Isi Kandungan
Anda sedang menghadapi cabaran kewangan? Bank terus menolak permohonan pinjaman anda? Jangan risau! Terdapat banyak syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kajang yang mampu membantu menyelesaikan kemelut kewangan anda.
Permohonan wang pinjaman berlesen di semua syarikat ini juga sangat mudah dengan kelulusan yang cukup pantas. Paling penting, ke semua syarikat yang kami kongsikan di bawah ini merupakan syarikat pinjaman duit berlesen yang terdapat dalam senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar KPKT.
Tanpa membuang masa, jom lihat dalam perkongsian di bawah apakah senarai syarikat pinjaman peribadi berlesen tersebut!
Senarai Lengkap Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kajang
1. KASTURI MANAGEMENT SERVICES
Jika anda masih berasa ragu adakah syarikat ini berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, jangan risau kerana ia sudah pun didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjaman 1951 seperti yang telah kami nyatakan di atas.
Kasturi Management Services merupakan syarikat institut kewangan yang dipercayai untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.
Kelebihan memilih syarikat pinjaman peribadi berlesen ini adalah anda boleh mendapatkan pinjaman yang bernilai tinggi dengan pelbagai pilihan pinjaman berlesen seperti Pinjaman Peribadi dan Pinjaman Perniagaan, disertai skim kelulusan yang cepat.
Selain itu, syarikat pemberi wang pinjaman berlesen ini turut menawarkan kadar bunga yang rendah dan skim pembayaran yang sangat fleksibel.
Syarikat ini beroperasi di Kajang, Selangor, dan sangat berpegang teguh pada jadual pembayaran bulanan yang terjamin iaitu dengan kadar faedah yang tidak melebihi 18% setahun untuk pinjaman tanpa cagaran.
Hubungi Kasturi Management Services dengan kadar segera untuk maklumat selanjutnya dan dapatkan penyelesaian yang terbaik untuk keperluan kewangan anda.
Alamat: No 5-1, Jalan Jelok 6, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 9:30am – 5:30pm (Isnin – jumaat), 9.30am – 3.00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
2. EASY LINK TRADING KAJANG
Easy Link Trading Kajang adalah pilihan terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan dan sering ditolak oleh bank untuk pinjaman peribadi.
Mereka menawarkan pinjaman peribadi berlesen dengan dokumen yang ringkas, termasuk 3 bulan slip gaji terbaru, 3 bulan slip bank terbaru, salinan IC depan belakang, bil utiliti untuk api dan air, serta surat pengesahan jawatan.
Syarikat pinjaman duit berlesen ini turut membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk meminjam wang tidak kira latar belakang seperti pekerja kerajaan, pekerja swasta, pekerja kilang, pencen, dan pesara.
Kelebihan lain yang terdapat pada Easy Link Trading ini adalah mereka menawarkan pembayaran balik yang fleksibel dan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.
Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang dikenakan kepada pemohon iaitu anda tidak layak untuk memohon jika terlibat dalam hutang di tempat lain, judi online, perdagangan Forex, atau jika tidak mempunyai SSM untuk perniagaan.
Begitu juga dengan individu yang bekerja secara sendiri atau terdapat dalam senarai hitam money lender.
Alamat: 25, Jalan Tukang, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 5:30pm (Isnin – jumaat), 9.00am – 3.00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan BisnesÂ
3. Jasa Awan Biru Sdn. Bhd. – Pinjaman Wang Berlesen Kajang
Jasa Awan Biru Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat wang pinjaman berlesen yang berlokasi di Kajang. Syarikat ini menawarkan pinjaman peribadi dengan pelbagai kelebihan.
Pelanggan dapat memohon pinjaman duit berlesen sebanyak RM1,000 dan mendapatkannya dengan nilai penuh tanpa sebarang caj perkhidmatan.
Syarikat ini turut menyediakan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dan swasta, serta membolehkan pemohon menggunakan EPF & SOCSO sebagai jaminan pinjaman.
Kelebihan lain termasuk kelulusan dalam masa 30 minit sahaja dan penerimaan tunai secara segera. Jasa Awan Biru juga menawarkan peluang untuk wang pinjaman berlesen sehingga RM10,000 dengan kadar yang rendah.
Jadi, jika anda menghadapi masalah kewangan, syarikat ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk menyelesaikan keperluan kewangan anda!
Alamat: No 45 A, Jalan Tun Abdul Aziz, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm (Isnin – jumaat), 9.00am – 3.00pm (Sabtu)
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes
4. LIBYEE CREDIT SDN. BHD.
Pilihan syarikat yang membolehkan anda pinjam wang berlesen yang seterusnya adalah Libyee Credit Sdn. Bhd.
Syarikat Libyee Credit Sdn. Bhd. antara syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang berdaftar di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Kajang.
Syarikat ini menyediakan pinjaman bercagar dan tidak bercagar dengan kelulusan yang cepat serta skim pembayaran balik yang fleksibel.
Dengan proses yang mudah, cepat, dan senang, mereka dapat membantu anda mendapatkan wang yang anda perlukan tanpa sebarang kerumitan.
Kelebihan memilih Syarikat Libyee Credit Sdn. Bhd. termasuklah pinjaman khas untuk pelbagai kategori seperti kakitangan kerajaan, swasta, pencen, cagaran, dan lain-lain.
Menariknya lagi jika anda pinjam wang berlesen di sini, mereka turut menawarkan faedah yang rendah serta pembayaran balik yang disesuaikan dengan kemampuan kewangan anda.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pembiayaan peribadi dengan jumlah pinjaman antara RM500 hingga RM100,000 dan tempoh pinjaman pula adalah selama 90 hari hingga 24 bulan.
Manakala untuk kadar min-max sebulan (APR) adalah antara sebanyak 1% hingga 1.5% dan kadar min-max setahun (APR) adalah antara 12% hingga 18%.
Jika nama anda disenarai hitam, jangan risau! Libyee Credit Sdn. Bhd. masih lagi membuka peluang kepada individu yang tersenarai dalam senarai hitam (blacklist) untuk memohon pinjaman.
Alamat: 1st Floor, 58a, Jln Tun Abdul Aziz, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 9:00am – 5:00pm (Isnin – jumaat), 9:00am – 3:00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | FacebookÂ
Dengan reputasi yang terbukti dan banyak kelebihan menarik, jadikan salah satu syarikat pinjaman wang berlesen di atas sebagai pilihan terbaik anda untuk memohon pinjaman peribadi yang mudah dan cepat.
Anda juga boleh melawat pejabat mereka secara langsung atau membuat permohonan secara online.
Hubungi mereka sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi pinjaman mereka melalui maklumat yang kami kongsikan di atas. Semoga membantu!