Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Pilihan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat yang Boleh Anda Mohon!

Seiring dengan kemajuan di negara kita yang semakin membangun ini, kami yakin bahawa keperluan dan komitmen seseorang individu juga pastinya berubah. Dari sudut ekonomi pula, kami yakin bahawa anda pastinya memerlukan sokongan tambahan untuk menampung komitmen dan perbelanjaan seharian. 

Buat mereka yang merupakan pelanggan setia Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Bank Rakyat, anda memiliki keistimewaan kerana anda layak untuk memohon pelbagai jenis pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. 

Ha jangan tak tahu, Bank Rakyat kini menyediakan pelbagai jenis pinjaman peribadi yang pastinya dapat membantu mengurangkan sedikit beban anda. Jom lihat senarai enam jenis pilihan pinjaman peribadi Bank Rakyat yang boleh anda mohon!

6 Pilihan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat


1. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Pinjaman ini ditubuhkan khas untuk membantu mereka yang bekerja dalam sektor awam.

1.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah: 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun 
  • Merupakan penjawat awam yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Anggota Tentera Malaysia
  • Tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak bank
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA)

1.2 Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen: 

  • Salinan kad pengenalan MyKad/MyTentera
  • Salinan penyata pendapatan 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini
  • Salah satu di antara dokumen surat pengesahan jawatan dari majikan atau borang EA terkini

1.3 Caj yang dikenakan 

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj wakalah atau agensi – RM30.00
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

1.4 Kadar keuntungan tahunan 

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah 4.54% p.a 

1.5 Kadar Pembiayaan 

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM20,000
  • Kadar pembiayaan sebanyak 2.21%
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

2. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Bagi anda yang bekerja dalam sektor swasta pula, jangan risau, pinjaman ini khas untuk anda!

2.1 Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pinjaman ini adalah bergantung pada jenis pendapatan anda: 

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak bank
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA)
  • Bukan di bawah selaan AKPK
a) Berpendapatan tetap
      • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak lebih dari 60 tahun 
      • Berjawatan tetap – minimum pendapatan bulanan RM2,000
      • Berjawatan kontrak – minimum pendapatan bulanan RM8,000

b) Berpendapatan tidak tetap

      • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak lebih dari 55 tahun 
      • Minimum pendapatan bulanan RM5,000

2.2 Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen: 

  • Salinan kad pengenalan MyKad/MyTentera
  • Salinan Borang B LHDN/resit bayaran
  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini
a) Dokumen tambahan untuk pemilik perniagaan & golongan profesional: 
      • Salinan penyata bank akaun syarikat 6 bulan terkini 
      • Borang pendaftaran A dan D/Borang 24 dan 49 untuk syarikat
      • Salinan sijil pendaftaran perniagaan

b) Dokumen tambahan untuk berpendapatan komisen: 

      • Penyata komisen 6 bulan terkini

2.3 Caj yang dikenakan 

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj wakalah atau agensi – RM30.00
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

2.4 Kadar keuntungan tahunan 

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah 7.97% p.a 

2.5 Kadar Pembiayaan 

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM15,000
  • Kadar pembiayaan sebanyak 2.75%
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

3. Pembiayaan Peribadi i- Pesara

Pembiayaan Peribadi i- Pesara

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang sudah bersara, anda boleh memohon untuk pinjaman ini!

3.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah: 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 45 tahun ke atas dan tidak lebih dari 65 tahun pada tarikh terakhir penamatan kontrak
  • Pesara kerajaan atau pesara tentera
  • Pencen bulanan minimum RM800 sebulan
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak bank
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA)
  • Bukan di bawah selaan AKPK

3.2 Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen: 

a) Pesara di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):
      • Salinan kad pengenalan (Mykad) 
      • Salinan kad pesara kerajaan 
      • Salinan penyata pencen
b) Pesara di bawah Hal Ehwal Veteran (JHEV):
      • Salinan kad pengenalan (Mykad)
      • Salinan kad pesara tentera 
      • Salinan ‘Ledger Pensioner’

3.3 Caj yang dikenakan 

  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj wakalah atau agensi – RM30.00
  • Caj Insurans takaful – tidak wajib ambil
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

3.4 Kadar keuntungan tahunan 

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah 6.86% p.a 

3.5 Kadar Pembiayaan 

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM100,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

4. Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Pinjaman ini merupakan pinjaman yang ditawarkan khas untuk mereka yang ingin menyatukan hutang pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru dengan caj kadar keuntungan yang rendah.

4.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah: 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun pada tarikh akhir pinjaman 
  • Berkhidmat dengan jawatan tetap di sektor awam atau sektor swasta
  • Berpendapatan bulanan gaji kasar minimum RM2,000
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA)
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK)

4.2 Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen: 

a) Untuk pemohon baru:

      • Salinan kad pengenalan MyKad
      • Salinan penyata pendapatan 3 bulan terkini
      • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini
      • Penyata KWSP terkini 
      • Salah satu di antara dokumen surat pengesahan jawatan dari majikan atau borang EA terkini atau slip e-B LHDN
b) Untuk pelanggan Bank Rakyat: 
      • Salinan kad pengenalan Mykad
      • Salinan penyata pendapatan 3 bulan terkini
      • Penyata KWSP terkini 

4.3 Caj yang dikenakan 

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj wakalah atau agensi – RM28.30
  • Tiada caj penamatan awal
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

4.4 Kadar keuntungan tahunan 

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah 2.38% p.a 

4.5 Kadar Pembiayaan 

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM20,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

5. Pembiayaan Perumahan-i

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pembiayaan Perumahan-i

Pembiayaan Perumahan-i ini diwujudkan khusus untuk membantu mereka yang ingin memiliki rumah idaman.

5.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah: 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan 
  • Tidak muflis
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak bank
  • Permohonan secara bersama adalah dibenarkan berdasarkan hubungan kekeluargaan seperti: 
    • Suami/isteri
    • Ibu/bapa
    • Anak
    • Adik-beradik kandung 

5.2 Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen: 

a) Berpendapatan tetap
      • Salinan MyKad/MyTentera
      • Salinan penyata gaji 3 bulan terkini 
      • Penyata bank 3 bulan terkini
      • Borang EA/Penyata KWSP
      • Surat pengesahan majikan
b) Berpendapatan tidak tetap
      • Salinan MyKad/MyTentera
      • penyata bank 6 bulan terkini 
      • Pendaftaran perniagaan/Borang 24 atau 49
      • Borang B dan resit bayaran
    • c) Dokumen Harta
      • Perjanjian jual beli 
      • Salinan geran 
      • Tawaran pembelian dari pemaju 
      • Resit bayaran pendahuluan
      • Memorandum jualan: lelong 
      • Laporan Penilaian: rumah siap/lelong/subsale/bina rumah atas tapak perumahan/pembiayaan semula

5.3 Caj yang dikenakan 

  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj wakalah atau agensi – RM28.30
  • Penyimpanan dokumen sekuriti setelah penjelasan penuh – RM10
  • Pengeluaran penyata untuk tujuan pengeluaran KWSP – RM15
  • Bayaran penebusan penyata – RM50
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

5.4 Kadar keuntungan tahunan 

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah2.75% p.a 

5.5 Kadar Pembiayaan 

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga 95% termasuk MRTT/ yuran guaman/ kos penilaian 
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau sehingga berumur 70 tahun, yang mana terdahulu 

6. Pembiayaan Pendidikan-i

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pembiayaan Pendidikan-i

Bagi anda yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pinjaman ini khas untuk anda!

6.1 Kelayakan

Jika anda ingin memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat-syarat ini: 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak lebih dari 70 tahun 
  • Berjawatan tetap – minimum pendapatan bulanan RM2,000

6.2 Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen: 

a) Bagi pekerja awam dan swasta
      • Salinan kad pengenalan MyKad/MyTentera
      • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terakhir
      • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir
      • Penyata KWSP
      • Salah satu dari surat pengesahan majikan atau borang EA
      • Salinan kad pesara kerajaan atau kad pesara tentera
b) Bagi golongan pesara
      • Surat pengesahan pindahan pencen ke Bank Rakyat 
      • Penyata pencen atau lejar pesara
      • Penyata bank 6 bulan terakhir
c) Bagi golongan profesional dan berpendapatan komisen
      • Penyata bank 6 bulan terakhir 
      • Sijil pendaftaran perniagaan 
      • Borang B yang dihantar ke LHDN/ resit bayaran 
      • Lesen/ keahlian dari Badan Iktisas yang diiktiraf
      • Borang pendaftaran A & D/ Borang 24 & 49 bagi syarikat
      • Penyata komisen 6 bulan terakhir

Selain itu, 2 dokumen yang wajib anda bawa adalah : 

  • Salinan asal surat penerimaan universiti/ kolej/ salinan yang disahkan oleh kolej
  • Salinan asal jadual yuran pengajian

6.3 Caj yang dikenakan 

  • Penyimpanan dokumen sekuriti – RM10
  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj ganti rugi – 1% setahun ke atas jumlah tunggakan 
  • Yuran Guaman – jika berkaitan
  • Yuran pembayaran – termasuk yuran untuk pendaftaran caj dan caj lain yang berkaitan 

6.4 Kadar keuntungan tahunan 

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah 2.75% p.a 

6.5 Kadar Pembiayaan 

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM1,000,000
  • Kadar pembiayaan sebanyak 2.75%
  • Tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun (termasuk tempoh tangguhan)

Satu fakta menarik yang perlu anda tahu, semua jenis pinjaman peribadi yang tersenarai di atas adalah berkonsepkan tawarruq. Jadi anda tidak perlu lagi runsing jika mempunyai masalah kewangan kerana Bank Rakyat menawarkan anda pelbagai jenis pinjaman peribadi yang mampu membantu anda.

Kami harap dengan adanya senarai pinjaman peribadi Bank Rakyat ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh layari laman sesawang berikut ataupun telefon di nombor yang tertera. Untuk memudahkan lagi urusan anda, kami sertakan dengan lokasi untuk anda kunjungi. Semoga membantu!

Alamat: Level 18, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33, Jalan Rakyat, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat (9.00 am – 5.15), Sabtu – Ahad (tutup)

 Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-300-80-2273 

Jika anda juga sedang mencari pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh BSN, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 8 Jenis Pinjaman yang Ditawarkan oleh BSN.

5/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Johor

Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah memberikan sedikit bantuan kewangan untuk membantu rakyat mereka yang terjejas. Adakah bantuan tersebut mencukupi atau berkurang bagi anda?...

6 Pilihan Terbaik Pinjaman Wang Berlesen di Perlis!

Keadaan ekonomi yang semakin gawat dan membimbangkan telah memberi banyak kesan terhadap masyarakat terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan dan golongan anak muda yang...

9 Pinjaman Bank Rakyat yang Menarik untuk Memenuhi Keperluan Anda!

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat, telah berjasa untuk rakyat Malaysia sejak tahun 1954. Telah ditubuhkan selama hampir 69 tahun,...

8 Jenis Pinjaman BSN yang Boleh Anda Mohon!

Kegawatan ekonomi di negara kita semakin membimbangkan dan menyebabkan kita memerlukan lebih pendapatan untuk menampung perbelanjaan seharian. Kini, anda tidak perlu risau lagi. Hal...

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Sabah

Anda serabut dan rungsing memikirkan masalah kewangan? Jangan risau, anda berada di halaman yang betul. Pemberi pinjaman wang berlesen di Sabah ada untuk memberikan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x