Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Pinjaman Kereta Terbaik Untuk Kereta Idaman Anda!

Apabila anda mahu membuat pembelian kereta pertama anda, banyak perkara yang perlu dinilai sebelum anda menandatangani sebuah kontrak pinjaman kereta. Antara kriteria-kriteria yang perlu anda pertimbangkan ialah tempoh masa pemprosesan pinjaman, penjamin pinjaman, kadar faedah, kelayakan pendapatan pembeli kereta, bayaran muka dan lain-lain.

Hal-hal asas pembelian kereta seperti ini perlu diutamakan dan diambil perhatian sebelum anda membuat permohonan pinjaman kereta. Ini adalah supaya pinjaman anda boleh diluluskan dengan mudah tanpa mengalami sebarang kesukaran.

Jadi, demi membantu anda untuk membuat keputusan dalam memilih pinjaman kereta anda, kami telah sediakan 7 pinjaman kereta terbaik daripada syarikat-syarikat bank yang terbaik di Malaysia sebagai panduan.

7 Pinjaman Kereta Terbaik


 1. BSN Hire Purchase-i

BSN Hire Purchase-i

Buat anda yang sedang runsing untuk mencari pinjaman kereta yang patuh syariah dan diyakini halal, anda tak perlu risau lagi kerana Bank Simpanan Nasional boleh membantu anda! 

Pinjaman kereta ini secara amnya menggunakan konsep syariah Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ yang terdiri daripada dua kontrak. Pembeli kereta boleh menyewa kereta dari pemilik pada kadar dan tempoh sewaan yang dipersetujui.

Seterusnya, selepas tamat tempoh sewaan pertama, pembeli tersebut boleh menandatangani kontrak kedua untuk membeli kereta tersebut dari pemilik kereta pada harga yang telah ditetapkan melalui perundingan. 

Bayaran ansuran pinjaman ini juga boleh dijelaskan melalui pelbagai platform atas talian yang disediakan oleh BSN. Jadi, buat anda yang sentiasa sibuk dan tiada waktu kelapangan, anda boleh cuba memasuki kontrak bersama BSN ini.

Alamat (HQ): Ground Floor & First Floor, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Khamis (9.00 am – 4.45 pm), Jumaat (9.00  am – 1.00 pm, 2.30 – 4.45 pm), Sabtu & Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-1900

Email BSN


2. CIMB Hire Purchase-i

CIMB Hire Purchase-i

Pernahkah anda terlupa untuk membuat pembayaran sesuatu kontrak itu kerana jadual kehidupan yang padat? Jika anda mengalami situasi yang rumit seperti ini, anda bolehlah mencuba pakej pembiayaan automatik khas untuk anda.

Dengan CIMB Hire Purchase-i ini, anda juga boleh memperolehi kelulusan pinjaman kereta anda hanya dalam masa 1 minit. Permohonan ini hanya memerlukan Kad Pengenalan anda untuk mengesahkan kontrak pinjaman. Bersama wakil penjual kereta, anda akan menerima khidmat pesanan ringkas daripada CIMB pada hari yang sama dengan permohonan anda. 

Pesanan khidmat ringkas ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa permohonan anda telah berjaya atau ditolak. Jadi, anda tak perlu menunggu lama untuk permohonan pinjaman anda kerana dengan CIMB, segalanya di hujung jari anda. Mudah kan?

Alamat (HQ): 11, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur City Centre, 50350 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.15 am – 3.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-885-300

Email CIMB


3. Affin Islamic Hire Purchase-i

Affin Islamic Hire Purchase-i

Pinjaman kereta berkonsepkan sistem islamik ini mengaplikasikan konsep patuh Syariah, iaitu Al Ijarah Thumma Al Bai, untuk menjamin ketelusan pinjaman mereka buat pelanggan seperti anda.

Dengan pinjaman Affin Islamic ini juga anda akan mendapat pulangan rebat daripada keuntungan yang belum diperoleh daripada pembiayaan anda. Buat anda yang ingin mendapatkan keistimewaan ini, anda perlulah menjelaskan pinjaman lebih awal dari tarikh kontrak yang ditetapkan. 

Hal ini bermaksud, kalau anda seorang yang berdisiplin dalam menjelaskan pinjaman pada waktu yang ditetapkan, anda pasti akan mendapat faedah-faedah ini dari Affin Islamic. 

Alamat (HQ): 17th Floor Mezzanine Affin, 80, Jalan Raja Chulan, 50788 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.45 am – 4.15 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-8230-2222

Email Affin


4. Bank Islam Vehicle Financing-i

Bank Islam Vehicle Financing-i

Satu lagi pinjaman kereta yang berbaloi dan menggunakan sistem kewangan yang islamik adalah semestinya dari Bank Islam. Bank ini menawarkan pinjaman yang berkadar tetap dan pihak bank bakal membiayai pembelian kereta pelanggan mereka dengan kadar sebanyak 90%. 

Selain itu, mereka juga menjanjikan kadar keuntungan yang banyak dengan memberikan pulangan tunai jika anda menglangsaikan pinjaman ini awal daripada tarikh tamatnya kontrak anda. 

Kadar keuntungan yang mereka janjikan untuk pelanggan seperti anda adalah sebanyak 2.9% sehingga 3.6% tertakluk kepada jenama kereta anda dan jumlah pinjaman yang anda mahukan. 

Alamat (HQ): Menara Bank Islam, 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2690-0900

Email Bank Islam


5. Bank Rakyat Hire Purchase Vehicle Financing-i (An Naqlu 2)

Pinjaman Kereta Bank Rakyat Hire Purchase Vehicle Financing-i (An Naqlu 2)

Buat bakal-bakal pemilik kereta yang masih muda, anda tidak perlu risau lagi tentang had usia anda! Hal ini kerana, Bank Rakyat telah menetapkan minimum usia yang sesuai untuk bakal pemilik kereta yang baru sahaja berjinak dalam pembelian kereta. 

Jadi, anda bolehlah memiliki kereta idaman anda pada usia yang masih muda dengan kadar keuntungan tetap, iaitu sebanyak 2.8% sehingga 3.2%. Untuk menandatangani pinjaman ini, anda hanya perlu menyediakan RM35 sahaja untuk membuat pemprosesan pinjaman. Mudah kan?

Alamat (HQ): Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-80-5454

Email Bank Rakyat


6. AmBank AmAUTOMate

Pinjaman Kereta AmBank AmAUTOMate

Pinjaman kereta yang mempunyai faedah serendah 2.7% ini boleh dibayar dalam masa 9 tahun. Kadar keuntungan mereka juga sangat menarik, iaitu 3.05% ke atas untuk kereta yang baharu dan 3.66% untuk kereta yang terpakai.

Bukan itu sahaja, dengan pendapatan gaji sebanyak RM2,000 anda juga sudah boleh membuat pinjaman bersama AmBank. Untuk mencapai persetujuan kontrak ini, anda perlu menyediakan wang untuk setem duti, caj fotokopi dan borang persetujuan sebanyak RM30. 

Selepas anda selesai membuat pinjaman di Ambank, anda akan memperolehi eStatement yang mengandungi penyata akaun anda yang boleh diakses secara talian pada bila-bila masa sahaja.

Alamat (HQ): Ground Floor, AmBank Tower, 8, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2178-8888

Email Ambank


7. Bank Muamalat Vehicle Financing-i GradPack

Pinjaman Kereta Bank Muamalat Vehicle Financing-i GradPack

Anda memerlukan kereta untuk memandu ke tempat kerja pertama anda? Pinjaman kereta Bank Muamalat Vehicle Financing-i GradPack ini adalah khas untuk para graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran anda.

Menariknya pinjaman ini, anda hanya perlu membayar RM10 untuk menandatangani kontrak pinjaman ini! Bank Muamalat akan memberi anda margin pembiayaan sehingga 100% daripada harga kenderaan anda.

Anda boleh meminjam sebarang amaun yang sesuai dengan komitmen kewangan anda dan memilih tempoh yang fleksibel untuk anda membuat pembayaran. Pinjaman GradPack ini juga boleh digunakan untuk membiayai semua pembelian kereta tempatan dan asing yang terpilih untuk selama 9 tahun.

Alamat (HQ): Jalan Melaka, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2600-5500

Email Bank Muamalat


Kita mestilah membuat pertimbangan secara rapi sebelum membuat permohonan pinjaman kereta. Hal ini kerana ia adalah suatu komitmen kewangan yang memakan masa yang lama. Mudah-mudahan dengan senarai ini, anda dapat membuat pilihan yang tepat untuk membiayai pembelian kereta idaman anda.

Andakah anda bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri? Mungkin anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri? Jika begitu, lihatlah artikel kami berkaitan 6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda.

 

4.9/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kedah

Adakah anda bersetuju sekiranya kami mengatakan bahawa proses pinjaman sememangnya susah dan sebahagian daripada anda mungkin tidak mendapat pinjaman seperti yang diinginkan? Jika ya,...

5 Pinjaman Pendidikan Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia!

Pembiayaan pengajian di peringkat tinggi seperti Diploma dan Sarjana Muda bukanlah senang untuk para pelajar yang lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan. Malah, terdapat...

10+ TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Johor

Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah memberikan sedikit bantuan kewangan untuk membantu rakyat mereka yang terjejas. Adakah bantuan tersebut mencukupi atau berkurang bagi anda?...

11 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Perak

Anda tentunya tahu bahawa bukan semua pinjaman adalah teruk. Tidak mempunyai cukup wang untuk dibelanjakan adalah perasaan yang biasa kita ketahui dan banyak yang...

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...

4 Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Yang Ditawarkan Oleh Public Bank

Ada di antara kita yang kini sudah membuka lembaran baru dalam hidup seperti mendapat pekerjaan selepas graduasi, berkahwin, menimang cahaya mata dan sebagainya. Seiring...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x