Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Pinjaman Peribadi Bank RHB Untuk Kemudahan Anda!

Pandemik COVID-19 yang menyerang dunia telah menjejaskan seluruh penduduk dunia, termasuk di negara kita, Malaysia. Ia bukan saja melibatkan hal kesihatan, malah ekonomi negara turut terjejas akibat wabak ini.

Ramai dari kita mengalami jalan buntu apabila diberhentikan atau perniagaan yang terjejas. Ada juga di antara kita yang sudah mempunyai pekerjaan tetap, namun masih lagi kadangkala mengalami masalah kewangan. Jangan khuatir, kerana anda masih boleh menemui jalan penyelesaiannya di Bank RHB!

Sedikit sejarah tentang bank ini, pada 1994, RHB Bank Berhad diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat public limited dengan nama asalnya, DCB Holdings Berhad. Kemudian, pada 1996, Rashid Hussain memperoleh perkongsian 75% dalam Kwong Yik Bank Berhad. Ini membawa kepada penggabungan antara Kwong Yik Bank Berhad dan DCB Bank. Penggabungan ini seterusnya dinamakan sebagai RHB Bank.

Di Bank RHB, terdapat 2 jenis pinjaman peribadi yang terlibat iaitu pinjaman konvensional atau pinjaman Islamik yang mematuhi syariah. Pinjaman Islamik ini menggunakan konsep Komoditi Murabahah melalui aturan Tawarruq. Pinjaman peribadi Islamik RHB ini juga adalah pinjaman tidak bercagar, jadi anda tidak perlukan penjamin atau cagaran untuk memohon.

Jadi, teruskan membaca untuk melihat antara 5 pinjaman peribadi yang boleh anda mohon di Bank RHB!

5 Pilihan Pinjaman Peribadi di Bank RHB


1. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Islamik)

Pinjaman Peribadi Bank RHB: Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Islamik)

Pinjaman ini tertakluk di bawah pinjaman Islamik. Bagi anda yang bekerja di dalam sektor awam, anda boleh memohon untuk pinjaman ini.

1.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah:

  • Kakitangan Kerajaan Persekutuan; ATAU
  • Kakitangan Kerajaan Negeri; ATAU
  • Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih; DAN
  • Usia minimum 18 tahun sehingga maksimum 58 tahun pada penghujung tempoh pembiayaan; DAN
  • Pendapatan minimum RM2,000 (termasuk elaun tetap)

1.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • Salinan penyata pendapatan 3 bulan terkini
  • Surat Pengesahan Pekerjaan (confirmation letter) dengan menggunakan kepala surat jabatan atau majikan

1.3 Caj yang Dikenakan

  • Caj duti setem sebanyak RM10
  • Broker fee sebanyak RM30
  • Caj Potongan Gaji 2.0% daripada bayaran bulanan
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan
  • Duti setem, broker fee dan sumbangan Takaful (jika ada) akan ditolak daripada jumlah asal pembiayaan.
  • Caj potongan gaji 2.0% sudah dimasukkan dalam bayaran bulanan.

1.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 5.65% p.a (Kadar rata setara serendah 2.98% setahun)

1.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan untuk pinjaman ini sehingga RM300,000
  • Nisbah pembayaran tinggi sehingga 98%
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

1.6 Lain-Lain Kelebihan

  • Pengurusan kewangan yang fleksibel dengan kadar keuntungan yang berubah-ubah
  • Tiada penjamin diperlukan
  • Nisbah pembayaran tinggi sehingga 98%
  • Tempoh pembayaran yang fleksibel
  • Kaedah Bayaran Bulanan: potongan gaji

2. Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta (Islamik)

Pinjaman Peribadi Bank RHB: Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta (Islamik)

Pinjaman ini juga tertakluk di bawah pinjaman Islamik. Khas untuk anda yang bekerja dalam sektor swasta, anda boleh merujuk maklumat yang telah kami sediakan ini jika berminat.

2.1 Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pinjaman ini adalah:

  • Pekerja sektor swasta
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Minimum pendapatan bulanan RM3,000

2.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya syarat di atas dapat anda penuhi, anda perlu menyediakan beberapa dokumen berdasarkan pendapatan yang diperolehi:

a) Berpendapatan Tetap/Mempunyai Majikan
  • Salinan kad pengenalan MyKad
  • Slip Gaji/Penyata Komisen 1 bulan terkini
  • Penyata bank 1 bulan terkini
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini
  • Borang B/BE terkini (dengan resit pembayaran yang telah disahkan LHDN)
b) Bekerja Sendiri
  • Salinan kad pengenalan MyKad
  • Borang 9, 24, 49 atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Penyata bank 1 bulan terkini
c) Penerima Komisen
  • Salinan kad pengenalan MyKad
  • Slip Gaji/Penyata Komisen 6 bulan terkini
  • Penyata bank 6 bulan terkini

2.3 Caj yang Dikenakan

  • Caj duti setem sebanyak RM10
  • Broker fee sebanyak RM30
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan
  • Duti setem, broker fee dan sumbangan Takaful (jika ada) akan ditolak daripada jumlah asal pembiayaan

2.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan serendah 7.19% p.a

2.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM150,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun maksimum

2.6 Lain-Lain Kelebihan

  • Pengurusan kewangan yang fleksibel dengan kadar keuntungan yang berubah-ubah
  • Penyatuan hutang
  • Eksklusif untuk Sektor Swasta
  • Kaedah Bayaran Bulanan: Pemindahan gaji dan Auto debit

3. Pembiayaan Peribadi-i untuk Pesara (Islamik)

Pembiayaan Peribadi-i untuk Pesara (Islamik)

Buat anda yang tergolong dikalangan pesara kerajaan atau tentera bersara, anda boleh memohon pinjaman peribadi ini. Pinjaman ini juga adalah pinjaman Islamik yang patuh Syariah.

3.1 Kelayakan

Jika anda ingin memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pesara kerajaan atau pesara tentera
  • Berumur 40 tahun ke atas

3.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan beberapa dokumen:

  • Salinan kad pengenalan (Mykad) depan dan belakang
  • Salinan kad pesara kerajaan/kad pesara tentera
  • Surat Pencen/Penyata Pencen terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini yang menunjukkan pengkreditan pencen

3.3 Caj yang Dikenakan

  • Caj duti setem sebanyak RM10
  • Broker fee sebanyak RM30
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan
  • Duti setem, broker fee dan sumbangan Takaful (jika ada) akan ditolak daripada jumlah asal pembiayaan.

3.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 7.05% p.a. (bersamaan dengan Kadar Rata 3.75% p.a.)

3.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM150,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

3.6 Lain-Lain Kelebihan

  • Pengurusan kewangan yang fleksibel dengan kadar keuntungan yang berubah-ubah
  • Tiada penjamin diperlukan
  • Eksklusif untuk pesara kakitangan kerajaan Malaysia
  • Kaedah Bayaran Bulanan: Auto debit

4. Pembiayaan Peribadi RHB Kadar Berubah (Konvensional)

Pembiayaan Peribadi RHB Kadar Berubah (Konvensional)

Pembiayaan Peribadi RHB Kadar Berubah adalah pembiayaan tanpa cagaran yang ditawarkan kepada individu. Faedah yang dikira berdasarkan kadar berubah mengikut kiraan harian. Pinjaman ini buat anda yang bekerja di sektor swasta.

4.1 Kelayakan

Jika anda ingin memohon pinjaman ini, anda haruslah menepati syarat di bawah:

  • Pekerja sektor swasta
  • Berumur 21 tahun hingga 55 tahun

4.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya syarat di atas dapat anda penuhi, anda perlu menyediakan beberapa dokumen berdasarkan pendapatan yang diperolehi:

a) Berpendapatan Tetap/Mempunyai Majikan
  • Salinan kad pengenalan MyKad
  • Slip Gaji/Penyata Komisen 1 bulan terkini
  • Penyata bank 1 bulan terkini
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini
  • Borang B/BE terkini (dengan resit pembayaran yang telah disahkan LHDN)
b) Bekerja Sendiri
  • Salinan kad pengenalan MyKad
  • Borang 9, 24, 49 atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Penyata bank 1 bulan terkini
c) Penerima Komisen
  • Salinan kad pengenalan MyKad
  • Slip Gaji/Penyata Komisen 6 bulan terkini
  • Penyata bank 6 bulan terkini

4.3 Caj yang Dikenakan

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

4.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 13.25% p.a. (bersamaan dengan Kadar Rata 7.19%)

4.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM150,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun maksimum

4.6 Lain-Lain Kelebihan

  • Kelulusan dan pengeluaran yang pantas
  • Potongan serendah RM47.16/bulan
  • Penyatuan hutang
  • Kaedah Bayaran Balik Bulanan
  • Kaedah bayaran bulanan: pembayaran sendiri dan Auto debit

5. Pembiayaan Berjangka-i Bercagarkan Sijil ASB (Islamik)

Pembiayaan Berjangka-i Bercagarkan Sijil ASB (Islamik)

Jika anda ingin membuat pinjaman untuk membuat pelaburan di ASB, pembiayaan ini pilihan yang tepat buat anda. Produk ini merupakan suatu kemudahan pembiayaan berjangka yang patuh Syariah, dengan mencagarkan Sijil Amanah Saham Bumiputera (“ASB”).

Anda boleh mula mengembangkan sumber kewangan anda dan mencapai matlamat dengan lebih cepat dengan jumlah pembiayaan bermula serendah RM20,000 (maksimum RM200,000).

5.1 Kelayakan

Jika anda ingin memohon pembiayaan ini, anda haruslah menepati syarat di bawah:

  • Bumiputera Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas DAN tidak lebih daripada 60 tahun ketika masa permohonan.

5.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya syarat di atas dapat anda penuhi, anda perlu menyediakan beberapa dokumen berdasarkan pendapatan yang diperolehi:

  • Salinan kad pengenalan
a) Berpendapatan Tetap/Mempunyai Majikan
  • Slip gaji tiga (3) bulan terkini; ATAU
  • Penyata bank pengkreditan tiga (3) bulan terkini; ATAU
  • Penyata KWSP interim terkini (mencarum minimum 6 bulan)
  • Surat perakuan penggajian atau surat pengesahan majikan yang menyatakan gaji/elaun adalah wajib sekiranya perkhidmatan penggajian kurang daripada enam (6) bulan
b) Bekerja Sendiri atau Memiliki Perniagaan Sendiri atau Perkongsian
  • Pendaftaran Perniagaan (Borang A/B untuk Pemilikan Tunggal/Perkongsian); Lesen Perniagaan (Borang D), sijil perniagaan profesional semasa dan sah yang dikeluarkan oleh badan kompeten yang berkaitan (untuk Amalan Profesional);
  • Lesen Perdagangan (untuk Malaysia Timur); ATAU
  • Lesen Majlis Tempatan; ATAU
  • Borang 24 dan Borang 49 (untuk Sdn Bhd); DAN
  • Enam (6) bulan Penyata Bank Peribadi atau Syarikat terkini; ATAU
  • Borang B/BE terkini (resit pembayaran yang telah disahkan oleh LHDN)
c) Penerima Komisen
  • Slip gaji/penyata komisen enam (6) bulan terkini; DAN
  • Penyata bank pengkreditan enam (6) bulan terkini; ATAU
  • Borang BE terkini (resit pembayaran yang telah disahkan oleh LHDN)

5.3 Caj yang dikenakan

  • Caj duti setem RM10
  • Endorsement Fee RM50.00 (termasuk cukai perkhidmatan dan/atau apa-apa cukai terpakai yang dikenakan dari semasa ke semasa)
  • Caj lewat bayar – 1% daripada jumlah tunggakan

5.4 Kadar keuntungan tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 4.50% p.a.

5.5 Kadar Pembiayaan

a) Pelanggan Bank Baru, Pelanggan Bank Sedia Ada & Anti-Attrition GRTT inklusif
  • Minimum RM20,000 hingga RM39,000: SBR + 2.00 iaitu 5.00%
  • RM40,000 hingga RM200,000: SBR + 1.50% iaitu 4.50%
b) Pelanggan Bank Baru, Pelanggan Bank Sedia Ada & Anti-Attrition GRTT Tidak Inklusif
  • Minimum RM20,000 hingga RM39,000: SBR + 2.05 iaitu 5.05%
  • RM40,000 hingga RM200,000:SBR + 1.55% iaitu 4.55%

5.6 Tempoh Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka
  • Minimum: 5 tahun
  • Maksimum: 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun; yang mana lebih awal, tertakluk kepada umur kemasukan 60 tahun

5.7 Jumlah Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka
  • Minimum: RM20,000
  • Maksimum: RM200,000 atau sehingga had pelaburan maksimum yang ditentukan oleh ASNB/PNB

Kami harap artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk memohon pinjaman peribadi Bank RHB, samada secara konvensional atau Islamik. 


Setiap pembiayaan yang disenarai dalam artikel ini ada kelebihannya tersendiri. Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh terus menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah. Selain itu, anda turut disarankan untuk pergi ke lokasi yang telah kami sertakan di bawah jika mahu berhubung dengan pihak RHB secara langsung. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua!

Alamat: Tingkat Bawah, RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak, Royal Selangor Golf Club, 50400 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.15 am – 4.15 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9206 8118

WhatsApp RHB Bank

Jika anda sedang mencari maklumat tentang pinjaman di Bank Rakyat pula, kami cadangkan untuk baca artikel kami, 9 Pinjaman Bank Rakyat yang Menarik untuk Memenuhi Keperluan Anda.

4.7/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Pinjaman Wang Berlesen di Kelantan yang Boleh Dipercayai!

Terdapat banyak pakej untuk pinjaman wang pada zaman sekarang dengan pelbagai faedah ditawarkan. Namun begitu, pinjaman haruslah dilakukan di saluran yang betul seperti bank,...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Selangor

Pandemik covid-19 terlihat tanpa penghujungnya. Sebahagian syarikat terpaksa ditutup dan sebilangan pekerja kehilangan kerja. Kehidupan yang terdesak memaksa mereka memohon pinjaman wang demi kelangsungan...

7 Pinjaman Kereta Terbaik Untuk Kereta Idaman Anda!

Apabila anda mahu membuat pembelian kereta pertama anda, banyak perkara yang perlu dinilai sebelum anda menandatangani sebuah kontrak pinjaman kereta. Antara kriteria-kriteria yang perlu...

8 Syarikat Insurans Motorsikal untuk Perlindungan Anda!

Jika anda ingin ingin memperbaharui insurans motorsikal, terdapat beberapa perkara yang harus dilihat dengan teliti bagi memastikan anda dan motosikal anda mendapat perlindungan yang...

11 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Perak

Anda tentunya tahu bahawa bukan semua pinjaman adalah teruk. Tidak mempunyai cukup wang untuk dibelanjakan adalah perasaan yang biasa kita ketahui dan banyak yang...

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x