Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay Terbaik dan Selesa di Parit Raja Untuk Anda Cuba!

Batu Pahat, atau disebut BP, adalah salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Johor. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar yang ke 20 terbesar dari segi jumlah kepadatan penduduknya. Batu Pahat juga mempunyai banyak daerah, salah satunya ialah Parit Raja.

Menariknya penduduk Parit Raja dikelilingi oleh masyarakat Melayu dengan dialek Jawa. Jadi, jika ianya adalah pertama kali anda datang ke sini, anda jangan pelik jika terdengar orang Melayu bercakap dalam dialek Jawa.

Selain itu, Bandar Parit Raja juga semakin berkembang dengan adanya pusat pendidikan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dengan pertambahan pelajar yang semakin ramai, kini, terdapat pelbagai tempat serta lokasi menarik yang boleh dikunjungi di sini.

Jika anda mencari homestay di Parit Raja, jangan risau, kerana kami telah menyenaraikan 7 homestay di Parit Raja untuk pilihan anda!

7 Homestay Terbaik di Parit Raja


1. Homestay Adam, Jalan Parit Daun 

Homestay Adam, Jalan Parit Daun 

Homestay pertama ini adalah yang terbaik di Parit Raja, iaitu Homestay Adam yang terletak di Jalan Parit Daun. Menawarkan antara harga homestay yang murah di Parit Raja, mereka memberikan layanan mesra dan baik kepada pelanggan yang ingin menginap di sini. Jika anda ingin merasakan suasana kampung, homestay Adam adalah pilihan yang terbaik.

Dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang makan serta dapur, rumah ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan anda selesa sepanjang penginapan. Setiap bilik tidur mempunyai katil jenis queen, sesuai dengan saiz keluarga besar yang datang menginap. Lokasinya yang jauh dari bandar juga cukup memberikan anda ketenangan ketika menginap di sini.

Alamat: Lorong Taqwa, 1, Jalan Parit Daun, 86400 Parit Raja, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Adam


2. Rumah Tamu Noorhani, Lorong Haji Sarji 

Rumah Tamu Noorhani, Lorong Haji Sarji

Terletak di Lorong Haji Sarji, Rumah Tamu Noorhani ini memberikan anda satu pengalaman yang cukup bermakna. Rupa bentuk rumah yang bercirikan moden ini cukup cantik bila dilihat. Sesuai jika anda mempunyai saiz keluarga yang kecil. Homestay yang berbentuk rumah tamu ini mempunyai kelengkapan yang serba lengkap untuk keluarga anda.

Jika anda ingin membuat BBQ bersama keluarga anda, anda dibenarkan berbuat demikian di halaman rumah ini. Terdapat juga kolam pasang siap untuk kanak-kanak yang ada di sini. Ruang tamunya juga dilengkapi dengan penghawa dingin.

Alamat: No 6 (1) & (2) Lorong Haji Sarji, Batu, 13, Jalan Kluang, 86400 Parit Raja, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Noorhani


3. Homestay Mohadniza (Sebelah UTHM), Taman Bandar Universiti 

Homestay Mohadniza (Sebelah UTHM), Taman Bandar Universiti 

Jika anda mencari homestay yang berdekatan dengan UTHM, Homestay Mohdniza adalah pilihan yang terbaik untuk anda bermalam. Terletak bersebelahan dengan UTHM, homestay ini juga berdekatan dengan tempat dan juga kedai makan, kedai serbaneka dan juga ATM. Sangat memudahkan untuk anda, tak perlu nak ke bandar untuk mencari barang keperluan!

Homestay ini juga lengkap dengan segala kelengkapan yang cukup memberi keselesaan kepada keluarga anda. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu yang dilengkapi dengan penghawa dingin serta 2 bilik air. Jika anda ingin merasai seperti bermalam di rumah sendiri, homestay Mohdniza menawarkan keselesaan, kebersihan serta dekorasi rumah yang sangat cantik. Cukup selesa!

Alamat: 16, Jalan Universiti 20, Taman Bandar Universiti, 86400 Parit Raja, Johor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mohadniza


4. D’Jelutong Homestay, Kampung Parit Jelutong 

D'Jelutong Homestay, Kampung Parit Jelutong 

Jika anda ingin merasakan suasana yang tenang jauh dari kesesakan lalu lintas, anda boleh bermalam di D’Jelutong Homestay yang terletak di Kampung Parit Jelutong. Homestay ini ialah sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai banyak bilik yang membolehkan anda membuat pilihan mengikut citarasa dan saiz keluarga anda. 

Selain itu, Homestay D’Jelutong ini turut menyediakan kemudahan ruang parkir kereta untuk anda sekeluarga. Malah, mereka turut menyediakan kemudahan WiFi percuma untuk pelanggan mereka.

Alamat: Jalan Parit Jelutong, Kampung Parit Jelutong, 86400 Parit Raja, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’Jelutong


5. Homestay Hj Hairuddin, Jalan Parit Jambol 

Homestay Hj Hairuddin, Jalan Parit Jambol 

Dengan suasana yang tenang dan damai, Homestay Hj Hairuddin ini sesuai untuk anda yang mencari ketenangan. Rumah ini mempunyai kemudahan parkir kereta yang berbumbung serta tempat BBQ untuk anda membuat aktiviti bersama keluarga.

Homestay ini turut menyediakan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Tuan rumah juga akan memastikan kesemua kelengkapan yang ada dipenuhi. Peti ais juga penuh dengan makanan dan minuman yang disediakan oleh tuan rumah. Pasti anda berasa selesa dan merasakan seperti bermalam di rumah sendiri.

Alamat: Lorong Hj Salleh Itam, Off, Jalan Hj Abas, Jalan Parit Jambul, 86400 Parit Raja, Johor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Hj Hairuddin


6. Homestay Haji Esmon, Lorong Haji Sarji 

Homestay Haji Esmon, Lorong Haji Sarji 

Homestay Haji Esmon ini baru sahaja beroperasi. Terletak di Lorong Haji Sarji, homestay yang berbentuk rumah tamu atau rumah persinggahan ini mempunyai 7 unit rumah: dua unit rumah terletak di Lorong Haji Sarji, satu unit di Taman Pintas Jaya dan empat unit lagi di Kampung Parit Jambol. 

Homestay ini juga terletak di kawasan yang strategik dan mudah untuk anda askes ke tempat yang anda ingin pergi. Antara tempat yang berdekatan dengan homestay ini ialah UTHM, Pekan Parit Raja dan juga berhampiran dengan kedai makanan, restoran makanan segera dan mesin ATM. Homestay ini juga lengkap dengan segala kemudahan yang anda pasti inginkan.

Alamat: : No 3A & 3B Lorong Hj Sarji, Parit Raja, Batu Pahat, 86400 Batu Pahat, Johor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Haji Esmon


7. Mak Abah Homestay, Lorong Sepakat 

Mak Abah Homestay, Lorong Sepakat 

Mak Abah Homestay yang terletak di Lorong Sepakat ini pasti memberikan anda suasana yang tenang. Homestay ini juga berada di kawasan yang strategik untuk memudahkan akses dengan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah UTHM dan restoran makanan segera. Paling menarik, anda boleh jalan kaki sahaja untuk ke tempat yang anda ingin pergi.

Di homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin pada setiap bilik. Dapur homestay ini juga lengkap dengan segala kelengkapan dapur. Ruang parkir yang selesa untuk kenderaan anda juga turut disediakan.

Alamat: Jalan Parit Haji Salleh Ros, &, Lorong Sepakat, 86400 Parit Raja, Johor

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-7784732

WhatsApp Mak Abah


Kami harap dengan menyenaraikan 7 homestay terbaik di Parit Raja ini, kami dapat membantu anda dalam mencari penginapan yang selesa untuk keluarga anda serta mudah untuk anda akses ke tempat yang ingin anda lawati.

Kalau anda merancang untuk berkunjung ke Muar pula dan mencari tempat penginapan di Muar, jom baca artikel Top 15 Homestay Bak Hotel di Muar. Semoga bermanfaat!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Negeri Johor mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua kategori baik di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara,...

11 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang...

8 Tempat Nasi Goreng Di Johor Yang Berbaloi Dicuba

Nasi merupakan makanan ruji yang tidak boleh dielak oleh rakyat Malaysia. Terdapat begitu banyak jenis nasi bergantung kepada jenis beras yang digunakan untuk memasaknya....

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati 1. Desaru Coast Adventure Park (Taman Tema Air Johor) Taman tema air terbaru dan terbesar...

Pantai di Johor untuk Bercuti dan Penginapan Menarik

Selain di pesisiran pantai di kepulauan Sabah, Terengganu atau Pahang, pantai di Johor juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan destinasi percutian samaada ketika musim...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x