Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati

1. Desaru Coast Adventure Park (Taman Tema Air Johor)

Taman Tema Air Johor - Desaru Coast Adventure Park

Taman tema air terbaru dan terbesar di Johor dan terletak sepanjang 17km di pinggiran Desaru. Taman tema air ini merangkumi lebih 3,900 ekar dari keluasan pantai.

Taman tema air ini juga memperkenalkan 17 gelongsor air yang berbeza dan pengunjung boleh memilih untuk bermain permainan yang berada di kawasan yang basah atau kering. Pengunjung pasti akan merasai kegembiraan yang tidak terhingga. Pelancong juga dapat merasai keseronokan bermain di dalam kolam berombak buatan terbesar di Asia dengan tambahan ‘steel water coaster’ yang diperkenalkan buat pertama kali di rantau itu.

Taman tema air ini juga dikelilingi dengan hotel dan vila yang mewah dan eksklusif. Selain itu, 2 padang golf yang tersedia di taman tema Desaru Coast juga telah berjaya menarik perhatian banyak penggemar sukan golf dan pelancong-pelancong dari luar negara.

Taman tema air ini telah dibuka pada 19 Julai 2018, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Desaru Coast Adventure Waterpark untuk mencuba pelbagai tarikan dan permainan yang ditawarkan di sana!


2. Legoland Water Park Malaysia

Taman Tema Air Johor - Legoland Water Park Malaysia

Taman bertemakan LEGO ini menggabungkan konsep keseronokan untuk membina bangunan Lego, taman tema air dan resort yang sesuai untuk percutian hujung minggu. Ringkasnya, Legoland merupakan destinasi percutian yang lengkap dengan pelbagai permainan atas air dan persembahan.

Taman tema air Legoland Malaysia juga menjanjikan banyak aktiviti interaktif yang boleh dilakukan bersama keluarga dan kawan-kawan. Semuanya memerlukan anda untuk bergerak aktif seperti membina dan berkayuh bersama keluarga di taman tema air ini.

Tarikan utama di Legoland Johor adalah Miniland. Kawasan ini menempatkan replika-replika kecil berbentuk mercu tanda yang terdapat di negara-negara Asia dan menggunakan lebih 30 juta blok lego. Hampir kesemuanya disini dikawal menggunakan butang, termasuklah kapal terbang atau kereta api dan dibina dengan sangat teliti.

Taman tema air Legoland ini mempunyai lebih 20 gelongsor besar dan lebih kurang 70 model blok Lego. Tarikan yang amat digemali disini adalah Joker Soaker, Build-A-Boat, Wave Pool, Splash Safari dan Slide Racers. Terdapat banyak lagi permainan yang akan memberikan anda keseronokan tanpa henti seperti;

  • Joker soaker –tempat permainan interaktif di mana kanak-kanak boleh bermain dengan meriam air dan baldi besar mengandungi 350 gelen air yang akan menjatuhkan air setiap dua minit!
  • Build-A-Boat – adalah satu lagi tarikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, di mana mereka boleh membina bot mereka sendiri menggunakan blok Lego. Ianya di buat menggunakan bahan-bahan yang lembut untuk menggelakkan sebarang kecederaan dan kerosakan.
  • Wave pools – adalah aktiviti yang boleh dinikmati oleh seluruh isi keluarga. Pengunjung boleh bermain dengan ombak atau berehat di tepi kolam ataupun cuma berendam di dalam kolam.
  • Duplo Splash Safari – kanak-kanak boleh berendam atau bermain air disini dan menghabiskan masa untuk berseronok.
  • Slide Racer – pengunjung boleh berlumba turun gelongsor air bersama kawan atau keluarga selaju yang mungkin. Permainan yang mengujakan ini dilengkapi dengan tikar busa lembut untuk menggelakkan sebarang kecederaan.
  • Brick Blaster –  meluncur turun menggunakan pelampung besar terus ke dalam terowong untuk menikmati pengalaman yang terbaik.
  • Build-A-Raft River – bina rakit menggunakan blok lego pelbagai warna yang terapung di sekeliling anda.
  • Imagination Station – imaginasi menjadi kenyataan dengan pelbagai aktiviti interaktif di sini.
  • Red Rush – sesuai dengan nama yang diberi, rasai pengalaman yang mengujakan dengan permainan ini apabila anda turun dari terowong sepanjang 350 kaki menggunakan ‘tube’.
  • Splash ‘N’ Swirl – permainan ini membuatkan anda menjerit kegembiraan semasa  berpusing didalam ‘tube’.
  • Tidal Tube – rasai keterujaan meluncur turun dari terowong yang tertutup setinggi 240-kaki.
  • Twin Chasers – gandakan kegembiraan anda dengan meluncur laju menuruni terowong yang tertutup dengan penuh keterujaan.
  • Wave Rider -rasai pengalaman bermain dengan ombak di dalam terowong terbuka sepanjang 240 kaki.

Selain itu, terdapat juga kedai-kedai yang menyediakan pelbagai cenderamata untuk anda membeli-belah di Legoland Malaysia seperti:

  • Koleksi permainan LEGO terbesar dengan pelbagai pilihan untuk pengunjung.
  • Cenderamata LEGO seperti cawan, ‘sweatshirts’ dan topi.
  • Kedai kostum di mana anda boleh melakonkan cerita dongeng di alam realiti dan kanak-kanak pasti menyukainya.

Pelbagai pilihan makanan ada disediakan untuk semua pengunjung. Semua kedai makanan yang disediakan menawarkan harga yang berpatutan dan sesuai untuk dinikmati semasa anda berseronok disini. Terdapat dua jenis kedai yang menjual makanan dan minuman yang enak iaitu restoran dan juga gerai yang boleh didapati di sekitar premis ini.

Pengunjung juga boleh menempah kemudahan hotel di Legoland Hotel (atau hotel-hotel berdekatan). Bilik-bilik yang ditawarkan juga besar dan selesa. Terdapat pelbagai jenis pilihan bilik untuk pengunjung seperti- Kingdom of Adventure’, lanun dan lain-lain lagi. Anda juga boleh melakukan tempahan secara atas talian dengan pelbagai tawaran dan kombo keluarga yang tersedia untuk pengunjung pada hujung minggu.


3. Austin Heights Water & Adventure Park

Taman Tema Air Johor - Austin Heights Water & Adventure Park

Austin Height Water Park merupakan tarikan terbaru di samping taman tema air yang sedia ada di negeri Johor, Malaysia. Walaupun masih baru, taman ini telah berjaya mencapai tahap populariti yang tinggi dalam masa yang singkat dan seterusnya menjadi destinasi tumpuan yang terkenal di Johor.

Taman tema air ini tidak sebesar taman tema yang lain, tetapi ianya telah berjaya menerima banyak pengunjung dan menjadi destinasi popular bukan sahaja di kalangan penduduk setempat tetapi juga pelancong dari luar. Taman tema air ini mempunyai 12 tarikan permainan ‘outdoor’ dan pelbagai aktiviti ‘indoor’ yang lain. Taman tema ini menjanjikan pengunjung dengan pelbagai keseronokan sepanjang berada disini.

Selain itu, taman tema ini juga menjanjikan gelongsor air yang paling mengujakan di dunia dan membuatkan tahap adrenalin anda melonjak tinggi.

Austin Height juga mempunyai khidmat layanan pelanggan yang sangat bagus. Pekerjanya mesra, ramah dan bersedia untuk memenuhi permintaan anda pada bila-bila masa. Harga tiketnya yang ekonomi menjadikan taman tema ini destinasi hujung minggu yang popular di kalangan penduduk setempat dan juga pelancong dari luar.


4. Wet World Batu Pahat (Taman Tema Air Johor)

Wet World Batu Pahat

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia taman tema air di Malaysia, Wet world adalah sebahagian dari rangkaian taman tema Only World Group (OWG) dan ianya menjanjikan kegembiraan yang tidak terhingga untuk seisi keluarga.

Tidak hanya menjanjikan pengalaman yang seronok dan berkualiti untuk pengunjung, taman tema ini juga menawarkan harga tiket yang tidak membebankan poket anda. Taman tema ini juga mempunyai rangkaian taman tema di seluruh negara dan merupakan satu destinasi yang ideal untuk semua acara kekeluargaan seperti sambutan hari jadi atau karnival.

Permainan yang disediakan juga akan membuatkan anda sekeluarga ingin kembali lagi ke sini. Kolam dengan ombak buatan juga pasti dapat mencipta saat yang magis dan gembira untuk anak-anak anda.

Selain dari permainan yang menyeronokkan, terdapat juga servis lain yang disediakan seperti spa dan klinik kesihatan. Keseluruhannya, taman tema air ini menyediakan kemudahan untuk pengunjung dari semua lapisan umur.

Terdapat satu tarikan terbaru kepada taman tema ini dikenali sebagai Glow Park. Diperkenalkan buat pertama kali di Johor, ianya merupakan sesuatu yang istimewa untuk semua merasai pengalaman yang memukau. Pengunjung dapat menyaksikan haiwan-haiwan safari, hidupan laut dan lain-lain setelah tenggelamnya matahari. Harga tiket kemasukan yang dikenakan hanyalah serendah MYR8.

Wet World Batu Pahat berusaha untuk memenuhi keperluan seisi keluarga dan menjadikan masa yang dihabiskan bersama disini istimewa untuk pengunjung. Mereka berusaha untuk memastikan hari anda disini seronok dengan menyediakan kemudahan yang sempurna, menjadikannya pengalaman yang sukar untuk dilupakan.


5. Tiram Indoor Water Park (Dekat Aeon Tebrau City JB)

Tiram Indoor Water Park (Near Aeon Tebrau City JB)

Merupakan taman tema air tertutup yang pertama di johor. Terletak di dalam premis pusat membeli belah Today di jalan Kota Tinggi. Taman tema air ini boleh menampung 1000 pengunjung dalam satu-satu masa. Tiket juga dijual pada harga yang berpatutan dan terdapat tambahan ‘fun hours’ di hujung minggu untuk semua.

Taman tema ini juga terletak di aras bawah pusat membeli belah dan berjaya meraih populariti hanya dalam tempoh sebulan setelah beroperasi. Taman tema air bertemakan hidupan laut ini merangkumi 26000 sq. ft. kawasan kolam dan gelongsor air. Kolam jakuzi juga disediakan untuk kegunaan pengunjung dewasa.

Lokasi ini juga strategik untuk dikunjungi oleh pelancong asing kerana terletak di tempat perhentian untuk mereka yang dalam perjalanan ke bandar dari Tuas Checkpoint. Kawasan sekitar juga menjadi salah satu penyumbang yang positif, terutamanya jalan raya Senai-Desaru yang terkenal sebagai jalan yang lancar di seluruh Johor.


6. KSL Dinosaur Alive Water Theme Park

KSL Dinosaur Alive Water Theme Park

Seperti namanya, tarikan utama disini adalah taman bertemakan dinosaur. Mempunyai muzium dan taman hiburan yang mempamerkan dinosaur dan pelbagai peninggalan sejarah yang lain, taman tema air KSL Dinosaur menawarkan keseronokan dalam dua dunia berbeza.

Taman tema air ini juga menjanjikan persembahan replika dinosaur bersaiz sebenar dengan lampu dan bunyi yang mengagumkan. Ini akan menarik minat kanak-kanak dan ibu bapa yang datang ke sini.

Taman tema ini juga menawarkan pakej hari keluarga yang popular dilengkapi dengan aktiviti untuk seisi keluarga. Pakej yang ditawarkan termasuk sesi aerobik, permainan, sesi menari dan dua hidangan makanan.

Taman tema ini mempunyai segalanya untuk semua. KSL Park juga menjanjikan pengalaman membeli belah yang hebat:

  • Kunjungi TESCO untuk tawaran harga yang berbaloi
  • Butik dan kedai barang perhiasan
  • Salon kecantikan untuk memanjakan diri
  • Kedai cenderamata dan hadiah untuk anda membawa pulang cenderamata sebagai kenangan

Makanan disini juga pastinya tidak akan mengecewakan anda:

  • ‘Grill bars’ dengan makanan Shanghai yang autentik
  • Minuman tradisional
  • Restoran makanan segera nasi dan ayam
  • Restoran makanan mewah
  • Pencuci mulut dan snek asli Taiwan

Berikut merupakan senarai pakej percutian untuk dinikmati di KSL. KSL menyediakan pelbagai tawaran yang menarik untuk semua seperti:

  • Berseronok di bar golf
  • Daftar masuk untuk pilihan bufet satu hari.
  • Diskaun menarik untuk pengunjung dan ahli keluarga yang pernah ke sini.
  • Gabungan lawatan ke taman permainan lain di Johor.
  • Bilik permainan yang dipenuhi dengan pilihan mainan video, ping pong, billiard, dan permainan papan carom.
  • Gimnasium juga ada disediakan.
  • Pengunjung yang berenang di kolam atas bumbung juga dapat menikmati keindahan matahari tenggelam dalam suasana yang sunyi dan tenang.
  • Sauna juga ada disediakan untuk menghilangkan stres dan mengembalikan tenaga secara menyeluruh.
  • Kanak-kanak juga boleh pergi ke Cineplex di mana mereka dapat merasai pengalaman menonton filem secara 3D.
  • Bilik seminar juga ada disediakan untuk mengadakan persidangan, pembentangan dan mesyuarat rasmi pada harga yang menarik.

Pilihan penginapan juga banyak disediakan di KSL Hotel Resort dengan 868 bilik yang ditawarkan pada pengunjung. Bilik-bilik disini direka untuk memberi kepuasan maksima dan panorama yang menarik untuk pengunjung yang datang.


7. TS Wonderland Indoor Water Park In Pasir Gudang, Johor

TS Wonderland Indoor Water Park In Pasir Gudang, Johor

Merupakan taman tema air terbaru tambahan kepada senarai taman tema air yang sedia ada di negeri Johor. Taman tema ini sesuai untuk semua lapisan umur untuk menghabiskan masa berseronok sepanjang hari.

Mempunyai pelbagai gelongsor dan permainan yang akan membuatkan pengunjung sibuk dan teruja sepanjang masa untuk mencuba kesemuanya. Walaupun masih baru, taman tema ini semakin dikenali kerana ianya mempunyai konsep yang berbeza dengan taman tema yang lain. Terletak di dalam kawasan bertutup dan berbumbung pastinya satu tarikan yang mengujakan untuk dicuba oleh pengunjung kerana mereka masih boleh terus bermain walaupun dalam cuaca hujan atau panas.

Harga tiket kemasukan pula agak berbaloi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan sekali gus menjadikan taman tema ini semakin dikenali hari demi hari. Selain itu, kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 75cm dan warga emas berumur 60 ke atas. Pengawal keselamatan juga ditempatkan di sekitar kawasan taman tema untuk memastikan keselamatan pengunjung.


8. Forest City Waterpark @ Gelang Patah

FOREST CITY WATERPARK

Anda semua pernah jumpa tak taman tema air yang berhadapan dengan pantai? Tak pernah, bukan? Kalau begitu, anda semua kena datang ke Forest City Waterpark sebab taman tema airnya berada betul-betul di hadapan pantai. Memang satu pengalaman yang tak akan dapat dekat tempat lain. Apa yang menariknya, anda semua boleh melihat pemandangan pantai ketika bermandi-manda di swimming pool disini. Forest City Waterpark juga mempunyai 4 jenis kategori permainan air seperti Surf n Slide, Water Fun Challenge, Water Maze dan Swimming Pool.

Anda boleh bermain semua permainan ini dengan harga serendah RM 20 sahaja. Memang sangat berbaloi dan sesuai untuk kanak-kanak. Soal makanan pula anda tidak perlu risau kerana anda boleh membawa makanan dari luar atau anda boleh sahaja membeli dari gerai-gerai yang menjual makanan di kawasan sekitar. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini ialah bermain jet ski dan banana boat. Kepada anda yang berminat untuk datang ke sini, Forest City Waterpark dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Persekitarannya yang cantik dan mempunyai banyak pokok, memang sangat sesuai dijadikan tempat untuk beraktiviti bersama keluarga dan anak-anak. Bukan itu sahaja, anda patut singgah ke Forest City Waterpark, Gelang Patah kerana jika anda berdiri di pesisir pantai, anda akan melihat banggunan-banggunan dari negara seberang iaitu Singapura. Memang sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan walaupun hanya melihat dari jauh.

Alamat: 12, Lorong Tj 5, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Pelanggan


 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

11 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang...

8 Tempat Nasi Goreng Di Johor Yang Berbaloi Dicuba

Nasi merupakan makanan ruji yang tidak boleh dielak oleh rakyat Malaysia. Terdapat begitu banyak jenis nasi bergantung kepada jenis beras yang digunakan untuk memasaknya....

56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Negeri Johor mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua kategori baik di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara,...

7 Homestay Terbaik dan Selesa di Parit Raja Untuk Anda Cuba!

Batu Pahat, atau disebut BP, adalah salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Johor. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar yang ke 20...

Pantai di Johor untuk Bercuti dan Penginapan Menarik

Selain di pesisiran pantai di kepulauan Sabah, Terengganu atau Pahang, pantai di Johor juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan destinasi percutian samaada ketika musim...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x