Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun begitu, sebelum anda berbuat sesuatu, anda seharusnya berfikir sejenak situasi mereka atau memberikan sedikit nasihat berguna kepada mereka sebelum mereka membuat pinjaman. Tidak dinafikan, keadaan ekonomi yang sekarang menyebabkan orang ramai tiada pilihan lain selain meminjam. Sekiranya keadaan kewangan anda tidak membebankan anda lagi, kami tidak mengalakkan anda untuk meminjam. Hal ini kerana jika anda tidak mampu membayar dalam tempoh yang ditetapkan, anda yang akan menanggung risiko bukannya orang lain. Oleh sebab itu, berfikirlah beberapa kali sebelum buat keputusan. Di Negeri Sembilan dan Malaysia, pinjaman juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu pinjaman peribadi, perniagaan, koperasi, cagaran, wang berlesen, dan lain-lain. Setiap pinjaman juga mempunyai faedah dan ciri-ciri tertentu untuk menentukan sama ada anda layak menerima pinjaman tersebut atau pun tidak. Pinjaman kewangan haruslah digunakan untuk kebaikan bukannya mengundang lebih banyak masalah.

Setiap individu harus tahu cara yang betul untuk mendapatkan pinjaman. Terdapat pelbagai syarikat pinjaman wang berlesen yang berdaftar di Negeri Sembilan, kami memberikan anda senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar kpkt yang mungkin menjadi pilihan anda. Buat keputusan dengan bijak sebelum mendapatkan pinjaman kewangan.

Pinjaman wang berlesen Senawang


1. Jaya Juali Enterprise, Nilai (WL5962/05/01)

 

Syarikat pinjaman wang berlesen ini menawarkan perkhidmatan pinjaman wang berlesen yang fleksibel. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, pihak Jaya Juali Enterprise akan mengambil kira keperluan serta kemampuan kewangan para peminjam mereka dengan teliti. Hal ini seterusnya memudahkan anda untuk mendapatkan bentuk pinjaman yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda. Di bawah perkhidmatan kredit komuniti mereka, anda boleh mendapatkan pinjaman tanpa deposit, penjamin, atau cagaran tanpa mengira jenis pekerjaan anda.

Alamat: PT 11395, Tingkat 1, Taman Desa Cempaka, Block 12, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: 10.00am–6.00pm

Tel: 0149692397

Whatsapp Jaya Juali


2. Bagus 4u Sdn Bhd, Prima Senawang

pinjaman kewangan

Bagus 4u Sdn Bhd menawarkan pinjaman kewangan untuk pekerja berpendapatan stabil seperti pekerja kilang, swasta, dan kerajaan. Sekiranya anda yang memerlukan pinjaman berminat dengan syarikat pinjaman wang berlesen ini, sila hubungi khidmat pelanggan mereka melalui nombor telefon di bawah. Jumlah pinjaman diberikan sehingga RM100,000 dan tempoh pembayaran hingga 5 tahun. Permohonan pinjaman anda akan diproses selama 3 jam dan anda akan mendapat wang anda secara tunai selepas pinjaman anda diluluskan.

Alamat: No 10-2, Jalan BPS2, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5pm, sabtu: 9am–1pm

Lokasi | Laman web | Ulasan Bisnes | Tel: 06-6770883

Whatsapp Bagus 4u Sdn Bhd

 

Pinjaman wang berlesen Gemas


3. Well Capital Sdn Bhd. Gemas

Pinjaman Wang Berlesen Well Capital Sdn Bhd. Gemas Negeri Sembilan

Well Capital menawarkan perkhidmatan pinjaman wang berlesen untuk yang bekerja kerajaan, swasta, Perkeso, pencen dan i-Lestari. Mereka hanya memerlukan dokumen ringkas seperti salinan IC, penyata bank, bil api/air dan slip gaji 3 bulan. Anda tidak perlu membayar deposit dan bayaran bulanan fleksibel mengikut bajet anda. Selain di Negeri Sembilan, mereka turut memberi perkhidmatan ini di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah. 

Alamat: 12, Jalan Lintang, 73400 Gemas, Negeri Sembilan.

Lokasi

Pinjaman wang berlesen Seremban


4. TIR Corporation Sdn. Bhd. Bandar Prima Senawang

Pinjaman Wang Berlesen TIR Corporation Sdn. Bhd. Bandar Prima Senawang Negeri Sembilan

Syarikat TIR Corporation Sdn, Bhd. mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan pinjaman wang ini. Mereka berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan pelanggan, memberi nasihat kewangan dan juga kelulusan yang cepat bagi anda yang menghadapi situasi yang kritikal.

Anda hanya perlu mengisi borang permohonan dan proses pinjaman boleh selesai dalam tempoh 30 minit ke 1 jam. Anda tidak perlu membayar caj upfront dan bayaran balik mereka sangat fleksibel dengan kadar faedah yang rendah. Selain itu, jika anda dalam senarai Blacklist, CTOS, CCRIS juga layak memohon pinjaman ini.

Alamat: No.37 Tingkat 1, Jalan Bps 3, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Lokasi


5. Top Choice Resources Enterprise, Taman Komersial Senawang

pinjaman wang segera

Top Choice Resources Enterprise menawarkan kadar faedah bulanan yang rendah dan anda tidak perlu membayar faedah untuk bulan pertama. Top Choice Resources Enterprise adalah syarikat pinjaman wang berlesen yang berdaftar KPKT dan sekiranya anda perlukan pinjaman wang secara segera anda boleh bertanyakan langsung kepada syarikat ini. Anda memohon i-Sinar tetapi tidak mendapat kelulusan, usah risau pinjaman wang berlesen Senawang ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah kewangan.

Alamat: 153-1 Jalan Komersial Senawang 1,Senawang Commercial Park, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

6. Pinjaman Wang Senawang, Taman Komersial Senawang

tempoh kelulusan 1 jam

Pinjaman Wang Senawang ini berada di bawah Syarikat Ja Mentari Capitol Sdn. Bhd. Syarikat ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan nombor pendaftaran Syarikat Ja Mentari Capitol Sdn. Bhd. ialah 1121777-D. Bayaran balik pinjaman yang fleksibel dan tempoh kelulusan 1 jam sahaja ditawarkan oleh pinjaman wang berlesen Senawang ini. Mereka yang bekerja dalam sektor swasta, kerajaan, penerima bantuan kerajaan, pesara, dan melibatkan pengeluaran KWSP sebelum 6 bulan tarikh pengeluaran boleh mendapatkan pinjaman ini.

Alamat: No 544, Tingkat 1, Jalan Pusat, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–6.30pm, sabtu: 9.30am–2.30pm

Lokasi

Pinjaman wang berlesen Nilai


7. Jaya Juali Enterprise, Bandar Baru Nilai

Pinjaman yang berbaloi

Jaya Juali Enterprise merupakan syarikat pinjaman wang di Nilai, Negeri Sembilan yang sah, berlesen, dan kelulusan segera. Pinjaman ini sangat berbaloi kerana kadar faedah hanya 1% sebulan. Syarikat ini juga mempunyai beberapa cawangan lain di Malaysia, termasuklah di Wilayah Persekutuan dan Melaka. Kakitangan mereka akan menjawab segala pertanyaan dan anda akan menerima skim pembayaran balik yang sesuai mengikut keadaan semasa anda. Anda boleh bertanyakan kepada mereka mengenai pakej yang ditawarkan.

Alamat: PT 11395-A, Jalan BBN 6/2B Taman Desa Cempaka Nilai, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 10am–6pm, sabtu: 10am–2pm

Lokasi


8. Hi Champ Enterprise, Jalan Ts 2/1d

pinjaman wang berlesen nilai negeri sembilan yang mendapat pelbagai ulasan bagus

Syarikat Hi Champ Enterprise berdekatan dengan Cimb Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Selain itu, pinjaman wang berlesen di Nilai, Negeri Sembilan ini menyediakan perkhidmatan pinjaman yang pantas dan terus kreditkan pinjaman wang ke akaun anda dalam masa 1 hari. Hanya menerima permohonan dari mereka yang bekerja di kerajaan, swasta, SOCSO, dan penerima pencen. Anda juga boleh menyemak syarat kelayakan secara terus melalui whatsapp dan memilih pakej yang bersesuaian. Syarikat ini mendapat pelbagai ulasan bagus dari pelanggan dan antara syarikat pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai.

Alamat: No. Pt 5722, Jalan Ts 2/1d, Negeri Sembilan Nilai, 71800 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–6pm, sabtu: 9.30am–3pm

Lokasi

Pinjaman wang berlesen Negeri Sembilan


9. Pinjaman Swasta Segera Peribadi, Putra Nilai

menyelesaikan masalah anda

Anda tergolong dalam mereka yang menghadapi masalah kewangan, perlukan pinjaman untuk perniagaan atau urusan peribadi? Jika ya, pinjaman swasta ini yang diuruskan oleh syarikat Thirty Three Magmun Enterprise ini mampu menyelesaikan masalah yang anda hadapi sekarang. Syarikat ini berdekatan dengan KK Super Mart Bandar Baru Nilai, Ambank dan 7-Eleven.

Alamat: PT 7440A, Jalan BBN 1/2F, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–5.30pm, sabtu: 9.30am–3pm

Lokasi


10. Imbangjasa Sdn Bhd, Jalan Dato Bandar Tunggal

menyelesaikan masalah anda

Imbangjasa Sdn Bhd adalah syarikat pinjaman berlesen dibawah Kredit Komuniti Seremban. Tanpa penjamin, bayaran pendahuluan dan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai. Proses permohonan juga cepat dan mudah hanya perlu sediakan beberapa dokumen seperti salinan ic, slip gaji 3 bulan terkini, bank statement 3 bulan terkini jika tiada online banking, dan bil air atau bil api. Penasihat syarikat pinjaman wang berlesen Seremban ini juga akan bergerak ke tempat anda sekiranya anda bermasalah untuk ke pejabat mereka. Anda juga boleh melakukan pindahan baki hutang dari syarikat lain dan tempoh bayaran balik untuk pinjaman tersebut sehingga 60 bulan. Individu yang disenaraihitam bank disebabkan Ctos atau Ccris juga boleh memohon.

Alamat: No 9, Tingkat 1, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Lokasi


11. CLC Commission Sdn Bhd, Biz Avenue

menyelesaikan masalah anda

CLC Commission Sdn Bhd menawarkan pakej pinjaman peribadi, perniagaan dan pinjaman sementara. Anda mencari pinjaman kewangan untuk pendidikan, pengubahsuaian rumah, pembayaran kad kredit atau pinjaman buat perkahwinan, anda boleh mencuba dengan memohon pinjaman wang berlesen Seremban ini. Semua perkhidmatan disesuaikan mengikut situasi anda dengan sedikit kelonggaran diberikan jika anda bertanya langsung kepada mereka. Perunding profesional CLC Commission dengan senang hati membantu pelanggan mereka. Tiada bayaran tersembunyi dan kadar pinjaman serendah 2%. Walaupun anda tidak mempunyai cagaran atau penjamin, syarikat ini akan tetap memberikan pinjaman dengan syarat tertentu. Malahan, senarai hitam dan permohonan pinjaman yang ditolak di tempat lain boleh juga memohon disini.

Alamat: No 2, 1st Floor, Jalan S2 b16, Biz Avenue, Seremban 2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–6pm, sabtu: 9.30am–1pm

Lokasi


12. Fastlink Enterprise Express Loan Pinjaman Berlesen, Pusat Bandar Senawang

pinjaman untuk perkahwinan

Fastlink Enterprise menawarkan pinjaman peribadi untuk kakitangan swasta, kerajaan, pesara, dan penerima Perkeso. Pinjaman peribadi ini ditawarkan untuk anda yang ingin melanjutkan pembelajaran, perkahwinan, pengubahsuaian rumah, atau pembayaran balik kad kredit. Pinjaman koperasi pula untuk mereka yang bekerja kerajaan sahaja dan mereka memerlukan wang untuk pendidikan atau pengubahsuaian rumah. Pelanggan boleh menghantar dokumen untuk semakan kelayakan pinjaman dan proses kelulusan sangat cepat iaitu dalam tempoh 30 minit. Pemohon tidak harus risau mengenai maklumat peribadi yang diberikan kerana maklumat pemohon akan dirahsiakan.

Alamat: No 552-1, 16, Jalan, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–5.30pm, sabtu: 9.30am–2.30pm

Lokasi


13. Ezy Tasliff Sdn Bhd, Pusat Komersial Rasah Prima

menawarkan pinjaman kewangan

Ezy Tasliff Sdn Bhd menawarkan pinjaman kewangan kepada semua individu di Negeri Sembilan. Syarikat ini berdaftar dengan KPKT dan disahkan oleh portal iPinjam.com. empat jenis pinjamna tersedia iaitu pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman bercagar,
dan pemindahan baki hutang. Pemohon haruslah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dan anda boleh berbincang secara terus dengan syarikat pinjaman berlesen ini. Anda yang berada di negeri Selangor, Pahang (Bentong), dan Kuala Lumpur juga boleh memohon pinjaman ini.

Alamat:Ezy Tasliff Sdn Bhd, 11-2, Jalan Rasah Prima 1, Pusat Komersial Rasah Prima, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–1pm

Lokasi

4.2/5 - (16 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Pilihan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat yang Boleh Anda Mohon!

Seiring dengan kemajuan di negara kita yang semakin membangun ini, kami yakin bahawa keperluan dan komitmen seseorang individu juga pastinya berubah. Dari sudut ekonomi...

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...

6 Pilihan Terbaik Pinjaman Wang Berlesen di Perlis!

Keadaan ekonomi yang semakin gawat dan membimbangkan telah memberi banyak kesan terhadap masyarakat terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan dan golongan anak muda yang...

6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda!

Anda mungkin seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri atau barangkali anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, dengan...

8 Syarikat Insurans Motorsikal untuk Perlindungan Anda!

Jika anda ingin ingin memperbaharui insurans motorsikal, terdapat beberapa perkara yang harus dilihat dengan teliti bagi memastikan anda dan motosikal anda mendapat perlindungan yang...

8 Jenis Pinjaman BSN yang Boleh Anda Mohon!

Kegawatan ekonomi di negara kita semakin membimbangkan dan menyebabkan kita memerlukan lebih pendapatan untuk menampung perbelanjaan seharian. Kini, anda tidak perlu risau lagi. Hal...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x