Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

90+ Tempat Menarik di Selangor Paling Popular untuk Pelancong Terokai

Isi Kandungan

Memang tepat keputusannya jika anda merancang untuk bercuti ke Selangor. Sebabnya, begitu banyak destinasi pelancongan yang menarik yang boleh dilawati seperti tarikan pelancongan di tepi pantai, di hutan rimba mahupun di kawasan bukit. Jangan terkejut pula, Selangor sebenarnya mempunyai banyak tempat mandi-manda di air terjun menarik yang boleh diterokai pelancong dengan mudah tanpa perlu bersusah payah meredah hutan. Tidak cukup dengan itu, aktiviti menarik di Selangor yang lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak & orang muda juga sangat bervariasi yang pasti membuatkan anda rambang mata seperti destinasi di taman tema air, indoor games, aktiviti pengembaraan & sebagainya.

Sesuatu percutian tidak akan pernah sempurna sekiranya tiada tempat bermalam yang selesa & strategik dengan tempat menarik yang ingin dilawati bukan? Anda jangan khuatir, Selangor adalah negeri di Malaysia yang paling banyak pilihan penginapan untuk anda bermalam sama ada hotel bajet ataupun hotel mewah. Paling menarik, pilihan tempat menarik di Selangor untuk aktiviti ‘jalan-jalan cari makan’ juga boleh dikatakan negeri yang paling ‘tip top’ di Malaysia. Pendek cerita, apa jua makanan kenegerian popular dalam Malaysia, boleh anda cari dengan mudah di Selangor tanpa perlu bercuti ke negeri lain.

Kalau sudah terlanjur ke Selangor, jangan lupa untuk terokai juga tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Banyak destinasi menarik di Malaysia yang terkenal di mata dunia terdapat di KL seperti Sky Bridge KLCC, Menara Kuala Lumpur, Aquaria KLCC, Taman Burung KL & sebagainya. Untuk memudahkan penerokaan anda ketika bercuti di Selangor, teruskan membaca lebih 90+ destinasi & aktiviti menarik di Selangor yang popular seperti di bawah. Turut tersedia, informasi penting untuk pelancong seperti harga tiket, peta lokasi, waktu operasi & juga pillihan hotel yang terdekat.


90+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Selangor Darul Ehsan

Taman Tema Menarik di Selangor

1. Sunway Lagoon Theme Park

sunway lagoon theme park selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Tema Sunway Lagoon mempunyai pelbagai tarikan yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk menerokai permainan & aktiviti menarik di sini. Samada kanak-kanak, remaja atau dewasa, variasi aktiviti menarik di sini sesuai untuk segenap usia. Umumnya, terdapat 6 tarikan utama di sini iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park, Lost Lagoon & Extreme Park. Sama ada aktiviti yang basah atau kering, 6 tarikan utama ini ada jawapan ideal untuk anda seisi keluarga.

Tarikan paling popular iaitu Water Park menjanjikan satu pengalaman di taman tema air yang pasti menggembirakan. Terdapat banyak gelongsor air yang mendebarkan & kolam air yang menarik untuk pengunjung. Yang wajib dicuba adalah Water Ride Vuvuzela iaitu gelongsor air yang dibina di atas menara 11 tingkat & dikatakan antara water ride yang tertinggi & terbesar di dunia. Bagi yang sukakan aktiviti yang memberikan ledakan adrenalin yang maksima, cubalah aktiviti menarik di Scream Park seperti Bungee Jump ataupun G-Force-X yang pasti membuatkan anda terpejam mata & menjerit sekuat hati.

Golongan yang berkeluarga & anak-anak kecil, jangan lepaskan untuk melihat binatang liar seperti singa putih, harimau & pelbagai spesis haiwan unik yang terletak di Wildlife Park. Paling seronok adalah menyaksikan animal show yang sangat berbeza persembahannya berbanding zoo lain di Malaysia. Satu tempat menarik di Selangor yang lengkap & sangat mengujakan untuk anda terokai pada hujung minggu & cuti sekolah. Yang pasti, tempoh satu hari semestinya tidak akan mencukupi untuk anda menerokai kesemua tarikan yang ada di Sunway Lagoon Theme Park ini. Jadi, pilihlah hotel berdekatan untuk memudahkan penerokaan anda sekeluarga seperti Sunway Resort Hotel ataupun Sunway Pyramid Hotel.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-56390000FacebookInstagramWebsite

  • Sunway Lagoon Sdn Bhd (211311-A) 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Sunway Lagoon Theme Park

  • Dibuka setiap hari;
    • 10 am – 6 pm

Waves of Fun;

  • Waktu: 4:00 pm (setiap hari)
  • Lokasi: Surf Beach

Surfing;

  • Waktu: 6:15 pm – 7:00 pm
  • Lokasi: Surf Pool

Wildlife Multi-animal Show Time;

  • Waktu: 3:00 pm – 3:30 pm
  • Lokasi: Wildlife Theatre

Harga Tiket Sunway Lagoon Theme Park

#1 Harga untuk Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad/MyKid);

  • Dewasa (13 tahun & keatas);
    • RM 138
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 113
  • Warga Emas (60 tahun & keatas);
    • RM 113

#2 Harga untuk Pelancong Asing;

  • Dewasa (13 tahun & keatas);
    • RM 303
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 255
  • Warga Emas (60 tahun & keatas);
    • RM 255

Tiket masuk Sunway Lagoon boleh dibeli dekat kaunter masuk atau secara online di KLOOK (Lebih Murah!)

*harga diatas tidak termasuk aktiviti pay-per-ride seperti Bungee Jump, G-Force-X dan Go-Kart
*Kanak-kanak bawah 90 cm, masuk percuma


2. Bangi Wonderland Theme Park & Resort

bangi wonderland themepark resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah taman tema air yang baru dibuka pada Ogos 2016. Bagi remaja & golongan muda mudi yang sukakan aktiviti yang mendebarkan, taman tema air ini pasti membuatkan anda tersenyum gembira. Gelongsor air yang ada di sini sesetengahnya boleh membuatkan jantung anda berdegup kencang kerana tinggi, curam & anda akan meluncur laju ke bawah. Gelongsor air yang dimaksudkan adalah The Fall, Wonder Loop & juga Insane Racer.

Bagi yang gayat & lemah semangat, mungkin gelongsor air seperti Wonder Loop ini bukanlah untuk anda. Meluncur laju secara menegak dari ketinggian 4 tingkat bangunan pasti bukannya keinginan semua orang. Malah, cabaran utama sekiranya ingin mencuba gelongsor air yang tinggi di sini, anda perlu menaiki tangga yang sangat tinggi. Kalau anda ada masalah sakit lutut, tidak disyorkan untuk mencuba. Namun, anda jangan bimbang kerana di Bangi Wonderland Theme Park ini terdapat 14 jenis gelongsor air & kolam mandi yang sesuai untuk seisi keluarga serta anak-anak.

Memandangkan taman tema air ini masih baru, maka segala fasiliti & kemudahan di sini juga baru. Tidak seperti di sesetengah water park lain yang kelihatan agak usang & ketinggalan zaman. Aktiviti menarik di Bangi Wonderland Theme Park ini hanya di water park sahaja & anda boleh habiskan masa di sini dalam setengah hari sahaja. Namun sekiranya ingin bermalam, anda boleh pilih hotel yang terdekat seperti di Avenue Garden Hotel untuk memudahkan pergerakan ke sini. Lokasi hotel ini juga strategik & sangat dekat dengan kawasan bandar.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-89128333FacebookInstagramWebsite

  • WONDERLAND (BANGI) THEME PARK SDN BHD No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Waktu Operasi Bangi Wonderland Theme Park & Resort

  • Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat
    • 11.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum
    • 10.00 am – 6.00 pm,
  • Selasa ditutup kecuali pada Cuti Sekolah & Cuti Umum

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park & Resort

#1. Warganegara (MyKad/MyKid)

  • Dewasa:
    • RM 57.65
  • Kanak-Kanak (bawah 130 cm):
    • RM 47.15
  • Kanak-Kanak (bawah 90 cm):
    • Percuma
  • Dewasa OKU:
    • RM 29.35
  • Kanak-Kanak OKU (bawah 130 cm):
    • RM 25.15
  • Warga Emas:
    • RM 29.35

#2. Harga Biasa

  • Dewasa:
    • RM 69.15
  • Kanak-Kanak (bawah 130 cm):
    • RM 58.70
  • Kanak-Kanak (bawah 90 cm):
    • Percuma
  • Dewasa OKU:
    • RM 34.60
  • Kanak-Kanak OKU (bawah 130 cm):
    • RM 29.35
  • Warga Emas:
    • RM 34.60


3. WetWorld Water Park Shah Alam

taman tema air menarik selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi taman tema air yang tidak asing lagi di Selangor yang telah beroperasi lebih 21 tahun. Taman tema ini sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi percutian hujung minggu bersama anak-anak kerana majoriti kolam air & gelongsor air yang ada di sini dibina dengan mengutamakan kepuasan kanak-kanak. Paras air kolam mandi di sini juga tidak dalam & kurang daripada 1 meter. Pendek cerita, taman tema ini sangat ideal untuk anak-anak anda yang berumur bawah 12 tahun.

Bagi golongan dewasa yang inginkan keterujaan & water slide yang meluncur laju, WetWorld Water Park Shah Alam bukanlah destinasi yang tepat. Namun, terdapat juga beberapa gelongsor air di sini yang agak menarik seperti Super Hurricane & Monsoon Buster yang pasti akan membuatkan golongan remaja lebih teruja. Rata-rata tarikan air di sini lebih menjurus kepada kolam mandi manda & tempat kanak-kanak bermain air sahaja. Selain taman tema air di I-City Shah Alam, destinasi water park ini adalah yang terdekat sekiranya anda menginap di hotel sekitar Shah Alam.

Lebih menarik, bayaran masuknya juga lebih berpatutan berbanding taman tema air di Selangor yang lain. Lokasinya juga strategik & mempunyai landskap menarik yang berlatarbelakangkan pemandangan indah Taman Tasik Shah Alam. Selepas bersuka ria di sini, bolehlah pula melawat tempat menarik di Shah Alam yang berdekatan seperti Masjid Sultan Salahuddin, Muzium Sultan Alam Shah, Galeri Shah Alam, ataupun jalan jalan cari makan di restoran popular yang banyak berada di sekitar Seksyen 7.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-55132020FacebookWebsite

  • Wet World Shah Alam, No.3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Selangor Darul Ehsan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Wet World Water Park Shah Alam

  • Dibuka setiap hari;
    • 10.00 am – 6.00 pm

Ditutup pada Rabu, kecuali hari cuti umum & cuti sekolah

Harga Tiket Wet World Water Park Shah Alam

Warganegara (MyKad/MyKid)

  • Dewasa (130 cm keatas):
    • RM 37.00
  • Kanak-Kanak (90 cm – 130 cm):
    • RM 32.00
  • Bayi;
    • Percuma

Pelancong Luar

  • Dewasa (130 cm keatas):
    • RM 47.00
  • Kanak-Kanak (90 cm – 130 cm):
    • RM 42.00
  • Bayi;
    • Percuma

*kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA


4. Riverine Water Theme Park & Hotel

theme park amverton

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Pulau Carey yang terletak di Pelabuhan Klang terdapat satu tarikan yang agak baru iaitu taman tema air. Taman tema ni mempunyai banyak tarikan menarik yang bertemakan suku ataupun tribal. Anda boleh berkunjung membawa anak-anak untuk meluangkan masa keluarga yang berharga. Tarikan yang paling menarik yang memang wajib cuba ialah Gelongsor Anaconda. Kenapa Anaconda? Jangan risau bukan sebab menyeramkan, cuma gelongsor ini nampak macam Anaconda tengah membelit mangsanya macam cerita Anaconda tu. Kalau cuma setakat nak bagi anak-anak merasa air kolam pun bawa je ke sini.

Selain itu, mereka turut ada penginapan untuk anda rilek-rilek bercuti. Tak seronoklah kalau pergi sehari je. Nanti terkejar-kejar. Lebih baik anda tidur satu atau dua malam di hotel dan suites mereka ni. Bilik pun besar dan bersih.

Hotel TerdekatPeta Lokasi0331233888FacebookWebsite

  • Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor

Waktu Operasi Riverine Water Theme Park & Hotel

  • Rabu – Isnin: 10am – 6pm
  • Selasa: Tutup

Harga Tiket

Riverine Water Theme Park & Hotel

Warganegara (MyKad/MyKid)

  • Dewasa:
    • RM 58.00
  • Kanak-Kanak & Warga Emas:
    • RM 38.00
  • Bayi;
    • Percuma

Pelancong Luar

  • Dewasa:
    • RM 68.00
  • Kanak-Kanak & Warga Emas:
    • RM 48.00


Tempat Melihat Haiwan dan Alam di Selangor

5.  Zoo Negara

zoo negara ampang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang pertama kali bercuti ke Selangor bersama anak-anak, destinasi sebegini pasti membuatkan mereka gembira. Melihat pelbagai haiwan liar menarik yang dibawakan khas dari dalam & luar negara pasti akan menjadi satu pengalaman yang baru buat anak-anak anda. Pada masa yang sama, bolehlah menambah ilmu am anak-anak tentang haiwan-haiwan liar seperti penguin, panda, gajah, harimau atau zirafah yang sering diadaptasi menjadi watak animasi kartun popular di kaca tv. Penerokaan anda sekeluarga di Zoo Negara yang sangat luas ini memang lama & mungkin memakan masa sehingga 2-3 jam lamanya.

Umumnya, terdapat lebih 476 spesis haiwan yang boleh anda lihat di Zoo Negara yang merangkumi mamalia, burung-burung, amfibia, ikan & juga reptilia. Banyak haiwan yang biasa ditonton dalam National Geogrpahic boleh dilihat secara live di sini. Setiap sangkar haiwan disertakan juga dengan informasi bergambar untuk kemudahan pengunjung. Infografik sebegini, sangat memudahkan pengunjung untuk mengenali haiwan-haiwan di sini kerana majoritinya adalah spesis yang sangat eksotik.

Untuk kepuasan maksimum, pastikan anda sekeluarga tidak terlepas persembahan yang diadakan pada 11 am & 3 pm di Zoo Negara Show Amphitheatre. Melihat aksi-aksi singa laut melompat & gelagat burung kakak tua berinteraksi dengan manusia pasti menjadi satu pengalaman yang baru untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke zoo. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti parkir kereta yang luas, laluan akses kerusi ruda, tram & sebagainya.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-41083422FacebookInstagramWebsite

  • Zoo Negara, Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi Zoo Negara:

  • Dibuka setiap hari;
    • 9 am – 5 pm

Waktu Animal Show Zoo Negara:

  • 11 am & 3 pm di Zoo Negara Show Amphitheatre.

Harga Tiket Zoo Negara

  • Warganegara Malaysia
    • Dewasa: RM 44/pax
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 16/ pax
    • Warga Emas (>64 tahun): RM 21/pax
  • Pelancong negara ASEAN
    • Dewasa: RM 63/pax
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 33/ pax
    • Warga Emas (>64 tahun): RM 63/pax
  • Pelancong negara lain
    • Dewasa: RM 85/pax
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 43/ pax
    • Warga Emas (>64 tahun): RM 85/pax
  • Tiket Konsensi Sekolah
    • Pelajar: RM 10/pax
    • Guru: RM 15/pax (dengan 10 pelajar)
  • Harga Tiket Zoo Negara untuk OKU
    • PERCUMA (sertakan kad OKU yang sah)

Diskaun 10% untuk Harga Tiket Zoo Negara: Sila bawa salah satu kad berikut ketika beli tiket di kaunter 6.

  • Aeon Member / Aeon Big
  • Touch n Go
  • Rapid KL
  • The Store Card

Tiket masuk Zoo Negara boleh juga dibeli secara online di KLOOK (Lebih Murah!)

Harga Parking Kereta di Zoo Negara:

  • RM 5.50 untuk 3 jam pertama
  • RM 1.00 sejam berikutnya


6. Farm In The City

 farm in the city selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti tersingkap pada namanya, destinasi ini merupakan sebuah taman haiwan ataupun petting zoo yang terletak di kawasan bandar di Seri Kembangan. Taman haiwan ini sangat terkenal bukan sahaja kerana mempunyai banyak binatang menarik, malah konsep tarikan haiwan yang terdapat di sini juga agak berlainan dari kebanyakan zoo. Keseluruhannya, Farm In The City mempunyai koleksi haiwan pameran yang mencakupi spesis burung-burung, reptilia, serangga eksotik & sebagainya.

Terdapat 14 stations lawatan yang boleh anda terokai di zoo ini di mana setiap station menempatkan haiwan-haiwan & tarikan yang berlainan. Apa yang lebih menarik, pengunjung juga berpeluang berinteraksi & memberi makan kepada beberapa spesis haiwan dengan lebih dekat seperti kura-kura gergasi, kambing dari Switzerland, raccoon, iguana, prairie dog, arnab, kuda padi & banyak lagi. Melihat haiwan unik dengan lebih dekat sebegini pasti akan memberikan satu pengalaman yang berbeza buat anak-anak daripada melawat zoo lain yang rata-ratanya terletak jauh dari tatapan pengunjung.

Walaupun Farm In The City tidaklah sebesar Zoo Negara, tetapi anda sebenarnya boleh menghabiskan masa sehingga 2-3 jam lamanya sekiranya menerokai setiap tarikan di sini. Kawasan persekitaran destinasi ini juga sangat mendamaikan & mempunyai landskap serta rimbunan pokok-pokok yang banyak. Ini membuatkan diri terasa seperti sedang berada di kawasan perkampungan walaupun Farm In The City pada hakikatnya terletak di dalam bandar.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-89412099FacebookInstagramWebsite

  • Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Waktu Operasi Farm In the City

  • Hari berkerja:
    • 10:00 am – 6:00 pm
  • Hujung minggu;
    • 9:30 am – 6:00 pm

*Ditutup setiap hari Selasa, kecuali pada cuti umum & cuti sekolah.

Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.

Harga Tiket Farm In the City

#1 Harga untuk pemegang MyKad

  • Dewasa (12 tahun & keatas):
    • RM 39
  • Kanak-kanak (11 tahun & kebawah):
    • RM 32
  • Warga Emas (60 tahun & keatas):
    • RM 32
  • Kanak-Kanak bawah ketinggian 90 cm:
    • PERCUMA

#1 Harga biasa

  • Dewasa (12 tahun & keatas):
    • RM 58
  • Kanak-kanak (11 tahun & kebawah):
    • RM 58
  • Warga Emas (60 tahun & keatas):
    • RM 48
  • Kanak-Kanak bawah ketinggian 90 cm:
    • PERCUMA


7. Aves World Broga

aves world

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mencari sebuah zoo yang kecil tetapi menarik bagi pencinta haiwan di sekitar Selangor, anda boleh berhenti di Avest World Broga ini. Disini, anda boleh bermain sambil belajar dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam, memberi haiwan makan dan membelai haiwan. Umumnya tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak belajar menyayangi haiwan. Beberapa haiwan di sini seperti biri-biri, kambing, arnab, ayam, itik, burung dan angsa.

Di sini bermacam aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga, seperti berkayak, bermain paintball, menaiki ATV, memanah, berbasikal dan banyak lagi. Jika anda sudah lama meluangkan masa di sini, jangan risau mereka mempunyai restoran juga. Aves World juga popular dalam kalangan sekolah rendah mahupun tadika untuk aktiviti lawatan.

Hotel TerdekatPeta Lokasi010-5286118 | Facebook

  • Lot PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi Aves World Broga

  • Isnin – Jumaat; Tutup, Sabtu -Ahad;
    • 10 am – 5 pm

Harga Tiket Aves World Broga

  • RM 10/person


8. G2G Animal Garden

tempat menarik putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi taman haiwan ini sangat ideal untuk anda & anak-anak kecil lawati pada cuti sekolah. Mungkin ianya tidak sebesar Zoo Negara atau Zoo Melaka tetapi apa yang menarik, pengunjung boleh berinteraksi dengan majoriti haiwan-haiwan di sini tanpa sempadan pagar & sangkar. Membawa anak-anak melihat haiwan-haiwan yang ada di sini merupakan satu aktiviti yang sangat bermanfaat untuk memberi pendedahan awal tentang dunia haiwan.

Kebanyakan haiwan di sini juga jinak & bukannya jenis reptilia atau serangga berbisa yang kadang-kadang membuatkan anak-anak takut. Umumnya, terdapat 60 jenis haiwan yang ada di G2G Animal Garden seperti kambing biri-biri, arnab, burung kakak tua, kura-kura gergasi, burung unta, iguana, kucing parsi, kuda padi & macam-macam lagi. Di samping itu, anak-anak anda juga berpeluang memberi makan kepada sesetengah haiwan di sini yang pasti akan menjadi satu pengalaman baru yang menyeronokkan.

G2G, singkatan untuk Goat 2 Go umumnya merupakan kawasan ladang penternakan kambing. Terdapat beberapa jenis kambing di sini yang menarik & sangat jinak untuk anda beramah mesra. Di sini juga terdapat kuda padi yang boleh anak-anak merasai pengalaman menunggangnya. Selepas penat pusing-pusing di sini, bolehlah ke kafe yang menyediakan pelbagai menu makanan menarik termasuk yang berasaskan kambing. Sudah tentulah, daging kambing yang anda makan sedap & segar dari ladang. Lokasi taman haiwan ini sangat dekat dengan Putrajaya Wetland yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Putrajaya yang boleh anda lawati dengan mudah dari G2G Animal Garden.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6019-9256852FacebookWebsite

  • Jalan MAEPS 4/3, Seri Kembangan, 43400, Selangor

Waktu Operasi G2G Animal Garden

  • Hari bekerja / Weekday
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • Hujung minggu / Weekend/ Cuti Umum
    • 9.30 am – 6.00 pm
  • Selasa
    • Ditutup

Harga Tiket G2G Animal Garden

#1 Warganegara Malaysia ( MyKad)

  • Dewasa:
    • RM 20
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 10
  • Warga Emas (60 tahuun & keatas);
    • RM 10

#2 Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 30
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 15
  • Warga Emas (60 tahuun & keatas);
    • RM 15


9. Kelip Kelip Kampung Kuantan

kelip kelip kampung kuantan selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kampung Kuantan yang hanya 9 km dari bandar Kuala Selangor sangat terkenal sebagai destinasi untuk melihat kelip-kelip. Dikatakan, koloni kelip-kelip di sini merupakan antara yang terbesar di dunia. Pelancong boleh menyelusuri tebing Sungai Selangor dengan sewaan sampan untuk melihat keindahan serangga eksotik ini pada waktu malam yang kebiasaannya antara 7.30 pm – 10.30 pm. Pelancong boleh melihat kelip-kelip di 3 lokasi berbeza dengan menyewa sampan di mana-mana 3 jeti ini iaitu Kampung Kuantan Fireflies Park, Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing & Pasir Penambang Jetty (D Tours Kuala Selangor).

Setiap sampan biasanya boleh memuatkan 4 orang & anda akan dibawa menyelusuri Sungai Selangor ini ke kawasan kelip-kelip yang berada di sekitar rimbunan pokok beremban. Seronok sebenarnya menaiki sampan sebegini kerana terasa lebih tradisional. Pendayung sampan yang rata-ratanya penduduk kampung sangat mahir dalam mengendalikan sampan yang anda naiki. Tempoh pergi & balik melihat kelip-kelip di sini mengambil masa antara 30-40 minit. Untuk keselamatan, anda juga akan disediakan jaket keselamatan.

Sekiranya anda bercuti di Kuala Selangor, aktiviti ini mesti dimasukkan kedalam jadual percutian anda sekeluarga di Selangor. Tidak banyak tempat menarik di Malaysia yang mempunyai produk pelancongan melihat kelip-kelip sebegini. Malah, kebanyakan tempat melihat kelip-kelip yang lain tidak sebesar & sebanyak di Kampung Kuantan ini. Aktiviti ini sangat sesuai untuk anda bawa anak-anak mengenali serangga unik ini di samping boleh meningkat ilmu pengetahuan mereka melalui pengalaman & bukannya hanya melalui pembacaan buku semata-mata.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-32891439Facebook

  • Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor

Waktu Melihat Kelip-Kelip Kampung Kuantan

  • 7.00 pm sehingga 10.30 pm

Harga Bot Lihat Kelip-Kelip Kampung Kuantan

  • Harga umum bermula RM 53 / bot yang boleh memuatkan 4 orang

Boleh naik boat di mana-mana jeti ini:

  • Kampung Kuantan Fireflies Park
  • Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing
  • Pasir Penambang Jetty (D Tours Kuala Selangor)


10. Paya Indah Wetlands

tempat menarik selangor percuma

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi menarik khas untuk mereka yang cintakan keindahan alam & melihat haiwan. Paya Indah Wetlands merangkumi kawasan yang sangat luas sekitar 450 hektar & mempunyai ratusan spesis burung serta 26 spesis mamalia. Antara binatang yang sangat mengujakan untuk tatapan pengunjung di sini adalah badak air, buaya, kura-kura gergasi, landak, burung merak & macam-macam lagi. Destinasi sebegini sangat sesuai untuk anda yang mungkin ingin mencari ketenangan pada hujung minggu di satu kawasan yang kaya dengan flora & fauna.

Membawa anak-anak ke Paya Indah Wetlands juga boleh memanfaatkan waktu cuti dengan aktiviti yang berfaedah & tetap menyeronokkan. Antara aktiviti menarik di sini selain melihat binatang adalah berbasikal, meredah hutan, berkayak ataupun berfotografi landskap. Kalau berhasrat ke sini pastikan anda tahu waktu-waktu memberi makan haiwan yang pasti anak-anak anda tidak mahu lepaskan seperti waktu beri makan buaya, badak air & sebagainya. Menariknya, walaupun aktiviti di sini menarik seperti di zoo berbayar, sebenarnya tiada bayaran masuk dikenakan.

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung di Paya Indah Wetlands seperti chalet, tempat barbecue, menara tinjau, surau & sebagainya. Sekiranya anda mencari tempat menarik di Selangor untuk hari keluarga, team building ataupun kem motivasi, bolehlah mempertimbangkan destinasi ini. Malah lokasinya juga tidak jauh dari bandar Putrajaya, sekitar 20 minit sahaja memandu. Satu tempat menarik di Selangor yang percuma yang sangat disyorkan untuk seisi keluarga berkunjung.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-87688424Facebook

  • KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi Wetland Paya Indah

Dibuka setiap hari

  • 8 am – 6 pm

*Jumaat ditutup antara 12.00 pm – 2.45 pm untuk Solat Jumaat.

Waktu beri makan badak air

  • 10.00 am – 10.30 (setiap hari)

Waktu beri makan buaya

  • 11.00 am – 11.30 am (Sabtu & Ahad sahaja)

Waktu berkayak

  • 9.00 am – 12.00 pm
  • 3.00 pm – 6.00 pm

Harga Tiket Wetland Paya Indah

  • Bayaran masuk
    • Percuma
  • Sewa basikal:
    • RM 5 / 2 jam
  • Sewa basikal roda 3 untuk kanak-kanak :
    • RM 3 / 2 jam
  • Kayak
    • RM 7 / jam


11. Ostrich Wonderland Semenyih

ladang burung unta selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari idea pada hujung minggu untuk berjalan-jalan di Selangor bersama anak-anak, apa kata bawa mereka ke Semenyih untuk melihat burung unta dengan lebih dekat. Selain burung unta yang menjadi tarikan utama di Taman Burung Unta ini, terdapat juga haiwan menarik lain seperti keldai, arnab, ayam api, kuda padi & sebagainya. Sehingga hari ini, terdapat lebih 180 ekor burung unta yang diternak di sini. Walaupun burung unta adalah haiwan yang boleh anda lihat di zoo, tetapi ada aktiviti lain di sini yang tiada di zoo lain.

Selain melihat burung unta dengan lebih dekat, anda juga boleh mencuba menguji kekuatan sebiji telur burung unta yang ada di sini dengan berdiri di atasnya. Kalau nak tahu, telur burung unta yang saiznya hampir sebesar sebiji buah limau bali ini boleh menampung berat beban sehingga 200 kg. Hebat bukan? Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan burung unta dengan daun-daun tumbuhan yang disediakan.

Bagi yang berani, bolehlah mencuba untuk menunggang burung unta di sini. Pasti akan rasa janggal apabila pertama kali menunggang haiwan ini kerana kadang-kadang buatkan diri terfikir, adalah mampu burung unta yang berkaki ‘slim’ ini menampung berat badan manusia & bahkan boleh berlari laju pula? Namun, itu kehebatan burung terbesar di dunia ini. Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk mereka yang ingin lebih mendekati haiwan yang boleh dilabelkan sebagai agak ‘rare’ di Malaysia.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6019-2306686Facebook

Ostrich Wonderlands, Lot 485, Sg.Lalang, 43500, Semenyih, Selangor

Waktu Operasi Ostrich Wonderland Semenyih

  • Selasa-Ahad
    • 10 am – 6 pm
  • Isnin tutup

Harga Tiket Masuk ke Ostrich Wonderland Semenyih

  • Dewasa
    • RM 15.00
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun):
    • RM 10.00

Menunggang burung unta / kuda padi;

  • Dewasa:
    • RM 8.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 5.00


12. 99 Wonderland Park Batu Caves

99 wonderland park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kepada ibu bapa yang buntu mencari tempat jalan-jalan untuk anak-anak anda, 99 Wonderland Park di Batu Caves harus menjadi pilihan anda. Di sini, ada banyak pameran lampu-lampu yang berwarna-warni dan bermacam bentuk, ala-ala I-City juga. Anak-anak anda terutama kalau anak kecil tu mesti suka melihat lampu-lampu di sini. Ada juga air pancuran yang berwarna-warni untuk anda sekeluarga nikmati. Selain itu, terdapat juga pameran dinasour seperti Jurrasic Park dimana anda boleh melihat patung-patung T-Rex dan dinasour-dinasour lain. Anak-anak anda pasti teruja bila ke sini.

Tarikan utama ialah pameran haiwan-haiwan yang pelbagai seperti di dalam zoo. Ada beberapa haiwan yang anda boleh lihat seprti tapir dan burung merak. Kalau nak bagi makan ada juga beberapa haiwan yang ada dibenarkan untuk memberi makan. Nak tambah lagi keseronokan di sini, anda boleh naik cruise dan melihat sekitar kawasan ini.

Hotel TerdekatPeta Lokasi+60125513099 | Facebook | Website

  • Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi 99 Wonderland Park

  • Dibuka setiap hari kecuali Isnin, (Isnin cuti umum dibuka);
    • 9.30 am – 12.00 am

Harga Tiket 99 Wonderland Park

#1 Harga untuk Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad/MyKid);

  • Dewasa (12 tahun & keatas);
    • Bermula dari RM 30
  • Kanak-Kanak (11 tahun & kebawah);
    • Bermula dari RM 18
  • Warga Emas (60 tahun & keatas);
    • Bermula dari RM18

#2 Harga untuk Pelancong Asing;

  • Dewasa (12 tahun & keatas);
    • Bermula dari RM 40
  • Kanak-Kanak (11 tahun & kebawah);
    • Bermula dari RM 20
  • Warga Emas (60 tahun & keatas);
    • Bermula dari RM 20

*kanak-kanak tinggi dibawah 90 cm masuk percuma


13. Secret Garden 1 Utama

secret garden 1 utama

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Secret Garden di 1 Utama menerima gelaran seperti taman bumbung terbesar di Asia Tenggara dan menjadi salah satu taman bumbung terbesar di dunia. Jika anda datang ke sini pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, anda akan dibenarkan masuk dengan percuma. Memiliki 500 spesis tumbuhan eksotik dari serata dunia dengan keluasan bumbung 30,000 kaki persegi, Secret Garden ini menjadi tarikan hangat pada mereka yang datang membeli belah di sini.

Tumbuhan di sini sangat dijaga rapi menimbulkan suasana persekitaran yang cantik dan harmoni. Garden pergola, stringy cissus, giant colcasia, cascading waterfall, cactus bed, dan giant amazon water lily adalah contoh lokasi atau tumbuhan yang popular di sini. Menariknya, di sini juga sesuai untuk dijadikan lokasi anda berjanji temu dengan pasangan dek kerana pemandangan yang romantik.

Hotel TerdekatPeta Lokasi03-7710 8118 | Facebook | InstagramWebsite

  • Upper Roof, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Secret Garden 1 Utama

  • Sabtu -Ahad;
    • 10 am -10 pm

Harga Tiket Secret Garden 1 Utama

  • Percuma


14. Kuan Wellness Eco Park

Kuan wellness eco park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kuan Wellness Eco Park merupakan destinasi ekopelancongan yag berteraskan alam semula jadi. Tempat pelancongan ini terletak di Tanjung Sepat di antara GoldCoast Sepang dan GoaldCoast Morib yang juga merupakan destinasi pelancongan yang terbaik di Selangor. Kehijauan dan kelestarian di sini menjadikan tempat ini seronok untuk dikunjungi anda yang sukakan kehijauan. Ada beberapa aktivit yang boleh anda lakukan seperti melihat pameran kereta lama dan melihat haiwan di zoo mini mereka. Ada beberapa haiwan di sini yang anda boleh sentuh, belai serta beri makan.

Fokus utama tempat ini adalah penternakan dan penjualan barangan yang diperbuat daripada sarang burung walet. Untuk pengetahuan anda, sarang burung walet ni telah lama dijadikan makanan sampingan yang baik untuk kesihatan. Jadi, di sini anda boleh membeli produk-produk burung walet. Jangan risau kerana produk mereka ada mendapat sijil halal daripada JAKIM. Tempat ini dibuka pada hari cuti sahaja tau.

Hotel TerdekatPeta Lokasi+60331481126FacebookWebsite

  • 408, Tanjung Layang, Kampung Batu Lapan, 42800 Tanjong Sepat, Selangor

Waktu Operasi Kuah Wellness Eco Park

  • 9.00 am – 7.00 pm (setiap hari minggu, cuti sekolah & cuti umum)

Harga Tiket Kuah Wellness Eco Park

  • RM 5 (entrance fee)
  • RM 2 (makanan haiwan)


15. Hussin Fauzi Farm

hussin fauzi farm

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi anda yang pencinta haiwan, anda boleh pergi ke Hussin Fauzi Farm yang terletak di Kuala Selangor. Zoo mini ini menempakkan beberapa haiwan yang anda boleh belai dan juga beri makan. Antara haiwan yang boleh ditemui di sini ialah mamalia seperti burung unta, kuda padi, arnab dan banyak lagi. Selain itu, haiwan-haiwan reptilia seperti ular dan cicak geko juga ada untuk anda pegang. Memang seronok dapat datang dan lihat haiwan-haiwan di sini. Anak-anak anda juga boleh menunggang kuda dan dibawa pusing-pusing kawasan sekitar. Ianya pasti menjadikan satu kenangan yang seronok bagi anak-anak kecil.

Di sini, anda juga boleh melakukan aktiviti memanah yang mampu menggalakkan sifat berdaya saing dalam diri anda serta anak-anak anda. Mereka akan ajar anda cara memanah bagi yang tak tahu tu. Kalau nak naik ATV pun boleh juga bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Juga digalakkan anda datang pada waktu pagi kerana pada tengah hari kawasan di sini memang agak panas.

Hotel TerdekatPeta Lokasi0183833267Facebook

  • Jalan Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, 45600 Kuala Selangor, Selangor (Ma’ahad Tahfiz Dar As-Thaqofah

Waktu Operasi Hussin Fauzi Farm

  • 10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Hussin Fauzi Farm

  • kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah – PERCUMA
  • 3 tahun-12 tahun – RM7
  • Dewasa (13 tahun dan ke atas) – RM12


Tempat Keagamaan dan Budaya di Selangor

16. Batu Caves

tempat menarik gombak selangor batu caves

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Batu Caves bukan sahaja merupakan tempat keagamaan untuk penganut Hindu malah, ianya juga merupakan satu tempat pelancongan di Selangor yang sangat terkenal di kalangan pelancong dalam & luar negara. Rata-rata yang berkunjung ke sini pasti kagum dengan keindahan bukit & gua batu kapur yang sangat besar. Sesiapa sahaja boleh datang melawat ke sini tidak mengira latar belakang agama pengunjung. Untuk menuju ke dalam gua, pengunjung perlu mendaki sebanyak 272 anak tangga yang agak curam.

Di sepanjang tangga ini, anda boleh lihat pemandangan sekeliling yang menarik untuk bergambar & berswafoto. Banyak monyet-monyet yang berkeliaran di sini & pastikan anda sorok makanan di dalam beg. Gua di Batu Caves memang besar & mencapai ketinggian sehingga 100 m dari aras lantainya. Terdapat 3 gua utama di sini & satu gua yang kecil. Kompleks gua di Batu Caves dipercayai berusia lebih 400 juta tahun lamanya. Tidak hairanlah ramai pelancong yang pertama kali melancong di Selangor sangat berminat berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keunikan struktur Gua Batu Caves.

Di dalam gua ini juga terdapat kuil yang digunakan untuk tujuan keagamaan penganut Hindu. Seronok sebenarnya berkunjung ke Batu Caves, anda bukan sahaja dapat melihat keindahan gua batu kapur sahaja malah dapat juga melihat budaya & suasana tempat keagamaan penganut Hindu. Sekiranya anda bercuti di Selangor pada pertengahan Januari-pertengahan Februari, bolelah mengambil kesempatan untuk melihat suasana perayaan Thaipusam di sini. Sekiranya anda belum pernah melihat keunikan gua batu kapur, sangat disyorkan untuk melawat gua di Batu Caves kerana ianya sangat mudah diakses & mesra keluarga. Tidak seperti di gua-gua batu kapur yang lain yang terletak jauh di pedalaman & akses pelancong yang sukar.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Batu Caves, 68100 Gombak, Selangor

  • 24 jam

  • Percuma


17. Sri Shakti Devasthanam Temple

temple

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Okay kali ni untuk orang yang beragama Hindu pula ada Kuil Sri Shakti Devasthanam yang terletak di Bukit Rotan, Ijok, Selangor yang boleh dilawati. Kuil ini berjarak sekitar 9.5 KM dari pusat bandar Kuala Selangor, dan sekitar 6.6 km dari Persimpangan Ijok LATAR. Kuil Sri Shakti Devasthanam di Bukit Rotan dibina sesuai dengan kitab suci kuno seperti Veda, Agamas dan Sirpa (seni bina) Sastras. Kuil ini akan menggabungkan semua struktur yang merupakan Kuil Amman yang sesuai menurut Agama Hindu.

Salah satu keunikannya yang lain adalah teknik patung langka yang dikenali sebagai Thundu Pattirippu Pathroba Pathram. Teknik halus ini biasanya tidak digunakan dalam pembinaan kuil semasa, bahkan di India, kerana tahap kerumitannya yang tinggi, dan diilhamkan dari kuil Sri Subramanyar di Kompleks Kuil Bragatheeswarar (Peria Kovil) di Tanjore, India Selatan. Kuil Sri Shakti bukan hanya tempat ibadah untuk agama Hindu, tetapi juga akan menjadi mercu tanda Hindu terkemuka di Malaysia.

 Peta Lokasi | 01116347989Facebook

  • Jalan Kuala Selangor, Bukit Rotan, 45700 Bukit Rotan, Selangor

Waktu Operasi Sri Shakti Devasthanam Temple

  • Buka setiap hari

Harga Tiket Sri Shakti Devasthanam Temple

  • Percuma


18. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

masjid menarik shah alam selangor

  • Info
  • Alamat
  • Harga Tiket

Masjid ini bukanlah destinasi yang asing di kalangan rakyat Malaysia kerana sering muncul di kaca tv. Sekiranya anda belum pernah menjejakkan kaki ke masjid ini, anda pasti akan terkejut melihat saiznya yang sangat besar & mempunyai menara yang sangat tinggi. Turut dikenali sebagai Masjid Shah Alam atau Blue Mosque of Malaysia, masjid ini merupakan masjid terbesar di Malaysia yang mampu menampung jemaah sehingga 24,000 orang pada satu satu masa. Kapasitinya adalah 8000 lebih banyak berbanding kapisiti di Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Masjid Shah Alam ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam & luar negara kerana lokasi yang mudah untuk dilawati & mempunyai senibina yang sangat mengagumkan. Masjid yang mempunyai elemen senibina Melayu dan Islam ini dibuka secara rasmi pada tahun 1988. Di sekelilingnya, terdapat 4 menara yang menjangkau ketinggian 142.3 m & merupakan menara masjid yang kedua tertinggi di dunia selepas Masjid Hassan II di Morocco. Ianya sedikit lebih tinggi dari Menara Taming Sari di Melaka yang berketinggian 110 meter sahaja. Tinggi sekali bukan?

Kubah utamanya yang berwarna biru di Masjid Shah Alam merupakan kubah masjid yang terbesar di dunia. Sekiranya anda berdiri di dalam masjid ada waktu malam, anda boleh melihat lampu di bahagian tengah kubah yang sangat cantik menerangi bahagian dalaman kubah ini. Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti dewan seminar, dewan kuliah, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah. Menariknya, ruangan mengambil wudhu di sini sangat canggih yang pasti membuatkan anda rasa janggal. Bagi yang pertama kali makan angin di Shah Alam, sangat disyorkan untuk anda membawa anak-anak untuk solat di sini di samping melihat keunikan masjid kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-55238006FacebookWebsite

  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

[/tab]

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan.


19. Fo Guang Shan Dong Zen Temple

temple

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di pekan kecil di Jenjarom, Kuala Langat, Fo Guang Shan Dong Zen Temple dibina pada tahun 1994 dan mempunyai keluasan 16 ekar. Fo Guang Shan Dong Zen Temple ialah kawasan yang sangat tenang dan merupakan kuil utama yang menempatkan patung Budhha yang sangat besar. Selain tempat untuk penganut Budhha beribadah, di sini juga terdapat Waterdrop Teahouse, Lumbini Garden, Sutra Calligraphy Hall, Fo Guan Yuan Art Gallery, bilik audio visual, ruang bermeditasi, ruang makan dan juga restoran vegetarian.

Bagi yang bukan penganut agama Buddha anda boleh juga datang untuk melihat kawasan dan ambil gambar tapi pakaian mestilah sopan dan kena hormat ketika berada di dalam tokong. Tokong ini akan dipenuhi oleh penganut Buddha apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina dan juga Pesta Bunga yang akan diadakan pada setiap awal tahun. Pesta Bunga akan bermula pada Tahun Baru Cina dan akan berterusan 17 hingga 18 hari selepas itu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 03-31911533Facebook | Website

  • PT 2297, Jalan Sungai Buaya, Kampung Jenjarom, 42600 Jenjarom, Selangor

Waktu Operasi Fo Guang Shan Dong Zen Temple

  • Selasa – Ahad
    • 9 am – 6.00 pm

Harga Tiket Fo Guang Shan Dong Zen Temple

  • Percuma.


20. Masjid Bandar Diraja Klang

tempat menarik di klang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid di Selangor yang menarik sangat banyak. Maklumlah, sebuah negeri yang mempunyai banyak bandar besar & padat dengan penduduk menjadikan bilangan masjid di Negeri Selangor juga banyak. Sekiranya anda suka menghayati senibina bangunan yang menarik, apa kata anda berkunjung ke Masjid Badar Diraja Klang yang hanya bersebelahan sahaja dengan Sungai Klang & juga tidak jauh dari satu mercu tanda popular di Klang, iaitu Jambatan Kota. Dari jauh lagi, anda sudah boleh mengenalpasti masjid ini kerana kilauan kubahnya yang berwarna keemasan sangat kontra berbanding bangunan lain di sekelilingnya.

Kalau anda perasan, bentuk kubah utamanya juga mirip kubah Masjid Al-Aqsa di Palestin. Masjid Bandar Diraja Klang ini mempunyai satu menara masjid yang sangat tinggi & bentuk puncak menara ini juga sangat berlainan dengan kebanyakan menara masjid lain. Dari jauh, tidak ubah seperti sebatang berus kaligrafi yang dipacakkan secara terbalik. Masjid ini memang besar & sangat selesa untuk anda singgah sebentar bersolat ataupun sekadar melihat pemandangan dari perkarangan masjid ini.

Memandangkan Masjid Diraja Klang ini bersebelahan dengan sungai & berdekatan dengan Jambatan Kota yang sangat klasik, tidak hairanlah ramai kaki fotografi yang gemar merakam gambar landaskap masjid ini terutamanya pada waktu siang. Sinaran mentari yang memancar membuatkan kubah ini betul-betul seperti emas. Bersebelahan dengan masjid, terdapat Pasar Jawa yang merupakan sebuah pasar harian yang boleh anda cari makanan, kuih muih, kerepek, baju melayu & sebagainya.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebook

  • Jalan Pasar, Kawasan 18, 41300 Klang, Selangor

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan.


21. Masjid Al-Mukarramah

masjid menarik selangor kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pertama kali melihat masjid ini, pasti anda akan tertanya-tanya, kenapa dinding luar bangunan masjid tidak dicat? Itulah uniknya Masjid Al-Mukarramah yang terletak di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Masjid yang tersegam indah di kawasan berbukit ini sangat disyorkan untuk anda melihat sendiri keunikan senibinanya yang sangat berbeza dengan majoriti masjid lain. Warna kelabu dari atas kubah sampai ke dinding masjid tanpa apa-apa kontra warna, membuatkannya sangat unik & sering menjadi subjek kegemaran untuk kaki fotografi di Selangor & Kuala Lumpur.

Binaan kubah & struktur bangunan masjid ini banyak dipengaruhi oleh senibina Ottoman & Anatolian daripada Turki. Ianya mempunyai sebuah kubah utama & 4 kubah kecil di setiap penjuru masjid. Dinding mihrab berkayunya pula disulami ukiran khat yang halus seninya & hiasan masjid rata-ratanya berlatarbelakangkan corak geometri Islam. Landskap tamannya yang menarik & berada di kawasan berbukit pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berswafoto & bergambar.

Tidak hairanlah, Masjid Al Mukarramah ini sering menjadi lokasi untuk majlis pernikahan selebriti tanahair & penggambaran drama. Memandangkan lokasi masjid ini strategik, anda boleh melawat dengan mudah ketika bercuti di Kuala Lumpur atau di sekitar Kepong & Sungai Buloh.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakWebsite

  • Masjid Al-Mukarramah, Jalan Saga SD 8/1, Bandar Sri Damansara, 52200, Kepong, Selangor

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan


22. Mah Meri Cultural Village

mah meri cultural village

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mesti ramai yang tak tahu bahawa di Selangor pun ada pulaunya. Di pulau yang dinamakan Pulau Carey ini terdapat sekumpulan masyarakat orang asli yang digelar Mah Meri. Orang Asal ni banyak kaumnya tapi golongan Mah Meri ni unik. Nak tahu lebih banyak tentang masyarakat asli ni? Anda boleh teruskan perjalanan ke Mah Meri Cultural Village. Ada caj bayaran yang dikenakan kalau anda nak masuk tapi sangat berbaloi. Untuk pengalaman yang lebih menarik, waktu terbaik untuk ke sini adalah sekitar bulan Mac ke April setiap tahun untuk melihat sambutan Hari Moyang, ketika musim perkahwinan atau Puja Pantai.

Di dalam kawasan kampung ini juga terdapat sebuah muzium atau galeri kecil yang mempamerkan pelbagai koleksi seni, agama, budaya dan pelbagai lagi berkaitan dengan masyarakat asli Mah Meri. Bolehlah pergi. Ala! Bukannya selalu dapat merasai dan berjumpa dengan Orang Asal.

 Peta Lokasi | 010-2522800FacebookWebsite

  • Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor

Waktu Operasi Mah Meri Cultural Village

  • Sabtu , Ahad & Cuti Umum
    • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Bangi Mah Meri Cultural Village

#1. Warganegara (MyKad/MyKid)

  • Dewasa:
    • RM 20.00
  • Kanak-Kanak & Warga Emas:
    • RM 15.00
  • Full Pakej:
    • RM 85.00
  • Premium Pakej:
    • RM 120.00 – RM 150.00
  • Standard Pakej:
    • RM 65.00
  • Pengalaman Bercucuk-Tanam:
    • RM 65.00
  • Sewa Basikal:
    • RM 10.00
  • Sehari di Mah Meri:
    • RM 90

#2. Bukan Warganegara

  • RM30


23. Pasar Malam Setia Alam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pasar Malam yang sepanjang 2.4km di Setia Alam ini merupakan pasar malam yang terpanjang di Malaysia! Pasar malam Setia Alam bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis makanan melayu, tetapi juga makanan taiwan, cina, india, jepun, korea, europah dan sebagainya. Dari 300+ gerai pada masa pembukaan, pasar malam ini telah mencatat rekod sebanyak 800+ gerai pada tahun 2019 dan menerima sebanyak 10,000+ pengunjung setiap minggu!

Dengan lokasi pasar malam setia alam yang terletak bersebelahan dengan Setia Club House dan pelbagai kedai menjual makanan, minuman bubble tea dan Pasaraya Tesco, tempat ini telah menjadi pilihan utama untuk pengunjung yang mencarikan tempat untuk bersantai pada hujung minggu.

Untuk sesiapa yang mencarikan makanan sedap ataupun gerai gerai yang menjual pelbagai barangan menarik, bolehlah datang ke Pasar Malam Setia Alam dengan kawan kawan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Setia Prima A, Setia Alam, Selangor

  • 4 pm – 11 pm (Setiap Sabtu)

  • Percuma


Tempat Penginapan Cantik di Selangor

24. Avani Sepang Gold Coast Resort

tempat penginapan menarik di selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda baru bergelar ‘raja sahari’ & ingin berbulan madu di Selangor? Apa kata anda buat kejutan untuk pasangan anda dengan bercuti di Pantai Bagan Lalang & menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort. Resort ini merupakan satu tempat penginapan menarik di Selangor yang sangat popular & tarikan utama di sini adalah villa mewahnya yang terletak di atas air. Dari udara, bentuk penginapan ini seperti pohon palma yang besar yang terletak di atas laut Selat Melaka.

Avani Sepang Gold Coast Resort menawarkan lebih 300 buah villa di atas air yang pelbagai saiz & pakej harga. Sama ada anda bercuti berdua atau berkumpulan, pilihan penginapan di sini pasti ada yang ideal dengan bajet anda. Menariknya, terdapat juga infinity pool yang terletak di atas laut yang boleh anda berenang sambil melihat keindahan suasana sekeliling. Pemandangan dari infinity pool ini tatkala matahari terbenam sangat menakjubkan sekali. Bagi kaki kamera, saat ini pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk merakam panorama sunset yang sangat menarik dari kolam renang infinity ini.

Destinasi Avani Sepang Gold Coast Resort juga hanya bersebelahan dengan salah satu pantai menarik di Selangor yang popular iaitu Pantai Bagang Lalang. Pantai rekreasi yang lapang & landai ini sangat sesuai untuk anda datang riadah petang bersama keluarga & anak-anak. Kalau anda jemu dengan makanan di hotel, anda boleh makan malam di restoran atau medan ikan bakar berdekatan yang sangat terkenal dengan keenakan masakan berasaskan seafood yang segar & sesuai dengan selera majoriti rakyat Malaysia.

Harga HotelPeta LokasiJarak603-31823600FacebookInstagramWebsite

  • Avani Sepang Gold Coast Resort, No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

  • Sepanjang tahun (destinasi penginapan)


25. Morib Gold Coast Resort

gold coast morib resort waterpark

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Morib bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang sentiasa menjadi tempat santai petang, malah turut mempunyai beberapa resort & hotel menarik yang boleh dilawati bersama keluarga. Salah satu destinasi penginapan menarik di Pantai Morib ini adalah Morib Gold Coast Resort. Malah, resort ini turut mempunyai taman tema air untuk tetamu yang bermalam. Taman tema air di sini mungkin tidaklah sebesar di Sunway Lagoon Theme Park, tetapi sudah memadai untuk aktiviti anak-anak bermain gelongsor air & berenang di dalam kolam.

Yang lebih menarik, lokasinya yang hanya di tepi pantai, membolehkan anda untuk santai-santai petang melihat laut & panorama matahari terbenam. Kalau anda orang KL & Selangor, lokasi resort ini adalah antara yang paling dekat untuk anda cari penginapan yang ada water park. Pilihan bilik penginapan di Morib Gold Coast Resort juga sangat banyak & pelbagai jenis samaada studio, apartment, suite penthouse & sebagainya. Kalau nak bermalam di sini, pilihlah bilik penginapan yang mengadap pantai & terletak di tingkat tinggi supaya dapat menikmati panorama sunset di Selat Melaka dari sudut yang lebih menarik.

Selain itu, pilihan aktiviti rekreasi juga banyak untuk anda lakukan bersama rakan-rakan di sini seperti main bola tampar tepi pantai, menunggang ATV, flying fox & sebagainya. Tidak hairanlah, banyak syarikat korporat yang memilih Gold Coast Morib International Resort sebagai destinasi piliahan untuk mengadakan program seperti hari keluarga, seminar syarikat, kursus, team building & sebagainya. Alang-alang menginap di sini, jangan lupa untuk makan malam di medan ikan bakar sekitar Pantai Bagan Lalang yang hanya 30-40 minit memandu dari Gold Coast Morib Resort ini.

Harga HotelPeta LokasiJarak603-38508028FacebookWebsite

  • PT. 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi Water Park Gold Coast Morib, Banting

  • 9.30 pagi sehingga ke 7 petang

Harga Tiket Water Park Morib Gold Coast

  • RM 25/pax – dewasa
  • RM 15/pax – kanak-kanak (2-11 tahun)

Standard pakej water park bersama studio/apartment di Gold Coast Morib Resort Banting:

  • Pakej Studio – percuma 2 tiket taman tema air
  • Pakej Apartment 2 Bilik – percuma 4 tiket taman tema air
  • Pakej Apartment 3 bilik – percuma 5 tiket taman tema air


26. New World Petaling Jaya Hotel

tempat menarik kuala lumpur selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Selangor & pada masa yang sama ingin melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur, apa kata pertimbangkan untuk menginap di hotel ini. Lokasinya sangat strategik di Petaling Jaya & sangat mudah untuk anda memandu ke majoriti tarikan pelancongan di Kuala Lumpur serta tempat-tempat menarik sekitar Lembah Klang, Selangor. Malah, dengan fasilitinya yang sangat bagus & status hotel ini yang 4 bintang, anda juga boleh jadikan tempat bermalam bersama pasangan mungkin ketika honeymoon di Selangor.

Andai kata anda menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk berenang di infinity pool yang terletak di aras 29 bangunan hotel ini. Anda boleh melihat pemandangan indah Bandar Petaling Jaya sambil santai & berenang di sini bersama pasangan. Malah, waktu petang ketika matahari melabuhkan tirai, panorama langit jingga di ufuk barat pasti membuatkan anda ‘khayal’ dengan keindahannya.

Kalau rasa bosan duduk di hotel, anda boleh jalan kaki ke Paradigm Mall untuk membeli belah & lokasinya hanya bersebelahan sahaja dengan hotel ini. Tidak jumpa barang yang berkenan di hati di Paradigm Mall? Jangan risau, anda terokai pula Giant Kelana Jaya Mall yang terletak 100 m dari sini & merupakan sebuah shopping mall yang sangat besar. Malah, terdapat juga indoor playground yang boleh anak-anak anda bersuka ria. Satu hotel menarik di Selangor yang sangat disyorkan untuk mereka yang pentingkan keselesaan & kedudukan yang sangat strategik antara KL serta Lembah Klang, Selangor.

Harga HotelPeta LokasiJarak603-76820000FacebookInstagramWebsite

  • No. 1, Jalan SS7/26A, Ss 3, 47301 Petaling Jaya, Selangor

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


27. Amverton Cove Golf & Island Resort

resort menarik di selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu kesimpulan yang tepat dengan Amverton Cove Golf & Island Resort adalah, sebuah penginapan menarik di Selangor yang sangat sempurna untuk seisi keluarga. Destinasi ini bukan sahaja terkenal dengan lapangan golf 18 lubang yang indah untuk riadah hujung minggu, malah mempunyai daya tarikan sekeliling yang pasti akan memberikan pasangan anda & anak-anak satu percutian hujung minggu yang sangat sempurna. Terletak di Pulau Carey, resort bertaraf 5 bintang ini menawarkan pilihan bilik penginapan yang sangat banyak & mempunyai pemandangan dari tingkap yang menakjubkan. Malah terdapat juga chalet berhadapan tasik yang indah & boleh menjadi terapi untuk anda mencari ketenangan dengan hanya melihat sahaja.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti outdoor & aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga seperti berkayak, flying fox, menunggang ATV, paintball & sebagainya. Bagi anak-anak kecil, ajak mereka mandi manda & bersuka ria di kolam renang yang mempunyai gelongsor air berliku yang pasti dapat mengisi waktu terluang dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan. Hari hujan? Tidak perlu risau, terdapat indoor playground yang sesuai untuk mereka berlari & bermain gelongsor sebelum pulang ke bilik untuk berendam dalam tub mandi.

Dengan statusnya yang 5 bintang & mempunyai reviu pengunjung yang sangat bagus, anda tidak perlu risau dengan fasiliti & kemudahan untuk menganjurkan program seperti hari keluarga ataupun seminar syarikat. Terdapat 4 bilik mesyuarat berkonsepkan teater yang dapat memuatkan sehingga 120 orang pada satu-satu masa. Selain itu, terdapat juga dewan tertutup yang canggih & boleh memuatkan 800 orang untuk anda menganjurkan acara seperti majlis perkahwinan ataupun hari keluarga secara besar-besaran.

Harga HotelPeta LokasiJarak603-31233888FacebookWebsite

  • A: PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor

  • Sepanjang tahun (Destinasi penginapan)


28. Templer Park Rainforest Retreat

resort tepi hutan selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda inginkan destinasi percutian menarik di hujung minggu yang dekat dengan KL & menjanjikan suasana sekeliling yang hijau lagi mendamaikan? Apa kata lihat tawaran yang terdapat di Templer Park Rainforest Retreat yang hanya terletak di Rawang, Selangor. Destinasi ini sangat ideal untuk anda lawati & bermalam sehari dua bersama keluarga di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Walaupun hanya 25 minit memandu dari Kuala Lumpur, tetapi perasaan berada di sini seperti bercuti di satu kawasan pedalaman yang jauh dari bandar.

Bermalam di dalam suasana hutan, ditemani haiwan serta serangga seperti monyet, tupai & burung-burung di rimba pasti memberikan anda satu ketenangan yang setara di Taman Negara. Kalau nak tahu, penginapan ini juga hanya 5 minit dengan beberapa tempat menarik di Rawang sepert Air Terjun Kanching, Hutan Lipur Templer & juga hanya 15 minit memandu ke Kolam Air Panas Selayang.

Kalau sudah bermalam di sini, jangan lepaskan peluang untuk ajak anak-anak & pasangan berendam di kolam renang infiniti yang terdapat di Templer Park Rainforest Retreat ini. Kalau infinity pool di hotel dalam bandar dikelilingi hutan batu bata, kolam renang infiniti di sini pula dikelilingi dengan hutan rimba yang sangat saujana mata memandang & lebih mendamaikan.

Harga HotelPeta LokasiJarak6016-2038562FacebookWebsite

  • 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

  • Sepanjang tahun (destinasi penginapan)


29. Kuang Kampung Retreat @ Sungai Buloh

kuang kampung retreat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Sungai Buloh, terdapat satu tempat penginapan yang memberikan kampung vibes kepada pengunjung. Kuang Kampung Retreat memang sesuai untuk orang-orang bandar yang ingin melupakan kesibukan kota dan ingin menghirup udara tanpa bau asap kereta. Senibina rumah ini memang sangat cantik kerana mereka menggunakan kayu mahal dalam pembinaan villa ini dengan design yang tradisional dan moden pada masa yang sama. Jubin-jubin yang digunakan juga cukup cantik dan akan membuatkan anda ingin mendapatkan rumah seperti ini.

Villa ini dapat menempatkan satu keluarga besar kerana ianya memang besar dan dilengkapi dengan 3 bilik tidur serta 3 bilik air yang pasti dapat memberikan keselesaan kepada anda sekeluarga. Yang paling best di sini, terdapat kolam renang di dalam villa ini dimana anda boleh berseronok bersama-sama. Memang mewah tau villa ini.

 Peta Lokasi0327309988Website

  • Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi Kuang Kampung Retreat

  • Setiap hari

Harga Kuang Kampung Retreat

  • bermula daripada RM1000


30. Rumah Rakit Hobbit Sekroy

rumah rakit hobbit

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kepada kaki pancing yang inginkan port anda sendiri untuk memancing dengan tenang sambil rilek-rilek, pastikan anda pergi ke Rumah Rakit Hobbit Sekroy. Tempat ini merupakan tempat penginapan bagi kaki pancing yang suka meluangkan masa untuk memancing. Anda boleh datang bersama keluarga serta rakan-rakan anda dan menikmati ketenangan di sini. Rumah rakit ini boleh menempatkan seramai 4 ke 6 orang sahaja untuk satu-satu rumah. Ianya dibina dari kayu, jadi tak bolehlah nak beramai-ramai dalam satu rumah, roboh pula nanti. Tilam ada disediakan untuk keselasaan anda yang menginap di sini.

Lepas dah dapat ikan dan nak bakar-bakar, anda boleh terus buat di sini kerana mereka ada menyediakan tempat untuk anda bakar-bakar dan makan. Ikut nasib andalah kalau dapat ikan besar, puaslah makan nanti. Harga disini dicas untuk sehari. Oleh itu, anda ada banyak masa untuk tunggu ikan makan umpan anda.

 Peta Lokasi0176182441Facebook

  • Jeti Nelayan Besar, 43950 Sepang, Selangor

Waktu Operasi Rumah Rakit Hobbit Sekroy

  • Setiap hari

Harga Rumah Rakit Hobbit Sekroy

  • Maksima 4 orang – RM 150 semalam
  • Maksima 6 orang – RM 200 semalam
  • Tempat letak kereta percuma
  • Bot memancing selama 4 jam (3 – 4 orang) – RM 150


Pantai Menarik di Selangor

31. Pantai Morib

pantai morib banting selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Morib bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang sentiasa jadi tempat riadah & santai petang, malah turut mempunyai beberapa resort & hotel menarik yang boleh dijadikan destinasi bermalam. Umumnya, Pantai Morib mempunyai kemudahan untuk pengunjung yang sangat lengkap seperti dataran, taman permainan kanak-kanak, gerai makan & sebagainya. Malah, terdapat juga menara tinjau di sini yang boleh anda naik untuk melihat keindahan Selat Melaka yang terbentang luas di depan mata.

Aktiviti di Pantai Morib juga lebih kepada santai-santai & riadah. Untuk aktiviti mandi manda, Pantai Morib bukanlah jawapan yang tepat. Setiap hujung minggu, ramai pengunjung yang datang ke sini untuk melihat suasana pantai memandangkan lokasinya antara yang terdekat dari KL & Selangor. Tidak kurang juga pelancong yang menginap di beberapa hotel popular yang berdekatan, akan berkunjung ke sini untuk bergambar & membawa anak bersiar-siar. Salah satu destinasi penginapan terdekat di Pantai Morib yang sangat sesuai untuk anda bermalam adalah di Gold Coast Morib Resort. Kalau nak tahu, resort ini mempunyai taman tema air yang menarik untuk seisi keluarga.

Taman tema air di Gold Coast Morib Resort tidaklah sehebat di Sunway Lagoon Theme Park, tetapi sudah memadai untuk aktiviti anak-anak bermain gelongsor air & berenang di dalam kolam. Yang lebih menarik, lokasinya hanya di tepi pantai & bolehlah santai-santai petang melihat sunset pada waktu senja bersama pasangan. Kalau anda orang KL & Selangor, lokasi resort ini adalah antara yang paling dekat untuk anda cari resort yang ada water park & juga terletak di tepi pantai. Alang-alang menginap di sini, jangan lupa untuk makan malam di medan ikan bakar sekitar Pantai Bagan Lalang yang hanya 30-40 minit memandu dari Gold Coast Morib Resort.

Baca lagi: Pantai Morib

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Pantai Morib, Morib 42700 Banting, Selangor

  • 24 jam (pantai rekreasi awam)

  • Percuma (pantai rekreasi awam)


32. Pantai Kelanang

pantai kelanag di selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Turut menjadi tarikan penduduk tempatan untuk berkunjung selepas pantai berdekatan iaitu Pantai Morib, Pantai Kelanang juga banyak keistimewaannya. Kawasan Pantai Kelanang yang mempunyai banyak pokok pinus, menjadikan suasana teduh dan nyaman. Ramai yang berkunjung ke Pantai Kelanang pada hari cuti am dan kurang pengujungnya pada hari Isnin sehingga Jumaat. Di sini mempunyai kemudahan awam seperti taman permainan, tandas awam, tempat letak kereta yang luas, surau dan di sekitar pantai yang mempunyai banyak pilihan kedai makan. Berdekatan dengan Pantai Kelanang, tidak banyak tempat penginapan boleh dijumpai.

Kawasan pantai yang terletak jauh daripada kesibukkan bandar, sudah tentu sesuai dijadikan tempat berkelah dan beriadah seperti berkelah. Pemandangan Pantai Kelanang yang sangat mengamit menjadikan tempat sesuai untuk melihat matahari terbenam di sini. Bagi mereka yang datang membawa anak kecil, pasir di Pantai Kelanang sesuai untuk membina istana pasir diiringi angin pantai sejuk, bermain layang-layang juga menjadi pilihan kanak-kanak jika datang ke Pantai Kelanang ini. Pantai Kelanang juga kerap dikunjungi oleh warga tempatan yang suka mencari pepahat. Jika bertuah, banyak hasil dapatannya. Pantai Kelanang menerima banyak ulasan baik untuk mereka yang ingin berkhemah di sini. Akan tetapi, Pantai Kelanang lebih sesuai untuk memancing dan tidak sesuai untuk bermandi manda.

Hotel TerdekatPeta Lokasi

  • Kampung Kelanang, Banting 42700, Selangor

Waktu Operasi Pantai Kelanang

  • Dibuka setiap hari

Harga Tiket Pantai Kelanang

  • Percuma


33. Pantai Redang Sekinchan

pantai redang di selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang sudah sering kali mendengar dan mengunjungi sawah padi di Sekinchan, Pantai Redang adalah ibarat lokasi rahsia yang perlu dikunjungi juga. Pantai Redang dikenali dengan pokok “keinginan” atau “wishing” tree. Kawasan berlumpuh di sekitar pantai ini menyimpan banyak haiwan di dalamnya seperti ketam, siput dan banyak lagi dan secara rasami menjadi salah satu aktiviti pengunjung yang datang ke sini.

Walaupun Pantai Redang ini tidak seluas pantai yang lain, di sini tetap menjadi pilihan mereka yang ingin menghilangkan tekanan. Bermain layang-layang juga popular bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah orang dewasa juga. Sangat digalakkan ke Pantai Redang ini jika mereka suka aktiviti berkhemah. Seperti kebanyakkan pantai lain, di Pantai Redang juga tempat strategik untuk merasai pengalaman melihat matahari terbenam.

Baca lagi: Sekinchan

Hotel TerdekatPeta Lokasi

  • 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi Pantai Redang Sekinchan

  • Setiap Hari

Harga Tiket Pantai Redang Sekinchan

  • Percuma


34. Pantai Bagan Lalang

pantai bagan lalang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah pantai menarik di Selangor yang sangat unik berbanding pantai lain & sesuai untuk mandi manda bersama keluarga. Anda jangan terkejut ketika sampai & melihat air laut surut jauh dari kawasan tepi pantai. Ini adalah perkara biasa di Pantai Bagan Lalang & bahkan anda boleh berjalan kaki 200-300 meter menuju ke laut ketika air surut. Waktu petang, air laut kebiasaannya akan pasang semula & mula naik sehingga ke paras pinggang dewasa. Waktu ini, lebih seronok untuk anda mandi manda & berkejaran di gigi pantai bersama anak-anak.

Lokasi Pantai Bagan Lalang sangat mudah untuk dikunjungi & dari KL hanya makan masa sejam sahaja memandu melalui Lebuhraya PLUS. Pantai rekreasi ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung seperti tandas, kawasan parkir kereta, dataran & sebagainya. Pantainya yang landai dan ombak yang tidak terlalu kuat sesuai untuk anak-anak kecil berlari di gigian pantai sambil bermain air. Bagi orang dewasa yang mahukan aktiviti seperti berenang, menyelam atau sukan air, pantai ini bukanlah jawapannya.

Populariti Pantai Bagan Lalang sebagai pantai peranginan terkenal di Selangor mula naik semenjak wujudnya KLIA & juga Avani Gold Coast Sepang iaitu penginapan mewah di atas air yang sangat ideal untuk pelancong yang inginkan destinasi bermalam yang eksklusif. Ramai pengunjung ke sini waktu petang untuk bersiar-siar & melihat suasana matahari terbenam. Selepas ‘layan sunset’ di sini, bolehlah pula makan malam di restoran-restoran menarik di Pantai Bagan Lalang yang terkenal dengan menu makanan laut & ikan bakar yang sedap-sedap.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Pantai Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor

  • 24 jam (pantai rekreasi awam)


35. Sky Mirror Kuala Selangor

skymirror kuala selangor menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tarikan pelancongan di Kuala Selangor yang sangat unik & mugkin hanya satu seumpamanya di Malaysia. Bagi anda yang mencari tempat menarik di Selangor yang unik untuk diterokai, apa kata ke Sky Mirror. Sky Mirror atau Pantai Cermin ini yang merupakan sebuah kawasan pembentukan beting pasir yang terletak di tengah-tengah lautan samudera. Malah untuk ke sini, anda perlu menaiki bot di jeti berdekatan muara Sungai Selangor. Perjalanan dari jeti ke Sky Mirror mengambil masa 25-40 minit.

Sekiranya anda berhasrat ke sini, anda perlu membuat perancangan awal kerana jadual perjalanan bot dari jeti sentiasa berubah pada setiap hari. Ini kerana, ianya bergantung sepenuhnya kepada waktu pasang surut air. Waktu air pasang, Sky Mirror ini akan tenggelam & tidak selamat untuk dilawati. Kalau pengemudi bot tiada, anda sebenarnya tidak akan tahu di mana lokasi misteri Sky Mirror yang sebenar kerana lautan biru yang luas adalah mustahil untuk anda melihat beting pasir dengan jelas.

Satu pengalaman yang pasti anda tidak akan lupa apabila pertama kali menjejakkan kaki di sini. Bayangkan, berjalan di atas air di tengah lautan samudera yang luas ibarat mempunyai satu kuasa sakti adiwira seperti di dalam komik. Anda boleh bergambar & menghasilkan satu foto menarik di sini yang berkonsep seni Salar de Uyuni. Tour guide akan menunjukkan lokasi di Sky Mirror yang menarik untuk anda menghasilkan gambar yang menarik.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6016-2234788Website

  • 15, 3, Jalan Yu 1, Taman Yu, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi Sky Mirror Kuala Selangor

  • Jadual perjalanan bot bergantung kepada pasang surut air laut. Sila semak di website.

Harga Tiket Sky Mirror Kuala Selangor

  • Warganegara Malaysia
    • Dewasa: RM 80
    • Kanak-Kanak: RM 70
    • Warga Emas: RM 70
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 80
    • Kanak-Kanak: RM 70
    • Warga Emas: RM 70


36. Blue Tears Kuala Selangor

tempat menarik kuala selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ramai akan kagum & terpesona apabila melakukan aktiviti ini buat pertama kali dalam hidup. Melihat alga unik yang memancarkan cahaya biru di sungai pada waktu malam pasti akan menjadi satu pengalaman baru dalam lembaran kembara hidup anda. Alga biru yang dikenali dengan nama saintifiknya iaitu dinoflagellates boleh didapati dengan mudah di sekitar perairan Sungai Kuala Selangor. Fenomena alam sebegini kebiasaannya berada di pulau-pulau terpencil & jauh dari bandar seperti di Pulau Mantanani, Sabah & kepulauan di Filipina.

Anda boleh menaiki bot di jeti Kuala Selangor (Jeti Sky Mirror) untuk ke koloni alga biru ini di tengah perairan Sungai Kuala Selangor pada waktu malam. Perjalanan dalam waktu gelap untuk melihat fenomena Blue Tears ini makan masa sekitar 45 minit. Sebaik sampai di lokasi & air berkocak akibat pergerakan bot, anda boleh lihat cahaya biru yang mewarnai air sungai ini. Malah, tour guide juga akan menceduk alga ini untuk ditunjukkan kepada pengunjung. Menarik bukan aktiviti ini?

Bagi yang gemarkan aktiviti yang unik & mencari satu pengalaman baru, sangat disyorkan untuk mencubanya sendiri. Tidak banyak destinasi di Malaysia yang mempunyai alga biru iniyang boleh anda lihat dengan jelas sebegini. Tidak perlu lagi terbang jauh-jauh sehingga ke Sabah atau kepulauan Filipina lagi untuk melihat fenomena alam yang sangat menakjubkan ini. Siapa sangka, rupanya di Selangor pun ada fenomena alam yang dikenali sebagai Blue Tears ini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6016-2234788Website

  • 15, 3, Jalan Yu 1, Taman Yu, 45800 Jeram, Selangor

Harga Tiket Blue Tears Kuala Selangor

  • Warganegara Malaysia
    • Dewasa: RM 30
    • Kanak-Kanak: RM 20
    • Warga Emas: RM 30
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 55
    • Kanak-Kanak: RM 40
    • Warga Emas: RM 55


Air Terjun dan Tempat Hiking yg Best di Selangor

37. Hutan Rekreasi Sungai Congkak

tempat mandi manda di Selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selangor bukan sahaja mempunyai banyak tempat menarik yang moden, malah turut mempunyai tempat menarik yang lebih untuk mendekatkan diri kepada alam semulajadi. Salah satu tempat mandi manda di Selangor yang sangat disyorkan untuk golongan berkeluarga adalah di Hutan Rekreasi Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat. Destinasi ini sangat mudah untuk anda terokai melalui jalan raya & perjalanan menuju ke kawasan sungai dari tempat parkir kereta juga sangat mudah tanpa perlu berjalan jauh.

Malah, kawasan ini sebenarnya terletak di dalam sebuah perkampungan Melayu & anda boleh lihat banyak rumah-rumah orang kampung di sini. Jadi, tidaklah terasa takut sangat kalau datang ke sini berdua atau bersama anak-anak. Tidak hairanlah setiap hujung minggu, ramai pengunjung yang datang ke sini bersama keluarga untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah di kawasan Sungai Congkak.

Sungai Congkak tidaklah terlalu besar & arus air sungainya juga tidak deras. Kawasannya yang cetek sesuai untuk anak-anak anda bersuka ria & mandi manda tanpa perlu risau dengan keadaan arus sungai yang laju. Airnya yang jernih & sejuk pasti membuatkan sesiapa sahaja ingin berendam sambil menikmati keindahan alam di sini. Lebih menarik, di sepanjang Sungai Congkak juga sangat redup kerana terdapat rimbunan pokok-pokok besar yang menaungi kawasan mandi manda & tempat berkelah. Walaupun waktu tengah hari, tidak terasa bahang matahari yang terik menyinar.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

  • Tidak dikhususkan. Sesuai untuk dilawati dari pagi-petang.

  • RM 1 / seorang
  • Parkir kereta: RM 5


38. Air Terjun Sofea Jane

air terjun sofea jane

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selangor memang ada banyak sangat air terjun serta sungai-sungai yang best untuk dilawati serta untuk bermandi-manda bersama rakan-rakan dan keluarga. Kalau nak yang boleh dikatakan dekat dengan Kuala Lumpur, anda boleh ke Air Terjun Sofea Jane yang terletak di Kemensah. Memang dekat juga kerana Kemensah ni berada di belakang Zoo Negara yang merupakan landmark yang terkenal di KL dan Selangor. Anda perlu melalui jalan menghala ke belakang Zoo Negara dan naik jalan yang berliku untuk pergi ke air terjun ini. Hati-hati sikit ya ketika memandu tu.

Untuk sampai ke air terjun ini anda ada dua pilihan iaitu dengan mendaki ataupun menaiki ATV di ATV Recreational Park yang menelan kos yang agak tinggi juga. Kalau nak mendaki sendiri, anda perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan di Cheras. Bukanya boleh sesuka hati pergi tau kerana ianya agak merbahaya untuk meredah hutan sendiri tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

 Peta LokasiFacebook

  • Kemensah, 68000, Ampang, Selangor

Waktu Operasi Air Terjun Sofea Jane

  • Dibuka setiap hari

Harga Air Terjun Sofea Jane

Tempat letak kereta

  • RM 5


39. Santuari Ikan Sungai Chiling

tempat berkelah di selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercadang bercuti ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baru, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke satu tempat berkelah di Selangor yang sangat popular iaitu Santuari Ikan Sungai Chiling. Destinasi air terjun ini pasti memberikan anda satu pengalaman baru yang tiada di mana-mana air terjun di Selangor yang lain. Untuk yang berkeluarga & mempunyai anak-anak kecil, mungkin anda perlu berfikir 2 kali sebelum melangkah ke sini terutamanya ke kawasan utama air terjun. Ini kerana untuk sampai di kawasan tadahan utama air terjun, pengunjung perlu berjalan kaki meredah hutan & merentasi 6 anak sungai.

Namun, anda jangan bimbang kerana masih terdapat lokasi mandi manda yang mesra anak-anak kecil & mudah diakses dari tempat pakir kereta yang berdekatan dengan jambatan gantung di sini. Untuk ke santuari ikan kelah, anda perlu meredah hutan & merentasi 6 anak sungai sejauh 3 km yang mengambil masa sekitar 40 minit – 1 jam. Anda jangan bimbang kerana tahap cabaran meredah hutan di sini sangatlah mudah. Malah, merentasi 6 anak sungai juga bukanlah sehingga terpaksa berenang & menyelam.

Sebaik sampai di kawasan utama air terjun, lelah meredah hutan pasti terubat kerana pemandangan air terjunnya sangat menakjubkan. Airnya sangat jernih & di sinilah terdapatnya ikan kelah yang jinak & boleh anda rasai ‘spa ikan’. Pengunjung juga boleh memberi makan ikan kelah di sini & makanan ikan boleh dibeli di kaunter masuk. Tidak jauh dari sini, terdapat juga kawasan camp site untuk aktiviti camping & perkhemahan harian, namun tidak dibenarkan bermalam.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-60641214Website

  • 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Waktu Operasi Air Terjun Sungai Chiling

Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja :

  • 8.00 pagi – 6.00 petang

Isnin-Khamis

  • Ditutup

Bayaran Masuk ke Sungai Chiling

  • Dewasa:
    • RM 1.00
  • Kanak-Kanak (12 tahun kebawah):
    • Percuma

Penginapan Terdekat

Air Terjun Sungai Chiling terletak di tengah-tengah antara Bukit Fraser & Bandar Kuala Kubu Bharu. Untuk pilihan hotel terdekat, semak;


40. Air Terjun Serendah

air terjun serendah rawang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda teringin membawa keluarga berkelah di tempat mandi manda di Selangor yang menarik, mudah di akses, mesra kanak-kanak & cantik, Air Terjun Serendah adalah jawapannya. Air Terjun Serendah atau juga dikenali Air Tejun Templer Kai merupakan destinasi berkelah yang sangat popular di kalangan warga Selangor & KL. Lokasinya hanya sekitar 30 minit sahaja dari KL melalui Rawang Bypass & sekitar 13 km sahaja dari Pusat Bandar Rawang. Memandangkan lokasinya strategik & mudah diakses melalui jalanraya, anda jangan terkejut pula kalau keadaan air terjun ini sesak dengan kehadiran pengunjung pada cuti hujung minggu.

Air Terjun Serendah mempunyai kemudahan lengkap untuk pengunjung seperti tempat parkir kereta, bilik persalinan, gazebo & sebagainya. Bagi yang berkeluarga & bersama anak-anak kecil, anda boleh berkelah di kawasan air terjun bawah yang berdekatan dengan kawasan parkir kereta. Tadahan air terjun di bawah ini sangat lapang, tidak berbatu, kedalaman paras pinggang & arusnya juga tidak deras. Malah, air terjun yang mencurah jatuh ke kawasan tadahan juga tinggi & menghasilkan bunyi deruan air yang membangkitkan lagi suasana destinasi air terjun di sini. Namun sila berhati-hati sekiranya bertenggek di bawah aliran air terjun ini kerana bimbang dengan dahan kayu yang dibawa arus yang anda tidak akan nampak sekiranya jatuh dari atas.

Untuk pemandangan air terjun yang lebih menarik & kurang sesak pada hujung minggu, anda boleh mendaki serta meredah hutan sekitar 200 meter untuk ke kawasan air terjun di bahagian atas. Terdapat juga laluan kecil yang agak berbukit yang boleh anda naik ke kawasan air terjun atas dengan menggunakan kenderaan seperti pacuan 4 roda. Tidak jauh dari kawasan parkir kereta, terdapat satu ‘jakuzi semulajadi’ yang dipanggil Freedo’s Jakuzi yang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berendam di dalamnya. Lokasi jakuzi ini sekitar 20-30 minit meredah hutan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

  • 9.00 am – 6.00 pm

  • RM 1 / kereta


41. Taman Eko Rimba Kanching

taman eko rimba kanching selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi air terjun untuk perkelahan keluarga yang sangat popular di kalangan orang KL & Selangor. Lokasi air terjun ini memang sesuai untuk anda yang berkeluarga kerana segala kemudahan disediakan & akses dengan kenderaan ke sini juga mudah. Air Terjun Kanching ini merupakan kawasan air terjun yang mempunyai 7 tingkat & kawasan tadahan paling bawah adalah yang paling mesra untuk golongan berkeluarga berkelah kerana mudah untuk diakses dari kawasan parkir kereta tanpa perlu berjalan jauh.

Cabaran utama di sini adalah kehadiran monyet liar yang agak banyak & sentiasa memerhati pengunjung yang membawa plastik makanan. Jadi, simpan makanan anda dalam beg atau bekas tertutup. Sekiranya waktu anda tiba di sini sesak dengan pengunjung di kawasan tadahan air terjun utama, anda jangan cepat kecewa. Teruskan pendakian melalui denai di sepanjang sungai untuk ke lokasi air terjun di aras seterusnya. Hipotesisnya, semakin anda berjalan ke tingkat atas air terjun, semakin kuranglah kesesakan pengunjung yang mandi manda.

Namun, kalau anda malas mendaki kerana terkekang dengan anak kecil, jangan mudah berputus asa. Anda gunakan ‘Plan B’ untuk ke satu lagi air terjun yang terdapat berdekatan dengan Air Terjun Kanching ini, iaitu di Taman Rimba Templer yang terletak kira-kira 4 km dari sini. Air terjun di Taman Rimba Templer mungkin tidak sedalam di sini tetapi lebih memadai untuk anak-anak bersuka ria.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Kilometer 17, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor

  • 7.00 am – 6.00 pm

Harga Bayaran Masuk ke Air Terjun Kanching

  • RM 1.00/seorang

Bayaran Parking Kereta di Air Terjun Kanching

  • RM 2.00/kereta


42. Air Terjun Pisang

air terjun pisang gombak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi air terjun di Selangor yang sangat popular di kalangan warga setempat yang sukakan aktiviti melihat pemandangan hutan yang indah & jungle trekking. Destinasi mandi manda ini tidak disyorkan untuk yang berkeluarga terutamanya yang bersama anak-anak kecil kerana memerlukan aktiviti redah hutan untuk sampai ke lokasi utama air terjun. Lokasinya juga tidaklah di kawasan pedalaman & pengembaraan anda hanya bermula di sebelah Lebuhraya KL-Karak di Gombak.

Tempoh masa meredah hutan untuk ke air terjun sekitar 30 minit-1 jam sahaja & trek laluannya sejauh 1.5 km ini tidak sukar serta sesuai untuk mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti jungle trekking. Apa yang diperlukan hanyalah berjalan kaki tanpa perlu mendaki bukit yang tinggi & tebing yang curam. Sekiranya anda mencari air terjun di Selangor yang cantik & tidak sesak dengan pengunjung pada hujung minggu, Air Terjun Pisang ini sangat disyorkan untuk anda terokai bersama kawan-kawan. Bagi kaum hawa, sebaiknya ditemani jejaka untuk tujuan kesalamatan.

Air Terjun Pisang memang jernih & kawasan mandi mandanya pula tidaklah terlalu besar tetapi lebih daripada mencukupi untuk aktiviti berendam, ‘terjun tiruk’ ataupun bertenggek di atas batu dalam sungai. Perlu anda tahu, di sekitar kawasan air terjun ini tiada kemudahan asas seperti tandas atau bilik persalinan. Sebaiknya, bawalah khemah & pacakkan di kawasan camping di sini untuk dijadikan tempat bersalin pakaian ataupun untuk dapatkan ‘feel’ suasana camping.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Air Terjun Pisang, Gombak, Selangor

  • Tidak dikhususkan. Pagi-Petang.

  • Percuma


43. Air Terjun Lepuh

air terjun lepun hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Aktiviti seperti mendaki bukit, meredah hutan & seterusnya melihat panorama indah dari puncak merupakan satu aktiviti menarik yang sangat popular pada hujung minggu. Kali ini, apa kata anda ke Air Terjun Lepuh pula untuk melakukan 2 aktiviti dalam satu destinasi dengan aktiviti meredah hutan & mandi manda di air terjun. Air Terjun Lepuh yang terletak di Hulu Langat ini sangat jernih & kurang pengunjung yang berkeluarga kerana lokasinya agak jauh dari kawasan parkir kereta.

Untuk sampai ke kawasan utama air terjun ini, pengunjung perlu melakukan jungle trekking sekitar 60 minit – 90 minit perjalanan. Trail di sini tidaklah dalam kategori sukar & terdapat juga laluan hutan yang telah dibuat untuk memudahkan pengunjung menuju ke kawasan air terjun. Laluan trek hutan sebegini sangat ideal untuk anda yang masih lagi di peringkat pemula dalam dunia pendakian. Sebaik sampai di sini, lelah perjalanan jauh pasti terubat & anda pasti terpesona dengan keindahan serta kejernihan air yang mengalir di Air Terjun Lepuh.

Kawasan air terjun utama di sini tidaklah terlalu besar tetapi sangat menarik kerana terdapat kawasan berbatu yang boleh anda bermain gelongsor air. Tidak dinafikan, air terjun di sini merupakan salah satu air terjun di Selangor yang menarik, sangat jernih, sangat sejuk & paling ‘menyelerakan’ untuk anda berendam ataupun mandi manda tanpa sebarang pencemaran. Almaklumlah, destinasi air terjun ini agak pedalaman maka kuranglah kehadiran pengunjung.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Air Terjun Lepuh, 43100 Hulu Langat, Selangor

  • Tidak dikhususkan. Kebiasaannya pagi-petang.

  • Bayaran Masuk
    • RM 1 / seorang
  • Parkir Kereta
    • RM 5 / kereta


44. Sungai Kendondong

air terjun kedondong batang kali

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda ingin mandi manda di air terjun yang cantik & sangat sejuk daripada kebanyakan air terjun lain, destinasi ini adalah jawapan yang paling tepat di Selangor. Mana tidaknya, sebuah air terjun yang terletak pada altitud tanah tinggi sebegini pasti membuatkan anda berfikir 2 kali sebelum terjun ke dalamnya. Air Terjun Kedondong terletak antara jalan Batang Kali-Genting Highlands & sangat mudah untuk anda akses dengan kereta dari jalan besar. Lokasinya juga hanya terletak sekitar 20 minit sahaja dari Genting Highlands & 50 minit dari KL.

Air Terjun Kedondong juga merupakan air terjun yang bertingkat & sesuai untuk sesiapa sahaja datang berkelah atau camping di sini. Sekiranya anda berkeluarga & ada anak-anak, cukuplah sekadar mandi manda di bahagian bawah. Walaupun air terjun di bawah ini tidaklah besar, cetek & banyak batu, namun sudah memadai untuk anak-anak bermain air. Malah berkemungkinan besar anak-anak anda tidak akan mandi lama kerana air sungai di sini sangat sejuk seperti air dingin dalam peti ais.

Untuk golongan dewasa yang ingin ‘terjun tiruk’ atau berenang, anda boleh meredah hutan & mendaki bukit sedikit untuk sampai ke kawasan air terjun utama sekitar 30 minit dari kawasan parkir kereta. Kawasan tadahan air terjun utama di atas ini lebih lapang, tidak berbatu & sesuai untuk dewasa berenang. Satu tempat mandi manda di Selangor yang sangat menarik untuk anda terokai sendiri melihat keindahan suasana hutan di sini. Kemudahan awam di sini untuk pengunjung tidaklah lengkap seperti di kebanyakan air terjun di Selangor yang lain. Namun, bayaran masuk percuma & tiada apa yang hendak dirugikan kalau datang ke sini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • B66 Jalan Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor

  • Tidak dikhususkan ( pagi-petang)

  • Percuma


45. Sungai Bernam Teratak Riverview

hari keluarga di selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau ke bercuti ke pulau yang cantik seperti di Terengganu, ramai di kalangan kita mencari penginapan atau chalet yang betul-betul mengadap laut membiru. Kalau boleh, buka sahaja pintu chalet, terus boleh mandi laut. Apa kata kali ini, anda cuba pula menginap di chalet yang betul-betul di depan sungai yang cantik. Buka sahaja pintu chalet, terus boleh mandi sungai yang jernih & menyegarkan ini. Destinasi yang dimaksudkan adalah di Sungai Bernam Teratak Riverview yang terletak di Sungai Bernam & di antara sempadan negeri Selangor & Perak.

Destinasi ini sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja samaada pelancong solo, backpackers, pelancong berkeluarga ataupun organisasi yang mungkin berhasrat menganjurkan team building atau hari keluarga di Selangor. Teratak Riverview mempunyai banyak kemudahan & pilihan penginapan seperti chalet, asrama, tapak perkhemahan, dewan serbaguna, surau & macam-macam lagi. Paling menarik, suasana sekelilingnya yang terdapat sungai serta indah dengan panorama hutan hijau, pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan destinasi ini.

Suasana desa seperti di kawasan pedalaman ini sangat disyorkan untuk mereka yang ingin mencari ketenangan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti river tubing, flying fox, abseiling, berbasikal, redah hutan, paint ball dan sebagainya. Dengan variasi aktiviti outdoor yang banyak, destinasi ini tidak dinafikan merupakan satu tempat menarik di Hulu Selangor yang sangat ideal untuk anda realisasikan program seperti kem bina semangat, hari keluarga ataupun team building.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakWebsite

  • Di Sungai Bernam & di sempadan negeri Selangor-Perak

  • Sepanjang tahun

  • Sila layari website atau hubungi;
    • HAKIM : 013-5335033
    • HANAH : 019-5115033/017-3532022
    • HAZIQ : 017-3431346


46. Hutan Lipur Sungai Tua

sungai tua hutan lipur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hutan Lipur Sungai Tua yang terletak di dalam Hutan Gombak, Ulu Yam tidak asing lagi menjadi tarikan oleh penduduk tempatan, pencinta sungai dan penggemar berkhemah. Bukan ini sahaja, di sini anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking, meranduk, berkelah dan berjoging. Bilik air, tandas awam, pondok, gazebo, gerai makan, tempat letak kereta, dan laluan pejalan kaki telah lengkap disediakan di Hutan Lipur Sungai Tua ini. Aktiviti di sini dapat dilakukan dengan selesa. Bagi mereka yang ingin bermalam di sini mestilah mendapatkan izin daripada pihak di situ. Aktiviti bermalam di sini telah pun disediakan tapak perkhemahan dan ada juga pondok berbumbung yang lengkap dengan dapur untuk barbeku.

Aktiviti mandi manda disini boleh digambarkan agak selamat untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana air sungai agak cetek dan tidak deras. Asyik menggamit air sungai yang jernih dan pemandangan yang mempesonakan, pengunjung perlu dingatkan supaya berhati-hati ketika berada di Hutan Lipur Sungai Tua kerana di sini mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna.

Hotel TerdekatPeta Lokasi

  • B23 Jalan Hulu Yam Bharu – Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi Hutan Lipur Sungai Tua

  • Dibuka setiap hari;
    • 7 am – 7 pm

Harga Tiket Hutan Lipur Sungai Tua

  • Dewasa (13 tahun & keatas);
    • RM 1
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 0.50


47. Air Terjun Sungai Pinang

Air Terjun batang kali

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi mandi manda yang sangat sesuai untuk anda terokai pada hujung minggu bersama anak-anak. Lokasinya hanya di tepi jalan Batang Kali – Genting Highlands & anda tidak perlu jalan jauh-jauh dari kawasan parkir kereta untuk sampai ke kawasan mandi manda. Air Terjun Sungai Pinang merupakan kawasan persendirian & dijaga dengan baik untuk kemudahan pengunjung oleh pemiliknya. Terdapat bayaran masuk yang sangat minimal & ianya satu pelaburan yang sangat berbaloi untuk anda menikmati keindahan air terjun di sini.

Air terjun di sini memang sangat jernih & sejuk sekali memandangkan lokasinya di tanah tinggi. Malah arusnya tidak deras, tempat mandi mandanya tidak dalam & mempunyai banyak batu sungai yang besar untuk anda bertenggek sambil sunbathing. Sangat sesuai untuk seisi keluarga berkelah. Malah, ramai yang menjadikan destinasi ini sebagai tempat camping pada waktu hujung minggu & boleh nampak khemah yang didirikan hanya dari tepi jalan besar. Terdapat juga chalet di sini untuk pengunjung yang teringin bermalam di kawasan air terjun yang cantik sebegini.

Sekiranya anda menuju atau pulang dari Genting Highlands melalui Batang Kali, sangat disyorkan untuk ambil angin sekejap & berswafoto bersama keluarga di sini. Kalau sudah penat mandi manda di sungai & perut terasa lapar, bolehlah pula menjamu selera dengan menu ikan bakar di seberang jalannya. Sebenarnya terdapat beberapa air terjun di Batang Kali selain di Sungai Pisang ini & salah satu destinasi air terjun lain berdekatan adalah di Air Terjun Kedondong yang terletak kira-kira 5 km dari sini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Air Terjun Sungai Pinang, B66 Jalan Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor

  • Tidak dikhususkan

  • RM 1


48. Air Terjun Sungai Gabai

air terjun sungai gabai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda inginkan ketenangan dan jauh dari haruk-piruk kota, anda boleh datang dekat sini. 23 km dari Bandar Cheras dan terletak di dalam Hutan Simpan Sungai Lalang. Merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit dan Air Terjun Sungai Gabai mempunyai ketinggian 50 meter.  Air terjun yang masih jernih, air yang dingin, kelestarian alam yang masih terjaga pasti anda akan terpukau.

Dekat sini anda bukan boleh mandi manda je bersama keluarga tapi boleh buat BBQ juga. Ngam sangat la tu lepas mandi boleh enjoy pula makan BBQ. Selain tu juga, ada kemudahan lain untuk pengunjung yang datang kat sini contohnya seperti penjaga parkir, surau dan juga tandas. Pendek kata, Air Terjun Sungai Gabai ni serba lengkap dan anda pasti repeat nak datang lagi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Website

  • Air Terjun Sungai Gabai, Selangor, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi Air Terjun Sungai Gabai

    • Setiap hari
      • 8.00 pagi – 6.00 petang

Harga Tiket Air Terjun Sungai Gabai

  • Dewasa:
    • RM 1.00
  • Kanak-Kanak
    • RM 0.50


49. Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara

tempat mendaki menarik selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kota Damansara merupakan kawasan yang terkenal dengan statusnya sebagai tempat elit & mempunyai pembangunan yang sangat terancang. Siapa sangka, di sebalik bandar hebat ini, terdapat satu destinasi menarik yang akan membawa anda mengembara di kawasan rimba seperti di Taman Negara. Destinasi ini sangat popular di kalangan warga kota untuk melakukan aktiviti pendakian & juga jungle trekking. Anda boleh lihat kemeriahan destinasi ini dengan kehadiran pengunjung terutamnya pada hujung minggu & cuti sekolah.

Lokasi pendakian bermula berdekatan Sek Men Kota Damansara Batu 10. Dari sini, pengunjung perlu mendaftar diri untuk rekod Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Tidak jauh dari sini, anda boleh melihat pemandangan tasik yang berlatarbelakangkan hutan rimba & sangat menarik untuk anda merakam sekeping foto peribadi. Pantulan pokok-pokok hutan di atas permukaan air tasik yang tenang kelihatan tidak ubah seperti pemandangan di Tasik Cermin yang popular di Ipoh. Cabaran meredah hutan di sini dikategorikan mudah. Sangat sesuai untuk seisi keluarga & pemula yang baru berjinak dengan dunia pendakian.

Denai hutan menuju ke puncak Bukit Lanjang atau Puncak Denai 3 Puteri ini majoritinya tidak curam & aktiviti pendakian sebenarnya hanya berdekatan kawasan puncak sahaja. Untuk sampai ke puncak, memakan masa sekitar 2-3 jam atau lebih, bergantung kepada trail yang anda pilih & tahap stamina masing-masing. Pemandangan Lebuhraya Utara Selatan dari puncak agak menarik untuk anda merakam gambar landskap sebagai bukti menawan bukit ini. Sila berhati-hati di puncak terutamanya kalau bersama kanak-kanak kerana kawasannya berbatu & tebingnya tinggi.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebook

  • Jalan Merbah 10/1, Seksyen 10 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

  • 9.00 am – 6.00 pm

  • Percuma


50. Taman Rimba Templer

 air terjun templer rawang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi air terjun di Hutan Rimba Templer ini mungkin tidak sepopular dengan satu lagi lokasi air terjun berdekatan iaitu Air Terjun Kanching. Mungkin faktor lokasi air terjun utama di Hutan Rimba Templer yang perlu berjalan jauh & juga meredah hutan membuatkan golongan berkeluarga lebih memilih Air Terjun Kanching. Namun, sekiranya anda bersama anak-anak kecil & Air Terjun Kanching terlalu sesak dengan pengunjung, anda boleh ke sini untuk anak-anak mandi manda kerana air sungai berdekatan parkir kereta di sini, sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Air yang mengalir di sini jernih, tidak dalam & lebih memadai untuk kanak-kanak bergembira bermain air. Untuk ke kawasan mandi manda yang lebih menarik & ada kolam mandi konkrit dalam sungai, anda boleh berjalan kaki sejauh 500 meter melalui jalan berturap di sini. Kawasan ini lebih dalam sedikit, sesuai untuk berendam & terdapat juga air terjun yang sesuai untuk anda bertenggek di bawah alirannya. Untuk dewasa yang inginkan lokasi air terjun yang lebih menarik & lebih tidak terusik, anda boleh teruskan untuk meredah hutan sekitar 1 jam 30 minit.

Tidak dinafikan, air terjun di sini lebih menarik, lebih luas & lebih menyegarkan. Walaupun hujung minggu, tidak ramai orang berkunjung mungkin atas faktor lokasinya yang perlu meredah hutan & berjalan jauh untuk ke lokasi air terjun utama. Laluan denai mendaki juga mudah & sesuai untuk dijadikan lokasi meredah hutan pada hujung minggu bersama rakan-rakan. Suasana air terjun yang dikelilingi dengan pokok-pokok besar membuatkan aktiviti mandi manda di sini sangat nyaman sekali. Lokasinya mudah diakses dengan kereta & hanya terletak kira-kira 25 km dari KL dan 7 km dari bandar terdekatnya, iaitu Rawang.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Taman Rimba Templer, 48200 Rawang, Selangor

  • Tidak dikhususkan (pagi – petang)

  • Percuma


51. Hutan Rekreasi Sungai Tekala

air terjun menarik selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekitar Selangor & Kuala Lumpur, terdapat banyak destinasi air terjun menarik yang boleh anda jadikan tempat berkelah pada hujung minggu. Salah satu tempat mandi manda di Selangor yang sangat mudah untuk diakses adalah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang terletak di Semenyih. Dari kawasan parkir kereta, tidak perlu mendaki jauh untuk sampai ke kawasan perkelahan. Sesuai untuk golongan berkeluarga & anak-anak bersuka ria di air sungai yang jernih tanpa perlu memerah keringat meredah denai hutan. Air sungai di sini juga tidak deras & tidak dalam.

Air terjun di Sungai Tekala ini merupakan air terjun bertingkat. Sekiranya di kawasan bawah penuh dengan pengunjung, anda boleh mendaki sedikit melalui anak tangga ke kawasan air terjun di tingkat atas. Suasana di Sungai Tekala ini sangat mendamaikan kerana dipayungi rimbunan pokok-pokok hutan yang tumbuh meninggi. Malah, kawasan tebing sungai juga lapang untuk anda hamparkan tikar serta barbecue sambil melihat anak-anak mandi manda di sungai.

Destinasi air terjun ini terletak kira-kira 17 km dari satu lagi tempat menarik di Semenyih yang sangat popular, iaitu Bukit Broga. Mungkin selepas penat mendaki Bukit Broga pada waktu pagi & melihat suasana matahari terbit di sana, bolehlah berkunjung ke sini pula untuk berendam di dalam sungai yang sangat menyegarkan ini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Hutan Rekreasi Sungai Tekala, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi Hutan Rekreasi Sungai Tekala

  • 7 am – 7 pm

Bayaran Masuk Hutan Rekreasi Sungai Tekala

  • Dewasa:
    • RM 2
  • Kanak-Kanak (12 tahun kebawah)
    • RM 1


52. Hutan Lipur Gunung Nuang

hutan lipur gunung nuang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang sangat popular di Selangor terutamanya di kalangan ‘kaki hiking’. Di hutan simpan ini, terdapat Gunung Nuang yang berketinggian 1493 m dari aras laut & merupakan antara puncak tertinggi di Selangor. Perlu anda tahu, cabaran untuk menawan puncak Gunung Nuang bukannya terletak dalam kategori mudah seperti Bukit Broga atau Gunung Tok Wan. Untuk yang baru berjinak-jinak pastikan anda sudah ada pengalaman di kawasan bukit lain & mempunyai orang yang berpengalaman untuk memimpin.

Perjalanan menuju ke puncak memang agak lama sekitar 5-8 jam bergantung kepada keadaan laluan semasa & juga tahap stamina anda. Sekiranya ingin lakukan aktiviti pendakian untuk menawan puncak, disyorkan untuk bermula awal pagi. Cabaran mendaki gunung ini yang terletak di sepanjang perjalanan juga berbeza. Ada yang mudah & ada juga yang terpaksa memanjat kerana terlalu curam serta merentasi anak sungai. Kalau penat & badan berlengas, terdapat juga kawasan air terjun yang boleh mandi manda untuk segarkan diri.

Terdapat beberapa camp site yang perlu dilalui sebelum sampai ke puncak seperti Camp Lolo & Camp Pacat. Kepenatan para pendaki sebaik sampai ke puncak pasti hilang selepas melihat panorama sekeliling yang sungguh menakjubkan & saujana mata memandang. Tidak kurang juga pendaki yang bermalam di camp site kerana mencari waktu sesuai ke puncak untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam. Ada juga pendaki yang hanya sekadar ke Camp Lolo & Camp Pacat sebelum berpatah balik mungkin kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan & juga stamina yang kurang.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Hutan Simpan Gunung Nunang, Hulu Langat, Selangor

Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Km 11 (Batu 7), Jalan Cheras, 43200 Cheras, Kajang, Selangor

  • Sepanjang tahun (bergantung kepada cuaca)

*semak status semasa dengan Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah di media sosial atau Tel: 603-9075 2885

  • RM 1 /seorang


53. Bukit Broga & Gunung Tok Wan

bukit broga semenyih selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bukit Broga merupakan tempat hiking di Selangor yang sangat popular & sesuai untuk semua golongan kerana tahap cabaran yang tidaklah ekstrem seperti mendaki gunung-gunung yang lain. Bukit Broga sering menjadi destinasi lawatan hujung minggu untuk warga setempat mendaki sambil menikmati keindahan alam. Denai hutan yang ada untuk sampai ke puncak juga tidak susah, sangat mudah & mungkin ambil masa sekitar 40 minit – 1 jam bergantung kepada tahap kecergasan masing-masing. Kalau anda ingin melihat panorama matahari terbit yang cantik, bolehlah mendaki di sini seawal 4 pagi.

Di kalangan penduduk setempat, ada yang memanggil Bukit Broga ini sebagai Bukit Lalang. Ini kerana di beberapa kawasan di Bukit Broga ini mempunyai kawasan lalang yang sangat banyak. Laluan menuju ke puncak juga boleh dikatakan yang paling mudah berbanding destinasi pendakian di Selangor yang lain. Tidak hairanlah setiap hujung minggu, ramai golongan berkeluarga mendaki di sini bersama anak-anak & tidak kurang juga kaki fotografi yang ingin merakam gambar landskap suasana matahari terbit pada waktu pagi.

Ketika menuju ke puncak, kebanyakan kawasan sekeliling juga agak terbuka tanpa rimbunan pokok-pokok yang tinggi. Maka, menjelang pukul 8.30 am & keatas, anda sudah boleh rasa panas terik cahaya matahari. Kalau pendakian anda bermula lewat, bawalah payung, topi & air minuman secukupnya. Bagi yang inginkan lebih cabaran, anda boleh meneruskan pendakian ke puncak yang lebih tinggi dengan menuju ke puncak Gunung Tok Wan yang berketinggian 675 m dari aras laut. Dari puncak Bukit Broga menuju ke Gunung Tok Wan mengambil masa sekitar 1-2 jam.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebook

  • Bukit Broga, Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor

  • Tidak dikhususkan. Pagi-Petang.

  • RM 1


54. Tadom Hill Resort Banting

 tandom hill resort banting selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda mencari idea aktiviti menarik di Selangor yang boleh dilakukan untuk family day? Apa kata anda lihat tawaran aktiviti yang ada di Tadom Hill Resort yang hanya terletak di Banting, Selangor. Lokasi Tadom Hill Resort ini juga sangat mudah diakses & hanya terletak kira-kira 15 minit memandu dari KLIA serta 50 minit dari Kuala Lumpur. Resort ini bukan sahaja unik dari segi lokasinya malah pembinaannya yang menggunakan buluh juga sangat berbeza dengan penginapan menarik di Selangor yang lain.

Tadom Hill Resort terletak dalam satu kawasan berkeluasan 40 ekar dikelilingi dengan bukit batu kapur, tasik dan juga pokok-pokok. Berada di sini memang seolah-olah anda sedang bercuti ke chalet di taman negara yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi. Di Tadom Hill Resort ini terdapat 6 jenis penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong seperti Lakeside Bamboo Tent, Hammock Sphere, Hakka Village, Gendui Chalet & sebagainya. Pilihan penginapannya sangat unik & sekiranya anda mencari sesuatu yang baru, cubalah bermalam di sini.

Destinasi ini juga menawarkan aktiviti-aktiviti yang mengujakan untuk dilakukan secara berkumpulan seperti Bamboo Diving Platform, Tarzan Swing, Bamboo Water Swing, Bamboo Raft & pelbagai lagi aktiviti outdoor menarik lain samaada di darat atau di tasik. Dengan pelbagai aktiviti rekreasi & outdoor menarik yang terdapat di Tadom Hill Resort, destinasi ini sangat ideal untuk anda jadikan lokasi hari keluarga syarikat ataupun team building.

Harga HotelPeta LokasiJarak6012-5225728FacebookInstagramWebsite

  • Tadom Hill Resort, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi Aktiviti Tadom Hill Resort

  • Aktiviti untuk Day Pass :
    • 9.00 am – 6.45 pm (setiap hari)


55. Bukit Saga

bukit saga hiking

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Buat mereka yang gemar mendaki, Bukit Saga adalah lokasi yang perlu dikunjungi dan berkemungkinan boleh masuk dalam senarai lokasi mendaki yang disukai. Bukit Saga mempunyai laluan yang agak mencabar juga. Hasil berpenat lelah ketika mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Saga terbalas dengan keindahan pemandangan yang memukau.

Jika bernasib baik, anda akan jumpa air terjun di situ. Air terjun sangat cantik dengan udara nyaman yang menghilangkan penat mendaki. Mereka yang berkunjung ke sini ada yang mendaki semata-mata untuk singgah dan melihat keindahan air terjun itu dan ada yang mendaki sejak awal pagi lagi hanya untuk melihat ketakjuban matahari terbit selepas subuh. Tidak perlu risau jika anda ingin membawa anak anda bersama, setiap peringkat umur boleh datang mendaki disini, tetapi keselamatan harus dijaga masing-masing.

Hotel TerdekatPeta Lokasi

  • 86a, Jalan Saga 28, Taman Saga, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi Bukit Saga

  • Dibuka 24 jam

Harga Tiket Bukit Saga

  • Percuma


56. Tasik Biru Seri Kundang

tasik biru seri kundang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bertapak di Kampung Melayu Sri Kundang, Tasik Biru yang seluas 32 hektar sering menjadi bualan dan kunjungan penduduk tempatan. Tasik Biru mempunyai pemandangan yang cantik dan kawasan rekreasi yang lapang. Oleh itu, berkelah dan mandi manda di Tasik Biru pada hujung minggu menjadi kepastian buat penduduk di sini. Sudah semestinya menyenangkan dan jauh dari kesibukan bandaraya.

Ianya ialah tasik, jadi, sudah tentu ada juga aktiviti air. Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di sini seperti stand up paddling, menaiki Jet Ski, memancing ikan, dan berkayak. Landskap yang indah dan tasik yang tenang sesuai untuk mereka yang ingin ceburui sukan air. Aktiviti riadah berbasikal juga menjadi pilihan pengunjung kerana keluasan Tasik Biru ini.

Hotel TerdekatPeta Lokasi

  • Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor

Waktu Operasi Tasik Biru Seri Kundang

  • Dibuka setiap hari;
    • 24 jam

Harga Tiket Tasik Biru Seri Kundang

  • Percuma


57. Taman Tasik Cyberjaya

tasik cyberjaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ingin beriadah dan bersenam bersama keluarga di tempat yang tenang dan menghijau? Ayuh singgah ke Taman Tasik Cyberjaya. Hari kemuncak pengunjung datang iaitu pada hujung minggu. Jika anda betul-betul inginkan ketenangan digalakkan memilih hari selain hujung minggu. Antara aktiviti utama yang menjadi tumpuan di sini adalah menaiki basikal atau skuter yang boleh disewa dan kebiasaanya laluan pejalan kaki disini akan berkongsi dengan mereka yang memakai kasut roda dan yang berjoging.

Taman Tasik Cyberjaya sering dibanjiri dengan pelajar-pelajar daripada university terdekat untuk merehatkan minda atau membaca buku. Tidak sangka bahawa pemandangan matahari terbenam pada hari senja juga sangat memukau setanding di tepi pantai. Jika anda bertuah, mungkin anda boleh terjumpa kura-kura dalam tasik tersebut memandangkan Taman Tasik Cyberjaya tersembunyi bermacam haiwan.

Hotel TerdekatPeta LokasiFacebook

  • Persiaran Semarak Api, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi Taman Tasik Cyberjaya

  • Dibuka setiap hari;
    • 24 jam

Harga Tiket Taman Tasik Cyberjaya

  • Pecuma


58. Bukit Kutu

bukit kutu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi penggemar adventures Bukit Kutu adalah destinasi yang sesuai untuk aktiviti mendaki. Anda akan mengharungi trek berlopak, dua jambatan gantung dan meredah sungai yang airnya hampir paras lutut. Perjalanan menuju ke puncak Bukit Kutu ialah setinggi 1,053 meter di Kuala Kubu Bharu.

Sepanjang perjalanan korang akan dengar bunyi air mengalir di Sungai Chiling yang sudah cukup menggambarkan betapa kaki Bukit Kutu adalah destinasi yang menyeronokkan untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan perkelahan. Bolehlah anda ajak kawan-kawan dan keluarga masa hujung minggu untuk explore sesuatu yang baru. Yang penting, pemandangan apabila dah sampai dekat puncak akan buat korang terpegun.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi

  • Bukit Kutu,Kampung Pertak Hulung Selangor, 44000, Selangor

Waktu Operasi Bukit Kutu

  • Setiap hari

Harga Tiket Bukit Kutu

  • Percuma


59. Setia Alam Community Trail Head

setia alam trail

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau sebelum ni, kita biasa mendengar nama tempat hiking seperti Broga Hill, tapi kali ini saya ingin berkongsi port lain yang sesuai untuk mereka yang ingin mendaki secara santai bersama seisi keluarga iaitu Setia Alam Community Trail. Lokasi Setia Alam Community Trail terletak di projek pembinaan rumah baru di kawasan Setia Eco-Park berdekatan Petron Setia Taipan. Trail ini sangat sesuai lebih-lebih lagi untuk mereka yang tiada pengalaman hiking. Sangat sesuai untuk orang baru.

Anda jangan rasa hairan jika anda lihat ada projek perumahan besar di situ kerana community trail berada di belakang projek tersebut. Terdapat dua jalan untuk bukit ini, anda boleh pilih trek yang korang nak tapi jarak maksimum trek ini cuma 12 km sahaja. Kalau korang hiking pada waktu petang pula, korang boleh menyaksikan matahari terbenam yang sangat cantik.

Kebiasannya pada hari minggu, korang dapat lihat orang ramai mendaki bersama keluarga membawa bekalan makanan dan berkelah di puncak yang dinamakan Peak Garden. Tapi ingat, sampah haruslah dibuang di tempat yang sepatutnya bagi menjaga alam sekitar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi01133886483

  • Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Setia Alam Community Trail Head

  • Buka setiap hari
    • 24 Jam

Harga Masuk Setia Alam Community Trail Head

  • Percuma


60. Klang Gates Quartz Ridge

klang quartz

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Haa bagi anda yang suka hiking, Klang Gatez Quartz Bridge adalah pilihan yang tepat untuk anda pergi. Nama lain bagi Klang Gates Quartz Ridge adalah Bukit Tabur. Berkepanjangan lebih daripada 16 km dan dengan kelebaran 200 m menjadikan ia kawasan permatang kuarza yang terpanjang di dunia. Pendakian Bukit Tabur ini memberikan anda pemandangan indah Tasik Hulu Kelang di bahagian utara dan bandar Kuala Lumpur di bahagian selatan.

Selain itu, anda juga dapat melihat mineral kuarza yang terbentuk cantik di sini.  Apa-apa pun, kalau anda nak mendaki Bukit Tabur ini, anda mestilah bukan seorang yang gayat, sebab kawasan cerunnya agak curam. Selepas puas melihat pemandangan apa kata kalau anda terjun mandi pula dalam air sungai yang jernih yang terdapat di bawah empangan di sini. Memang best untuk datang bersama keluarga, tapi pastikan anda berpakaian sesuai untuk mendaki dan larat untuk ke puncak yang mencabar dan extreme tu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi

  • Persiaran Bukit Melawati, 68000, Selangor

Waktu Operasi Klang Gates Quartz Ridge

  • Buka setiap hari
    • 6 pagi – 7 petang

Harga Tiket Klang Gates Quartz Ridge

  • Percuma


61. Bukit Jugra

tempat menarik selangor fotografi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang kaki lensa kamera & mencari tempat menarik di Selangor untuk fotografi, apa kata ke sini. Pemandangan dari puncak Bukit Jugra sangat menakjubkan di mana anda boleh melihat laut Selat Melaka, muara Sungai Langat & kehijauan sekelilingnya yang pasti akan menghasilkan satu foto landskap yang memukau. Bukti Jugra juga mempunyai banyak cerita sejarah yang sangat dekat dengan diri orang Selangor. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad antara tahun 1859-1898, Bukit Jugra pernah dijadikan tempat bersemayam baginda.

Di kalangan penduduk setempat, Bukit Jugra sering menjadi tempat untuk bersiar-siar & tidak kurang juga yang jogging. Waktu petang atau pagi adalah waktu terbaik untuk anda merakam suasana sekeliling kerana adanya panorama matahari terbit & terbenam. Di atas Bukit Jugra ini juga terdapat rumah api yang sangat ideal untuk dijadikan subjek klasik untuk gambar landskap anda.

Selain itu, Bukit Jugra sangat terkenal sebagai destinasi terbaik di Selangor untuk aktiviti sukan luncur udara Paragliding. Sukan paragliding memang sangat menyeronokkan untuk dicuba walaupun sekali seumur hidup. Sebenarnya untuk menjadi paraglider atau terbang secara solo, seseorang itu perlu mempunyai lesen yang sah. Namun sebagai pelancong yang hanya ingin suka-suka mencuba, anda boleh membayar upah pilot untuk membawa anda terbang di udara. Aktiviti ini dikenali sebagai Tandem Paragliding yang mana kita tidak perlukan sebarang lesen.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebookWebsite

  • Jugra, 42700 Banting, Selangor

  • Tidak dikhususkan

  • Lawatan ke Bukti Jugra percuma

Harga Paragliding di Malaysia

  • Harga Tandem Paragliding bergantung kepada lokasi & situasi penumpang. Kebiasaannya kadar harga untuk Tandem Paragliding, setiap penerbangan yang dipandu oleh pilot berpengalaman sekitar RM 220 – RM 250 untuk masa 10-15 minit.
  • Harga untuk belajar menjadi pilot paragliding yang diiktiraf bermula RM 2800. Akan menjalani sesi latihan berkala sehingga pandai & dapat lesen yang sah.

*tandem paragliding – hanya untuk mereka yang berumur 7 tahun dan keatas sahaja.

Situasi keadaan lokasi semasa untuk berat ideal:

  • Light wind : 25kg – 35kg
  • Medium wind (ideal) : 40kg – 75kg
  • Stronger wind : 80kg – 95kg


Kolam Air Panas yg Best di Selangor

62. Kolam Air Panas Selayang

kolam air panas selayang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seronok bukan bercuti di Selangor? Terdapat banyak pilihan tempat mandi manda & kolam air panas semulajadi yang boleh diakses dengan mudah tanpa perlu memandu jauh ke kawasan pedalaman. Destinasi ini merupakan sebuah hot spring yang sangat terkenal di Selayang & juga orang KL. Lokasinya hanya sekitar 25 km sahaja dari KL melalui Jalan Kuching & tidak jauh dari beberapa tempat berkelah di Selangor yang popular seperti Air Terjun Kanching & Taman Rimba Templer.

Kolam Air Panas Selayang mempunyai 3 kolam air panas yang besar & 1 kolam air panas yang kecil bersaiz telaga air. Konsep aktiviti di sini lebih kepada terbuka di mana anda boleh berendam di dalam kolam ini bersama pengunjung lain atau menggunakan baldi & gayung. Setiap kolam mempunyai suhu yang berbeza & bahkan ada sehingga ke 100 darjah celsius. Destinasi ini sering menjadi kunjungan warga setempat yang berusia untuk menyegarkan diri & sebagai terapi semulajadi yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit serta awet muda.

Tidak hairanlah, biarpun jam 10 malam, masih ramai pengunjung yang bertandang dengan keluarga untuk berendam & menikmati kehangatan air panas di sini. Anda jangan terkejut pula apabila melihat bilangan pengunjung yang semakin bertambah walaupun waktu hari hujan. Ini kerana, walaupun hari hujan, suhu kolam air panas di sini tetap panas. Bahkan, berendam dalam kolam air panas waktu hujan yang sejuk sebenarnya lebih menyeronokkan. Sekiranya anda ingin mencari aktiviti menarik waktu malam di Selangor yang percuma & lebih santai, Kolam Air Panas Selayang sangat disyorkan untuk anda lawati.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Selayang Hotspring Pool, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

  • Awal pagi – lewat malam

  • Percuma


63. Sungai Lalang Hotspring Semenyih

kolam air panas sungai lalang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti di Selangor bersama mak & ayah yang sudah berusia, apa kata bawa mereka ke Kolam Air Panas Sungai Lalang untuk merasai sendiri manfaatnya. Manalah tahu, mungkin aktiviti ini akan memberikan kelegaan kepada mereka sekiranya ada penyakit sendi, lenguh-lenguh badan & sebagainya. Kandungan mineral & sulfur yang terdapat di dalam air kolam panas semulajadi dipercayai dapat merawat beberapa jenis penyakit seperti penyakit kulit, sakit sendi, arthritis, rheumatism & sebagainya.

Kolam Air Panas Sungai Lalang lebih besar berbanding kebanyakan hotspring di Selangor yang lain seperti yang terdapat di sekitar Hulu Langat. Malah, ruangan parkir kereta juga besar serta sangat berdekatan dengan lokasi kolam air panas. Pada waktu puncak, tidaklah terlalu bersesak dengan pengunjung lain. Anda jangan takut, walaupun anda boleh melihat wap panas & buih-buih air kolam yang kelihatan seperti menggelegak, sebenarnya suhunya hanya sekitar 50-52 darjah celsius sahaja.

Pengalaman berendam di dalam kolam air panas memang menyeronokkan. Sebaik kaki dicelup, anda akan rasa panas yang membuatkan seperti mahu angkat kaki. Itu adalah perkara biasa sekiranya ini adalah pengalaman kali pertama anda. Selepas beberapa minit, rasa panas akan hilang secara perlahan & anda boleh rasa mata seperti hendak ‘terbeliak’ kerana peredaran darah dalam badan menjadi semakin lancar. Selain itu, aktiviti sebegini boleh meningkat metabolisme badan & secara tidak langsung boleh bakar kalori serta lemak dalam badan. Mudah bukan kalau nak kurus di sini? Hanya berendam sahaja.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6012-6823342

  • Kolam Air Panas Sungai Lalang, Jalan Sungai Lalang, 43200 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi Kolam Air Panas Sungai Lalang

Dibuka setiap hari;

  • 6.00 am – 10.00 am
  • 5.00 pm – 1.00 am

Bayaran Masuk Kolam Air Panas Sungai Lalang

  • Dewasa:
    • RM 2
  • Kanak-Kanak:
    • RM 1
  • Kanak-Kanak bawah 3 tahun:
    • Percuma

*bayaran bulanan RM 50 untuk pengunjung yang ingin datang setiap hari.


64. Kolam Air Panas Sungai Serai

tempat menarik di selangor waktu malam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kolam air panas semulajadi ini antara yang terdekat sekiranya anda menginap di hotel sekitar Cheras atau Kajang. Kolam air panas ini juga luas & mudah untuk diakses dengan kenderaan dari jalan besar. Apa yang menarik, anda juga boleh datang pada waktu malam untuk merasai kehangatan air panas semulajadi di sini yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dalaman & juga kulit. Menariknya, kawasan dasar kolam air panas di sini tidak berkonkrit & sebaliknya adalah berpasir.

Sebaik mengambil kerusi & duduk di dalam kolam ini, anda boleh tanam kaki anda sehingga ke pergelangan kaki di dalam pasir ini. Ini membuatkan haba yang bakal anda rasai lebih ‘menyirap’ & sangat menyegarkan. Lokasi kolam air panas ini terletak di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat. Cabaran kalau ke sini pada hujung minggu adalah kesesakan lalu lintas kerana jalanraya di sini sempit. Almaklumlah, Hulu Langat sangat terkenal dengan lokasi air terjun & juga chalet menarik yang berkonsepkan eko-pelancongan. Tidak hairanlah setiap hujung minggu, pasti ramai orang luar melalui jalanraya di sini untuk berkelah di sungai & juga berkonvoi.

Sebenarnya, aktiviti berendam di kolam air panas sebegini lebih seronook kalau dilakukan pada sebelah malam atau awal pagi. Dengan suasana sekelilingnya yang sejuk & ditambah pula kehangatan air panas di kolam, membuatkan terasa seperti berada di sebuah destinasi hotspring terkenal di luar negara. Sekiranya anda inginkan tempat menarik di Selangor waktu malam dengan aktiviti yang lebih santai, sangat disyorkan untuk alami sendiri kehangatan hotspring di Kampung Sungai Serai ini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Kolam Air Panas Sungai Serai, Batu 11 1/2, Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi Kolam Air Panas Sungai Serai

  • 24 jam

Bayaran Masuk Kolam Air Panas Sungai Serai

  • Mandi
    • RM 1 /seorang
  • Parkir Kereta
    • RM 1 / kereta


65. Kolam Air Panas Hulu Tamu

kolam air panas hulu tamu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau nak mandi manda di Selangor dan taknak ke sungai yang airnya sejuk gila tu, anda pergi jelah ke Kolam Air Panas Hulu Tamu. Kolam air panas semula jadi yang terletak lebih kurang 7 km dari pekan Batang Kali ini memang menyeronokkan bagi anda-anda yang ingin berendam air panas. Memang asyik bila dapat rendamkan diri dalam air panas terutama pada waktu pagi yang sejuk di Selangor ni. Ada yang untuk awam ada yang kawasan private juga, tapi dua-duanya tetap best dan boleh masuk. Mereka ada beberapa kolam dalam ni untuk keselesaan anda berendam. Harga di kawasan private lebih mahal berbanding kawasan awam.

Tempat ini juga sangat bersih dan dijaga rapi walaupun tempat kerajaan. Di sini, mereka ada menyediakan tempat berasingan bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Tempat kanak-kanak adalah lebih cetek berbanding orang dewasa, lebih kurang macam mandi kolam renang juga. Selain itu, tempat untuk tukar baju juga disediakan.

Hotel TerdekatPeta Lokasi+60133361512  | Facebook

  • Hulu Tamu, 44300, Selangor

Waktu Operasi Kolam Air Panas Hulu Tamu

  • Dibuka setiap hari kecuali Khamis untuk tujuan pembersihan.

Harga Masuk Kolam Air Panas Hulu Tamu

  • RM 3 – RM 10


Tempat Menarik Untuk Dilawati Bersama Anak-Anak

66. Taman Botani Shah Alam

 taman botani negara shah alam selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang sangat popular untuk warga Bandaraya Shah Alam yang ingin melepaskan lelah daripada keserabutan bandar metropolitan. Taman rekreasi yang sangat mesra keluarga & indah sebegini pasti akan menjadi ‘terapi mujarab’ untuk mereka yang sedang ‘jiwa kacau’. Ketika berada di sini, anda pasti terasa seperti sedang berjalan di Taman Negara walaupun destinasi ini sebenarnya dalam bandar. Taman Botani Shah Alam menempatkan banyak tarikan untuk anda sekeluarga lawati seperti taman haiwan, rumah iklim, taman bunga, tasik yang cantik, taman kaktus & taman herba.

Destinasi ini sangat mudah untuk diakses oleh pengunjung yang bercuti di Shah Alam & mempunyai fasiliti yang sangat lengkap seperti ruangan parkir kereta/bas yang besar, kemudahan penginapan, kawasan camping, tempat rekreasi & sebagainya. Pendek cerita, apa jua tujuan anda ke sini samaada sekadar jalan-jalan atau ingin melakukan aktiviti riadah, Taman Botani Shah Alam adalah jawapan yang tepat untuk anda terokai. Malah, banyak institusi pengajian & organisasi yang menganjurkan program seperti hari keluarga atau team building, akan memilih destinasi ini kerana lokasinya strategik, kemudahan yang sangat lengkap & kaya dengan keindahan flora fauna.

Anda boleh jogging, berjalan ataupun sewa basikal untuk menerokai keindahan Taman Botani Shah Alam. Kalau anda tiada stamina, sebaiknya sewalah basikal. Maklumlah, taman botani ini memang besar & agak memenatkan sekiranya berjalan kaki. Bagi yang inginkan aktiviti yang lebih mencabar, sangat disyorkan untuk melakukan aktiviti lasak di SkyTrex Shah Alam yang terletak tidak jauh dari sini. Sekiranya anda bercuti di Selangor bersama keluarga atau mungkin berbulan madu di Shah Alam, bolehlah jadikan Taman Botani Shah Alam ini sebagai destinasi lawatan anda.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-55107048FacebookWebsite

  • Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi Taman Botani Shah Alam

#1 Waktu operasi bagi taman adalah seperti berikut :

  • Selasa – Ahad
    • 7.30 am – 5.00 pm

* Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am

#2 Rumah Iklim Sederhana Empat Musim :

  • 7.30 am – 4.30 pm

#3 Kaunter Bayaran :

  • 7.30 am – 4.30 pm

#4 Bas :

  • Selasa – Ahad :
    • 7.30 am – 4.30 pm
  • Jumaat :
    • 7.30 am – 12.15 pm

Harga Tiket Taman Botani Shah Alam

#1 Cas Konservasi ( Wajib)

  • Dewasa (12 -54 tahun):
    • RM 3
  • Kanak-Kanak (6-11 tahun):
    • RM 1
  • Warga Emas (55 tahun & keatas):
    • RM 1
  • Pelawat umur 6 tahun kebawah, anak-anak yatin & OKU: PERCUMA

#2 Cas Konservasi Rumah Iklim 4 musim

  • Dewasa (12 keatas):
    • Musim Salji: RM 5
    • Musim lain: RM 3
  • Kanak-Kanak (6-11 tahun):
    • Musim Salji: RM 3
    • Musim lain: RM 1
  • Pelawat umur 6 tahun kebawah, anak-anak yatin & OKU: PERCUMA

#3 Cas Tempat Letak Kenderaan:

  • Kereta /Van:
    • RM 3
  • Motosikal
    • RM 1
  • Bas / Lori
    • RM 5

*Untuk kadar kemudahan & perkhidmtan lain, sila layari tbnsa.gov.my


67. Laman Seni 7

laman seni 7

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Korang mesti ingat street art cuma ada dekat Pulau Pinang je kan? Hah percaya tak dekat Selangor pun ada you all. Sesuai la nak OOTD kan? Lokasi Laman Seni 7 ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Kawasan street ni mengetengahkan 3 Mural yang berbeza iaitu Komuniti Shah Alam, Tarikan Pelancong dan Konsep Hijau. Kawasan ini merupakan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian supaya tempat ni jadi lebih selamat, bersih dan tenang.

Ada macam-macam hasil seni seperti lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalanan dan macam macam lagi. Bila dah puas bergambar perut pun mesti berbunyi kan? Bolehlah korang singgah dekat Family Mart yang memang dekat situ. Bolehlah makan ais krim dan oden yang viral tu.

Hotel TerdekatPeta Lokasi0136032411 | FacebookInstagram

  • Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Laman Seni 7

  • Buka 24 Jam setiap hari

Harga Tiket Laman Seni 7

  • Percuma


68. Kilang Roti Gardenia

tempat menarik di Selangor yang percuma

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang cikgu tadika, sekolah atau pensyarah yang mengendalikan lawatan sambil belajar di Selangor, apa kata bawa pelajar berkunjung ke kilang pembuat roti nombor 1 di Malaysia ini. Banyak perkara baru yang bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh menambah ilmu tentang pembuatan roti di kilang ini. Tambahan pula, kilang ini adalah antara tempat menarik di Selangor yang percuma untuk lawatan berkumpulan & sangat mudah untuk dilawati oleh sesiapa sahaja.

Walaupun sekadar roti untuk sarapan pagi, tetapi kadang-kadang rasa teruja juga untuk mengetahui kenapa Kilang Roti Gardenia ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia mengalahkan jenama antarabangsa yang lain. Pengalaman mengetahui sejarah pembuatan roti, sejarah syarikat & melihat production line di dalam kilang, pasti akan membuka mata dengan lebih luas tentang dunia roti. Aroma semerbak bau roti yang segar menusuk rongga hidung pasti membuatkan anda kecur air liur ketika mundar-mandir di bahagian pembakaran roti.

Kalau anda suka buat kek atau roti, bolehlah mendalami ilmu tentang proses pembuatan roti dengan menggunakan teknologi moden mahupun teknologi lama berserta cara-cara pemilihan gandum yang berkualiti. Lebih menarik, walaupun destinasi ini adalah percuma, kanak-kanak bukan sahaja boleh melihat proses pembuatan roti sahaja, malah turut akan dihadiahkan roti & cenderahati yang pasti membuatkan mereka gembira. Kalau berhasrat ke sini, anda hanya perlu buat temujanji sahaja dengan pihak pengurusan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-51916130FacebookWebsite

  • 35, Persiaran Sabak Bernam, Hicom Industrial Estate, 40400 Shah Alam, Selangor

Slot Masa Lawatan Kilang Roti Gardenia Shah Alam

  • Isnin hingga Jumaat –
    • 9:00 pagi, 11:00 pagi, 2:00 petang dan 3:00 petang
  • Sabtu –
    • 9:00 pagi & 10:00 pagi

*Jangkamasa Lawatan di Kilang : Anggaran 1 ½ jam

Harga Tiket Kilang Roti Gardenia Shah Alam

  • PERCUMA namun perlu buat tempahan slot
  • Untuk tempahan sila hubungi 03-5191 6130 sambungan 128, 130, or 131 pada waktu pejabat


69. Bukit Melawati Kuala Selangor

bukit melawati selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selangor juga mempunyai banyak destinasi bersejarah seperti di Bukit Melawati. Banyak kesan-kesan sejarah di sini yang boleh pelancong lawati & kalau nak tahu, Bukit Melawati ini dahulunya merupakan sebuah kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor pada abad ke 18. Di atas bukit ini, bertempatnya kubu pertahanan yang dahulunya menjadi benteng melawan musuh. Lokasinya yang strategik di atas bukit membolehkan pengunjung melihat pemandangan indah muara Sungai Selangor & juga Selat Melaka.

Di sekitarnya juga, masih terdapat replika meriam lama & benteng batu yang pernah berfungsi sebagai kubu pertahanan satu masa dahulu. Pengunjung boleh ke kawasan puncak bukit dengan menggunakan trem pelancong dengan bayaran yang sangat minimal. Banyak tempat menarik sekitar Bukit Melawati yang boleh dilawati seperti Batu Hampar, Perigi Beracun, Makan Diraja 3 Sultan Selangor yang pertama, Muzium Kuala Selangor, Muzium Permainan Tradisional, Rumah Api, Baituhilal (tempat melihat anak bulan), Busut Malawati, Kota Malawati, Tangga Seratus, Meriam 3 Sederet & juga Meriam Penggawa.

Waktu hujung minggu & cuti sekolah, ramai pelancong yang berkunjung ke sini untuk melihat kesan-kesan sejarah di Bukit Melawati. Di puncak bukitnya juga, anda boleh menikmati keindahan Selat Melaka sambil melayan kerenah monyet-monyet yang berkeliaran. Malah ada juga peniaga yang menjual makanan monyet di sini yang berupa kacang panjang & juga kacang tanah. Untuk kurang rasa bahang panas matahari, sebaiknya datang pada waktu pagi ataupun petang.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Pekan lama Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi Lawat di Bukit Melawati Kuala Selangor

  • Dibuka setiap hari
    • 9 am – 6 pm

Lokasi lawatan:

  • Percuma

Bayaran Perkhidmatan Trem Bukit Melawati:

Lawatan ke Bukit Malawati sahaja:

  • Dewasa: RM 3.20
  • kanak-kanak (3-12 tahun): RM 2.10
  • Kanak-Kanak (1-2 tahun): Percuma

Harga Pakej (Bukit Malawati dan Taman Ikan Air Tawar):

  • Dewasa: RM 5.30
  • kanak-kanak (3-12 tahun): RM 3.20
  • Kanak-Kanak (1-2 tahun): Percuma

*tiket boleh dibeli di kaunter tiket


70. Muzium Coklat Kota Damansara

muzium coklat damansara selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Coklat merupakan manisan yang semua orang suka terutamanya kanak-kanak & juga majoriti wanita yang sedang stress. Tetapi ramai yang tidak tahu sejarah yang ada di sebalik manisan terkenal seantero dunia ini. Bagi anda yang selalu makan coklat atau mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah, apa kata berkunjung ke Muzium Coklat ini yang terletak di Kota Damansara. Kalau nak tahu, muzium coklat sebegini merupakan yang pertama di Asia Tenggara & walaupun destinasi ini bernama ‘muzium’, tidak bermakna hanya informasi bersejarah sahaja yang ada di sini.

Setiap pameran yang ada di Muzium Coklat Damansara ini diketengahkan melalui tarikan interaktif, paparan digital, replika, mesin adunan coklat & sebagainya. Variasi pameran sebegini sangat sesuai dengan peredaran zaman hari ini di samping untuk menarik minat kanak-kanak supaya belajar sesuatu dengan lebih efektif ketika berkunjung ke sini. Banyak informasi yang boleh anda terokai tentang coklat & mengenali ciri-ciri coklat yang berkualiti. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa ada sesetengah coklat yang saiznya sama, warnanya sama, manisnya sama tetapi pada harga jualan yang berbeza. Kalau nak tahu jawapannya, kenalah datang ke sini.

Apa yang menarik, di sini juga turut ada demonstrasi oleh staf bertugas tentang cara-cara membuat coklat yang jarang-jarang sekali kita lihat. Almaklumlah, rahsia membuat coklat yang sedap seperti jenama terkenal, sudah tentulah rahsia & tidak didedahkan kepada umum. Sekiranya anda seorang peminat tegar coklat, pasti ada sesuatu yang baru yang akan anda belajar di muzium ini. Sebelum berangkat pulang, anda boleh membeli aneka pilihan coklat yang ada di sini yang terdiri lebih daripada 100 jenama coklat yang terkenal. Satu tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak yang sangat ideal untuk guru-guru adakan lawatan sambil belajar.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-74904260FacebookWebsite

  • No 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Muzium Coklat Kota Damansara

  • Dibuka setiap hari
    • 10 am – 5 pm

Harga Tiket Muzium Coklat Kota Damansara

  • Sila rujuk di website


71. I-City Shah Alam

tempat menarik di Shah Alam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lagi destinasi percutian seisi keluarga yang terletak di Shah Alam, Selangor. I-City Shah Alam merupakan sebuah kawasan pelancongan yang mempunyai beberapa tempat menarik yang sering menjadi kunjungan pelancong. Samaada aktiviti kering atau basah, I-City Shah Alam pasti ada jawapan yang sesuai dengan minat peribadi anda. Antara tarikan popular adalah City of Digital Light, SnowWalk, Trick Art Museum, The Red Carpet Museum & juga Water World I-City.

Antara yang paling menarik yang perlu anda terokai di sini adalah SnoWalk yang merupakan kawasan permainan musim sejuk berais indoor yang pertama di Asia Tenggara. Di SnoWalk anda boleh alami sendiri pengalaman berada dalam kawasan iklim sejuk pada suhu -5 darjah celsius. SnoWalk I City ini dibina dalam kawasan 50,000 kaki persegi & mempunyai lebih 100 tan struktur ais yang diukir oleh 30 pengukir profesional yang diimport khas dari Harbin, China. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menarik yang sinonim dengan ais atau salji seperti ice-sliding, tobogganing & membuat orang salji.

Satu lagi tarikan di I-City Shah Alam yang unik yang perlu anda terokai adalah Red Carpet Wax Museum. Muzium ini menempatkan kira-kira 100 patung wax/lilin yang kesemuanya adalah tokoh & selebriti bertaraf dunia yang popular baik dalam bidang politik, bintang filem, bintang sukan & sebagainya. Satu tempat menarik di Shah Alam yang sangat menyeronokkan untuk dilawati kerana terdapat beberapa tarikan kekeluargaan unik yang tiada di negeri lain.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-55218800FacebookInstagramWebsite

  • D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ CityPark, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Taman Tema di I-City Shah Alam

Dibuka setiap hari

  • 11.00 am – 12.00 am

Harga Tiket Taman Tema di I-City Shah Alam

harga tiket i city shah alam-min


72. KidZania

kidzania kuala lumpur selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda mencari apa yang menarik di Selangor untuk dilakukan bersama anak-anak? Apa kata bawa mereka ke KidZania yang merupakan sebuah destinasi riang ria kanak-kanak yang mempunyai banyak tarikan permainan interaktif. Di sini, kanak-kanak boleh melakukan banyak aktiviti yang boleh merangsang minda pembelajaran & bermain ‘menjadi orang dewasa’ yang mempunyai profesion seperti pilot, ahli bomba, doktor & sebagainya.

Manalah tahu, mungkin dengan permainan sebegini akan menyemai semangat & cita-cita yang tinggi untuk mereka menjadi orang yang lebih berguna. Rata-rata aktiviti di sini sesuai untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun. Cabaran di sini hanyalah satu, iaitu perlu menunggu giliran untuk anak-anak melakukan aktiviti di setiap station terutamanya pada cuti sekolah. Untuk kepuasan maksimum tanpa menunggu lama, sebaiknya datang pada hari yang kurang sesak.

Di Kidzania juga, anda boleh menganjurkan sambutan hari jadi untuk anak-anak. Terdapat pakej-pakej menarik yang boleh anda jadikan sambutan hari jadi anak-anak satu memori yang indah buat mereka. Malah, untuk syarikat korporat yang ingin adakan hari keluarga syrikat, destinasi sebegini sangat disyorkan sekiranya anda inginkan aktiviti indoor yang lebih mesra keluarga & kanak-kanak.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-22039666FacebookInstagramWebsite

  • Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi KidZania

  1. Ahad-Jumaat:
    • 10 am – 5 pm
  1. Sabtu, Cuti Am & Cuti Sekolah:
    • 10.00 am – 7.00 pm
  2. Bulan Ramadhan :
    • 9.00 am – 4.00 pm
  3. Isnin:
    • Tutup kecuali waktu cuti sekolah & cuti am Malaysia/Selangor

Harga Tiket Masuk KidZania

  • Umur 0-1;
    • walk-in fee: Percuma
    • online purchase: Percuma
  • Umur 2-3;
    • walk-in fee: RM 46.00
    • online purchase: RM 41.40
  • Umur 4-17;
    • walk-in fee: RM 95.00
    • online purchase: RM 85.50
  • Umur 18-59;
    • walk-in fee: RM 50.00
    • online purchase: RM 45.00
  • Umur 60+;
    • walk-in fee: RM 38.00
    • online purchase: RM 34.20
  • OKU;
    • walk-in fee: RM 38.00
    • online purchase: N/A

Tiket masuk Kidzania KL boleh juga dibeli secara online di KLOOK (Lebih Murah!)


73. Sky Simulator

sky simulator selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ada anak-anak yang mempunyai cita-cita nak jadi pilot ? Apa kata bawa mereka ke sini untuk merasai sendiri pengalaman mengemudi pesawat di udara dengan menggunakan teknologi simulasi yang sangat canggih. Di Sky Simulator, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berada di dalam kokpit utama pesawat yang sebenar-benarnya & belajar cara-cara mendaratkan pesawat dari udara. Walaupun ianya adalah simulasi semata-mata, namun tetap akan memberikan debaran & perasaan cemas, terutamanya ketika mendaratkan pesawat.

Kalau nak tahu, simulator yang ada di sini (737 NG flight simulator) adalah apa yang perlu seorang bakal juruterbang kendalikan untuk dijadikan latihan asas sebelum mengemudi pesawat yang sebenar di udara. Setiap pengunjung boleh membawa 2 orang rakan untuk duduk di belakang & menjadi penumpang anda. Sebelum memulakan pengembaraan di angkasaraya maya, anda akan diberikan penerangan ringkas oleh staf bertugas cara-cara mengendalikan kapal terbang.

Hanya dalam tempoh 15 minit, anda perlu ingat & fahami penerangan yang diberikan serta fungsi setiap butang yang ada di dalam kokpit pesawat. Dari sini anda akan membawa kapal terbang berlepas & berlegar-legar di udara mengikut laluan yang telah ditetapkan sebelum mendarat kembali. Seronok & agak cemas juga memandu kapal terbang simulasi ini kerana agak mustahil untuk mengemudi dengan sempurna berbekalkan ilmu yang diberikan dalam 15 minit sahaja. Namun itulah yang membuatkan pengalaman di sini satu perkara yang menarik untuk anda cuba.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603 -77334737FacebookInstagramWebsite

  • eCurve, LG-05, Lower Ground Floor, No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Sky Simulator Selangor

  • Dibuka setiap hari 10:30 am – 10:30 pm

Harga Tiket Sky Simulator Selangor

Pakej Go Flyer – RM 98 / 15 minit

  • Menerbangkan 737NG flight simulator selamat 15 minit. Pengunjung akan mengemudi & melaksanakan penerbangan dari KLIA Airport ke Subang Airport

Pakej Sky Flyer – RM 180 / 30 minit

  • Menerbangkan 737NG flight simulator selamat 30 minit. Pengunjung akan mengemudi & melaksanakan penerbangan dari mana-mana lapangan terbang, buat satu pusingan & mendarat di lapangan terbang yang sama.

Pakej Sky Flyer – RM 280 / 60 minit

  • Menerbangkan 737NG flight simulator selamat 60 minit. Pengunjung akan mengemudi & melaksanakan penerbangan dari mana-mana lapangan terbang & mendarat di mana-mana lapangan terbang .


74. MinNature Malaysia

tempat menarik selangor kanak-kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi sebegini memang unik & hanya satu sahaja seumpamanya di Negeri Selangor. Sekiranya anda mencari tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak yang lain daripada yang lain pada cuti sekolah nanti, apa kata ke MinNature Malaysia yang merupakan pameran figura mini yang terbesar di Asia. Sehingga ke hari ini, ruangan pameran telah memenuhi 17,000 kaki persegi & angka ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Setiap replika, diorama mini & rekaan landskap yang menjadi bahan pameran MinNature Malaysia ini adalah 100% hasil tangan orang tempatan.

Pembinaan pameran ini mewakili suasana-suasana tertentu yang menarik untuk anak-anak anda tingkatkan ilmu pengetahuan am pada cuti sekolah. Antaranya, figura atau replika bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bank Negara & banyak lagi. Tahukah anda, setiap bangunan ikonik ini dibina pada saiz dimensi yang sama dengan bangunan asal namun pada nisbah yang lebih kecil iaitu 1:87. Tidak hairanlah, pameran di sini tampak sangat ‘real’ & kehalusan setiap ukiran subjek-subjek di sini juga sangat terperinci sekali.

Kalau berkunjung dengan anak-anak, bolehlah anda mengambil kesempatan untuk menerangkan bangunan-bangunan bersejarah yang ada di sini. Di samping berseronok dengan melihat pameran di sini, dapatlah juga anak-anak belajar sesuatu bukan? Kelebihan berkunjung ke sini, anda juga dapat melihat struktur setiap bangunan ini secara menyeluruh termasuk dari sudut pandangan atas. Lokasinya hanya terletak di aras 4 Summit USJ Shopping Complex, Subang Jaya & hanya 10 minit sahaja memandu dari satu lagi tempat menarik di Subang Jaya yang sangat popular, iaitu Sunway Lagoon Theme Park.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6011-10099374FacebookInstagramWebsite

  • Summit USJ, 4.03A & 4.05, Level 4, Persiaran Kewajipan USJ 1, 47600, Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi MinNature Malaysia

  • 10 am – 10 pm (setiap hari termasuk hari cuti sekolah & cuti umum)

Harga Tiket MinNature Malaysia

  • Dewasa:
    • RM 28.00
  • Kanak-Kanak (Umur 4-12):
    • RM 15.00
  • Warga EMas (60 tahun keatas):
    • RM 15.00

PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 4 tahun & OKU (kena ada kad OKU).


75. Sunway Pyramid Ice Skating

sunway pyramid ice petaling jaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda adalah pelancong luar dari Selangor mungkin dari pantai timur atau Sabah Sarawak, apa kata bawa anak-anak anda untuk mencuba aktiviti menarik sebegini yang mungkin tiada di negeri anda. Salah satu destinasi unik yang jarang-jarang ada di negeri lain adalah Sunway Pyramid Ice yang berada dalam Sunway Pyramid Mall & terletak bersebelahan sahaja dengan Sunway Lagoon Theme Park. Sunway Pyramid Ice merupakan lapangan ais yang sangat besar & bertaraf dunia untuk anda seisi keluarga mencuba aktiviti dengan sukan meluncur di atas ais.

Mencuba sesuatu aktiviti baru sebegini bersama anak-anak pasti membuatkan mereka gembira. Dapatlah bersuka ria & belajar meluncur atas ais serta alami sendiri betapa susahnya untuk bermain permainan ini untuk pertama kali. Sukan meluncur ais nampak macam mudah seolah bermain roller-blade tetapi hakikatnya ianya ada perbezaan. Anda tidak perlu malu kalau takut jatuh kerana ramai yang datang ke sini tidaklah semuanya mahir & mereka sekadar ingin mencuba sahaja ‘permainan canggih’ sebegini.

Selain itu, manalah tahu sekiranya perancangan asal anda untuk bersuka ria di Sunway Lagoon Theme Park terbantut akibat cuaca hujan, bolehlah gunakan ‘Plan B’ untuk melakukan aktiviti indoor di Sunway Pyramid Ice. Sekiranya anda menginap di Sunway Pyramid Hotel, anda boleh ke sini tanpa perlu menaiki kereta kerana ianya terletak dalam satu kompleks bangunan yang bersaiz mega. Sekiranya anda mempunyai sarung tangan & stokin, bawalah siap-siap kerana memakai stokin & sarung tangan adalah wajib. Kalau tidak, terpaksalah beli di sini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-74926800FacebookWebsite

  • LG3 Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Sunway Pyramid Ice Skating

#1 Weekdays

  • 10 am – 8 pm

#2 Sabtu

  • 9 am – 9 pm

#3 Ahad

  • 9 am – 6 pm

#4 Cuti Sekolah / Cuti Umum

  • 9 am – 9 pm

Harga Bayaran Sunway Pyramid Ice Skating

#1 Weekdays

  • Dewasa/Kanak-Kanak;
    • RM 20

#2 Weekend

  • Dewasa/Kanak-Kanak;
    • RM 25

#3 Cuti Umum / Cuti Sekolah

  • Dewasa/Kanak-Kanak;
    • RM 28

Harga Stokin: RM 6
Harga Sarung Tangan: RM 9


Tempat Sukan Extreme di Selangor

76. Skytrex Shah Alam

skytrex shah alam selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda seorang yang tidak takut gayat? Atau tidak tahu di mana ‘tahap kegayatan’ anda? Kalau begitu, apa kata anda cuba aktiviti mencabar di Skytrex Shah Alam yang pasti membuatkan jantung anda berdebar-debar & pada masa yang sama bolehlah ukur ‘tahap kegayatan’ diri sendiri. Aktiviti di sini kebanyakannya memerlukan anda memanjat pokok, bergayut pokok ke pokok & merangkak pada ketinggian 4-5 tingkat bangunan di dalam hutan.

Skytrex Shah Alam yang hanya terletak di Taman Botani Negara Shah Alam pada umumnya menawarkan 3 jenis laluan berhalang yang berbeza tahap kesukarannya. Samada anda wanita yang lemah lembut ataupun lelaki yang gagah perkasa, ketiga-tiga jenis laluan yang terdapat di sini memang sesuai untuk semua orang. Sekiranya anda baru ingin mencuba aktiviti sebegini, disyorkan untuk menggunakan laluan Little Adventure yang sesuai untuk beginner. Kalau anda berani dengan ketinggian, tinggi stamina & berkeyakinan tinggi, cubalah laluan Extreme Challenge.

Skytrex Shah Alam hanya terletak di dalam Taman Botani Negara Shah Alam iaitu satu hutan rekreasi yang sangat terkenal dengan keindahannya. Malah lokasinya juga dekat dengan kawasan bandar & tidak perlu memandu jauh. Sekiranya ada kawan-kawan anda yang tidak berani mencuba aktiviti di Skytrex ini, mereka boleh melakukan aktiviti yang santai-santai di Taman Botani Shah Alam.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6019-2805679FacebookInstagramWebsite

  • Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi SkyTrex Shah Alam

Selasa-Jumaat

  • Pelepasan Pertama: 9.00 am
  • Pelepasan Terakhir: 2.00 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Pelepasan Pertama: 8.30 am
  • Pelepasan Terakhir: 3.00 pm

*Isnin tutup kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum yang terpilih
**semak perkembangan semasa waktu operasi di sosial media Skytrex.


1 . BIG THRILL

Jangka masa 1 jam 30 minit sehingga 2 jam
Slot Waktu Tempahan: 0900 – 1030 – 1200 – 1330 – 1500

Keperluan Pengunjung

  • Minimum tinggi 140 cm .
  • Berat Maksimum 100 kg.
  • Kanak-kanak bawah 13 tahun mesti ditemani oleh penjaga/ibu bapa. 1 anak untuk 1 penjaga/ibu bapa

2 . EXTREME CHALLENGE

Jangka masa halangan untuk dihabiskan 2 jam
Slot Waktu Tempahan: 0830 – 1000 – 1130 – 1300 – 1430

Keperluan

  • 16 tahun ke atas sahaja
  • Peserta bawah 16 tahun wajib mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga. Kena isi borang
  • Sihat secara fizikal & kuat bahagian badan atas
  • minimum 1400 cm & berat maksimum 100kg.

3 . LITTLE ADVENTURE

Jangkamasa siap halangan: 30 – 40 minit
Slot tempahan: 0900 (9am – 11am), 1130 (11.30am-1.30pm) & 1330 (1pm – 3pm).

Keperluan

  • Minimum 110 cm tinggi
  • Berat maksimum 100 kg. Peserta bawah 18 tahun perlu persetujuan ibubapa/penjaga. Kena isi borang
  • Kanak-kanak bawah 8 tahun perlu kehadiran penjaga/ibu bapa. Maksimum 2 kanak-kanak untuk 1 ibu bapa/penjaga
  • Penonton yang hanya lihat dari kawasan tanah tiada cas dikenakan

Harga Tiket SkyTrex Shah Alam

Little Adventure ( Beginner);

  • Harga Biasa: RM 50
  • Harga Atas Talian: RM 45

Bih Trill ( Intermediate);

  • Harga Biasa: RM 60
  • Harga Atas Talian: RM 55

Extreme Challenge ( Advanced);

  • Harga Biasa: RM 70
  • Harga Atas Talian: RM 65

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi.


77. Escape Challenge Petaling Jaya

escape challange selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terinspirasi daripada permainan kanak-kanak zaman dahulu, Escape Challenge merupakan tempat tarikan baru untuk setiap peringkat umur dan bermain pelbagai cabaran menarik. Ianya telah disediakan untuk berlainan kamampuan, usia dan tahap tenaga. Jika datang ke Escape Challenge bersama keluarga, anda mungkin boleh tahu bakat dan hobi seseorang.

Escape Challenge menyediakan pelbagai cabaran yang mendebarkan seperti aerobot, airbag, atan’s leap banana flip, coco climb, gecko tower, jumping jack, monkey business, monkey school, slingshot, dan zoom bug. Escape Challenge menyediakan perkhidmatan sewaan untuk kasut, loker dan chest mount. Dilakukan bersama aktiviti yang mengujakan ini, Escape Challenge Petaling Jaya juga mempunyai pakej untuk hari keluarga, lawatan sekolah, dan sambutan hari lahir.

Hotel TerdekatPeta Lokasi603-76651106InstagramWebsite

  • SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Escape Challenge

  • Isnin – Tutup; Selasa – Ahad
    • 10 am -10 pm

Harga Tiket Escape Challange

  • Bayi (0 – 3 tahun)
    • Percuma
  • Kanak-Kanak (4 tahun – 12 tahun);
    • RM 45.50
  • Dewasa (13 – 60 tahun);
    • RM 68.60
  • Warga Emas (61tahun & keatas);
    • Percuma


78. Air Rider Indoor Skydiving

sky one utama

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kembali ke extreme sport. Air Rider Indoor Skydiving memang patut korang cuba. Terletak di One Utama Mall yang merupakan lokasi yang mudah diakses. Tapi sebelum anda ke sana, anda kena buat pembelian pakej secara online dan harus 1 minggu sebelum tarikh yang anda ingin pergi. Pakej pula ada pelbagai. Anda boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet anda.

Apabila dah sampai di Air Rider Indoor Skydiving anda akan diminta untuk isi borang deklarasi kesihatan sebab pihak pengurusan tak akan tanggung risiko sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku. Nanti anda jangan terkejut pula. Harga boleh tahan mahal tapi memang berbaloi dan puas hati. Alah! Pengalaman sekali seumur hidup kan?

Hotel TerdekatPeta Lokasi | 03-77285588 | FacebookWebsite

  • 1 Utama Shopping Centre, 1 Utama E, City, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Air Rider Indoor SkyDiving

  • Isnin – Ahad
    • 10.00 am – 10.00 pm

Harga Tiket Air Rider Indoor SkyDiving

#1. Basic Package (2 flights)

  • Dewasa 1 Jam:
    • RM 125.00
  • Kanak-Kanak 1 Jam:
    • RM 118.00

#2. Best Pakej (4 flights)

  • Dewasa 2 Jam:
    • RM 223.00
  • Kanak-Kanak 1 Jam:
    • RM 213.00
  • Kanak-Kanak OKU (bawah 130 cm):
    • RM 25.15
  • Warga Emas:
    • RM 29.35

#3. Unlimate Pakej (10 flight)

  • Dewasa & Kanak-Kanak Pas 1 Hari:
    • RM 602


79. Gua Damai Extreme Park

tempat menarik gombak selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ramai di kalangan kita yang inginkan aktiviti mencabar seperti rock climbing & abseiling di satu kawasan yang cantik dengan keindahan alam semulajadi & bukannya di kawasan indoor. Masalahnya, untuk yang baru berjinak-jinak sudah tentu anda kadang-kadang berfikir 2 kali kerana kebanyakan lokasinya terletak di kawasan pedalaman & jauh dari bandar. Jangan risau, kini ada satu tempat menarik di Selangor yang boleh anda lakukan aktiviti lasak sebegini yang dekat dengan bandar & hanya terletak di Gombak. Malah, lokasinya juga sebenarnya hanya bersebelahan sahaja dengan satu tarikan pelancongan di Gombak yang sangat popular, iaitu Gua Batu Caves.

Aktiviti lasak seperti abseiling, rock climbing, caving, trekking, flying fox & seumpamanya, boleh anda lakukan di sini sambil menikmati keindahan alam semulajadi tanpa perlu ke kawasan pedalaman. Tidak kira samaada anda seorang yang berpengalaman dalam dunia abseiling ataupun baru berjinak-jinak, Gua Damai Extreme Park mempunyai pakej cabaran yang mesra untuk semua tahap kemahiran. Gua Damai Extreme Park menawarkan 120 routes yang berbeza tahap halangannya & di sini juga, anda berpeluang menerokai 5 gua batu kapur seperti Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree.

Alang-alang sudah ke sini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti menarik seperti Zip Line atau flying fox. Meluncur laju seperti Tarzan dari kawasan gua yang tinggi dengan kelajuan 40 km per jam pasti akan memberikan satu ledakan adrenalin yang maksima di dalam badan. Satu destinasi yang sangat ideal untuk sesiapa sahaja termasuk yang berkeluarga yang ingin melakukan satu aktiviti menarik yang lain daripada yang lain pada hujung minggu atau cuti sekolah.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6012-4812005FacebookWebsite

  • Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi Gua Damai Extreme Park

  • 8.30 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga-Harga Pakej di Gua Damai Xtreme Park

  • Abseiling: RM 90
  • Gua Damai X-Package: RM 160
  • Climbing & Abseiling: RM 130
  • Fun Climbing @ top rope: RM 100
  • Multiple Abseiling(100m): RM 120
  • Abseiling & Caving Tour: RM 120
  • Zip Line (250 m) : RM 50
  • Fun Caving Tour: RM 60

*semua peralatan keselamatan & keperluan mendaki disediakan


80. Amped Malaysia Trampoline Park

bercuti di kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda sudah bosan bersenam di gym, apa kata kali ini ajak kawan-kawan beriadah di sini dengan cara yang lebih menyeronokkan. Selain bersuka ria dengan aktiviti melompat di sini, dapatlah mengeratkan talian persahabatan dengan rakan-rakan. Destinasi ini merupakan sebuah trampoline park yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya. Samaada anda sedang bercuti di Kuala Lumpur atau sekitar Lembah Klang, destinasi ini sangat mudah untuk dilawati & pasti akan memberikan satu pengalaman yang baru untuk anda bersama kawan-kawan.

Terdapat pelbagai betuk permainan trampoline di sini yang sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah atau rekreasi secara indoor bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Memang menyeronokkan, dapat melompat tinggi & bolehlah berangan-angan menjadi ahli gimnastik yang sangat fleksibel dalam pergerakan. Kalau anda suka main bola keranjang, destinasi ini pasti membuatkan anda tersenyum gembira kerana terdapat satu kawasan lompatan yang boleh anda melakukan slam dunk dengan mudah & pelbagai gaya.

Jangan ingat trampoline park ini hanya sesuai untuk dewasa sahaja. Bagi yang berkeluarga, anda boleh juga membawa anak-anak untuk sesi riang ria bersama-sama pada cuti sekolah atau hujung minggu. Apa yang lebih menarik, di dalamnya terdapat sistem berhawa dingin & tidaklah terasa terlalu rimas selepas penat melakukan aktiviti di sini. Sudah penat bermain, bolehlah pula mandi manda di kolam renang di sini & menariknya, terdapat gelongsor air yang pasti membuatkan anak anda gembira untuk mencuba.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-77334090FacebookWebsite

  • LG 011, The Club, No 1 Club Drive, Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Amped Malaysia Trampoline Park

  • Sabtu & Ahad
    • 9 am – 9 pm
  • Isnin
    • 10 am – 7 pm
  • Selasa
    • 3 pm – 9 pm
  • Rabu-Khamis
    • 10 am – 9 pm

Harga Tiket Amped Malaysia Trampoline Park

Isnin-Jumaat

  • Dewasa/ Kanak-Kanak;
    • RM 25 untuk jam pertama & RM 12 untuk jam berikutnya

Sabtu & Ahad

  • Dewasa/ Kanak-Kanak;
    • RM 30 untuk jam pertama & RM 15 untuk jam berikutnya


81. Mudtrekkerz Paintball Park

tempat team building selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini pasti membuatkan mereka yang gemarkan aktiviti outdoor secara berkumpulan teruja untuk cuba. Seperti yang teungkap pada namanya, Mudtrekkerz Paintball Park merupakan sebuah lapangan aktiviti paintball yang sangat digemari kerana mempunyai landskap padang peperangan yang berbeza-beza sehingga 5 konsep. Main paintball di sini lebih terasa adventurous kerana suasana sekelilingnya yang ideal & menepati konsep sebuah medan peperangan yang sebenar.

Sekiranya anda menjadi orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari tempat team building di Selangor yang menarik, cubalah pertimbangkan destinasi ini. Terdapat pakej yang disediakan oleh pihak Mudtrekkerz Paintball Park seperti pakej Paintball Team Building yang sangat ideal untuk memenuhi jadual harian team building syarikat anda. Lokasi destinasi ini juga terletak di Shah Alam & sekitar 9 km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Dengan pelbagai kemudahan pengunjung yang lengkap & lebih 200 kotak parkir kereta, tidak hairanlah MTZ sering menjadi lokasi feveret organisasi, badan korporat & institusi pengajian untuk melakukan aktiviti outdoor dengan cara yang lebih mencabar & lasak. Sekiranya anda berminat untuk mengadakan aktiviti ini, sila buat tempahan awal-awal untuk memudahkan perancangan program anda di sini kelak.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6016-3231144FacebookInstagramWebsite

  • Mudtrekkerz Paintball Park, Jalan Hijau Serindit U9/68, Syksyen U9,, Cahaya SPK, Shah Alam, 40150, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi Mudtrekkerz Paintball Park Selangor

  • Selasa:
    • Tutup
  • Weekdays:
    • 9 pm – 5 pm
  • Weekends / Public Holidays:
    • 9 am – 5 pm

Kadar Bayaran Mudtrekkerz Paintball Park Selangor

  • Base Package (100 pellets)
    • RM 85 per pax
  • Scavenger Package
    • RM 95 per pax
  • Geronimo Package
    • RM 135 per pax
  • Gatling Gun Package
    • RM 195 per pax

Kesemua pakej didatangkan dengan marker, safety goggles & chest protector

Tambahan Paintball Pellets RM 280 per box of 2000, RM 80 per bag of 500

Kadar sewa Marker, Mask & Chest Protector (no pellets) RM65.00 per set

Untuk aktiviti berkumpulan, sila berhubung dengan staf.

Khas untuk pelajar- dapatkan harga istimewa (perlukan kad pelajar)


82. Camp5 Climbing Gym

 camp5 climbing selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hari hujan atau hari panas terik? Nak buat aktiviti outdoor takut kulit hitam? Tiada masalah, hadirkan diri anda di Camp 5 Climbing Gym apabila bercuti di Selangor untuk melakukan aktiviti indoor wall climbing. Destinasi ini merupakan sebuah gym memanjat tertutup yang terletak di aras 5 di One Utama Shoppping Centre. Di sini, pengunjung boleh melakukan aktiviti fizikal yang sangat mencabar seperti memanjat dan melalui laluan berhalang yang pasti akan membakar kalori dengan banyak.

Sesuai untuk membawa anak-anak, keluarga ataupun rakan-rakan untuk beriadah di sini. Pengunjung juga boleh sewa peralatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di gym ini. Samaada anda masih berjinak-jinak dengan dunia climbing atau pun sudah expert, di sini mempunyai banyak cabaran wall climbing yang berbeza tahapnya yang sesuai untuk segenap tahap kemahiran.

Kalau anda kosong dengan ilmu ‘panjat-memanjat’ ini, jangan risau, di Camp 5 Climbing Gym ada menyediakan kelas asas permulaan. Apabila sudah mahir dengan kemahiran memanjat, bolehlah pula anda langgan yuran bulanan untuk datang ke sini secara konsisten. Satu alternatif baru untuk anda lakukan aktiviti keluarkan peluh selain hanya pergi ke gym dengan aktivit angkat berat sahaja.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-77260410FacebookInstagramWebsite

  • EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya, 47800, Selangor, Darul Ehsan

Waktu Operasi Camp 5 Indoor Climbing Gym

  • Isnin-Jumaat: 2.00 pm – 11.00 pm
  • Hujung Minggu: 10.00 am – 8.00 pm
  • Cuti Umum: 10.00 am – 8.00 pm

Harga Tiket Camp 5 Indoor Gym

1 . Try Climbing Session:

  • Yuran: RM 55.00*
  • Masa: 1 jam**
  • Maxiumum: 1 guide untuk 5 climber

* Yuran termasuk Harga Masuk & semua kelengkapan memanjat
** Setiap sesi dijadualkan setiap jam pada setiap hari
** Tempahan awal sangat digalakkan untuk elakkan kesesakan

2. Basic Wall Course:

  • Yuran: RM 120*
  • Masa: 4 Jam**
  • Maximum: 1 Instructor: 12 Pelajar

* Yuran termasuk dengan sewa kelengkapan
* Yuran Kemasukan tidak termasuk
** Diadakan setiap hari
** Tempahan awal diperlukan

Pass Kemasukan 1 hari:

  • Dewasa :RM 36.00
  • Junior (13-17 tahun) :RM 25.00
  • Youth (8-12 tahun) :RM 16.00
  • Kids (bawah 8): Percuma

Pass Kemasukan 10 hari:

  • Dewasa :RM 320.00
  • Junior (13-17 tahun) :RM 220.00
  • Youth (8-12 tahun) :RM 120.00
  • Kids (bawah 8): Percuma

Kadar sewa peralatan climbing sekiranya tiada:

  • Harness: RM 5
  • Kasut: RM 7
  • Belay Set: RM 3
  • Chalk Bag: RM 3
  • Lead Rope: RM 20/Hr , RM50/Day
  • Padlock for Locker: RM 2
  • Helmet : Percuma


83. City Karting Enterprise

tempat menarik shah alam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Teringin menjadi pelumba go-kart & berlumba dengan gaya profesional seperti di kaca tv? Jangan simpan hasrat itu berlalu begitu sahaja, apa kata anda realisasikan impian anda menjadi pelumba & berlumba di litar profesional bersama kawan-kawan di Litar Go Kart Shah Alam, Seksyen 13 yang hanya bersebelahan sahaja dengan Stadium Shah Alam. Tidak kira samada anda ada pengalaman atau tidak, destinasi ini menawarkan pakej-pakej sukan permotoran go-kart yang sesuai untuk sesiapa sahaja.

Destinasi ini juga sering menjadi tempat organisasi syarikat untuk mengadakan aktiviti perlumbaan di kalangan staf pada cuti sekolah atau hujung minggu. Menariknya, anda juga boleh memandu jentera go-kart yang mempunyai 2 tempat duduk & membawa anak-anak berusia 4-12 tahun mengelilingi litar yang mempunyai 15 selekoh ini. Menarik bukan? Semstinya anak-anak akan bergembira merasai pengalaman sebegini yang jarang-jarang boleh didapati di tempat lain.

Pihak City Karting Enterprise turut menganjurkan perlumbaan go-kart dengan pakej yang berbeza-beza & bergantung kepada jenis jentera & bilangan peserta. Untuk anjurkan aktiviti ini, anda perlukan minimum 10 orang peserta. Bagi pelancong bercuti di Selangor lebih dari 10 orang, bolehlah mencuba sesuatu yang baru sebegini & pada masa yang sama dapat mengeratkan talian persahabatan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-55125868FacebookWebsite

  • City Karting (Shah Alam) Sdn Bhd, Litar Go-kart Shah Alam, Car Park Western 5, Shah Alam Stadium, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Litar Go-Kart Shah Alam

  • Isnin-Jumaat: 10 am – 7 pm
  • Sabtu-Ahad: 9.30 am – 7.00 pm

Harga Sukan Go-Kart di Litar Go-Kart Shah Alam

  • Double Seater Kart
    • RM 50 / kart /session (10 minit)
  • Cadet Kart
    • RM 40 / kart /session (10 minit)
  • Regular Kart
    • RM 40 / kart /session (10 minit)
  • Pro Kart
    • RM 80 / kart /session (10 minit)
  • 125cc Kart
    • RM 120 / kart /session (10 minit)


84. Semenyih Ecoventure Resort & Recreation

tempat team building selangor menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Semenyih Ecoventure Resort & Recreation adalah destinasi yang sangat menarik untuk dijadikan tempat menganjurkan program seperti hari keluarga, kem motivasi ataupun team building di Selangor. Resort yang berkonsepkan eko-pelancongan ini turut menyediakan kemudahan penginapan, outdoor games, aktiviti rekreasi & sebagainya. Selain itu, faktor utama yang menjadikan destinasi ini sangat popular adalah lokasinya yang sangat dekat dengan keindahan alam semulajadi yang pasti membuatkan anda jatuh cinta.

Resort ini terletak di dalam kawasan seluas 20 ekar & dikelilingi dengan kehijauan pokok serta tasik. Secara tidak langsung, pelbagai aktiviti outdoor samaada di darat atau di tasik, boleh anda lakukan secara berkumpulan seperti berkayak, berakit, jungle trekking, survivor games, explorace, flying fox, ninja warrior & macam-macam lagi.

Menariknya, penginapan yang ditawarkan di sini juga sangat unik & pasti memberikan anda satu pengalaman bermalam yang baru. Terdapat pilihan bilik penginapan berbentuk bilik kabin, tube, rumah kampung & juga villa yang eksklusif. Satu tempat penginapan di Selangor yang sangat unik & sangat ideal untuk dijadikan destinasi hari keluarga atau pun team building.

Harga HotelPeta LokasiJarak6017-6736358FacebookWebsite

  • Lot No. PT 1351, Jalan Sungai Lalang Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia.

  • Sepanjang tahun (destinasi penginapan)


85. Sepang International Kart Circuit (SIKC)

go kart sepang selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Teringin memandu & berlumba di trek perlumbaan yang berliku seperti di Litar Antarabangsa Sepang ? Anda boleh realisasikan impian tersebut dengan memandu jentera go-kart di dalam litar perlumbaan yang sama dengan Litar Antarabangsa Sepang tetapi pada skala saiz litar yang lebih kecil. Kalau nak tahu, layout Litar Antarabangsa Sepang direka oleh Herman Tilke, sorang F1 Track Designer yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kalau anda bercuti ke Negeri Selangor bersama rakan-rakan & berkumpulan yang semuanya berumur 13 tahun ke atas, bolehlah ke sini untuk merasai pengalaman berlumba go-kart yang pasti memberikan satu pengalaman yang berbeza berbanding litar lain. Lebih menarik, anda juga boleh mengetahui catatan masa untuk pusingan yang anda habiskan. Hebat bukan? Tidak hairanlah, setiap hujung minggu pasti akan ada acara perlumbaan yang diadakan di sini. Sekiranya anda berminat nak cuba, sebaiknya datang waktu hari berkerja.

Terdapat beberapa pilihan jentera go-kart yang boleh anda pilih yang berbeza saiz kapasiti enjin & kuasa kuda. Untuk yang baru nak mencuba, pilihlah pakej Series 1 untuk ambil ‘feel’ & suai kenal dahulu dengan cara pemanduan go-kart. Kalau anda seorang pelajar, boleh dapatkan kadar bayaran yang lebih murah. Bagi organisasi yang ingin menganjurkan acara korporat atau hari keluarga syarikat dengan cara berbeza, anda juga boleh sewa satu litar ini untuk setengah hari atau sehari. Baru lain daripada yang lain apabila menganjurkan aktiviti hari keluarga di sini bukan? Penuh gaya !

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6013-5916267FacebookWebsite

  • Sepang International Kart Circuit, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi Go Kart di Litar Sepang

  • Selasa – Ahad:
    • 9 am – 6 pm
  • Cuti Umum:
    • Tempahan 5 hari sebelum

Hubungi untuk tempahan:

  • +6013-591 6267
  • +6017-875 7889

Harga Go Kart di Litar Sepang

Pakej Quick Experience

#1 Series 1 Karts

  • 200 cc, 4 stroke Engine, 6.5 horsepower
  • Harga: RM 40 / pax
  • Harga Pelajar: RM 32 / pax
  • Double Seater: RM 50

#2 Series 2 Karts

  • 100 cc, 2 stroke Engine, 16 horsepower
  • Harga: RM 100 / pax

#3 Series 3 Karts

  • 125 cc, 2 stroke Engine, 21 horsepower
  • Harga: RM 150 / pax

*juga mempunyai pakej-pakej lain untuk penganjuran go-kart & event-event korporat. Maklumat lanjut, sila layari website.


86. Galactic Laser Tag

galactic laser tag selangor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda & rakan-rakan ingin mencuba sesuatu permainan baru yang lebih futuristik? Kalau ya, cubalah rasai sendiri kehebatan permainan yang ditawarkan di Galactic Laser Tag. Bayangkan diri anda seorang watak dalam video sains fiksyen, dibekalkan senapang laser di tangan, ditemani muzik mendebarkan seperti adegan yang suspen & menyelinap masuk ke kawasan berhalangan dalam misi menangkap kawan anda. Seronok bukan? Tidak ubah seperti bermain permainan video yang popular seperti Counter Strikes, tetapi dengan cara yang lebih realistik.

Walaupun permainan di sini bunyinya macam ‘ganas’, anda jangan bimbang kerana risiko untuk sakit ditembak dalam permainan ini tidaklah seperti bermain paintball di padang terbuka. Malah, ianya lebih selamat. Aktiviti di Galactic Laser Tag sesuai untuk semua golongan termasuk golongan berkeluarga & kanak-kanak. Selain itu, banyak juga organisasi & syarikat korporat yang menjadikan destinasi sebagai tempat untuk adakan aktiviti team building bersama teman sepejabat.

Aktiviti unik sebegini yang lain daripada yang lain, pasti menjadi satu kenangan yang manis untuk anda & rakan-rakan luangkan masa berkualiti bersama. Lokasi Galactic Laser Tag ini terletak di Sunway Pyramid & bersebelahan sahaja dengan Sunway Lagoon Theme Park. Kalau anda sekeluarga menginap di hotel berhampiran seperti di Sunway Resort Hotel & Spa, bolehlah mencubanya di sini. Kalau nak tahu, medan tempur di Galactic Laser Tag di sini merupakan arena laser tag yang terbesar di Malaysia. Rugi tak cuba !

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak603-56388833FacebookWebsite

  • LG3.06 Sunway Pyramid Mall, No. 3 Jalan PJS11/15, 46150, Petaling Jaya, Selangor

Harga Tiket Galactic Laser Tag Sunway Piramid Mall

Dibuka setiap hari

  • Ahad-Khamis
    • 10 am – 10 pm
  • Jumaat, Sabtu & Cuti Am
    • 10 am – 11 pm

Harga Tiket Galactic Laser Tag Sunway Piramid Mall

#1 Harga untuk Non-Members

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • 2 misi: RM 48
  • 3 misi: RM 58

Isnin-Jumaat

  • 2 misi: RM 38
  • 3 misi: RM 48

#2 Harga untuk Members

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • 2 misi: RM 41
  • 3 misi: RM 51

Isnin-Jumaat

  • 2 misi: RM 33
  • 3 misi: RM 43


87. ATV Adventure Park

atv kemensah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Selangor ni memang banyak tempat-tempat yang anda boleh pergi untuk melakukan aktivit-aktiviti yang mencabar. Salah satunya di ATV Adventure Park yang terletak di Kampung Kemensah, Kuala Lumpur. Kemensah ni memang terkenal dengan sungai dan air terjun serta terletak di belakang Zoo Negara. Oleh itu, bila anda main ATV di sini, anda akan dibawa ke salah satu destinasi air terjun yang terdapat di Kemensah. Perjalanan yang bakal diambil adalah melebihi satu jam selalunya. Memang berbaloi sangat kalau dapat buat aktiviti ini.

Anda boleh pilih untuk bawa sorang atau berpasangan kerana ATV ni macam motor tapi ada empat tayar. Senang je nak bawa kerana dah cukup seimbang dah dengan adanya empat tayar. Akan tetapi, kalau anda masih takut-takut dan tak yakin nak bawa sendiri, anda naik je berdua. Mereka ada menyediakan pakej-pakej yang berbeza mengikut bajet dan masa yang anda ingin luangkan. Lagi satu, akan ada orang yang bawa anda nanti melalui jalan-jalan berliku di hutan, jadi tak perlu takut sesat bila main ATV ni. Jika ada apa-apa pertanyaan dan nak booking, anda boleh call ataupun Whatsapp mereka.

 Peta Lokasi+60192448544 | Facebook | InstagramWebsite

  • Atv Adventure, Kampung Kemensah, 68000, Selangor

Waktu Operasi ATV Adventure Park

  • Dibuka setiap hari

Harga ATV Adventure Park

Harga bergantung kepada masa yang diambil untuk tiba ke destinasi yang berbeza-beza.

  • Pakej B;
    • RM 100
  • Pakej C;
    • RM 150
  • Pakej D;
    • RM 200
  • Pakej E;
    • RM 300


Tempat Membeli Belah di Selangor

88. Mitsui Outlet Park KLIA

mitsui outlet klia

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ada yang menggelar pusat beli-belah Mitsui Outlet Park KLIA sebagai one stop shopping centre. Berada di lokasi strategik, Mitsui Outlet sering dikunjungi penduduk tempatan pada hari cuti. Di sini banyak kedai yang menjual barangan pelbagai kategori yang berjenama popular dengan harga yang murah seperti Calvin Klein, Todak, LocknLock, Poney, Salomon, Gong Cha, Sasa Outlet dan Westime.

Perkhidmatan bas ulang-alik Mitsui Outlet yang membawa penumpang dari/ ke KLIA dan KLIA 2 juga turut singgah di sini memandangkan di Mitsui Outlet mempunyai perkhidmatan simpanan bagasi secara percuma. Mudahlah untuk berbeli belah kerana barangan dalam keadaan selamat.

Oleh kerana lokasi Mitsui Outlet berdekatan dengan lapangan terbang, di sini mereka mempunyai perkhidmatan seperti pertukaran wang, pengangkutan seperti taxi, bas dan kereta sewa, check-in kiosk dan banyak lagi. Jadi, anda boleh membuat persedian awal sebelum berangkat ataupun balik.

Hotel TerdekatPeta Lokasi03 87779300InstagramWebsite

  • Persiaran Komersial, 640000 KLIA, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Mitsui Outlet Park KLIA 

  • Dibuka setiap hari;
    • 10 am – 10 pm

Harga Tiket Mitsui Outlet Park KLIA

  • Percuma


89. Sunway Pyramid

sunway pyramid

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sunway Pyramid merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal di Subang Jaya kerana berada di berdekatan dengan Sunway Lagoon. Memang banyak jenama-jenama serta kedai barangan mewah yang boleh didapati di sini. Pusat beli-belah ini memang besar tau, anda jangan sesat pula bila ke sini.

Bagi yang tak tahu tu, Sunway Pyramid ini juga terkenal kerana reka bentuk pusat beli-belah ini sendiri. Terdapat sebuah piramid dan seekor singa yang diinspirasikan daripada piramid di Mesir dan sebab itulah namanya Sunway Pyramid. Memang lain dari yang lain reka bentuknya. Selain itu, Sunway Pyramid juga menjadi pilihan mereka-mereka yang ingin bermain luncur ais kerana di sini terdapat ice skating rink. Memang ramai orang meluncur ais di sini pada hari minggu.

Hotel TerdekatPeta Lokasi03-7494 3100 | Facebook | Website

  • No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Pyramid

  • 10.00 am – 10.00 pm (setiap hari)

Harga Masuk Sunway Pyramid

  • Percuma


90. IOI City Mall

ioi city mall

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Untuk anda yang berada di Putrajaya, memang tak banyak sangat pusat membeli-belah yang ada untuk anda self-reward, salah satu yang ada boleh pergi ialah IOI City Mall Putrajaya. Pusat membeli-belah ini memang besar tau dan sudah tentu banyak kedai yang boleh anda jumpai. Anda boleh shopping kasut, beg, baju serta kelengkapan rumah. Jika anda nak membeli gajet anda boleh ke tingkat paling atas kerana tingkat atas itu memang khas untuk gajet-gajet seperti telefon bimbit, komputer dan bayak lagi.

Aktiviti lain juga boleh dibuat di sini tau. Anda boleh melakukan aktiviti ekstrem yang dapat dilakukan di District 21 Putrajaya yang juga terletak di tingkat atas. Selain itu, anda boleh bermain bowling juga di sini. Kalau hari minggu memang ramai orang yang pergi. Aktiviti yang paling digemari yang dapat juga dibuat di sini ialah bermain luncur ais. Terdapat satu gelangang luncur air tau di dalam pusat membeli-belah ini. Memang best tau!

Hotel TerdekatPeta Lokasi0383288899 | Facebook | Website

  • Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A level 3A IOI City Tower Two Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Waktu Operasi IOI City Mall

  • 10.00 am – 10.00 pm

Harga Masuk IOI City Mall

  • Percuma


91. Setia City Mall

setia city mall

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pusat membeli-belah ini terletak di Setia Alam yang merupakan salah satu pusat beli-belah yang terkenal dan paling dikunjungi orang-orang Shah Alam. Agak besar juga tau tempat ini, jadi memang banyaklah kedai yang boleh anda kunjungi dan bandingkan. Sambil jalan-jalan dan berpenat lelah tu anda mesti nak makan kan, jangan risau kerana memang banyak juga kedai makan yang ada. Anda kalau sambil-sambil tu nak tengok wayang pun ada juga dalam ni.

Selain membeli-belah, pengunjung juga suka datang ke sini untuk melepak di tengah-tengah padang hijau yang ada di luar pusat beli-belah ini. Orang ramai memang gemar bersantai, berkelah dan luangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan di padang hijau yang luas ini. Anda boleh bermain buih juga dengan anak-anak anda.

Hotel TerdekatPeta Lokasi0333758688 | Facebook | Website

  • Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Setia City Mall

  • 10.00 am – 10.00 pm

Harga Masuk Setia City Mall

  • Percuma


Tempat Makan Menarik di Selangor

Kalau bercuti ke tempat-tempat menarik di Selangor kelak, jangan lupa untuk singgah di banyak lokasi restoran, kafe & warung yang popular bersama keluarga anda. Pendek cerita, apa jenis menu makanan yang terdapat dari Perlis sehingga ke Sarawak, boleh didapati dalam negeri Selangor ini dengan mudah. Sila terokai lebih 78+ tempat makan menarik di Selangor untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda nanti di pautan-pautan berikut;

Tempat Penginapan Menarik di Selangor

Seronok bukan makan angin di Selangor? Terdapat banyak sekali destinasi pelancongan yang pelbagai variasinya. Baik aktiviti menarik di dalam bandar atau aktiviti lasak di dalam hutan, Selangor semestinya mempunyai jawapan destinasi yang ideal dengan minat peribadi anda. Apa pun tujuan percutian anda di Selangor, jadilah pelancong yang bijak merancang & pilihlah penginapan yang strategik serta menepati bajet percutian masing-masing. Percutian itu satu keperluan & bukannya satu kemewahan, justeru pandai-pandailah ukur baju di badan sendiri.

Cari Hotel di Selangor

Semoga percutian anda di mana-mana destinasi pelancongan di Selangor bakal menjadi satu kenangan yang terindah bersama keluarga. Ceriakan diri bersama yang tersayang & luangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan pada waktu cuti sekolah atau di hujung minggu. Selamat cuti cuti Malaysia di Selangor. Wassalam.

Baca lagi:

4.6/5 - (146 votes)

Anda Mungkin Berminat

12 Tempat Makan “Nature” di KL & Selangor

Mencari tempat-tempat best untuk lepak-lepak dan makan-makan memang mudah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain mempunyai banyak tempat hiking, KL & Selangor juga...

14 Lokasi Menarik Utk Hiking & Jungle Trekking Di Selangor & KL

Apabila berbicara mengenai negeri Selangor sudah tentu anda akan terbayang akan kesibukan kota. Namun, adakah anda tahu bahawa Selangor juga sebenarnya penuh dengan destinasi...

Zoo Negara – Harga Tiket, Diskaun & Tarikan Paling BEST

Destinasi percutian di Kuala Lumpur & Selangor yang membuatkan anak-anak teruja memang banyak. Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak sudah tentu...

10 Pantai Indah Di Selangor Utk Pencinta Pantai

Kebiasaanya jika mendengar perkataan pantai pasti anda akan terbayang Langkawi, Sabah, Pulau Pinang tapi sekiranya anda adalah warga KL dan Selangor anda tak perlu...

Sungai Gabai – Air Terjun yang MENARIK !

Mula-mula ingatkan Air Terjun Sg GABAN, rupanya Gabai. Air terjun Sg Gabai ni terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Waktu kami datang, ada dalam...

Taman Tema Air di Selangor yg Mesti Dikunjungi

Selangor adalah salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor merupakan negeri yang paling kaya dan paling maju...

7 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Saya
Saya
1 year ago

Penjelasan yang padat dan menarik,tahniah!!!saya yang duduk Selangor banyak lagi tempat yang masih belum dilawati

Yuzdi
2 years ago

saya dari indonesia… saya sangat bangga dengan kerajaan mayasia, saya suka dengan system pemerintahan kerajaan malaysia nya sangat detail, patut rakyat malaysia semua makmur,tempat percutian saya sudah datang ke genting highland, kuantan dan port dickson negeri sembilan

harto
4 years ago

Tempat wisata selangor memang cantik

Susi
4 years ago

wow semua tempat cantik sangat recomended jom la..

ASRI ZAM
ASRI ZAM
4 years ago

Jom sertai edupalancongan di UPM Serdang Selangor.
Kini segala-galanya sudah bersedia!
Ini adalah masa untuk Bermain, Belajar dan Kekal Bertenaga !
Jom sertai program edu-pelancongan kami direka khas oleh eDU-PARK® untuk anda!

Muzium Warisan Melayu
Muzium Anatomi Haiwan
Muzium Anatomi Manusia
Ladang 16 – Tenusu dan Rusa
Galeri Serdang
Taman Konservatori UPM
Kedai Putra Mart
Pusat Ekuin UPM
https://sciencepark.upm.edu.my/edu_park-2606

eryana
eryana
1 year ago
Reply to  ASRI ZAM

ade lg ke ni encik

Ella
Ella
5 years ago

Mohon untuk review Mee Bandung Muar di Sajian Baginda yang terletak di Medan Selera USJ7, Subang Jaya.

Hubungi Kami

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x