Isi Kandungan
Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang dibekalkan oleh bank atau institusi kewangan yang berlesen di Malaysia. Ia disediakan untuk peminjam yang perlukan dana yang berlebihan untuk membiayai perbelanjaan peribadi seperti perbelanjaan bulanan untuk rumah tangga, yuran pendidikan untuk anak anak, bil perubatan dan sebagainya. Pinjaman peribadi dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi semasa. Peminjam biasanya tidak diperlukan untuk membuat sebarang cagaran untuk mendapatkan pinjaman tersebut.
Ciri ciri pinjaman peribadi sama dengan jenis pinjaman yang lain, permohonan dibuat mengikut jumlah pinjaman yang diperlukan. Sekiranya permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan oleh bank atau institusi kewangan, anda akan menerima jumlah yang dipohon sekaligus dan kemudiannya dibayar balik kepada pemberi pinjaman  dalam ansuran bulanan yang ditentukan. Faedah (keuntungan) dan fi pemprosesan akan ditambahkan ke dalam jumlah pinjaman, dan dibayar balik kepada bank atau institusi kewangan secara ansuran.
Pinjaman peribadi biasanya memberi kelonggaran yang lebih luas dari segi pembayaran balik, selalunya antara 6 bulan hingga 10 tahun.
Di sini kami senaraikan 9 bank & institusi kewangan di Malaysia yang menyediakan pinjaman peribadi untuk setiap individu yang layak, dokumen yang diperlukan serta kriteria untuk setiap pinjaman adalah berbeza dari setiap bank dan institusi, anda digalakkan untuk semak dari pautan yang diberikan di bawah untuk membuat pilihan yang terbaik dan sesuai untuk anda.
1. Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Terdapat 4 jenis pinjaman peribadi yang disediakan oleh Bank Rakyat, ciri ciri utama dan pautan untuk maklumat penuh pinjaman disediakan seperti di bawah:
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta – Pinjaman peribadi Bank Rakyat ini adalah dibuka untuk warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM2,000. Amaun pinjaman sehingga RM150,000 boleh ditawarkan untuk peminjam yang dapat memenuhi syarat syarat yang ditentukan. Kadar keuntungan (faedah) bermula dari 5.37%+kadar asas, peminjam diberi pilihan sehingga 10 tahun untuk pembiayaan balik pinjaman.
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam – Disediakan untuk individu yang bergaji RM1,000 sebulan ke atas dalam sektor awam atau syarikat GLC terpilih, tawaran pinjaman peribadi ini amat sesuai untuk individu yang perlukan dana berlebihan untuk perbelanjaan kehidupan. Peminjam akan diberi pilihan kadar keuntungan tetap atau kadar keuntungan terapung yang bermula dari 4.54% dan diberi tempoh pembiayaan balik sehingga 10 tahun. Amaun pinjaman sehingga RM200,000 tertakluk kepada dokumen dan gandaan gaji bulanan.
Pembiayaan Peribadi-i Pesara – Pinjaman ini adalah direka khas untuk pesara kerajaan yang memerlukan dana berlebihan sama ada untuk pendidikan anak, perbelanjaan kehidupan atau perbelanjaan semasa lain dengan syarat pencen bulanan yang tidak kurang dari RM800. Had maksimum pinjaman adalah RM100,000 atau 15X pencen kasar bulanan. Peminjam diberi sehingga 10 tahun untuk pembiayaan balik pinjaman dengan kadar keuntungan 4.26%+kadar asas.
Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang – Pinjaman penyatuan hutang berfungsi dengan mengabungkan hutang dari pelbagai bank atau institusi kewangan ke satu hutang dengan kadar yang lebih rendah dan tempoh pembiayaan yang lebih fleksibel/panjang. Dengan penumpuan hutang ke satu ansuran bulanan sahaja, anda bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dari pelbagai pihak, tetapi juga akan menjimat sejumlah besar dari kadar faedah.
2. Pinjaman Peribadi Bank Islam
Bank Islam menawarkan 3 jenis pinjaman peribadi untuk keperluan yang tertentu. Setiap pinjaman mempunyai ciri ciri yang tersendiri dan peminjam boleh membuat tinjauan untuk setiap jenis produk pinjaman peribadi yang ditawarkan sebelum membuat keputusan.
Pinjaman Peribadi Bank Islam untuk Profesional – Pakej pinjaman ini bukan untuk semua jenis individu, tetapi hanya boleh dipohon oleh profesion yang tertentu sahaja dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM4,000, ia termasuk doctor perubatan, doktor gigi, Akauntan, Jurutera, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan, Pegawai Farmasi, Veterinar, Optometris atau Pakar Optik, Juru-ukur Bahan dan Aktuari. Amaun pinjaman diberi sehingga RM300,000 dengan kadar keuntungan 1.90%+kadar asas, ia merupakan satu kadar yang agak kompetitif dalam pasaran. Peminjam diberi sehingga 10 tahun untuk pembiayaan balik pinjaman.
Pinjaman Peribadi I Non Package – Pakej pinjaman ini hanya dibuka untuk pekerja warganegara dari syarikat tersenarai awam sahaja dengan pendapatan yang tidak kurang daripada RM3,500 sebulan. Dengan kadar keuntungan bermula dari 4.50% (kadar rata) untuk pinjaman sehingga RM150,000, ianya merupakan pakej pinjaman yang agak menarik berbanding dengan pakej pinjaman yang lain dalam pasaran kewangan. Pinjaman ini amat sesuai untuk individu yang memerlukan dana berlebihan untuk pelaburan jangka pendek. Tempoh maksima untuk pembiayaan balik pinjaman adalah sehingga 10 tahun.
Pinjaman Peribadi I Package – Kriteria untuk pakej pinjaman ini lebih longgar berbanding dengan Non Package di atas. Ia dibuka untuk permohonan dari pekerja yang bergaji tidak kurang daripada RM2,000 sebulan dalam sektor kerajaan, syarikat tersenarai awam tertentu, dan syarikat persendirian yang terunggul sahaja. Kadar faedah untuk pinjaman peribadi I Package juga lebih rendah berbanding dengan non package. Amaun pinjaman boleh diberi sehingga RM300,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.
3. Pinjaman Peribadi BSN
BSN, atau dikenali sebagai Bank Simpanan Nasional merupakan sebuah bank yang amat dipercayai oleh semua lapisan masyarakat, dengan matlamat meninggikan kualiti hidup warganegara, produk yang disediakan juga sangat sesuai untuk individu yang memerlukan bantuan kewangan.
BSN menawarkan dua jenis pinjaman peribadi:
BSN MyRinggit (sektor awam) – Dibuka untuk warganegara yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun dan sekurang kurangnya telah bekerja 3 bulan dengan majikan yang menyediakan kemudahan potongan gaji dengan BPA. Pendapatan bulanan minimum RM1,500 diperlukan bagi layak untuk memohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi ini datang dengan 2 jenis kadar faedah, pemohon boleh pilih di antara kadar tetap 4.60%-6.99% atau kadar terapung BR + 1.75% – BR + 3.77% dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah antara RM5,000 – RM200,000.
BSN MyRinggit (Eksekutif) – Syarat pinjaman ini lebih ketat dan hanya dibuka untuk pekerja dari Panel Pembangun Premier, Hospital Swasta, Syarikat Telekomunikasi, Institusi Kewangan Berlesen, Organisasi Multinasional, Kumpulan Syarikat PETRONAS, Universiti & Kolej Swasta Terpilih, Badan Berkanun, Syarikat yang dihubungkan dengan Kerajaan, Syarikat Tersenarai Awam Terpilih di Bursa Malaysia dan Profesional. Pendapatan bulanan dengan minimum RM3,000 untuk pekerja tetap dan RM10,000 untuk pekerja kontrak. Pemohon boleh dapat sehingga 10X dari gaji bulanan dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. 2 jenis Kadar faedah ditawarkan, iaitu kadar tetap 6.00%-8.50% atau kadar terapung BR + 5.00%.
4. Pinjaman Peribadi Maybank
Maybank menawarkan 2 jenis pinjaman peribadi yang agak menarik untuk individu. Langkah permohonan yang lebih ringkas dan cepat merupakan sebab sebab utama peminjam memilih untuk memohon pinjaman dari Maybank.
Maybank Pinjaman Pendapatan – Pinjaman ini dicipta khas untuk pekerja Syarikat berkaitan dengan Kerajaan (GLC), Syarikat Tier Teratas (TTC) & Syarikat Perusahaan Besar (LEC) terpilih dengan Kadar faedah / pembiayaan yang menarik serendah 5.50% setahun. Peminjam boleh memohon sehingga RM200,000 atau 20X gaji bulanan.
Pinjaman Peribadi Maybank – Dibuka untuk individu awam, had pinjaman lebih rendah (RM100,000) dan kadar keuntungan (dari 6.5%) pun lebih tinggi berbanding dengan produk pinjaman pendapatan yang lain. Bayaran balik serendah RM102.78 dimana ia dapat memenuhi kemampuan kebanyakan peminjam.
5. Pinjaman Peribadi CIMB
Hanya sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh CIMB, syarat permohonan agak longgar berbanding dengan bank lain dan pinjaman ini juga boleh dipohon oleh peniaga.
Pinjaman Peribadi CIMB Tambahan Cash – Dibuka untuk individu warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000. Pakej ini juga dibuka untuk peniaga yang sekurang kurangnya berniaga untuk 24 bulan. Had pinjaman adalah RM100,000 dan tempoh bayaran balik adalah dari 2 tahun hingga 5 tahun. Kadar faedah 6.88% bukannya terendah dalam pasaran, tetapi agak berpatutan.
6. Pinjaman Peribadi AEON
Jika anda perlukan dana yang berlebihan untuk perubatan, Pendidikan atau perbelanjaan semasa rumah tangga, Pinjaman Peribadi AEON mungkin sesuai untuk anda.
Pinjaman Peribadi AEON – Dibuka untuk individu yang berumur 18 tahun dan ke atas dan pendapatan tidak kurang daripada RM1,500 sebulan. Sama dengan pinjaman yang ditawarkan oleh bank lain, permohonan untuk pinjaman ini tidak perlukan cagaran dan penjamin, dokumen untuk memohon pinjaman ini juga agak mudah. Amaun Pembiayaan Tinggi dan proses kelulusan yang cepat (walaupun pada hari ahad!) sering dikait rapat dengan Agensi Kewangan AEON. Peminjam diberi sehingga 7 tahun untuk bayaran balik dengan kadar faedah dari 0.66% sebulan.
7. Pinjaman Peribadi Ambank
Tengah merancang untuk masa hadapan anda, sama ada untuk membiayai pendidikan, memulakan bisnes, menyediakan keperluan perubatan, membaiki rumah, atau bahkan untuk keperluan asas dalam mempraktikkan gaya hidup sihat, kedudukan kewangan yang kuat memainkan peranan yang penting untuk merialisasikan impian anda. AmBank Islamic sedia membantu anda dalam menjayakan impian anda dan mencapai kejayaan yang anda mahukan dengan Pinjaman Peribadi-i, produk pinjaman Ambank Islamic yang memenuhi syarat syariah berdasarkan konsep Murabahah tawarruq (MTQ).
Pinjaman Peribadi I – Pinjaman Peribadi Ambank ini ditawarkan dengan kadar pembayaran setinggi 95% dan 3 bulan bayaran penangguhan diberi untuk peminjam yang layak. Tiada sebarang fi bulanan akan dikenakan manakala rebat akan diberi sekiranya pembiayaan balik diselesaikan sebelum tempoh kontrak. Ciri ciri produk pinjaman ini merupakan manfaat yang jarang diberi dari institusi kewangan yang lain.
8. Pinjaman Peribadi RHB
Sama ada untuk meraikan detik-detik penting dalam kehidupan, meneroka peluang baru atau memulakan bisnes idaman, pinjaman peribadi RHB dapat membantu anda dalam mencapai impian anda. Sebenarnya, RHB juga menawarkan produk menggabungkan hutang dari pelbagai bank, ini akan banyak membantu dalam menguruskan kewangan anda dengan lebih baik dan menampung keperluan kehidupan dengan lebih merancang.
Pinjaman Peribadai RHB Persendirian – Produk pinjaman ini hanya dibuka untuk pekerja swasta dengan tempoh pembayaran balik sehingga 7 tahun. RHB dapat berjanji kelulusan segera dan mengeluarkan pinjaman serta merta, ini banyak membantu untuk individu yang memerlukan dana yang cepat untuk menangani situasi cemas. Had maxima amaun pinjaman adalah sebanyak RM150,000 dengan kadar faedah bermula dari 8.18%.
9. Pinjaman Peribadi Public Bank
Public bank merupakan salah satu institusi kewangan yang paling lama diperbadankan di Malaysia. Produk kewangan yang banyak dan pelbagai jenis telah membantu ramai dalam menangani pelbagai masalah kewangan dari semasa ke semasa.
Pinjaman Peribadi BAE I – Pinjaman ini dibuka untuk pekerja swasta yang bekerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam syarikat yang diiktiraf oleh Public Bank. Pendapatan bulanan minimum harus melebihi RM3,000 termasuk elaun. Pinjaman ini tidak memerlukan cagaran and penjamin.
Pinjaman Peribadi BAE AG I – Ciri ciri yang lebih kurang sama dengan Peribadi BAE I, produk ini juga dibuka untuk pekerja kerajaan yang bertugas sekurang kurangnya 1 tahun dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM1,500.
Pinjaman Peribadi PLUS BAE AG I – Dicipta bagi pelanggan Public Bank yang memegang rekod pembayaran yang baik, anda dipilih pilihan untuk pinjaman tambahan tanpa cagaran tambahan atau penjamin. Fast cash sehingga RM150,000 boleh dikeluarkan untuk peminjam yang berlayak.
Pinjaman Peribadi Online
Kebanyakan produk pinjaman peribadi online yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan di Malaysia dapat menjamin kepantasan dalam meluluskan permohonan anda. Yang penting, anda harus menyediakan dokumen mengikut keperluan bank supaya aplikasi boleh diproses dengan lebih cepat. Dokumen yang diperlukan biasanya akan ditunjuk dalam laman web masing masing, anda perlu meneliti semua info dalam laman web supaya tidak terlepas sebarang dokumen yang diperlukan.
Pinjaman peribadi boleh menyelesaikan banyak situasi dalam kehidupan, memandangkan kadar faedah yang dikenakan, orang ramai dinasihati supaya bijak dalam menggunakan dana tambahan tersebut, hanya gunakan untuk perkara yang penting sahaja yang dihadapi semasa. Harap maklumat di atas dapat membantu sedikit sebanyak dalam situasi yang amat susah masa kini.
Saya ingin tahu apakah saya layak untuk meminjam duit jika saya berpendapatan rendah sebab saya ambil kerja part time bergaji rm500 sebab saya perlu menjaga ibu saya yang sakit.