Isi Kandungan
Masalah kewangan adalah sesuatu yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada suatu ketika dalam hidup mereka. Dalam keadaan di mana keperluan kewangan amat diperlukan, pinjaman wang berlesen boleh menjadi pilihan yang berguna untuk membantu mengatasi masalah tersebut. Dalam perkongsian ini, kami kongsikan kepada anda senarai syarikat pinjaman wang berlesen Gombak untuk anda jadikan pilihan terbaik!
Paling penting, semua syarikat ini tersenarai dalam senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar KPKT dan anda tidak perlu risau lagi jika ditipu oleh scammer!
Jom lihat apakah senarai syarikat tersebut di bawah!
Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Gombak
1. Leaf Money Trading Sdn Bhd
Selain berdaftar dengan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman 1951, syarikat ini turut mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi untuk membantu anda dalam mendapatkan pinjaman wang dengan kelulusan yang cepat.
Tempoh pembayaran balik yang dikenakan juga sangat fleksibel iaitu sehingga 36 bulan dengan kadar pinjaman sebanyak 8 kali ganda daripada gaji anda.
Menariknya lagi, syarikat pinjaman peribadi ini juga menawarkan pinjaman koperasi tanpa penjamin atau cagaran yang diperlukan untuk membantu kakitangan kerajaan memenuhi keperluan kewangan mereka, termasuk pemindahan baki hutang dari pemberi pinjaman lain seperti bank, kad kredit, atau lain-lain peminjam selainpinjaman.
Antara syarat-syarat minimum yang dikenakan untuk pinjaman koperasi termasuk gaji yang dikreditkan melalui bank dan perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun di syarikat tersebut.
Alamat: No. 20 (Tkt-M), Medan Idaman Business Centre, Jalan 2/21D, Gombak, 53000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm (Isnin – sabtu)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes
2. Pinjaman Peribadi Impian Faresh
AL-Faresh adalah syarikat perunding kewangan peribadi yang boleh dipercayai dengan perkhidmatan pembiayaan kewangan yang cemerlang.
Paling menarik, khas untuk anda yang berumur 49, 50, 54 dan 55 tahun, anda boleh memohon pinjaman peribadi dengan menggunakan akaun KWSP tanpa bayaran bulanan dan caj-caj tersembunyi.
Selain itu, syarikat wang pinjaman berlesen ini juga menyediakan pelbagai cara pembayaran balik yang fleksibel, termasuk JOMPAY dan Auto-Debit, serta menawarkan perkhidmatan seperti penilaian status kewangan individu, perundingan pakej pinjaman, dan penyelesaian masalah kewangan peribadi.
Paling istimewa, mereka turut memberi peluang kepada mana-mana individu yang berada dalam senarai hitam (blacklist) atau CTOS untuk memohon.
Alamat: NO 8B, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm (Isnin – jumaat), 9.30am – 2.00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
3. Binamas Premium Sdn. Bhd. – Pinjaman Wang Berlesen Gombak
Dengan Binamas Premium Sdn. Bhd. anda berpeluang memohon Pinjaman Wang Segera yang menarik! Kadar faedah yang rendah bermula dari 1%, membolehkan anda menyelesaikan hutang dengan kadar yang lebih rendah daripada tempat lain.
Nikmati kemudahan proses yang mudah dan cepat, serta tempoh pinjaman fleksibel sehingga 5-7 tahun dengan jadikan syarikat wang pinjaman berlesen ini sebagai pilihan untuk berurusan.
Menariknya lagi, kelulusan pinjaman juga boleh diketahui dalam masa hanya 1 jam dengan dokumen lengkap. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan segera memohon pinjaman duit berlesen di sini!
Alamat: 17A, Jalan SG 1/6, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 9:30am – 5:30pm (Isnin – jumaat), 9:30am – 2.00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
4. Xpressway Enterprise (SA0035607-A) – Fast Cash Solution
Xpressway Enterprise (SA0035607-A) adalah sebuah syarikat yang menawarkan pinjaman cepat untuk pekerja dari pelbagai sektor termasuk sektor swasta, kerajaan, pencen, dan Perkeso.
Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pemindahan baki secara percuma serta yuran pemprosesan, konsultasi, dan pemeriksaan CTOS/CRISS secara percuma.
Selain itu, anda juga dapat menikmati pembayaran balik yang fleksibel dan kadar faedah yang rendah, serendah 0.88%. Syarikat wang pinjaman berlesen ini turut menawarkan kemudahan pembaharuan polisi dan kadar faedah peratusan tahunan sebanyak 12% dengan cagaran dan 18% tanpa cagaran.
Dengan ciri-ciri yang menarik di atas serta proses kelulusan pinjaman yang cepat, jadikan Xpressway Enterprise sebagai pilihan yang tepat untuk anda yang memerlukan pinjaman dengan syarat-syarat yang menguntungkan dan mudah.
Alamat: No 2-05, Jalan Prima Sg 1, Taman Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 9:30am – 5:30pm (Isnin – jumaat), 9:30am – 2.00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes
5. Global Compact System Sdn Bhd (1305542-M)
Global Compact System Sdn Bhd (1305542-M) merupakan pemberi pinjaman wang yang menawarkan kadar serendah 1% dengan cagaran dan 1.5% tanpa cagaran, menjadikannya kadar terendah di bandar.
Syarikat ini menyediakan kelulusan permohonan dalam masa 30 minit selepas penilaian permohonan anda, dengan pelbagai cara permohonan seperti talian, Whatsapp, Wechat atau Panggilan, dan tiada bayaran ujian dan deposit diperlukan.
Tempoh pembayaran balik adalah dari 3 hingga 36 bulan, dengan kadar peratusan tahunan 12% dengan cagaran dan 18% tanpa cagaran tanpa ada yuran lain yang dikenakan.
Anda juga boleh membuat bayaran balik bulanan bergantung kepada pilihan pinjaman anda, termasuk jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pembayaran yang dipilih.
Paling best, syarikat ini tidak mengenakan sebarang bayaran ujian, deposit, dan kos tersembunyi yang perlu dibayar.
Alamat: No. 16A, Jalan SG 1/5, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm (Isnin – jumaat), 9.00am – 3.00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
Syarikat pinjaman wang berlesen ialah entiti perniagaan yang sah dan telah diberi kuasa oleh pihak berkuasa kewangan untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman wang secara sah dengan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Oleh itu, sangat penting bagi anda untuk membuat keputusan dengan memilih syarikat pinjaman peribadi yang sah serta memahami sepenuhnya syarat-syarat pinjaman dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman secara tepat pada masanya.