Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Batu Pahat Johor dan 12 Makanan BEST

Selain Johor Bahru, Batu Pahat merupakan daerah yang di Johor yang mempunyai tarikan pelancongan yang tidak kurang hebatnya. Kalau musim cuti sekolah datang kenduri sedara di sini apa salahnya menyelam sambil minum air terus dengan melawat tempat-tempat menarik di Batu Pahat.

Berikut merupakan destinasi yang popular yang boleh anda kunjungi samada untuk lepak-lepak dengan keluarga ataupun mencari tempat makanan menarik di Batu Pahat.


Wet World Batu Pahat Village Resort

tempat menarik di batu pahat johor

Wet World Resort di Batu Pahat bukanlah besar dan banyak permainan seperti di Bukit Merah Laketown Resort di Perak, Sunway Lagoon mahupun Wet World Shah Alam. Namun begitu taman tema air ini mempunyai beberapa gelongsor air dan kolam yang sesuai untuk keluarga berkelah di sini.

Satu tempat menarik di Batu Pahat yang cukuplah sekadar untuk bersuka ria dengan anak-anak sambil bermain air dan jangan lupa untuk makan seafood di area berdekatan selepas penat mandi manda.


Pantai Minyak Beku – asal usul nama Batu Pahat bermula di sini

pantai minyak beku batu pahat

Merupakan sebuah pantai rekreasi yang terletak kira-kira 7 km dari Bandar Batu Pahat. Pantai Minyak Beku memang cukup sinonim dikalangan warga setempat untuk bersiar-siar petang ambil angin pantai dan juga untuk memancing.

melancong ke batu pahat johorDi sini jugalah terletaknya satu perigi yang dipercayai dipahat pada batu besar oleh tentera Siam dulu-dulu ketika hendak serang Melaka. Ada juga sesetengah pendapat orang kampung berkata perigi ini dipahat oleh Hang Tuah dan sahabatnya ketika menuju ke Majapahit.

Memandangkan batu ini sangat bersejarah dan ikonik bagi kawasan setempat, maka daerah ini yang dulunya dikenali sebagai Bandar Penggaram telah diubah nama kepada Batu Pahat. Bagi anda yang ke sini pada waktu petang, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam di lautan.


Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat)

kawasan pelancongan batu pahat johor

Dataran Penggaram atau juga dikenali dengan Dataran Batu Pahat ini merupakan tempat yang sangat happening terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah. Atau mungkin juga boleh dianggap sebagai ‘uptown’ dan di sinilah terletakknya mercu tanda buatan manusia untuk bandar Batu Bahat iaitu arca gergasi tangan yang sedang memahat batu.

Di sekeliling dataran merupakan tempat orang bersiar-siar dan pada waktu malam setiap hujung minggu, ada yang membuka gerai untuk menayangkan hasil seni dan tidak kurang juga yang menjual.

Selain itu, memandangkan kawasan sekitarnya yang lapang dan strategik, Dataran Batu Pahat ini sering menjadi destinasi setiap kali ada acara/event seperti konsert, motor show, pameran, persembahan kebudayaan, ceramah dan sebagainya .

Pada waktu malam, sekitar Dataran Penggaram ini memang cantik dihiasi beberapa batang pokok-pokok berlampu neon seperti pokok di I-City Shah Alam. Satu tempat yang menarik di Batu Pahat untuk dikunjungi pada waktu malam.


Taman Rekreasi Tasik Y

taman rekreasi batu pahat johorTerletak tidak jauh dari Dataran Batu Pahat, merupakan sebuah tasik yang dulunya adalah lombong dan kini menjadi taman rekreasi yang sangat popular di kalangan orang Batu Pahat. Terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti laluan pejalan kaki berbata, taman permainan, pondok dan sebagainya.

Dan yang paling unik di sini, terdapat beberapa replika patung dinosour yang semestinya membuatkan anak-anak kecil anda teruja. Pada waktu petang destinasi ini memang meriah dengan orang yang beriadah dan jogging. Ada juga yang hanya sekadar lepak-lepak bersantai sambil makan-makan di gerai sekitarnya.


BP Walk

tempat makan best di batu pahat johorAktiviti BP Walk (Batu Pahat Walk) merupakan tempat yang menarik di Batu Pahat di Jalan Rahmat yang menempatkan banyak cafe dan tempat makan yang beroperasi sehingga ke awal pagi. Di sepanjang Jalan Rahmat ini terdapat pelbagai pilihan destinasi makan yang menjual pelbagai jenis makanan tempatan mahupun citarasa luar.

Antara menu makanan yang popular di sini ialah aneka sup yang sedap-sedap. Selain sup ada juga pilihan makanan lain seperti sate, goreng-gorengan, mee bandung, mee rebus dan sebagainya.

Memang best kalau dapat lepak sini tengok bola EPL atau World Cup live dengan suasana yang sangat mendamaikan. Sekiranya anda mencari tempat menarik di Batu Pahat untuk lepak santai atau tengok bola pada waktu malam sehingga ke pagi, jangan lupa untuk singgah di BP Walk di Jalan Rahmat.


Tempat Shopping di Batu Pahat

batu pahat mall shopping centreSekiranya anda nak shopping barangan di mall sekitar Batu Pahat, terdapat beberapa tempat yang boleh anda pergi seperti di BP Mall, The Summit, AeonBig dan juga di Square One.

Bagi yang inginkan sesuatu yang lebih unik, anda boleh ke Ayer Hitam yang terkenal sebagai tempat pembuatan tembikar, seramik dan pasu serta merupakan tempat wajib penduduk setempat mencari barangan hiasan hantaran perkahwinan. Sesuai untuk dilawati sekiranya anda mencari cenderahati untuk keluarga atau mak di rumah.


12 tempat menarik di Batu Pahat untuk makan-makan

1. Mee Racun Tulang

mee racun tulang batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Alang-alang dah berada di Batu Pahat, anda memang wajib cuba kedai makan yang popular ini. Mee Racun Tulang memang sentiasa menjadi tempat pengunjung-pengunjung yang lapar. Kedai makan Batu Pahat ini selalu ramai orang sampai kena beratur panjang terutama sekali ketika hari cuti. Kedai ni memang menjual mee itu sahaja tetapi ada juga warung-warung lain yang berdekatan.

Kuah mee racun tulang ni memang sedap gila. Tidak dilupakan juga daging pada tulang yang lembut dan mudah dikunyah. Jangan ingat daging tu sahaja boleh dimakan, anda juga boleh sedut sum-sum tulang tersebut ya. Penggemar-penggemar sum-sum tulang mesti akan suka tempat ini. Harga juga berpatutan dan saiz makanan juga agak besar. Memang cukup untuk makan sorang tu.

Peta LokasiJarak+60176746066Facebook

Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 4.00 pm – 10.00 pm


2. Nasi Beryani Pokok Sena

makanan best di batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi Beryani di sini memang sedap walupunpun menunya simple sahaja. Tempat makan best di Batu Pahat ini memang digemari penduduk sekitarnya kerana rasa makanan mereka serta harga mereka yang berpatutuan. Anda yang datang tu boleh memilih set-set nasi beryani yang disediakan bersama satu pilihan lauk (ayam masak merah, lembu kambing dan daging), kari, sayur dan papadom. Mereka juga ada set keluarga dan set dulang yang sesuai untuk dimakan beramai-ramai.

Peta LokasiJarak

Alamat: nasi baraini Pokok Sena. Taman Batu Pahat Batu Pahat, Jalan Cengal, Taman Makmur, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 10.30 am – 6.30 am (Isnin cuti)


3. Zipbap Halal Korean Restaurant

makanan korea batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Teringin ke nak makan makanan Korea? Di Batu Bahat anda boleh ke Zipbap Halal Korean Restaurant. Rostoran halal Korea ini menyajikan pelbagai makanan Korea yang sedap-sedap seperti bulgogi, japchae, bimbimbap dan macam-macam lagi. Selain itu, ada juga bbq Korea macam yang anda selalu nampak dalam cerita Korea tu. Banyak juga bahan-bahan yang mereka berikan untuk bbq seperti hirisan ayam dan daging.

Tempat makan mereka juga cukup bersih dan memang selesa untuk duduk menikmati makanan. Hiasan dalamnya cantik dan ala-ala berada di Korea. Anda pasti akan feeling  macam dalam K-drama gitu.

Peta LokasiJarak+60146224925Facebook

Alamat: 7, Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 11.30 am – 10.30 pm (Selasa cuti)


4. Sitam Sup Corner

sitam sup corner

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang suka makan sup gearbox sambil sedut-sedut sum-sum tulang tu, kedai makan Batu Pahat ni pasti sesuai untuk anda. Mereka menyediakan macam-macam jenis sup. Mereka ada sup gearbox, sup lidah, sup kaki, sup ekor, sup perut dan sup urat. Kalau rasa bahagian-bahagia lain tu terlalu pelik anda pesan je gearbox ataupun sup ekor yang biasa orang makan. Kedai makan di sini meja sampai ke luar kedai. Jadi, anda tak perlu risau pasal tempat duduk.

Sup di sini anda boleh makan macam tu je ataupun makan dengan nasi lemak dan roti yang mereka jual. Tempat ni memang jadi port lepak penduduk sekliling. Rempah-ratus yang digunakan untuk membuat sup di sini memang dapat dirasa ketika makan.

Peta LokasiJarak+601111896714Facebook

Alamat: Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 7.00 pm – 12.00 am (Ahad cuti)


5. Nikmat Tandoori House

tempat makan menarik batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nikmat Tandoori House ni sama je macam kedai roti naan yang lain. Akan tetapi di sini, roti naan mereka memang terbaik dan sangat lembut. Anda boleh pilih macam-macam jenis naan tetapi yang paling orang minat di sini ialah cheese naan mereka. Kalau dah makan naan tu tak sah lah tak makan ayam tandoori sekali. Nama pun “tandoori house”, jadi mestilah ayam tandoori mereka sedap. Bubur ayam di sini juga ramai peminat tau. Jadi, silalah cuba juga.

Kedai makan Batu Pahat ni memang bersih dan dijaga elok. Orang pun selalu lepak-lepak sampai lewat malam di sini. Anda yang nak lepak-lepak makan naan dan tandoori tu, datang je sini. Memang nikmat makanan mereka.

Peta LokasiJarak+60127070224Facebook | Website

Alamat: Perkumpulan Perempuan(W.I) Daerah, 42-1C, Jalan Sultanah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 5.00 pm – 1.30 am (Selasa cuti)


6. Asam Pedas Mak Limah

asam pedas mak limah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Ingat kat Melaka je ada asam pedas sedap? Kat Batu Pahat pun adalah yang sedap. Asam pedas di sini memang power. Rasa kuah asam pedas tu memang mebuatkan anda gilakan asam pedas mereka dan anda pasti akan datang lagi. Ikan merah yang digunakan untuk asam pedas ni memang segar dan tak rasa hanyir lansung. Dipadankan pula dengan nasi putih dan tempe, fuh, best gila. Tauhu bakar di sini pun memang wajib cuba.

Kedai makan asam pedas ni memang selalu sangat penuh orang makan terutama sekali ketika makan tengah hari. Maklumlah orang kebulur dan kedai ni pulak memang terkenal di Batu Pahat, lagi-lagi di kawasan ini.

Peta LokasiJarak+60167220409Facebook

Alamat: Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm (Jumaat & Sabtu cuti)


7. Kelab Kopi

kedai makan batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda mencari kafe untuk lepak-lepak minum kopi yang lawa, anda memang harus pergi ke Kelab Kopi. Hiasan dalaman kafe ini memang lawa dan sesuai untuk anda bergambar. Menu-menu mereka juga best tau. Bukan setakat kopi-kopi mereka sahaja yang sedap, makanan di sini pun sama. Mereka ada menyediakan makanan barat serta makanan tempatan seperti mi goreng, spageti dan banyak lagi. Anda jangan lupa untuk mecuba kopi buatan mereka ni. Rasanya memang memukau dan terbaik. Penggemar-penggemar kopi pasti suka tempat ni. Di sini anda boleh dapatkan juadah makan pagi hingga ke makan petang.

Peta LokasiJarak+6074312328Facebook

Alamat: 21, Jalan Flora Utama 1, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (Selasa cuti)


8. Atan Pisang & Mee

atan pisang dan mee

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Atan Pisang & Mee yang terletak di Kampung Bahagia, Batu Pahat, anda boleh mendapatkan juadah ringkas untuk makan tengah hari dan minum petang. Mereka ada menjual goreng pisang yang manis dan rangup disertakan dengan cili kicap. Memang sedap kombinasi kedua-dua itu. Mee goreng lambak menjadi menu makan utama di sini. Mee goreng lambak ialah mee goreng yang didatangkan dengan telur mata dan sedikit sambal. Sedap makan mee di sini untuk makan petang.

Mereka juga ada rojak serta nasi ayam sebagai menu sampingan. Kedai mereka ni agak tersorok sikit. Jadi, semasa mencari kedai mereka ni bukalah mata tu luas-luas sikit.

Peta LokasiJarak+60137628622

Alamat: 6, Jalan Kenangan, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 11.00 am – 7.00 am (Jumaat cuti)


9. Restoran BP Bariani Power

makan sedap batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Terdapat satu tempat makan best di Batu Pahat yang menyajikan nasi bariani gum sebagai menu utama. Restoran Bariani Power ni memang “power” dengan nasi bariani gum. Restoran ini agak terkenal untuk penggemar nasi bariani walaupun harganya agak tinggi sedikit kerana papadom dan acar buah dijual asing. Akan tetapi nasi bariani mereka memang sedap. Ada banyak pilihan lauk yang disajikan bersama nasi bariani tersebut seperti ayam masak merah dan kari daging. Restoran mereka juga agak besar dan sesuai untuk makan beramai-ramai.

Peta LokasiJarak+6074388987Facebook | Website

Alamat: 18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 10.00 am – 7.00 pm (Isnin cuti)


10. Kafe Kiri Kanan

kafe kiri kanan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kafe Kiri Kanan ada menjual macam-macam jenis makanan dari masakan nyonya ke masakan barat. Memang banyaklah pilihan makanan mereka yang akan membuatkan anda rambang mata nak pilih. Beberapa makanan yang ada di sini ialah nyonya asam nanas ikan, nasi lemak kari banjir, mee Siam, dan nasi ayam. Makanan-makanan di sini memang sedap-sedap belaka, sebab itulah ramai orang breakfast, lunch dan dinner di sini. Tempatnya juga bersih dan selesa.

Selain makanan, minuman di sini juga best. Kopi-kopi yang dihidangkan mereka memang sedap kerana mereka ni kafe kopitiam. Jangan ragu-ragu, kafe ni halal je.

Peta LokasiJarak+60167707522Facebook

Alamat: No 92, Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 9.30 pm – 10.30 am


11. After Isyak Dinner

after isyak dinner

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

After Isyak Dinner menyajikan menu makanan yang ringkas sahaja. Mereka menjual lontong, sate dan nasi lemak. Walaupun juadahnya ringkas, namun makanan di sini memang best. Sate disini dijual bersama nasi lemak dan juga lontong. Memang kombinasi makanan tersebut tak pernah dengar pun. Anda jangan risau, mereka hanya menampilkan kelainan didalam menu makanan mereka. Kalau setakat jual makanan biasa-biasa je bosanlah pelanggan. Harga makanan juga agak murah dan memang berpatutan. Lepas lapar solat Isyak tu, serbu je kedai ni.

Peta LokasiJarak+60133207390Facebook

Alamat: Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 8.30 pm – 12.00 am


12. The Windmill Station Batu Pahat

the windmill station batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda mengidam western food di Batu Pahat, The Windmill Station boleh menjadi tempat persinggahan anda. Mereka ada pelbagai menu yang sedap-sedap. Mereka ada menjual aneka makanan barat seperti spegati, fish and chip, dan chicken chop. Selain itu, ada juga makanan tempatan antaranya bihun goreng dan nasi goreng. Kedai makan ni orang selalu pilih untuk makan makanan barat tau. Kedai mereka juga cantik dan bersih serta mudah mendapat parking. Anda yang nak membuat sambutan hari jadi tu boleh tempah dan sambut di sini.

Peta LokasiJarak+6074300260Facebook | Website

Alamat: Jalan Murni 11, Taman Murni, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm


Bagi mereka yang menginap di hotel seperti di The Landmark Hotel, Pinetree Hotel dan Hotel Pelican, ataupun homestay sekitar bandar utama, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Batu Pahat seperti di atas. Semoga memberi anda lebih idea untuk makan angin nanti di Johor. Wassalam.

4/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Pilihan Homestay yang Murah di Sekitar Batu Pahat!

Batu Pahat adalah sebuah daerah di Johor yang mempunyai suasana kampung yang tenang. Ramai orang berkunjung ke Batu Pahat untuk menenangkan fikiran atau melawat...

7 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ajid
2 years ago

Kambing 40 Hari Tak Masuk Ke weiii…

Abc
Abc
2 years ago
Reply to  Ajid

Biasa ja tu…. serupa nasi Arab

Amiratul Afida
Amiratul Afida
4 years ago

old street pun antara daya tarikan di batu pahat…

johnputeh
johnputeh
6 years ago

Batu Pahat?? entah nak bawa kawan-kawan jejalan nk pergi mana, takde yang menarik. makan2 ada la

Chef Ayob
Chef Ayob
6 years ago

Mi racun dulu top Kat desa setapak wangsa maju ….lepas tu diaorang balik Johor..dulu selalukena mi racun ni….

Nisak Khalil
Nisak Khalil
7 years ago

Cari cenderahati,belanja dapur dan barang2 perhiasan kahwin pn boleh cari di cowboy batu pahat kt jalan kluang.. Boleh cari pakai waze

Rahman
Rahman
8 years ago

Tasik Y dan antara yang femes untuk makan kat Batu Pahat ialah Mee Racun ( Poison Mee ) . Pastikan jangan lupa menu ni kalau ke BP yer!

Hubungi Kami

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x