Pemegang MyKad/MyKid)

  • Dewasa (12 tahun dan keatas): RM 138.00
  • Kanak-kanak (11 tahun dan kebawah): RM 113.00
  • Warga Emas (60 tahun dan keatas): RM 113.00

Set meal termasuk dalam harga di atas.

Nak harga yang lebih rendah? Whatsapp kami.

Whatsapp utk Harga PROMO

Harga Biasa

  • Dewasa ( 12 tahun dan keatas) : RM 180.00
  • Kanak-kanak (11 tahun dan kebawah) : RM 150.00
  • Warga Emas (60 tahun dan keatas): RM 150.00

Nota tambahan: Harga-harga tiket kemasukan ke Sunway Lagoon Water Park seperti di atas sah untuk semua permainan dan tarikan di sana KECUALI permainan ‘pay-per-ride’ seperti Bungy Jumping, G-Force X dan juga Go Kart.

Harga Bayaran Untuk Permainan ‘Pay-Per-Ride’ di Sunway Lagoon

Sekiranya anda nak mencuba permainan seperti Bungy Jumping, G-Force X dan juga Go Kart, anda perlu bayar berasingan. Harga-harga untuk setiap permainan ini ialah:

Bungee Jumping

  • RM 138
  • RM 80 ( MyKad)

G-Force X

  • RM 64
  • RM 32 (MyKad)

Go-Kart

  • Single Seater: RM 22 per ride
  • Doubel Seater: RM 27 per ride

Combo Rides ( Bungee Jumping + G-Force X)

  • RM 160
  • RM 110 (MyKad)

Sekiranya anda nak mencuba Bungy Jumping dan G-Force X, anda boleh ambil pakej Combo Ride yang berharga RM 160 untuk pelancong asing dan RM 110 untuk warganegara yang ada MyKad.

Antara permainan di sini, G Force X merupakan permainan yang pasti akan membuatkan jantung anda berdegup kencang. Ada berani? Saksikan video di bawah.

Sumber video: Nishadha Silva


Kadar Sewa Kemudahan Pengunjung (Tube, Surf Board, Wheel Chair & Stroller) di Sunway Lagoon

  • Double Tube:
    • RM 20 (Deposit) + RM 32 (Sewa) = RM 52 ( Jumlah termasuk GST)
  • Body Board:
    • RM 10 (Deposit) + RM 22 (Sewa) = RM 32 ( Jumlah termasuk GST)
  • Surf Board:
    • RM 20 (Deposit) + RM 32 (Sewa) = RM 52 ( Jumlah termasuk GST)
  • Wheel Chair:
    • RM 50 (Deposit) + RM 20 (Sewa) = RM 70 ( Jumlah termasuk GST)
  • Motorised Wheel Chair:
    • RM 150 (Deposit) + RM 30 (Sewa) = RM 180( Jumlah termasuk GST)
  • Stroller :
    • RM 50 (Deposit) + RM 20 (Sewa) = RM 70( Jumlah termasuk GST)

Kadar Sewa Locker

  • Multiple time usage – RM 22
  • Luggage – RM 45

harga tiket sunway lagoon terkiniSetiap sewaan atau pembelian makanan/minuman di dalam Sunway Lagoon dilakukan tanpa menggunakan wang tunai sebaliknya boleh melalui wang deposit yang telah dimasukkan kedalam wristband (gelang tiket) anda.

  • Jadi pastikan anda depositkan wang tunai ke dalam gelang tiket (wristband) anda di kaunter E-LOAD sebelum masuk bermain.
  • Minimum deposit untuk setiap gelang tiket ( wristband) ialah RM 50.
  • Sekiranya masih ada baki di dalam wristband, anda boleh ambil kembali sebelum pukul 7.00 pm.
  • Gelang yang rosak dan hilang tidak akan dipulangkan wang deposit sekiranya masih ada baki.

Promosi Pakej Harga Tiket Terkini di Sunway Lagoon? Sila Semak Sini.

Rancang perjalanan anda ke Sunway Lagoon kerana kadang-kadang ada juga hari di mana pihak pengurusan membuat penyelengaraan berkala untuk sesetengah permainan dan ini memaksa permainan itu ditutup untuk sementara waktu. Anda boleh ikuti perkembagan Sunway Lagoon di sini.

Walaupun harga tiket Sunway Lagoon ini boleh dikatakan agak mahal, tetapi saya pasti permainan dan keseronokan yang bakal anda alami akan membuatkan semuanya rasa berbaloi. Tidak hairanlah saban tahun Sunway Lagoon sering menjadi taman tema air pilihan/ Traveller Choice di TripAdvisor.

Alamat: Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. TEL: 603- 5639 0000. Koordinat: lat/lng: 3.067763,101.610392

3.4/5 - (56 votes)
Subscribe
Notify of
guest

29 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
aznita ahmad
aznita ahmad
8 years ago

mcmana nk beli ?
hari ahad ramai ke ?

Shahul Hameed
Shahul Hameed
8 years ago

Berapakah harga tiket family package 4 – Dewasa dan 1 kanak2 bawah 13 tahun
Tq

Noorliza
Noorliza
8 years ago

Untuk 2 dewasa, 1kanak2 dan 1 (pemegang kad oku) berapa charges?

Tekukur
Tekukur
9 years ago

Mahal sgt.. Xjauh beza sgt pun harga adult with mykad dgn without mykad.

Ismarul
Ismarul
9 years ago

Hairy
Boleh bagi pencerahan , untuk package family ni sentiasa ada atau ada waktu2 tertentu..dan kalau nk buat tempahan melalui online package family ni boleh ke?

Siti nurul hidayanti
Siti nurul hidayanti
9 years ago

Saya 3 dewasa…takder discoun sikit ke…teringin nak pi

Nurul
Nurul
9 years ago

Kalau beli tiket online tp guna email kawan boleh tak??

Baca Lagi

  • 15 Aug, 2015
Sejak GST diperkenalkan April 2015, majoriti harga-harga tiket di taman tema air di Malaysia dilihat ada sedikit kenaikan daripada...
  • 28 Aug, 2021
Adakah anda mahu mencuba perkara yang baru? Jika jawapan anda ya, inilah aktiviti yang sesuai untuk anda. Aktiviti...
  • 28 Sep, 2021
Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada...
  • 7 Oct, 2021
Apabila berbicara mengenai negeri Selangor sudah tentu anda akan terbayang akan kesibukan kota. Namun, adakah anda tahu bahawa...
29
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination