Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Sabah

Anda serabut dan rungsing memikirkan masalah kewangan? Jangan risau, anda berada di halaman yang betul. Pemberi pinjaman wang berlesen di Sabah ada untuk memberikan penyelesaian pinjaman yang cepat dan mudah kepada mereka yang memerlukan. Pinjaman yang mereka berikan meliputi pelbagai jenis keperluan, mulai dari pinjaman peribadi hingga perniagaan.

Memohon pinjaman dan lihat bagaimana proses permohonan yang cepat dapat mengubah hidup anda. Penggunaan pinjaman wang berlesen tidak hanya terhad pada perniagaan dan syarikat, tetapi juga meluas kepada individu dan keluarga. Pada masa ini, sudah menjadi kebiasaan bagi individu untuk menggunakan perkhidmatan pemberi pinjaman wang berlesen ketika mereka memerlukan penyelesaian cepat terhadap masalah kewangan mereka. Bagi orang yang mencari pinjaman cepat, pemberi pinjaman wang berlesen ini menawarkan cara yang mudah dan cepat untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan. Namun, sebelum menyetujui pinjaman dengan mereka, pentingnya kadar faedah dibandingkan dengan alternatif lain yang terdapat di pasaran.

Senarai yang terpapar di bawah dapat membantu anda dalam membuat keputusan terbaik dalam mencari syarikat pinjaman wang berlesen di Sabah. Setiap pinjaman juga berbeza mengikut dokumen yang diperlukan, sektor pemohon bekerja, tempoh bekerja, dan syarat-syarat lain.

Pinjaman wang berlesen Kota Kinabalu


1. Mika Kaya Sdn Bhd

pinjaman wang tunai segera yang mudah

Mika Kaya Sdn Bhd merupakan syarikat pinjaman kewangan yang berlesen di Sinsuran Shopping Complex, Kota Kinabalu. Kelulusan pinjaman wang tunai segera yang mudah dan cepat. Permohonan anda diluluskan pada hari yang sama anda memohon dengan kadar faedah yang berpatutan. Pelanggan yang bekerja di bahagian kerajaan layak membuat permohonan ini. Selain itu, pekerja kilang, pesara, bergaji dan penerima bantuan kebajikan juga boleh meminjam dari syarikat pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai ini. Antara pinjaman yang disediakan oleh Mika Kaya Sdn Bhd ialah pinjaman baki hutang, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman bergadai. Tambahan pula, pinjaman bergadai yang tidak bercagar ditetapkan kadar faedah sebanyak 18%, manakala bercagar 12% bagi tempoh setahun. Pinjaman baki hutang juga tidak memerlukan gaji minima untuk memohon.

Alamat: Jalan Kamunta, Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–5.30pm, Sabtu: 8am–1pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Tel: +6010-7707699

Whatsapp Mika Kaya Sdn Bhd

 

2. KK Kayamas Sdn Bhd (1264546-K)

menyelesaikan hutang pinjaman

KK Kayamas Sdn Bhd menjalankan perkhidmatan mereka di Lorong Centre Point, Kota Kinabalu. Syarikat pinjaman wang berlesen Kota Kinabalu ini tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada pemohon dan proses kelulusan untuk mendapatkan pinjaman hanya dalam tempoh 45 minit sahaja. Pelanggan boleh memilih sama ada ingin menyelesaikan hutang pinjaman selama 6 bulan atau selama 60 bulan. Empat kategori pinjaman ditawarkan untuk pelanggan, antaranya ialah pinjaman peribadi, pinjaman koperasi, pinjaman bergadai, atau pinjaman untuk pindahan baki hutang. Kadar faedah yang rendah dari syarikat ini dapat membantu golongan pesara, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, dan penerima SOCSO / pencen. Setelah pinjaman anda diluluskan oleh syarikat pinjaman berlesen ini, anda akan menerima wang tunai melalui akaun bank anda secara kredit. Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi, dokumen berikut perlu disediakan iaitu salinan kad pengenalan, bil air, dan bil eletrik terkini.

Alamat: 4, Lorong Api – Api 2, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–5.30pm, Sabtu: 8am–12.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Tel: +6013-5882348

Whatsapp KK Kayamas Sdn Bhd

3. Wilayan Capital Money Lender Sdn. Bhd

pinjaman wang berlesen Kota Kinabalu

Wilayan Capital Sdn. Bhd merupakan antara syarikat pinjaman wang berlesen Kota Kinabalu. Syarikat ini menawarkan kadar faedah yang terendah di Sabah dan pembayaran balik pinjaman yang fleksibel. Pinjaman wang berlesen online tanpa wang pendahuluan dan tidak memerlukan cagaran. Kelulusan permohonan pinjaman wang hanya dalam tempoh 30 minit dan pemohon dapat pinjaman secara tunai. Kakitangan kerajaan, swasta, kilang, penerima kebajikan, penerima zakat, individu yang pencen, atau mempunyai i-Sinar layak untuk memohon pinjaman Kota Kinabalu ini.

Alamat: 1st Floor,Unit No.1/G8, Lorong Api – Api 1, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 8am–5pm, Ahad: 8am–12pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes

4. Pinjaman Wang Berlesen Sabah

pinjaman wang berlesen

Syarikat pinjaman berdaftar secara sah di Kota Kinabalu, Sabah. Bagi yang baru mula bekerja dalam tempoh 2 bulan layak untuk memohon. Bayaran balik bulanan pinjaman secara tetap. Anda tidak akan dikenakan bayaran pendahuluan. Beberapa pelanggan turut memberikan ulasan baik mengenai perkhidmatan pinjaman wang berlesen kota kinabalu ini.

Alamat: Kota Kinabalu, Pekan Donggongon, 89500 Penampang, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–6pm, Sabtu: 8am–2pm

Lokasi | Laman web | Ulasan Bisnes

Baca juga: 5 Syarikat Pinjaman Berlesen Kota Kinabalu Senang Lulus

Pinjaman wang berlesen Sandakan


5. Greatfame Dynasty Sdn Bhd Sandakan ( 1010125-K )

sediakan dokumen lengkap

Syarikat pinjaman kewangan yang beroperasi di Midtown, Sandakan. Faedah serendah 1.5% dan proses kelulusan permohonan yang cepat. Sekiranya gaji anda masuk melalui bank dan anda bekerja lebih daripada setahun, semestinya anda layak memohon. Anda haruslah menyediakan dokumen lengkap seperti yang diminta syarikat pinjaman wang berlesen Sandakan ini.

Alamat: Lot 18-1F, Block C , Mid Town Plaza, Batu 4, Jalan Lintas Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–5pm, Sabtu: 8am–1pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

 

6. Charng Jiang Enterprise Sdn Bhd

pesara layak untuk memohon.

Gaji anda masuk melalui bank, penerima i-Citra, Perkeso, dan pesara layak untuk memohon. Anda juga akan menerima komisen sebanyak 5% sekiranya membawa kawan anda untuk membuat pinjaman kewangan. Beberapa pelanggan turut memberikan bintang kepada syarikat pinjaman ini. 

Alamat: Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 8am–5pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

 

7. Success Label Sdn Bhd (1010100-D)

pinjaman wang berlesen Sandakan

Success Label Sdn Bhd adalah syarikat pinjaman wang berlesen Sandakan yang berdaftar secara sah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ialah slip gaji, penyata bank, bil elektrik / air, salinan kad pengenalan, dan penyata EPF terkini. Pemberi pinjaman wang berlesen di Sabah untuk memberikan penyelesaian pinjaman yang cepat dan mudah kepada mereka yang memerlukan. Dapatkan pinjaman dan lihat bagaimana proses permohonan cepat ini dapat mengubah hidup anda.

Alamat: 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–5pm, Sabtu: 8am–1pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

 

8. Evo Borneo Sdn Bhd

tanpa memerlukan penjamin

Evo Borneo Sdn Bhd terletak di Prima Square, Sandakan. Pinjaman segera tanpa memerlukan penjamin dan terbuka kepada pekerja semua sektor. Pemohon hendaklah bekerja dan gaji mereka haruslah masuk ke dalam bank. Mereka yang tersenarai dalam CTOS atau CCRIS boleh juga memohon. Pinjaman ini mengambil masa untuk lulus dalam masa sejam dan memerlukan beberapa dokumen penting.

Alamat: Prima Square, 90000 Sandakan Kota Kinabalu, 88400 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5pm, Sabtu: 9am–2pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes

 

9. Ever Credit Sdn Bhd

syarikat Ever Credit Sdn Bhd

Syarikat pinjaman ini menyediakan pinjaman kewangan untuk mereka yang memerlukan. Sepanjang tempoh PKP di negeri Sabah, urusan hanya dibuat melalui whatsapp. Sekiranya anda memerlukan pinjaman wang segera, pinjaman bank tidak lulus, atau ingin membuat pinjaman ini untuk membayar hutang lama, anda boleh cuba memohon pinjaman kewangan dari syarikat Ever Credit Sdn Bhd. Anda mampu menyelesaikan hutang kewangan di syarikat lain dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel. Jangan risau mengenai data peribadi anda, syarikat pinjaman akan sentiasa merahsiakan maklumat peribada anda.

Alamat: Lot D1, Ground Floor, Block 24, Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–5pm, Sabtu: 8am–3pm

Lokasi | Facebook

 

Pinjaman wang berlesen Tawau


10. Tawau Sabah Credit Corporation

Sabah Credit Corporation

Sabah Credit Corporation ini menawarkan beberapa kategori pinjaman, antaranya ialah pinjaman i-Cash, i-Executive, dan i-Gold. Pakej i-Cash untuk penjawat awam yang bertugas di Negeri Sabah dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan. Anda yang ingin memohon dikehendaki mengambil perlindungan Takaful. Tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga 120 bulan. Pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai dengan had pinjaman wang sehingga RM200,000. Tambahan pula, menawarkan kemudahan kredit dan pemohon boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa sehingga habis wang pinjaman dalam akuan mereka. Pinjaman wang berlesen Tawau ini menawarkan kadar keuntungan tetap sebanyak 3.99% setahun. Pakej i-Executive ditawarkan untuk pemohon rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan bekerja di Sabah. Gaji kasar pemohon secara bulanan haruslah RM2,500 ke atas dan telah bekerja minimun 1 tahun. Pakej i-Gold pula untuk warganegara Malaysia tidak lebih dari 67 tahun dan pesara dari sektor kerajaan. Golongan yang menerima dana pencen kasar minimum RM1,500 layak memohon.

Alamat: Jalan Chen Fook, Bandar Tawau, 91000 Tawau

Waktu Operasi: Sabtu & ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–5pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes

 

4.4/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Sarawak

Banyak keputusan pada masa kini melibatkan meminjam wang dan mengambil pinjaman. Keperluan untuk mengambil pinjaman boleh menjadi penting dan diperlukan pada masa yang berlainan. Salah...

8 Pinjaman Wang Berlesen Kuala Lumpur yang ‘Trusted’!

Seiring dengan ekonomi negara yang semakin pesat dan membimbangkan, kami percaya majoriti masyarakat sekarang pastinya mempunyai masalah kewangan khususnya anak muda. Buat mereka yang...

9 Bank yg Tawarkan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang dibekalkan oleh bank atau institusi kewangan yang berlesen di Malaysia. Ia disediakan untuk peminjam yang perlukan dana yang berlebihan...

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

10+ TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Melaka

Pada masa kini terutama golongan muda kelihatan jelas mengamalkan gaya hidup berhutang semata-mata untuk dilihat hidup dalam kemewahan. Hal ini disebakan oleh terpengaruh dengan...

5 Pinjaman Pendidikan Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia!

Pembiayaan pengajian di peringkat tinggi seperti Diploma dan Sarjana Muda bukanlah senang untuk para pelajar yang lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan. Malah, terdapat...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ISMAT AHING
ISMAT AHING
2 years ago

Selamat pagi boleh saya bertanya.
Sekiranya Saya buat pinjaman di syarikat kamu bernilai RM30.000 dan saya ambil selama 7tahun berapa sebulan yg perlu saya bayar dan berapa persen yg kamu ambil

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x