Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Bank & Agensi utk Pinjaman Perniagaan di Malaysia

Penularan pandemik Covid-19 sememangnya memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara dan pihak kerajaan masih melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung masalah tersebut. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) antara yang terkesan dan memerlukan modal serta pinjaman untuk meneruskan perniagaan. Langkah yang diambil oleh bank dan institusi kewangan dalam menyediakan pinjaman tersebut sangat membantu meringankan beban usahawan yang terjejas. Tahukah anda kategori pinjaman perniagaan yang disediakan?

Jika belum di sini kami senaraikan 10 bank & institusi kewangan di Malaysia yang menyediakan pinjaman kewangan dengan ciri-ciri kelayakan untuk setiap pinjaman, anda digalakkan untuk semak dari pautan yang diberikan di bawah untuk membuat pilihan yang terbaik.


1. Pinjaman Perniagaan Mara

pinjaman perniagaan mara

Skim pinjaman MARA diwujudkan untuk menggalakkan golongan bumiputera menceburi bidang keusahawanan. Berikut antara skim yang ditawarkan:

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) – Skim ini bertujuan untuk membantu usahawan bumiputera yang terkesan dalam sektor utama iaitu perdagangan, perkhidmatan dan pembuatan kecuali pertanian dan penternakan. Pendapatan tetap penjamin bagi setiap bulan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.

Info penuh

Skim Pembiayaan Belia (PUTRA) – Belia yang berumur 40 tahun ke bawah yang ingin memulakan perniagaan buat pertama kali disarankan untuk memohon skim ini. Tidak memerlukan jaminan atau cagaran.

Info penuh

Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi) – Sesuai untuk bakal usahawan atau usahawan lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang ingin menjalankan perniagaan. Kadar keuntungan sehingga 4% dan tidak memerlukan penjamin.

Info penuh

Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU) – Individu OKU yang mengusahakan perniagaan sendiri dan mempunyai premis perniagaan layak memohon. Tiada jaminan atau cagaran diperlukan dan had pembiayaan sehingga RM50,000.

Info penuh

Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK) – Skim ini untuk pembelian mesin dan peralatan dengan 40% geran pembiayaan, tetapi rekod bayaran balik haruslah baik. Tidak memerlukan jaminan dan cagaran. Modal pusingan ditawarkan untuk usahawan baru.

Info penuh

Skim Pembiayaan (DananITA) – Ditawarkan khusus untuk usahawan wanita bumiputera dan jaminan dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah. Kadar keuntungan sehingga 3.5%.

Info penuh

Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business/Karavan) – Usahawan yang menjalankan perniagaan bergerak (mobilepreneur) khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck dan berumur 18 yahun ke atas. Kadar keuntungan sebanyak 4% dengan had maksimun pinjaman RM1OK.

Info penuh

MARA Intergrated Smart Auto (MiSA) – Usahawan bumiputera dalam bidang automotif yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part) sesuai untuk menerima pembiayaan MiSA. Kadar keuntungan tetap ialah 2%.

Info penuh

Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) – Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan SME Corporation Malaysia yang ingin membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.

Info penuh

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) – Sesuai untuk kontraktor bumiputera yang meliputi aktiviti pembekalan, pembinaan, perkhidmatan dan elektrik. Kadar keuntungan 6%.

Info penuh

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno (SPiM Tekno) – Kemudahan pembiayaan ini khusus untuk usahawan dalam bidang teknologi dan Program Pembangunan Usahawan Tekno. Kadar keuntungan ialah 4%.

Info penuh

Skim Usahawan MARA (SJUM) Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan pihak bank iaitu Bank Rakyat, Exim Bank Malaysia, dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Had maksimun pinjaman ialah 2 juta.

Info penuh


2. Pinjaman Perniagaan Tekun

Pinjaman perniagaan Tekun

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) merupakan kaedah pinjaman perniagaan terbaik untuk usahawan Malaysia. Pinjaman perniagaan Tekun mempunyai 5 jenis pinjaman yang utama iaitu:

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga – Skim ini terbahagi kepada 2 iaitu Skim Pembiayaan Kecil (SPK) dan Skim Pembiayaan Sederhana (SPS). Usahawan yang memohon skim ini haruslah membayar kadar keuntungan sebanyak 4%.

Info penuh

Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN –  Usahawan yang ingin memohon haruslah secara berkumpulan iaitu terdiri dari lima orang rakan perniagaan (lelaki & wanita) yang boleh dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan oleh TEKUN Nasional.

Info penuh 

Skim Pembiayaan Program TemanNita – Pembiayaan mikro ini ditawarkan untuk kaum wanita secara berkumpulan yang terdiri dari lima orang. Mereka akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan 5% setahun untuk tabungan peminjam.

Info penuh

Skim Pembiayaan Kontrak-i – Penerima skim ini tidak perlu menunggu bayaran daripada pemberi kontrak sehingga kontrak selesai digunakan. Skim ini juga membantu usahawan untuk mendapatkan modal tambahan dengan cepat dan caj pengurusan juga rendah.

Info penuh

Ar-Rahnu Tekun – Pelanggan boleh mencagar barang kemas mengikut jenis emas yang diterima sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan. Proses gadaian ini juga patuh syariah dan jumlah pembiayaan gadaian sehingga RM150,000.

Info penuh


3. Pinjaman Perniagaan Bsn

Pinjaman perniagaan Bsn

Rakyat Malaysia yang memiliki perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak untuk memohon.Terdapat beberapa jenis pinjaman perniagaan yang disediakan oleh Bsn, pautan untuk maklumat penuh pinjaman disediakan seperti di bawah:

Pinjaman Perniagaan TemaNiaga – Pinjaman ini disediakan untuk sektor perniagaan mikro seperti perkhidmatan, pembuatan, runcit, dan borong. Jumlah pinjaman yang diberikan sebanyak RM5,000 hingga RM50,000 dan tempoh pinjaman ialah 1-5 tahun.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan Kemudahan Automasi Dan Digitalisasi (ADF) – Jumlah pinjaman diberikan sehingga RM250,000 untuk perniagaan milik rakyat Malaysia. Skim ini terbuka untuk Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) dan kadar bunga yang ditetapkan ialah 4.00% p.a.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan TemanMesra – Tempoh pinjaman selama 1-5 tahun untuk sektor perniagaan seperti pembuatan, perkhidmatan, runcit, dan pemborong. Sesuai untuk perusahaan mikro dengan kadar faedah ditawarkan serendah 6.38%.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan PKBC Pinjaman perniagaan tanpa cagaran ini sesuai untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina yang ingin membuat pinjaman untuk modal kerja, perbelanjaan modal, dan pengubahsuaian premis perniagaan. Perniagaan haruslah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM5,000 hingga RM50,000.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan BSN Micro Pemerkasa Skim ini menawarkan kemudahan pinjaman mikro yang bertujuan memberi sokongan untuk pemulihan perniagaan mikro dengan kadar 3.00% p.a. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan layak untuk memohon.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan Pemerkasa Belia – Belia yang berusia 30 tahun ke bawah dan berdaftar dengan SSM serta menjalankan operasi sekurang-kurangnya 6 bulan layak untuk memohon. Kadar 3.00% p.a ditetapkan untuk mereka.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan Pemerkasa Istimewa – Pinjaman ini sesuai untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki 51% perniagaan. Jumlah pinjaman sehingga RM50,000 dengan kadar 3.00% p.a.

Info penuh

Pinjaman Perniagaan Pemerkasa-Nita – Golongan wanita yang memerlukan pinjaman modal kerja disarankan untuk memohon. Tempoh pinjaman sehingga 5.5 tahun termasuk tempoh moratorium 6 bulan.

Info penuh


4. Pinjaman Perniagaan Maybank

Pinjaman Perniagaan Maybank 

Maybank salah satu perkhidmatan kewangan terbesar dan perbankan yang terkemuka di Malaysia. Berikut antara pinjaman ditawarkan oleh Maybank:

Pinjaman / Pembiayaan Mikro SME-i – Syarikat berdaftar milik Malaysia yang telah beroperasi lebih dari 1 tahun dengan minima 4 pekerja sepenuh masa layak untuk memohon. Dapatkan bantuan pembiayaan ini sehingga RM50k.

Info penuh

Pembiayaan Digital PKS Maybank – Hasil jualan tahunan syarikat haruslah kurang daripada RM25 juta. Jumlah pembiayaan diberikan sehingga RM250,000 dalam tempoh 5 tahun.

Info penuh

Pinjaman / Pembiayaan Perniagaan Profesional-i – Firma atau syarikat yang berdaftar dengan badan professional layak memohon. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau perkongsian berhak mendapatkan pembiayaan sehingga RM200,000 dengan syarat tertentu, manakala pemilikan tunggal sehingga RM100,000.

Info penuh


5. Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat

Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat

Bank Rakyat juga menyediakan pelbagai skim pembiayaan perniagaan mengikut kategori perniagaan, antaranya:

Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk – Bank Rakyat menyediakan dana dan pembiayaan ini untuk membantu penjaja dan peniaga kecil. Pinjaman sehingga RM50,000 dan perlindungan takaful diberikan oleh Bank Rakyat buat peminjam.

Info penuh 

Skim Pembiayaan Dana Perusahaan Mikro (MEF) –  Pembiayaan ini diberi terus kepada anggota koperasi / persatuan penjaja dan peniaga kecil. Tiada cagaran dan penjamin untuk memohon, tetapi penerima perlu menyertai Kumpulan Bantu Diri (KBD).

Info penuh

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa-i (SPED) – Skim ini bertujuan untuk membiayai kos permulaan perniagaan dan pengembangan perniagaan termasuk pembelian peralatan,  mesin, bahan mentah, dan ubah suai premis. Yuran perkhidmatan dikenakan sebanyak
5% setahun.

Info penuh

Pembiayaan Mikro-i ME2 – Pembiayaan ini dalam bentuk modal pusingan dan perbelanjaan kapital sehingga RM50,000. Sektor yang layak untuk memohon adalah perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan, perkhidmatan (kecuali perkhidmatan insurans dan kewangan) dan pertanian.

Info penuh

Skim Jaminan Usahawan Mara – Skim ini kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat untuk membantu Syarikat PKS yang kekurangan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan. Pemohon haruslah menjalankan aktiviti perniagaan yang patuh syariah dan minimum angka jualan tahunan ialah RM500,000.

Info penuh


6. Pinjaman Perniagaan Bank Islam

Pinjaman Perniagaan Bank Islam

Bank Islam juga tidak terkecuali dalam menawarkan pinjaman perniagaan. Antara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam adalah:

Program Pembiayaan Mikro iTEKAD – Program ini merupakan program kewangan sosial yang bertujuan menyokong usahawan mikro B40 dan golongan miskin yang kehilangan pendapatan akibat wabak COVID-19.

Info penuh

Bantuan Mikro BangKIT dari Bank Islam – Program ini untuk masyarakat yang kurang berkemampuan dan tidak layak memohon kemudahan pembiayaan perbankan biasa. Namun begitu, mereka memerlukan modal kerja dan mereka layak untuk memohon bantuan ini. Mereka juga akan diberikan latihan perniagaan praktikal oleh mentor yang terlatih.

Info penuh

SME – PENJANA Tourism Financing (PTF) – Sektor pelancongan dan pelancongan teras sesuai untuk memohon dengan jumlah pembiayaan sehingga RM300,000. Jaminan 80% oleh kerajaan melalui SJPP dan bayaran jaminan bermula dari 0.5% setahun untuk peminjam.

Info penuh


7. Pinjaman Perniagaan Cimb

Pinjaman Perniagaan Cimb

Cimb menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan sehingga RM10 juta. Terdapat beberapa pakej pembiayaan perniagaan yang disediakan CIMB, antaranya ialah:

Pembiayaan Modal Kerja SME – Pemohon kini boleh memohon secara atas talian pada bila-bila masa dan dapatkan keputusan dengan segera tanpa menunggu lama. Mereka haruslah mempunyai akaun perbankan atas talian CIMB Clicks atau BizChannel@CIMB yang sah dan telah beroperasi selama setahun.

Info penuh

Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility – TRRF) – PKS dalam sektor bersasar seperti perkhidmatan peribadi, makanan dan minuman, bantuan sosial dan kesihatan manusia, seni, hiburan dan subsektor rekreasi layak untuk memohon pakej ini. PKS layak mendapatkan pembiayaan ini sehingga RM500,000, manakala perusahaan mikro sehingga RM75,000. Kadar faedah sehingga 3.5% setahun termasuk Fi Jaminan.

Info penuh

Pinjaman Premis Perniagaan – Perusahaan dan syarikat perniagaan layak untuk memohon pinjaman ini. Peminjam haruslah pilih antara kadar terapung dan kadar tetap dengan tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun tertakluk kepada syarat tertentu.

Info penuh

Skim Jaminan Modal Kerja-i – Bertujuan untuk membantu PKS mendapatkan  pembiayaan modal kerja patuh Shariah. Fi jaminan yang rendah iaitu 1% setahun perlu dibayar terlebih dahulu, bagi memperbaharui lindungan jaminan untuk tempoh minimum 12 bulan.

Info penuh

Skim Jaminan Automasi dan Digital – Skim ini sah untuk PKS dalam semua sektor dengan syarat, 51% saham dipegang dan dikawal oleh warganegara Malaysia. Jumlah pembiayaan sehingga RM10 juta dalam tempoh pembayaran selama 16 tahun.

Info penuh

Skim Kemudahan Agromakanan – Sah untuk syarikat Malaysia dan individu yang memegang sekurang-kurangnya 51% saham di dalam PKS. Kadar faedah maksimum adalah 3.75% setiap tahun dan pengecualian Fi pemprosesan.

Info penuh

Pembiayaan Skim Kerajaan PKS (Semua Sektor Ekonomi) – Kadar pembiayaan dikenakan adalah antara 5% dan 7% setahun, berdasarkan matriks profil risiko PKS. Amaun terhad kepada RM5 juta untuk setiap PKS dan tidak dikenakan sebarang fi pemprosesan.

Info penuh 


8. Pinjaman Perniagaan Bank Muamalat

Pinjaman Perniagaan Bank Muamalat

Bank Muamalat menyediakan beberapa pakej untuk membantu golongan yang terkesan, antaranya:

PENJANA Tourism Financing (PTF) – Pinjaman ini diberikan untuk membantu dan menyokong PKS di sektor pelancongan. Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun dalam tempoh 7 tahun, termasuk 12 bulan moratorium.

Info penuh

Muamalat BizSTAR-i – Pakej pembiayaan ini berdasarkan konsep Syariah Tawarruq dengan pembiayaan maksimum sehingga 15 tahun. Pelanggan dapat pembiayaan tunai untuk perbankan perniagaan dan Perniagaan Runcit SME.

Info penuh  


9. Pinjaman Perniagaan Agro Bank

Pinjaman Perniagaan Agro Bank 

Agrobank antara institusi perbankan Islam yang menfokuskan kepada sektor pertanian dan makanan negara. Antara pinjaman perniagaan yang disediakan ialah:

Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq) – Kemudahan pembiayaan kredit pusingan jangka pendek ini tertakluk kepada tempoh semakan tahunan dan amaun diberikan sehingga RM200,000.

Info penuh 

Program Pembiayaan Agro Bakti – Kadar keuntungan haruslah 5.50% setahun pada kadar tetap dan had minimun pembiayaan ialah RM3,000. Pinjaman ini untuk usahawan mikro yang terdiri daripada individu atau kumpulan individu Orang Kurang Upaya (OKU)  dan menjalankan perniagaan Industri Asas Tani (IAT).

Info penuh 

Skim AgroMakanan (PENJANA) – Usahawan mikro yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 boleh cuba untuk memohon dengan had maksimun pinjaman sehingga RM50,000. Tiada cagaran diperlukan dan kadar keuntungan pembiayaan kepada anda adalah 3.5% setahun.

Info penuh

Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i) – Pembiayaan ini untuk pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit berskala kecil. Pekebun boleh memohon untuk penanaman semula atau penambahan kawasan tanaman.

Info penuh

Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (Agro-YES) – Projek mestilah beroperasi melebihi 12 bulan dan pemohon terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut. Tempoh maksimum pembiayaan adalah 7 tahun.

Info penuh


10. Pinjaman Perniagaan Public Bank

Pinjaman Perniagaan Public Bank 

Public bank hanya menyediakan 1 kategori pinjaman perniagaan tetapi dengan pakej produk yang pelbagai iaitu:

Permohonan Pinjaman PKS ABM / Rakan Kongsi – Pelanggan boleh memilih antara pakej pelan SWIFT, pelan SMILAX, dana bank negara Malaysia, Skim Jaminan Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC), dan Skim Jaminan Kerajaan.

Info penuh

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Terengganu

Segala-galanya di dunia ini sekarang seolah-olah diukur dari segi wang. Tanpa wang, dalam bentuk apa pun seperti tunai, simpanan di bank, atau kad kredit,...

11 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Perak

Anda tentunya tahu bahawa bukan semua pinjaman adalah teruk. Tidak mempunyai cukup wang untuk dibelanjakan adalah perasaan yang biasa kita ketahui dan banyak yang...

10+ TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Johor

Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah memberikan sedikit bantuan kewangan untuk membantu rakyat mereka yang terjejas. Adakah bantuan tersebut mencukupi atau berkurang bagi anda?...

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...

6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda!

Anda mungkin seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri atau barangkali anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, dengan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x