Tentang Kami

CariDestinasi membantu rakyat Malaysia merancang perjalanan luar negara dengan lebih mudah, lebih jimat, dan tanpa sakit kepala.

Misi Kami

Untuk memudahkan perjalanan, mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan membina hubungan sepanjang hayat dengan pelanggan, rakan kongsi dan pasukan kami.

Visi Kami

Untuk menjadi rakan penyelesaian pelancongan pilihan utama di Malaysia, dikenali kerana fleksibiliti, kebolehpercayaan dan keupayaan kami untuk menjadikan setiap perjalanan sebagai pengalaman yang berkekalan.

Kenapa merancang percutian luar negara yang Mesra Muslim mesti rumit?

CariDestinasi bermula dengan satu persoalan yang mudah — "kenapa merancang percutian luar negara Mesra Muslim perlu jadi begitu rumit?"

Pengendalian dokumen Visa, tempahan hotel, tiket dan aktiviti, semuanya perlu diatur dengan lebih efisien dan paling penting, bersesuaian dengan pelancong Muslim. 

Oleh itu, CariDestinasi wujud untuk menyatukan semua itu dalam satu pengalaman yang lancar.

Kami adalah platform pakej pelancongan yang direka khas untuk pelancong Malaysia. Penggunaan bahasa kebangsaan yang anda faham, harga yang telus, dan sokongan yang sentiasa ada bila anda perlukan.

Pulau Mabul

Kenapa Pilih Kami?

Kami merupakan pasukan yang berkongsi minat yang sama iaitu melancong dan meneroka dunia. Kami percaya setiap percutian membawa pengalaman baharu, membuka peluang untuk mengenali budaya yang berbeza dan mencipta kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.

Pelancongan mesra Muslim adalah perjalanan yang direka khas mengikut keperluan praktikal pelancong Muslim. Ini termasuk pilihan makanan halal, waktu dan kemudahan solat yang sudah diambil kira dalam itinerari, persekitaran bebas alkohol seboleh mungkin, dan penginapan yang menghormati nilai-nilai Islam. Ia lebih daripada sekadar mencari masjid berhampiran hotel — ia adalah cara melancong di mana agama anda tidak pernah menjadi kesulitan.

Di sebalik CariDestinasi

CariDestinasi merupakan jenama yang dimiliki dan diuruskan oleh HolidayGoGoGo, sebuah syarikat pelancongan berpengalaman yang telah membantu rakyat Malaysia merancang percutian mereka sejak tahun 2013.

Di sebalik setiap pakej, tempahan dan perjalanan yang kami uruskan, terdapat pengalaman lebih sedekad dalam industri pelancongan. Rangkaian rakan kongsi yang luas, sistem operasi yang tersusun serta kepakaran pasukan kami semuanya disokong oleh HolidayGoGoGo.

Ini bermakna anda dapat menikmati keyakinan dan kestabilan sebuah syarikat pelancongan yang kukuh, dengan pengalaman yang lebih mesra dan dekat dengan keperluan pelancong Malaysia melalui CariDestinasi.

Eksekutif Operasi

Cik Nur’ Ema Syalia​

Eksekutif Operasi

Cik Hani Karmisah​

Eksekutif Jualan

Pn Natasha Zulkifli

Eksekutif Jualan

Cik Nur Habibah

Eksekutif Pemasaran

Pn Nurul Aqilah Ishak

Eksekutif Akaun & Pentadbiran

Pn Ernida Mohd Nyisak​

Email

Dapatkan update pakej & promosi travel terus ke email anda.

Phone

Call atau WhatsApp kami untuk bantuan cepat tentang pakej dan perancangan percutian anda.

Jom connect, kita bincang impian travel anda bersama

Cerita je impian travel anda tahun ini, kami uruskan selebihnya ✨

Find Your Next Destination