Isi Kandungan
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat, telah berjasa untuk rakyat Malaysia sejak tahun 1954. Telah ditubuhkan selama hampir 69 tahun, bank ini mempraktikkan sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002.
Buat pelanggan-pelanggan Bank Rakyat yang setia menggunakan produk pinjaman mereka, anda akan menikmati faedah melalui pelbagai jenis pinjaman mereka yang inovatif serta patuh Syariah. Hal ini kerana, bank ini dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi untuk membantu pertumbuhan ekonomi rakyat.
Dengan motto ‘Bank Pilihan Anda’, Bank Rakyat sangat komited dalam menawarkan pelbagai jenis pinjaman yang akan memenuhi setiap keperluan dan situasi kewangan anda. Di sini kami sediakan 9 pinjaman Bank Rakyat yang merangkumi pelbagai jenis pinjaman iaitu ialah pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan pinjaman perumahan. Semoga bermanfaat!
Alamat (HQ): Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-80-5454
9 Pinjaman Bank Rakyat
1. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
Untuk anda yang berada di dalam sektor awam, Bank Rakyat menyediakan pinjaman dengan kadar pembiayaan serendah 2.21% setahun. Pinjaman ini direka khas untuk memudahkan anda untuk memenuhi keperluan kewangan melalui prinsip kewangan Islam Murabahah yang mengaplikasikan amalan Tawarruq. Hal ini bermakna, anda tidak perlu was-was lagi untuk membuat urusan pinjaman kerana Bank Rakyat menggunakan 100% prinsip perbankan Islam.
Bukan itu sahaja, jika anda mahu membuat penjelasan pinjaman lebih awal dari waktu tarikh matang pinjaman tersebut, anda akan menerima rebat (ibra’) dari jumlah baki keuntungan tertangguh mereka.
Amaun pembiayaan yang akan diberikan kepada pemohon pinjaman ini adalah sebanyak RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Anda juga tidak memerlukan penjamin untuk mendapatkan pinjaman ini. Mudah kan?
2. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
Buat pelanggan Bank Rakyat yang bekerja di dalam sektor swasta pula, anda tidak perlu risau. Seperti mana mereka menyediakan kemudahan pinjaman untuk pelanggan yang bekerja di dalam sektor awam, seperti itu juga Bank Rakyat komited dalam membantu anda yang berada di dalam sektor swasta. Anda juga tidak memerlukan penjamin untuk memohon pinjaman ini serta anda boleh memilih perlindungan takaful mengikut pilihan hati anda sendiri.
Selain itu, pembiayaan pinjaman ini akan memberikan anda dana kewangan sebanyak RM150,000 untuk digunakan untuk keperluan peribadi anda. Kelayakan pinjaman yang ditetapkan adalah pemohon perlu berjawatan tetap dengan pendapatan tahunan sebanyak RM24,000. Bagi mereka yang berjawatan kontrak, anda pula memerlukan pendapatan tahunan sebanyak RM96,000 sebelum memohon pinjaman ini.
3. Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
Pernahkah anda mengalami tekanan kerana perlu membuat bayaran yang terlalu banyak kepada banyak pihak dalam waktu yang sama? Atau mungkin anda mempunyai terlalu banyak tanggungjawab untuk dilangsaikan dalam masa yang sangat singkat? Jalan penyelesaian untuk masalah-masalah ini adalah dengan memohon Pembiayaan Peribadi-I Penyatuan Hutang.
Dengan pinjaman ini anda hanya perlu memohon satu pinjaman untuk membayar pinjaman-pinjaman yang lain. Anda hanya perlu menyenaraikan semua pinjaman anda yang ingin dijelaskan dan digabungkan untuk menjadi satu pinjaman.
Seterusnya, periksa kelayakan pinjaman anda dengan menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat. Akhir sekali, selepas menyemak kelayakan pinjaman tersebut, anda boleh memohon melalui talian ataupun hadir ke cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dengan anda.
Dengan kadar serendah 2.76% setahun, anda hanya perlu menumpukan perancangan kewangan anda pada satu ansuran pinjaman sahaja. Senang kan?
4. Pembiayaan Kenderaan-i Skim Graduan
Untuk para graduan yang baru menamatkan pelajaran, anda boleh memohon pinjaman bank rakyat ini. Dengan kelayakan minimum pemegang segulung diploma, anda akan mendapat RM30,000 sehingga RM150,000 margin pembiayaan.
Anda juga tidak perlu risau dengan kelayakan yang diwajibkan untuk memohon pinjaman kenderaan ini. Hal ini kerana, mereka hanya mewajibkan para pemohon untuk mempunyai pendapatan minimum RM2,000 sebulan.
Tempoh pembayaran pinjaman ini juga adalah sangat berpatutan iaitu empat hingga sembilan tahun. Jadi, anda mempunyai masa yang lama untuk menjelaskan pinjaman kenderaan pertama anda.
5. Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1)
Satu lagi pinjaman kereta yang berpatutan dari Bank Rakyat yang mempraktikkan sistem perbankan Islam adalah Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1). Dengan pinjaman ini, mereka menawarkan pinjaman kereta dengan bayaran ansuran yang fleksibel dan berbaloi untuk pembelian kereta baru buatan tempatan dan bukan tempatan.
Bukan itu sahaja, dengan konsep Al-Ijarah Thumma Al-Bai`, mereka juga menjanjikan had pembayaran yang bebas dan bergantung kepada kemampuan anda untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ini.
6. Pembiayaan Kenderaan-i (An Naqlu 2)
Berbeza dengan pinjaman kenderaan An Naqlu 1, pinjaman An Naqlu 2 menggunakan konsep Tawarruq. Dengan konsep ini, anda tidak perlu membuat pembayaran muka kereta kerana margin maksimum pinjaman ini adalah 100%.
Anda juga mempunyai masa selama sembilan tahun untuk menjelaskan pinjaman ini dengan cara pembayaran elektronik dan tunai. Selain keistimewaan bayaran muka dan tempoh bayaran pinjaman yang lama, had umur pemohon untuk pinjaman ini juga lebih awal iaitu pada umur 18 tahun. Oleh itu, jika anda amat memerlukan kereta milik sendiri pada usia yang muda, anda boleh menimbang tara untuk memohon pinjaman ini.
7. Pembiayaan Perumahan-i Zero Entry Cost
Pinjaman Zero Entry Cost ini merupakan pinjaman Bank Rakyat yang akan membiayai pembelian rumah kediaman anda dengan menanggung yuran guaman, kos penilaian dan duti setem sebanyak 2.5% dari jumlah yang diluluskan.
Untuk kelayakan pinjaman Zero Entry Cost ini pula mereka mewajibkan anda untuk tidak mempunyai rekod yang buruk bersama bank-bank yang lain serta mempunyai penjamin yang mempunyai hubungan yang rapat dengan anda. Antara penjamin yang dibenarkan adalah ibu bapa, anak dan juga adik beradik anda.
8. Pembiayaan Perumahan-i My 1st Home Scheme
Anda hendak memulakan langkah dalam merealisasikan rumah pertama anda? Pinjaman Perumahan-i My 1st Home Scheme ini adalah khas untuk golongan muda yang mahu memiliki rumah pertama mereka.
Istimewanya pinjaman perumahan ini, anda akan memperolehi 110% margin pembiayaan untuk pembelian unit perumahan anda. Bukan itu sahaja, anda mempunyai tempoh masa sehingga anda berumur 70 tahun untuk membayar ansuran pinjaman ini.
Namun begitu, sebagai pemohon pinjaman, anda perlu memastikan kediaman pertama ini dibeli dengan tujuan untuk didiami atau diduduki dan bukan untuk disewakan. Anda juga diwajibkan untuk mempunyai pendapatan tetap atau tidak tetap dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam bulan dengan majikan yang sama.
9. Pembiayaan Perumahan-i SJKP
Pinjaman Bank Rakyat dengan kerjasama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) oleh Kementerian Kewangan Malaysia ini dibangunkan untuk membantu para pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti golongan peniaga kecil-kecilan, pekerja ekonomi gig serta petani.
Yang menariknya apabila anda membuat pinjaman ini adalah syarat kelayakan pinjaman yang direka khas untuk memudahkan golongan yang memerlukan. Anda perlu mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,000 dan kurang 65% pendapatan kasar untuk membayar ansuran bulanan. Pemohon juga perlu mendiami kediaman yang terletak dalam lingkungan 20 kilometer dari cawangan institusi kewangan tempat permohonan itu dibuat.
Unit perumahan yang mahu dibeli juga perlu memenuhi syarat kediaman kos rendah atau sederhana dan juga dibeli dengan tujuan untuk didiami dan bukan untuk tujuan hartanah komersial.
Jadi macam mana? Banyak bukan pilihan pinjaman yang diberikan oleh Bank Rakyat? Tak kiralah anda mahu meminjam untuk membiayai rumah pertama anda atau kereta pertama anda, Bank Rakyat sedia membantu pelanggan mereka untuk merealisasikan pembelian yang diinginkan.
Apa yang penting, anda perlu komited dan berdisiplin dalam mematuhi kontrak pinjaman anda untuk memastikan skor kredit anda sentiasa bagus. Semoga dengan senarai 9 pinjaman Bank Rakyat yang terbaik ini, anda dapat membuat pilihan yang tepat untuk membiayai keperluan anda.
Adakah anda berminat untuk melihat pinjaman-pinjaman lain dari bank-bank terkemuka Malaysia? Jom lihat artikel kami berkaitan dengan 9 Bank yang Tawarkan Pinjaman Peribadi di Malaysia.