Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

4 Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Yang Ditawarkan Oleh Public Bank

Ada di antara kita yang kini sudah membuka lembaran baru dalam hidup seperti mendapat pekerjaan selepas graduasi, berkahwin, menimang cahaya mata dan sebagainya. Seiring dengan perubahan baru dalam hidup, kewangan penting untuk mengekalkan kestabilan hidup. Salah satu cara untuk membantu anda adalah dengan memohon pembiayaan peribadi yang patuh Syariah.

Pelbagai bank di Malaysia menawarkan pinjaman peribadi Islamik, termasuklah Public Bank. Sejak 1993, Public Islamic Bank, iaitu anak syarikat kepada Public Bank, telah menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam kepada orang ramai.

Public Islamic Bank menyumbang kepada bidang perbankan Islam secara keseluruhan, memberi tumpuan kepada pembiayaan pengguna dan runcit, perusahaan kecil dan sederhana serta pembiayaan dan pengambilan deposit. Jika anda berminat untuk melihat apakah pembiayaan yang ditawarkan oleh mereka, mari kita lihat 4 pinjaman peribadi Public Bank yang patuh Syariah.

4 Pilihan Pinjaman Peribadi Public Bank


1. Pembiayaan Peribadi-i BAE

Pinjaman Peribadi Public Bank: Pembiayaan Peribadi-i BAE

Pinjaman ini merupakan pelan pembiayaan peribadi daripada Public Islamic Bank. Pinjaman tidak bercagar dan 100% patuh syariah dengan menggunakan konsep Bai’ Al-Inah dan Murabahah. Pembiayaan ini terbuka kepada kakitangan agensi kerajaan.

1.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon, anda harus menepati syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Kakitangan tetap sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perkhidmatan di mana-mana agensi kami yang diluluskan
  • Mendapat gaji kasar minimum RM1,500 sebulan (termasuk elaun tetap)
  • Potongan terus daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada Bank
  • Digalakkan mengambil perlindungan Takaful

1.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya anda dapat memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan:

  • Salinan kad pengenalan MyKad bahagian depan dan belakang
  • Salinan penyata pendapatan 3 atau 6 bulan terkini atau borang EA terkini
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (jika berkaitan)
  • Salinan KWSP (jika berkaitan)
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan)
  • Salah satu di antara dokumen surat pengesahan jawatan dari majikan atau borang EA terkini (jika berkaitan)

1.3 Caj yang Dikenakan

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem ke atas Perjanjian Jualan Aset – mengikut nilai pasaran (Ad valorem)
  • Caj duti setem ke atas Surat Tawaran – RM10.00 setiap satu
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan
  • Caj perlindungan Takaful adalah pilihan. Namun, anda digalakkan oleh pihak bank untuk mengambil perlindungan Takaful dari AIA PUBLIC Takaful Berhad (APTB) atau Takaful Ikhlas Bhd (TIB).

1.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan, serendah 3.99% p.a hingga 4.45% p.a.

1.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan bermula RM5,000 sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum

2. Pembiayaan Peribadi-i BAE AG

Pinjaman Peribadi Public Bank Pembiayaan Peribadi-i BAE AG

Produk ini ialah produk pembiayaan peribadi tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan agensi kerajaan. Ia dikira berasaskan kadar tetap dan adalah tetap sehingga kemudahan tersebut matang. Kemudahan yang ada adalah untuk kegunaan peribadi dan dibenarkan oleh prinsip Syariah.

2.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon, anda harus menepati syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 20 tahun dan tidak melebihi melebihi 58 tahun
  • Potongan terus daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada Bank
  • Digalakkan mengambil perlindungan Takaful

Kelayakan lain-lain:

a) Kakitangan Kerajaan Persekutuan & Negeri
    • Kakitangan tetap sekurang-kurangnya 1 tahun dalam perkhidmatan
    • Mendapat gaji kasar minimum RM1,500 sebulan (termasuk elaun tetap)
b) Kakitangan Bukan Persekutuan dan Bukan Kerajaan Negeri
    • Kakitangan tetap sekurang-kurangnya 2 tahun dalam perkhidmatan
    • Mendapat gaji kasar minimum RM3,000 sebulan (termasuk elaun tetap)

2.2 Dokumen yang Diperlukan

Sekiranya syarat-syarat di atas dapat dipenuhi, berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan:

  • Salinan kad pengenalan MyKad bahagian depan dan belakang
  • Salinan penyata pendapatan 3 atau 6 bulan terkini atau borang EA terkini
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (jika berkaitan)
  • Salinan KWSP (jika berkaitan)
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan)
  • Salah satu di antara dokumen surat pengesahan jawatan dari majikan atau borang EA terkini (jika berkaitan)

2.3 Caj yang Dikenakan

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem ke atas Perjanjian Jualan Aset – mengikut nilai pasaran (Ad valorem)
  • Caj duti setem ke atas Surat Tawaran – RM10.00 setiap satu
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan
  • Caj perlindungan Takaful adalah pilihan. Namun, anda digalakkan oleh pihak bank untuk mengambil perlindungan Takaful dari AIA PUBLIC Takaful Berhad (APTB) atau Takaful Ikhlas Bhd (TIB).

2.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 3.52% p.a.

2.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan bermula RM5,000 sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum
  • Boleh pilih untuk bayar dari potongan gaji melalui Biro Angkasa
  • Tiada penjamin diperlukan

3. Pembiayaan Peribadi-i PLUS BAE

Pembiayaan Peribadi-i PLUS BAE

Produk ini merupakan produk pembiayaan bertempoh yang ditawarkan secara jemputan kepada pelanggan pembiayaan Public Bank atau Public Islamic Bank yang sedia ada dengan rekod pembayaran yang baik.

Mereka boleh memilih pembiayaan tambahan tanpa sebarang cagaran tambahan atau penjamin. Kemudahan ini adalah untuk kegunaan peribadi.

3.1 Kelayakan

Sekiranya anda berminat untuk memohon, anda harus menepati syarat di bawah:

  • Pelanggan sedia ada Public Islamic Bank/Public Bank dengan rekod pembayaran yang baik

3.2 Dokumen yang Diperlukan

Jika anda dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, berikut adalah dokumen yang perlu disediakan: 

  • Salinan kad pengenalan MyKad bahagian depan dan belakang
  • Salinan penyata pendapatan 3 atau 6 bulan terkini atau borang EA terkini
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (jika berkaitan)
  • Salinan KWSP (jika berkaitan)
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan)
  • Salah satu di antara dokumen surat pengesahan jawatan dari majikan atau borang EA terkini (jika berkaitan)

3.3 Caj yang Dikenakan

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem ke atas Perjanjian Jualan Aset – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj duti setem Nominal ke atas Surat Tawaran – RM10.00 setiap satu
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan
  • Caj perlindungan Takaful adalah pilihan. Namun, anda digalakkan oleh pihak bank untuk mengambil perlindungan Pelan Takaful Keluarga Kredit Berkelompok (GCFT).

3.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 3.52% p.a.

3.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan bermula RM10,000 sehingga RM150,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum
  • Margin pembiayaan yang menarik

4. Pembiayaan Peribadi-i BAE Plus Solar

Pembiayaan Peribadi-i BAE Plus Solar

Pinjaman ini sangat sesuai diambil untuk menjimatkan bil elektrik rumah anda dengan memasang panel solar. Tambahan lagi, kita berada di negara khatulistiwa, jadi, seharusnya kita memanfaatkan sumber yang kita ada.

Produk ini selaras dengan penerapan amalan Value-based Intermediation (VBI) dari BNM yang bertujuan untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan Syariah melalui amalan yang menjana impak positif dan mampan kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar selain daripada menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pengambilan Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia.

4.1 Kelayakan

Sekiranya anda ingin memohon, anda harus menepati syarat di bawah:

  • Pelanggan Pembiayaan Rumah/Pinjaman Perumahan sedia ada Public Islamic Bank/Public Bank dengan rekod pembayaran yang baik
  • Sistem panel solar mesti dibeli/dipasang oleh Syarikat Solar daripada senarai diluluskan Bank
  • Syarikat-syarikat yang terlibat:
a) Helios Photovoltaic Sdn Bhd
b) KPower Engineering Sdn Bhd
c) Itramas Technology Sdn Bhd
d) Solaroo Systems Sdn Bhd

4.2 Dokumen yang Diperlukan

Jika anda dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, berikut adalah dokumen yang perlu disediakan:

  • Salinan kad pengenalan MyKad bahagian depan dan belakang
  • Salinan penyata pendapatan 3 atau 6 bulan terkini atau borang EA terkini
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (jika berkaitan)
  • Salinan KWSP (jika berkaitan)
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan)
  • Salah satu di antara dokumen surat pengesahan jawatan dari majikan atau borang EA terkini (jika berkaitan)

4.3 Caj yang Dikenakan

  • Tiada caj proses
  • Caj duti setem ke atas Perjanjian Jualan Aset – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj duti setem Nominal ke atas Surat Tawaran – RM10.00 setiap satu
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan
  • Caj perlindungan Takaful adalah pilihan. Namun, anda digalakkan oleh pihak bank untuk mengambil perlindungan Pelan Takaful Keluarga Kredit Berkelompok (GCFT).
  • Takaful Pemilik Kebakaran/Isi Rumah/Empunya Rumah untuk panel solar ini juga adalah digalakkan

4.4 Kadar Keuntungan Tahunan

  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan serendah 3.52% p.a.

4.5 Kadar Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga RM150,000
  • Tempoh pembayaran sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan yang menarik
  • Margin pembiayaan sehingga 100% daripada harga panel solar

Tidak kira anda berada di mana-mana peringkat kehidupan, sama ada untuk menyimpan atau mencari pembiayaan, Public Islamic Bank menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang sesuai dan mudah untuk tuntutan kehidupan anda.

Kami harap dengan senarai ini dapat membantu anda dalam memilih pinjaman peribadi Public Bank yang tepat dengan keperluan anda. Anda boleh menerokai produk mereka di laman web mereka di bawah atau kunjungi sendiri Menara Public Bank beralamat di bawah untuk maklumat lebih pantas.

Alamat: Tingkat Bawah, 146, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 4.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2176 7888

Jika anda sedang mencari tahu tentang pinjaman pendidikan terbaik yang ada di Malaysia, kami sarankan anda membaca artikel kami, 5 Pinjaman Pendidikan Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia sebagai panduan anda. Semoga membantu!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...

5 Pinjaman Peribadi Bank RHB Untuk Kemudahan Anda!

Pandemik COVID-19 yang menyerang dunia telah menjejaskan seluruh penduduk dunia, termasuk di negara kita, Malaysia. Ia bukan saja melibatkan hal kesihatan, malah ekonomi negara...

6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda!

Anda mungkin seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri atau barangkali anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, dengan...

6 Pinjaman Wang Berlesen di Kelantan yang Boleh Dipercayai!

Terdapat banyak pakej untuk pinjaman wang pada zaman sekarang dengan pelbagai faedah ditawarkan. Namun begitu, pinjaman haruslah dilakukan di saluran yang betul seperti bank,...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Selangor

Pandemik covid-19 terlihat tanpa penghujungnya. Sebahagian syarikat terpaksa ditutup dan sebilangan pekerja kehilangan kerja. Kehidupan yang terdesak memaksa mereka memohon pinjaman wang demi kelangsungan...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kedah

Adakah anda bersetuju sekiranya kami mengatakan bahawa proses pinjaman sememangnya susah dan sebahagian daripada anda mungkin tidak mendapat pinjaman seperti yang diinginkan? Jika ya,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x