Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Aktiviti Menarik & Tempat Menyelam Best Di Pulau Tenggol

Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu, terkenal dengan hutan tropika dan pantai berpasir putihnya. Taman terumbu karangnya yang tidak diusik dan spesies kehidupan lautnya yang jarang ditemui menjadikan Pulau Tenggol salah satu tempat yang terbaik untuk menyelam di Malaysia. Di Pulau Tenggol, para penyelam, sama ada berpengalaman atau mentah, boleh mendapat pengalaman yang sukar dilupakan dan pengembaraan yang hebat di lebih daripada 20 lokasi selaman.

Harus dimaklumkan bahawa musim untuk melihat jerung paus ialah pada bulan Ogos, September dan Oktober, sementara musim menyelam bermula pada 1 Mac dan tamat pada 31 Oktober setiap tahun.


7 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Pulau Tenggol

1. Menyelam di Pulau Tenggol (Scuba Diving)

Pulau Tenggol - Menyelam di Pulau Tenggol (Scuba Diving)

Penyelam berpengalaman kerap tertarik kepada pulau ini yang dianggap sebagai tapak selaman yang terbaik di Semenanjung Malaysia, dengan terumbu karang yang hampir sempurna keadaannya. Ia mempunyai lebih daripada 20 tapak menyelam, dengan tapak-tapak yang cetek dan juga dalam. Musim menyelam bermula pada bulan Mac dan tamat pada bulan Oktober. Terdapat arus laut pada setiap masa, jadi seorang jurulatih berkemahiran yang mengenali kawasan selaman adalah disyorkan.


2. Menyelam Permukaan (Snorkeling)

Pulau Tenggol - Menyelam Permukaan (Snorkeling)

Sama ada dari persisiran pantai mahupun melalui bot, tapak-tapak menyelam permukaan boleh didapati di seluruh kawasan Pulau Tenggol. Sememangnya pemandangan permukaan laut di Pulau Tenggol adalah salah satu yang terbaik kerana terdapat banyak spesies haiwan yang boleh dilihat seperti penyu, jerung terumbu, barracuda dan lain-lain.


3. Bersantai Di Atas Pantai Pulau Tenggol

Pulau Tenggol - Bersantai Di Atas Pantai

Dengan pemandangan laut yang begitu indah, pengunjung boleh bersantai sahaja di atas pantai tanpa melakukan apa-apa dan menikmati ketenangan jiwa sambil ditiup angin laut yang lembut. Sama ada berjemur matahari atau berpayung dan memesan minuman kegemaran, bersantai di atas pantai merupakan aktiviti yang popular di Pulau Tenggol.


4. Jelajah Pulau-Ke-Pulau (Island Hopping)

Pulau Tenggol - Jelajah Pulau-Ke-Pulau (Island Hopping)

Selain bersantai, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah di pulau-pulau yang berada di sekeliling Pulau Tenggol. Setiap satunya mempunyai keindahan mereka yang tersendiri.


5. Yoga

Pulau Tenggol - Yoga

Dengan persekitaran tepi pantai yang begitu indah dan tenang, ini memang masa yang sesuai untuk bersambung dengan tenaga zen anda dan mencuba gerakan-gerakan yoga untuk menyihatkan jiwa dan rohani anda dengan lebih lanjut. Mungkin ia lebih mudah dilakukan di persekitaran seperti ini. Sekiranya anda tidak reti yoga, luangkan masa 5 minit untuk bermeditasi, tutup mata anda dan perhatikan sahaja keadaan di sekeliling anda


6. Kursus Menyelam PADI di Pulau Tenggol

Kursus Menyelam PADI di Pulau Tenggol

Dengan reputasi Pulau Tenggol sebagai salah satu tapak selaman scuba yang terindah, apa kata belajar menyelam dan dapatkan pensijilan daripada PADI supaya anda boleh menikmati sendiri apa sebenar rupanya di dasar laut Pulau Tenggol. Boleh dijamin bahawa pemandangan di dasar laut tentunya akan berbaloi dengan waktu yang diluangkan untuk berkursus dengan PADI.


7. Sukan air

Pulau Tenggol - Sukan air

Terdapat pelbagai pilihan sukan air yang boleh dilakukan di Pulau Tenggol. Semuanya ditawarkan oleh resort-resort dan pihak yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti berlayar, berkayak, meluncur angin (windsurfing) dan lain-lain. Semua aktiviti sukan air ini menguji kelasakan pengunjung dan merupakan cara yang amat baik untuk berseronok dan meluangkan masa yang lapang.


8 Tapak Menyelam Terbaik di Pulau Tenggol

1. Tokong Timur

Tokong Timur

Jauh di luar perairan Pulau Tenggol, terdapat sebuah batu karang laut gergasi dengan cerun lembut yang merupakan tapak popular iaitu Tokong Timur. Terumbu karang yang cerun ini menurun sehingga 60 kaki di sini, dan ia dikelilingi oleh pelbagai terumbu lembut dan keras. Tempat ini penuh dengan ikan yang akan mengerumuni penyelam, dengan kumpulan ikan yang akan berenang tanpa henti seperti Humphead Parrotfish dan lain-lain. Apa yang juga kerap dijumpai ialah spesies Lizardfish dan Ikan Pisang (Banana Fish) yang berehat di atas terumbu atau batu. Kembang permukaan mungkin akan menjadi kasar bergantung kepada cuaca dan waktu ketika selaman.


2. Teluk Air Tawar

Teluk Air Tawar

Di sebelah Barat Pulau Tenggol ialah Teluk Air Tawar atau Freshwater Bay, yang terdiri daripada rangkaian terumbu karang bercerun di atas dinding berbatu kira-kira 180 meter dari persisiran pantai. Ombak lazimnya deras dengan kedalaman maksimum sebanyak 20 meter dan mempunyai jarak penglihatan 10 ke 20 meter yang menjadikannya sesuai untuk penyelam yang mahir.

Teluk Air Tawar sentiasa disyorkan untuk selaman waktu malam kerana tapak ini menjadi lebih menarik dengan hidupan laut mula aktif dengan kehadiran Humphead Parrotfish, Ikan Pari Gergasi (Giant Stingray), Wrass, belut Moray (Moray eel), udang kecil dan lain-lain. Peluang bergambar dengan terumbu laman yang hebat menanti di dasar laut dengan spesies marin seperti Batfish dan Jerung Terumbu Black Tip (Black Tip Reef Shark). Pada kedalaman yang lebih cetak, Lionfish, Fusilier, Kod dan Yellow Snappers boleh dilihat dengan banyak. Penyelam juga harus berhati-hati kerana Tapak Sulaiman (Starfish) Crown-of-thrones boleh dilihat di tapak ini.


3. Gua Rajawali

Gua Rajawali

Lazimnya selaman yang tidak begitu kasar, anda akan diletakkan di sebelah hujung Utara dan menyelam merentasi dasar yang penuh dengan terumbu karang lembut dengan beberapa struktur terumbu besar dan keras yang merupakan ‘stesen pembersihan’ untuk ikan terumbu d sini. Anda berkemungkinan akan bertembung dengan barracuda tempatan yang besar. Nudibranch, ikan pari bertompok biru (blue spotted sting ray), penyu dan Big Humphead Parrotfish pula lazim dijumpai di sebelah selatan. Kedalaman maksimum di sini ialah 22m.


4. Tanjung Gemuk

Tanjung Gemuk

Mula dari Turtle Point di sebelah selatan dan biarkan diri anda dibawa dengan lembut oleh arus ke arahnya. Sebuah tapak selaman yang santai, dengan sedikit arus. Lihat butir-butir dengan teliti, dan anda akan dapat melihat Nudibranch yang terang, mungkin penyu dan terdapat juga sebuah gua di penghujung tapak ini setinggi 5 meter, yang amat sempurna untuk hentian keselamatan.


5. Moonrackeri

Moonrackeri

Tapak ini merupakan salah satu tapak yang paling mengagumkan di Pulau Tenggol. Formasi terumbu termasuk struktur terumbu keras setinggi 5-10 meter dan pelbagai terumbu lembut dan kulit. Tapak ini mendapat namanya kerana di pertengahan jalan ketika menyelam, anda akan melalui sebuah jurang berbentuk V, yang akan membawa anda keluar ke sebuah kawasan terbuka yang kelihatan seperti bulan. Selaman selesai dengan penara rata di 12-14 meter yang menempatkan beberapa spesies penyu di sini.


6. Batu Chachang

Batu Chachang

Tapak-tapak ini lazimnya bermula dengan perairan yang cetek berdekatan dengan pulau. Selepas anda turun anda boleh menjangkakan arus yang sederhana untuk membawa anda ke barisan terumbu karang yang dikelilingi oleh formasi batu yang besar, di mana batu di sebelah barat daya mencerun lebih daripada 25 meter. Satu batu di sini terutamanya diberi nama ” The Edge” kerana itulah apa yang anda lihat apabila anda menyelam merentasi batu pada kira-kira 17 meter dan tiba-tiba ia menujah di hujungnya ke dalam dasar dalam. Tempat yang hebat untuk melihat ikan Pelagic bermain-main dengan arus dan memburu.


7. Tanjung Sarang Lang

Tanjung Sarang Lang

Bahagian barat daya yang paling hujung di Pulau Tenggol mungkin merupakan salah satu kawasan di pulau ini yang paling jarang dilawati. Tiupan angin boleh menghasilkan ombak besar dan pusaran yang boleh mencampak anda dari satu sisi ke sisi yang lain sehingga 6 meter pada waktu-waktu tertentu. Terumbu di sini cukup indah dan kumpulan Jack dan Yellow Back Fusilier menerangi terumbu yang gelap. Ini sebuah tapak yang baik untuk mencari ikan pari dan juga ikan pari bertompok biru (Blue Spot Sting Ray) di kalangan terumbu yang ada.


8. Coral Garden

Tanjung Sarang Lang

Dasar laut yang berpasir nampaknya telah membiakkan bilangan Cacing Pokok Krismas (Christmas Tree Worms) besar yang banyak, semuanya mengintai dari lubang-lubang mereka di dalam batu terumbu. Terdapat terumbu yang berselerak di sekitar kawasan ini, setiap satunya menempatkan hidupan unik yang hidup di atasnya. Ia juga tempat yang amat menarik untuk menyelam dasar (snorkeling).


Resort Pulau Tenggol

1. Tenggol Coral Beach Resort

Tenggol Coral Beach Resort

Pilihan yang popular di kalangan pengunjung, Tenggol Coral Beach Resort menawarkan penginapan taraf hotel Pulau Tenggol di mana setiap satu biliknya dilengkapi dengan balkoni peribadi dan berpemandangan laut untuk keselesaan pengunjung supaya mereka dapat menikmati suasana tepi pantai yang tenang. Aktiviti luaran juga boleh didapati di resort ini dengan harga tambahan.


2. Tenggol Island Beach Resort

Tenggol Island Beach Resort

Tenggol Island Beach Resort merupakan satu-satunya resort menyelam yang diiktiraf oleh PADI di Pulau Tenggol. Selain menawarkan pakej penginapan bertema chalet yang selesa dengan kemudahan restoran dan juga mesra kanak-kanak, ia juga mempunyai pakej-pakej menyelam permukaan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang ditawarkan.


Pulau Tenggol sebenarnya sangat sesuai untuk pengunjung yang suka menikmati keindahan pantai dan juga gemarkan aktiviti air seperti diving dan snorkeling. Tidak seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian, suasana Pulau Tenggol lebih santai dan sesuai untuk pengunjung yang sukakan keamanan.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x