Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Pilihan Homestay yang Murah di Sekitar Batu Pahat!

Batu Pahat adalah sebuah daerah di Johor yang mempunyai suasana kampung yang tenang. Ramai orang berkunjung ke Batu Pahat untuk menenangkan fikiran atau melawat saudara di kampung yang belajar di UTHM Batu Pahat. 

Dalam mengeksplorasi keindahan dan keunikan Batu Pahat, pilihan penginapan merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan. Ianya merupakan tempat yang sempurna untuk memulihkan tenaga setelah sehari penuh berjalan-jalan di kota Batu Pahat yang menarik ini. Dengan tujuh homestay murah di sekitar Batu Pahat yang akan kami nyatakan ini, anda boleh membuat pilihan untuk tempat penginapan.

Homestay-homestay yang kami senaraikan ini tidak hanya murah dan berpatutan, tetapi juga menawarkan suasana yang selesa, bersih, dan mesra keluarga. Jadi, kami harap artikel ini dapat menyenangkan anda sekeluarga apabila melawat Batu Pahat!

7 Homestay di Sekitar Batu Pahat


1. Homestay MohadNiza (Sebelah UTHM/Batu Pahat), Taman Bandar Universiti

Homestay MohadNiza (Sebelah UTHMBatu Pahat), Taman Bandar Universiti

Homestay MohadNiza terletak di Taman Bandar Universiti dan berdekatan dengan UTHM Batu Pahat. Hal ini memberi kemudahan kepada tetamu yang ingin melawat anak, kawan atau saudara yang belajar di universiti tersebut.

Bukan itu sahaja, homestay ini juga sesuai untuk menjadi tempat penginapan ketika ingin bermalam di Batu Pahat untuk menghadiri hari graduasi pelajar. Dengan kemudahan di dalam rumah yang serba lengkap, homestay ini sangat sesuai untuk tetamu yang berkeluarga. 

Alamat: 16, Jalan Universiti 20, Taman Bandar Universiti, 86400 Parit Raja, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp MohadNiza


2. Zara Homestay Batu Pahat, Sri Gading

Zara Homestay Batu Pahat, Sri Gading

Zara Homestay yang terletak di Taman Pura Kencana, Sri Gading ini mempunyai reka bentuk rumah yang moden, luas, dan sesuai untuk penginapan keluarga yang besar. Semua tetamu yang pernah menginap di sini memberikan maklum balas positif terhadap kebersihan dan keselesaan Zara Homestay. 

Harga yang mereka tawarkan satu malam juga adalah sangat berpatutan dengan ruang dan kemudahan rumah. Jika anda bercadang untuk bercuti atau pulang ke kampung di Batu Pahat, anda boleh menempah homestay ini melalui WhatsApp dengan lebih awal untuk mengelakkan tempahan penuh.

Alamat: No. 19, Jalan Kencana IB/7, Taman Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Zara


3. JMJ Homestay, Kampung Batu Pasir

JMJ Homestay, Kampung Batu Pasir

JMJ Homestay yang terletak di Kampung Batu Pasir ini mempunyai suasana kampung yang sangat tenang untuk tetamu yang datang menginap. Homestay ini juga dijaga dengan sangat baik oleh tuan rumah yang sangat peramah dan sedia untuk membantu. Rata-rata tetamu menyatakan bahawa JMJ Homestay sangat selesa untuk tetamu yang mempunyai ramai ahli keluarga. 

Selain itu, rumah ini juga dekat dengan kedai-kedai untuk mencari barang keperluan dan pam minyak. Anda boleh menghubungi tuan rumah melalui WhatsApp jika menginginkan penginapan yang tenang untuk menghilangkan tekanan dengan kesibukan harian.

Alamat: Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp JMJ


4. D’Jelutong Homestay, Kampung Parit Jelutong

D’Jelutong Homestay, Kampung Parit Jelutong

D’Jelutong Homestay ini terletak di Kampung Parit Jelutong dan berdekatan dengan UTHM Batu Pahat. Homestay ini menawarkan harga yang murah untuk tetamu yang mencari tempat penginapan yang berpatutan. Ramai tetamu memberikan maklum balas positif terhadap D’Jelutong Homestay kerana rumahnya yang sangat selesa dan bersih. 

Mereka sangat berpuas hati dengan tempat penginapan ini. Jadi, memandangkan homestay ini adalah merupakan salah satu tempat penginapan yang popular, anda boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi pemilik rumah melalui WhatsApp.

Alamat: Jalan Parit Jelutong, Kampung Parit Jelutong, 86400 Parit Raja, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp D’Jelutong


5. Homestay Pesona Suri, Taman Mutiara Gading

Homestay Pesona Suri, Taman Mutiara Gading

Homestay Pesona Suri ini adalah merupakan rumah dua tingkat yang sangat luas dan mempunyai reka bentuk yang kelihatan moden. Ruang rumah yang sangat bersih dan selesa membuatkan tetamu lebih berpuas hati untuk menginap di sini. 

Homestay ini juga mempunyai pelbagai kelengkapan rumah seperti dapur gas, mesin basuh, dan banyak lagi. Kedudukannya yang dekat dengan kedai barang keperluan dan pusat beli-belah Batu Pahat menjadikannya amat strategik dan antara pilihan homestay untuk pengunjung. 

Alamat: Jalan Mutiara Gading Utama 3/8, Taman Mutiara Gading, 83000 Batu Pahat, Johor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Pesona Suri


6. Homestay Hj Esmon Parit Jambul, Parit Raja

Homestay Hj Esmon Parit Jambul, Parit Raja

Homestay Hj Esmon Parit Jambul terletak di Parit Raja yang merupakan homestay yang sesuai untuk keluarga. Homestay yang kelihatan moden ini memberi pengalaman yang baik untuk tetamu yang datang menginap. Harga yang ditawarkan untuk satu malam juga adalah sangat berpatutan untuk tetamu yang mencari tempat penginapan yang mempunyai bajet rendah. 

Pelbagai kemudahan disediakan oleh tuan rumah supaya tetamu lebih selesa untuk menginap di sini. Oleh itu, jika anda mencari rumah dengan ruangan yang besar untuk sebuah keluarga dengan harga yang murah, homestay Hj Esmon adalah merupakan pilihan yang sangat tepat.

Alamat: Jalan Parit Jambul, 86400 Parit Raja, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Hj Esmon


7. Villa Kemboja Batu Pahat, Kampung Peserai Pantai

Villa Kemboja Batu Pahat, Kampung Peserai Pantai

Villa Kemboja Batu Pahat adalah merupakan pilihan utama untuk pengunjung Batu Pahat yang ingin melaksanakan pelbagai aktiviti keluarga di rumah. Anda juga boleh membuat tempahan di Villa Kemboja Batu Pahat jika ingin membuat majlis yang kapasitinya sesuai dengan rumah ini. 

Reka bentuk villa sangat cantik dan luas ini membuatkan tetamu sangat berpuas hati dengan penginapan mereka. Tambahan pula, villa ini mempunyai kolam renang untuk aktiviti seisi keluarga. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai atau ingin mengadakan majlis, Villa Kemboja ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. 

Alamat: 6A, Jalan Kampung Parit Lapis / Peserai, Kampung Peserai Pantai, 83000 Batu Pahat, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Villa Kemboja


Akhir kata, semua rumah yang kami senaraikan ini telah mendapat pelbagai maklum balas yang positif dari tetamu yang pernah menginap. Tuan rumah bagi homestay-homestay ini juga sangat peramah dan sedia membantu jika anda memerlukan sebarang pertolongan atau mempunyai sebarang pertanyaan.

Tujuh homestay yang murah di atas akan membantu anda membuat pilihan yang tepat ketika berkunjung di Batu Pahat. Oleh itu, berencanalah dengan segera, lakukan tempahan, dan bersedia untuk mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Batu Pahat!

Namun, jika anda mencari tempat menarik di sekitar Batu Pahat untuk melancong, anda boleh layari artikel kami, Tempat Menarik di Batu Pahat Johor dan 12 Makanan BEST. Kami pasti anda akan menjumpai tempat yang best ketika berkunjung ke Batu Pahat dengan merujuk kepada artikel ini!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Batu Pahat Johor dan 12 Makanan BEST

Selain Johor Bahru, Batu Pahat merupakan daerah yang di Johor yang mempunyai tarikan pelancongan yang tidak kurang hebatnya. Kalau musim cuti sekolah datang kenduri...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x