Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Selangor

Pandemik covid-19 terlihat tanpa penghujungnya. Sebahagian syarikat terpaksa ditutup dan sebilangan pekerja kehilangan kerja. Kehidupan yang terdesak memaksa mereka memohon pinjaman wang demi kelangsungan hidup, terutama bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai tanggungan. Memohon pinjaman dari pinjaman wang berlesen merupakan salah satu cara untuk mereka melangsaikan hutang terutama kepada individu yang terdesak memerlukan wang, namun begitu mereka hendaklah peka dan menyelidik syarikat pinjaman sebelum memohon pinjaman wang. Elakkan diri daripada berhutang dengan along atau ceti-ceti haram. Anda perlu mengetahui tanda penipuan pinjaman bagi mengelakkan diri ditipu dari individu yang tidak bertanggungjawab. Berikut tanda penipuan pinjaman:

  • Pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta anda memberikan wang pendahuluan atau deposit.
  • Anda harus menolak sekiranya dipaksa memberikan kad debit atau kad ATM kepada syarikat peminjam.

  • Anda tidak pernah memohon sebarang pinjaman tetapi mendapat mesej berkaitan pinjaman atau jumlah pinjaman lebih daripada apa yang anda mohon.

  • Anda haruslah berwaspada apabila menerima sms, panggilan, atau emel yang berunsurkan penipuan dan memberitahu bahawa anda layak menerima pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
  • Skim pinjaman atau tawaran yang terlalu bagus semestinya terdapat sesuatu yang mencurigakan.
  • Pemberi pinjaman yang sah akan menilai kriteria tertentu sebelum meluluskan permohonan anda.
  • Peminjam memaksa anda untuk membuat keputusan dengan segera tetapi anda haruslah berfikir dengan bijak sebelum terus memberikan sebarang persetujuan.
  • Pihak tersebut meminta maklumat peribadi seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank anda. Anda haruslah tahu tujuan mereka sebelum memberikan maklumat tersebut.

Di sini kami senaraikan 10 top syarikat pinjaman wang berlesen selangor yang menyediakan pinjaman wang untuk mereka yang layak, dokumen yang diperlukan serta kriteria untuk setiap pinjaman adalah berbeza dari setiap syarikat pinjaman wang berlesen, anda digalakkan untuk semak dari pautan yang diberikan di bawah untuk membuat pilihan yang terbaik dan sesuai untuk anda.


1. Teck San Enterprise (WL5603/10/01) – Pinjaman Wang Berlesen Cheras

 

Teck San Enterprise – Syarikat pinjaman kewangan yang terbaik buat pemohon yang menetap di Cheras, Selangor. Anda ingin mencari pembiayaan pengubahsuaian rumah, majlis perkahwinan atau keadaan kecemasan, Teck San Enterprise pilihan yang tepat untuk anda. Syarat minima gaji anda haruslah RM1500 sebulan dan berumur 21 hingga 55 tahun. Hanya dengan 3 langkah mudah iaitu pilih jumlah, tempoh pinjaman anda, muat naik dokumen yang telah diisi, dan tunggu kelulusan dari pihak instaDuit. Jumlah pinjaman ditawarkan sehingga RM10,000 dan penjamin atau cagaran tidak diperlukan. Pinjaman wang berlesen online yang menerima pelbagai maklum balas positif dari pelanggan mereka.

Alamat: NO.17-2, JALAN C180/1, DATARAN C180, 43200 CHERAS, SELANGOR.

Waktu Operasi: 10am – 5.30pm

Tel: 017-9865440

Whatsapp Teck San Ent


2. Pinjaman Wang Berlesen Klang

Pinjaman Wang Berlesen Klang 

JCL Bukit Tinggi Sdn Bhd – Syarikat pinjaman kewangan ini ditubuhkan sejak tahun 2015 dan mempunyai 5 cawangan tetap di semenanjung Malaysia. Mereka memberi bantuan kewangan yang sesuai mengikut keadaan anda. Antara beberapa jenis perkhidmatan yang diberikan ialah pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, penjualan kredit, penjualan insurans, dan perkhidmatan lain. Pembiayaan Patuh Syariah sehingga RM50,000 turut ditawarkan untuk anda, lulus dalam masa 3 hari bekerja. Pemohon haruslah mendapatkan perundingan yang diberikan secara percuma sebelum membuat pinjaman. Anda juga boleh menyemak syarat kelayakan dan memohon pinjaman di laman web mereka. Syarikat JCL juga membantu orang ramai dengan bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mewujudkan program First Food Bank JCL yang bertempat di PPR Kota Damansara bermula bulan Ogos yang lalu.

Alamat: KS7, 93, Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu & ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm

Lokasi


3. Pinjaman Wang Berlesen Shah Alam

Pinjaman Wang Berlesen Shah Alam

IG Easy Pay Sdn. Bhd – Syarikat ini berdaftar di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Pinjaman wang berlesan Shah Alam ini sentiasa ada untuk memberikan nasihat kewangan pada masa kecemasan. IG Easy Pay Sdn. Bhd menawarkan pinjaman peribadi, perniagaan, dan tunai dengan kadar bayaran yang rendah serta tiada bayaran muka dikenakan. Syarikat ini merupakan salah satu pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai.

Alamat: No 5A, Jalan Utas C 15/C, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 10am–6pm, Sabtu: 10am–3pm

Lokasi


4. Pinjaman Wang Berlesen Kajang

Pinjaman Wang Berlesen Kajang 

Jasa Awan Biru Sdn Bhd – Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang menyediakan pinjaman bercagar dan tidak bercagar dengan mudah serta cepat. Kelulusan pinjaman hanya memerlukan beberapa dokumen tertentu dan kadar faedah yang fleksibel. Maklumat peminjam akan dirahsiakan dengan pembayaran bunga yang rendah. Nombor pendaftaran syarikat ialah 1258433-M.

Alamat: No 45 A, Jalan Tun Abdul Aziz, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5pm, Sabtu: 9am–3pm

Lokasi


 

5. Pinjaman Wang Berlesen Bangi

Pinjaman Wang Berlesen Bangi 

Eager Cash Sdn Bhd – Syarikat pinjaman ini menawarkan pelbagai penyelesaian pembiayaan untuk memenuhi keperluan peribadi pemohon dengan keperluan dokumen yang mudah. Semestinya pinjaman wang berlesen Bangi yang terletak di Bandar Baru Bangi ini mampu menyelesaikan masalah anda. Anda hanya perlu berkunjung ke syarikat ini yang telah membantu lebih daripada 4000 orang pelanggan dan mendapat beberapa ulasan baik dari peminjam.

Alamat: 51B, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9am–5pm

Lokasi


6. Pinjaman Wang Berlesen Rawang

Pinjaman Wang Berlesen Rawang 

Kredit Komuniti M-Qirad (Pemberi Pinjam Wang) – Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan anda dengan cara yang sah. Kredit Komuniti M-Qirad juga termasuk dalam senarai syarikat pinjaman wang yang boleh dipercayai. Syarikat ini terletak di pusat bandar Rawang.

Alamat: 13A, Jalan Bandar Rawang 2, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–5.30pm, Sabtu: 9.30am–2pm

Lokasi


7. Pinjaman Wang Berlesen Ampang

Pinjaman Wang Berlesen Ampang 

Multi Rainbow Express Sdn Bhd – Syarikat pinjaman wang berlesen yang terletak di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang Jaya. Pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai,  menawarkan perkhidmatan runding pinjaman yang profesional, sesuai untuk kakitangan kerajaan, swasta, dan individu yang telah disenarai hitam. Pemohon boleh memilih pinjaman bergantung kepada jumlah kelulusan pinjaman dan tempoh bayar balik. Syarat pembayaran balik bergantung kepada jenis pinjaman. Tiga jenis pinjaman ditawarkan iaitu pinjaman peribadi, pemindahan baki hutang, dan pinjaman harta benda.

Alamat: No13c, Jalan Mamanda 7/1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8.30am–5pm, Sabtu: 8.30am–2pm

Lokasi


8. Pinjaman Wang Berlesen Gombak

Pinjaman Wang Berlesen Gombak 

Leaf Money Trading Sdn Bhd – Syarikat ini menawarkan pinjaman dan memegang lesen pemberi pinjaman yang diperakui oleh KPKT & Kerajaan Malaysia. Syarikat pemberi pinjaman ini sedia memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada anda secara profesional. Faedah pinjaman adalah 18% tahunan (maksima) dan pembayaran balik pinjaman minima 6 bulan. Permohonan pinjaman hanya dengan 5 langkah mudah iaitu anda pilih jumlah, hantar dokumen, pinjaman diluluskan, dan dapatkan wang anda secara sah. Tiga jenis pinjaman diberikan iaitu pinjaman peribadi, pinjaman koperasi, dan perkhidmatan pemindahan baki hutang. Nombor pendaftaran syarikat ialah 1099385-W.

Alamat: 2-20, Jalan Jernai 3, Medan Idaman Business Centre, 53100 Kuala Lumpur,, Wilayah, GOMBAK, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–5.30pm, Sabtu: 9.30am–2.30pm

Lokasi


9. Pinjaman Wang Berlesen Puchong

Pinjaman Wang Berlesen Puchong

Modal Bintang Kaya Sdn Bhd – Modal Bintang Kaya Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MBK Loan, telah bertapak di Selangor sejak tahun 1993 dan merupakan syarikat pinjaman berlesen yang sah. No lesen pendaftaran ialah 1018995-T dan terletak di Taman Puchong Prima. Sesiapa sahaja layak memohon tanpa mengira pekerjaan, walaupun anda disenarai hitam sekalipun anda boleh memohon pinjaman ini. Terdapat 4 kategori pinjaman yang ditawarkan iaitu pinjaman penyatuan hutang, pinjaman peribadi, pinjaman auto, dan pinjaman habis bulan. Proses kelulusan hanya dalam 1 jam sahaja tanpa deposit dan penjamin. Syarikat pinjaman ini juga berdaftar dengan pihak KPKT secara sah. Pelanggan boleh memilih sama ada ingin menerima pembayaran wang melalui bank atau tunai.

Alamat: E-03, 02, Jalan Prima 3/5, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 10am–6pm, Sabtu: 10am–1pm

Lokasi


10. Pinjaman Wang Berlesen Sungai Buloh

Pinjaman Wang Berlesen Sungai Buloh 

Pasti Tunai Jaya Trading (001514739-X) – Sekiranya anda kerja lebih dari setahun dan gaji masuk melalui bank, anda layak untuk memohon. Penjamin tidak diperlukan dan senarai hitam bank boleh juga memohon pinjaman ini. Walaupun anda baru 3 bulan bekerja anda boleh memohon mengikut bajet bulanan dan penjanjian bertulis yang sah disediakan untuk simpanan anda. Syarikat Pasti Tunai Jaya Trading terletak di Bandar Baru Sungai Buloh.

Alamat: No.385A (Tingkat 1), Jalan 1a/3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9am–5pm

Lokasi

4.4/5 - (47 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Terengganu

Segala-galanya di dunia ini sekarang seolah-olah diukur dari segi wang. Tanpa wang, dalam bentuk apa pun seperti tunai, simpanan di bank, atau kad kredit,...

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...

TOP 5 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Puchong

Terlalu banyak pilihan juga merupakan perkara yang mengganggu fikiran terutama jika ia melibatkan hal yang penting terutama kewangan. Sama seperti syarikat pinjaman wang berlesen,...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kedah

Adakah anda bersetuju sekiranya kami mengatakan bahawa proses pinjaman sememangnya susah dan sebahagian daripada anda mungkin tidak mendapat pinjaman seperti yang diinginkan? Jika ya,...

5 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Gombak Yang Popular

Masalah kewangan adalah sesuatu yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada suatu ketika dalam hidup mereka. Dalam keadaan di mana keperluan kewangan amat diperlukan,...

10+ TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Melaka

Pada masa kini terutama golongan muda kelihatan jelas mengamalkan gaya hidup berhutang semata-mata untuk dilihat hidup dalam kemewahan. Hal ini disebakan oleh terpengaruh dengan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Md Adam
Md Adam
5 months ago

Terima kasih admin caridestinasi kongsikan syarikat pinjaman yang berlesen, saya dah ambik dgn ejen di kajang, prosesnya cepat, dapat dana dalam 2 hari.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x