Yunnan: Destinasi Muslim di China Yang Ramai Tak Tahu

China dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan tamadun purba, kepelbagaian etnik dan landskap luar biasa. Namun, di sebalik imej tersebut, terdapat satu wilayah yang semakin mendapat perhatian pelancong Muslim global iaitu Yunnan. Wilayah ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya tetapi semakin dikenali sebagai destinasi muslim di China yang autentik dan bersejarah.

Sebagai destinasi mesra muslim, Yunnan menempatkan lebih 700,000 penduduk Islam dan lebih 820 masjid aktif di bandar serta kawasan luar bandar. Yunnan merupakan sebuah wilayah yang mempunyai keseimbangan antara alam semula jadi yang mempesona, warisan budaya pelbagai etnik dan kelangsungan amalan Islam yang cukup kukuh. Faktor-faktor inilah yang menjadikan Yunnan sebagai pilihan terbaik bagi pelancong Muslim yang mahukan pengalaman berbeza di China.

Bila Masa Paling Sesuai Melawat Yunnan Destinasi Muslim di China Yang BEST Ini?

destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch

Wilayah ini sebenarnya cukup dikenali sebagai iklim yang digambarkan sebagai “musim bunga sepanjang tahun” dengan suhu sederhana serta udara yang cukup nyaman. Oleh sebab itu, Yunnan sangat sesuai dijadikan sebagai tempat percutian sepanjang tahun.

destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch

Bagi anda yang merancang percutian ke destinasi mesra muslim ini, anda boleh datang ke sini pada musim bunga (Mac hingga Mei) dan musim luruh (September hingga November) yang merupakan musim puncak pelancongan.

destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch

Namun, jika anda tidak gemar dengan bilangan pelancong yang terlalu ramai, kami mengesyorkan kepada anda untuk datang bercuti ke sini pada musim sejuk (Disember – Februari).

destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @jasmine_pirsch

Bilangan pelancong pada musim sejuk di sini adalah lebih rendah serta kos penginapan juga lebih murah dan berpatutan. Melancong ke Yunnan di luar musim puncak turut memberi peluang kepada anda untuk merasai suasana komuniti tempatan dengan lebih tenang.

Jika ingin merasai lebih pengalaman, anda juga boleh merancang untuk bercuti ke sini dengan membuat semakan mengenai festival-festival menarik yang diadakan pada tarikh tertentu dan musim buah-buahan yang unik.

Dengan perancangan yang rapi serta tepat, anda dapat menikmati pengalaman unik dan penuh bersejarah di sini dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan.

Keunikan Komuniti Islam di Yunnan


Sejarah Kedatangan Islam Yunnan Destinasi Muslim di China

Islam tiba di Yunnan seawal Dinasti Tang melalui pedagang Arab dan Parsi. Kemasukan tentera Asia Tengah pula berlaku pada era empayar Mongol di bawah pemerintahan Kublai khan.

Melalui kedatangan mereka ini, maka terhasillah perkahwinan campur antara pedagang Muslim dengan masyarakat tempatan yang melahirkan komuniti Hui lalu menjadikan

Yunnan sebagai wilayah Islam tertua di China barat daya.

Demografi Muslim Yunnan

Untuk makluman anda, Yunnan mempunyai lebih 99 peratus umat Islam yang terdiri daripada etnik Hui, manakala selebihnya datang daripada etnik Bai, Dai, Tibet dan Zhuang.

Kepelbagaian etnik ini membentuk landskap budaya Islam yang unik dan harmoni, sekaligus menjadikan Yunnan wilayah paling unik dari segi identiti Islam.

Jaringan Masjid Yang Luas

Terdapat lebih 820 masjid aktif di Yunnan. Masjid-masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, malah menjadi nadi sosial dan pendidikan komuniti Islam. Berikut merupakan masjid-masjid unik di Yunnan iaitu:

  • Masjid Shadian

Masjid Shadian
Kredit gambar: Instagram @masjids_around_world_
Masjid Shadian
Kredit gambar: Instagram @jianjiancito

Masjid Shadian merupakan destinasi penting bagi pelancong Muslim global sebagai pusat akademik dan agama bagi komuniti Muslim Yunnan. Masjid Shadian yang merupakan antara masjid terbesar di barat daya China ini dibangunkan dengan kubah hijau megah, mempamerkan seni bina Islam moden serta menjadi simbol kuat destinasi mesra muslim di Yunnan.

  • Masjid Nancheng, Kunming

Masjid Nancheng, Kunming
Kredit gambar: Instagram @zetafebianna

Masjid Nancheng pula memaparkan seni bina gabungan Cina-Islam yang unik melalui pintu gerbang bergaya Cina dengan menara Bunkou berbentuk pavilion menjadi simbol integrasi budaya Konfusianisme-Islam. Ia merupakan antara masjid paling aktif dan mudah diakses di ibu kota.

  • Masjid Najiaying, Tonghai

Masjid Najiaying di Tonghai mempunyai reka bentuk campuran seni bina Arab dan Cina yang harmoni. Di sini terdapat sekolah agama, kelas bahasa Arab dan pengajian klasik Islam.

Ia merupakan masjid tertua di Yunnan.

  • Masjid Shuncheng, Kunming

Masjid Shuncheng, Kunming
Kredit gambar: Instagram @kasmie_arnie

Masjid ini dibina semula dengan seni reka bentuk moden islamik. Ia dilengkapi ruang solat untuk lelaki dan wanita serta kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, bilik bacaan dan kantin.

  • Masjid Pintu Selatan, Dali

Terletak dalam Kota Purba Dali, masjid ini dikelilingi kedai halal yang memudahkan pelancong Muslim. Walaupun kecil tetapi ia sangat penting dalam komuniti Bai Muslim.

Tarikan Pelancongan Utama Yunnan Destinasi Muslim di China


Bandar Purba Lijiang

Bandar Purba Lijiang
Kredit gambar: Instagram @gretastravels
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @gretastravels

Jika anda berkunjung ke Yunnan, apa kata kalau anda melawat bandar purba Lijiang. Bandar purba Lijiang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Bandar Purba Lijiang
Kredit gambar: Instagram @gretastravels
Bandar Purba Lijiang
Kredit gambar: Instagram @gretastravels
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @suecheah9988

Ia berusia lebih 800 tahun. Bandar purba ini mempunyai lorong jalan berbatu, halaman tersembunyi, pasar budaya, terusan air jernih dan setiap binaan mempunyai ukiran seni bina etnik Naxi.

destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @gretastravels

Bandar Purba Lijiang yang merupakan simbol klasik Yunnan cukup sesuai untuk aktiviti berjalan santai, fotografi dan menikmati budaya tradisional yang memberikan anda pengalaman kembali ke zaman silam.


Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)

Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @jerzy_kovalskiy
Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @jerzy_kovalskiy
Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @jerzy_kovalskiy
Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @____chanin
Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @____chanin

Tempat menarik di Yunnan yang seterusnya adalah Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool) yang merupakan taman indah dengan air jernih dan pemandangan Jade Dragon Snow Mountain.

Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @jerzy_kovalskiy
Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @jerzy_kovalskiy
Kolam Naga Hitam (Black Dragon Pool)
Kredit gambar: Instagram @____chanin

Ia lokasi wajib jika anda meminati fotografi dan ingin menikmati ketenangan.


Gunung Salji Jade Dragon (Jade Dragon Snow Mountain)

Gunung Salji Jade Dragon (Jade Dragon Snow Mountain)
Kredit gambar: Instagram @phan_pang965

Rasai pengalaman menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Salji Jade Dragon. Gunung bersalji berketinggian lebih 4,600 meter ini mempunyai pemandangan lembah yang subur dan puncak putih yang memukau.

Gunung Salji Jade Dragon (Jade Dragon Snow Mountain)
Kredit gambar: Instagram @phan_pang965

Ia juga merupakan tempat hiking yang sesuai untuk pencinta alam.


Hutan Batu Shilin (Stone Forest)

Hutan Batu Shilin merupakan keajaiban alam semula jadi hasil pembentukan batu kapur berjuta tahun. Tempat menarik di Yunnan ini kelihatan seperti hutan tetapi terdiri daripada batu menjulang.

Ia merupakan lokasi penting bagi budaya etnik Yi.


Bandar Purba Shuhe

Lebih tenang berbanding Lijiang, bandar purba Shuhe merupakan bandar penting di Jalan Kuda Teh Purba. Sangat sesuai untuk pelancong yang mahukan suasana autentik tanpa kesesakan pelancong.


Pekan Purba Baisha

Pekan Purba Baisha
Kredit gambar: Instagram @frank.verburg

Pekan Purba Baisha merupakan ibu kota asal kaum Naxi. Ia cukup terkenal dengan lukisan dinding Baisha dan pemandangan Gunung Salji Jade Dragon dari jarak dekat.

Pekan Purba Baisha
Kredit gambar: Instagram @janiceymkoh

Suasana di sini sangat tenang, klasik dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi.


Blue Moon Valley

Blue Moon Valley
Kredit gambar: Instagram @mamannorman

Blue Moon Valley terletak di kaki Gunung Yulong. Anda boleh menikmati kecantikan air tasik biru kehijauan yang jernih dan kelihatan seperti lukisan.

Blue Moon Valley
Kredit gambar: Instagram @mamannorman
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @mamannorman

Blue Moon Valley merupakan salah satu lokasi fotografi tercantik di Yunnan.


Tasik Lugu

Tasik legenda kaum Mosuo (masyarakat matriarki) ini juga mempunyai air biru yang sangat jernih. Tasik lugu ini dikelilingi pergunungan yang cukup cantik dan mempesonakan.

Ia adalah lokasi paling romantik dan misteri di Yunnan.


Tiger Leaping Gorge

Tiger Leaping Gorge
Kredit gambar: Instagram @armbrownies

Tiger Leaping Gorge antara gaung terdalam di dunia dan ia mempunyai sungai deras diapit gunung tinggi menjadikannya destinasi kegemaran pencinta alam dan pengembaraan.


Shangri-La

Tempat menarik di Yunnan yang seterusnya adalah Shangri-La yang diliputi dataran tinggi Tibet dengan kuil lama, padang rumput luas dengan suasana spiritual. Shangri-La dianggap “syurga di bumi” dengan keindahan alam yang suci dan mendamaikan.


Bandar Purba Dali

Bandar Purba Dali
Kredit gambar: Instagram @natalieelim

Ia merupakan bandar purba kaum Bai yang berlatarbelakangkan Gunung Cangshan dan Tasik Erhai.

destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @natalieelim

Hasil gabungan sejarah dengan pemandangan yang menakjubkan serta keunikan seni bina dan gaya hidup santai, tidak hairanlah mengapa ia menjadi destinasi wajib pelancong.


Tasik Erhai

Tasik Erhai
Kredit gambar: Instagram @mingxpchen
Tasik Erhai
Kredit gambar: Instagram @mingxpchen
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @mingxpchen
destinasi muslim di china
Kredit gambar: Instagram @mingxpchen
Tasik Erhai
Kredit gambar: Instagram @mingxpchen

Tasik Erhai merupakan tasik ikonik berbentuk telinga manusia. Tasik ini popular untuk pelancong melakukan aktiviti seperti berbasikal, fotografi dan menikmati suasana romantik dengan pemandangan gunung dan air yang menenangkan.


Pekan Lama Weishan, Daerah Weishan, Dali

Pekan purba dengan warisan Muslim Hui yang masih kekal kukuh dengan pelbagai seni bina masjid bersejarah. Pekan lama ini cukup terkenal dengan seni bina yang terpelihara digabungkan pula dengan suasana pelbagai budaya.


Pekan Mongolia Xingmeng, Daerah Tonghai

Pekan Mongolia Xingmeng di daerah Tonghaie adalah sebahagian daripada fabrik budaya Yunnan yang pelbagai. Pekan ini merupakan perkampungan etnik yang unik berhampiran Tonghai yang mempamerkan budaya dan seni bina tradisional Mongolia.


Makanan Halal & Masakan Yunnan Destinasi Muslim di China

Jangan risau soal halal haram makanan di Yunnan. Hal ini kerana makanan halal bukan masalah besar di Yunnan kerana ia didiami komuniti Muslim yang besar dan permintaan makanan halal sentiasa wujud.

Di destinasi mesra muslim ini, majoriti hidangan berasaskan daging lembu dan kambing. Yunnan kaya dengan makanan halal kerana pengaruh kuat komuniti Hui.

Hidangan yang cukup terkenal adalah seperti sup daging lembu, mi lembu pedas, ayam sos kuning, kebab panggang ala Xinjiang.

Anda juga boleh menikmati pelbagai snek sedap seperti Niangdaba yang merupakan daging lembu kering yang digoreng rangup, Lofan iaitu susu yang dibakar atau digoreng, snek ikon Dali seperti Youxiang yang merupakan roti tepung goreng berongga, rangup dan wangi.

Restoran halal juga sangat mudah ditemui di bandar besar seperti Lijiang, Kunming, Dali dan Xi’an.

Senarai Penginapan & Hotel Mesra Muslim di Yunnan


1. Cloudhaven Retreat

Cloudhaven Retreat
Kredit gambar: Website https://www.klook.com/

Jika pergi bercuti, penginapan tentunya yang paling utama kan? Apa kata anda menginap di Cloudhaven Retreat yang terletak di tengah-tengah Lijiang, tidak jauh dari Bandar Lama Lijiang dan 3 minit memandu dari Mural Lijiang.

Cloudhaven Retreat antara hotel paling popular dalam kalangan pelancong Muslim di Lijiang. Ia menawarkan akses mudah ke kawasan budaya dan komuniti Muslim.

Hotel ini menyediakan kemudahan mesra Muslim seperti makanan halal, kawasan bebas arak dan perkhidmatan berorientasikan Islam.

Tarikan menarik berdekatan dengan hotel ini adalah bandar purba Lijiang, kolam naga hitam, pusat kebudayaan dan tarikan bandar lama Lijiang.

Alamat: 126 Wenmiao Alley, Lijiang, All of Yunnan, 674100, China

Lokasi


2. Shadian Quality Life House

Penginapan mesra muslim yang seterusnya adalah Shadian Quality Life House. Penginapan ini terletak di Shadian yang merupakan pusat komuniti Muslim terbesar di Yunnan. Lokasinya yang strategik memudahkan anda untuk melawat Masjid Besar Shadian.

Tempat penginapan di Yunnan ini menyediakan kemudahan mesra Muslim seperti hidangan halal, bilik selesa untuk keluarga dan pengembara solo.

Tarikan utama yang berdekatan dengan Shadian Quality Life House adalah seperti Masjid Besar Shadian, takungan air Baipo, tapak budaya dan komuniti Muslim di Gejiu.

Alamat: Baipo Reservoir, 661013 Gejiu, Yunnan, China

Lokasi


3. Dali Taoxi Secret Manor

Dali Taoxi Secret Manor
Kredit gambar: Website https://my.trip.com/hotels/

Pilihan penginapan mesra muslim yang menjadi pilihan ramai berikutnya adalah Dali Taoxi Secret Manor. Dali Taoxi Secret Manor terletak dalam lingkungan 5 minit memandu dari Three Pagoda dan Jalan Dali Wenxian.

Tempat penginapan mesra muslim ini memberikan anda pengalaman budaya yang autentik kerana kedudukannya di kawasan yang strategik. Kemudahan mesra Muslim yang disediakan di sini adalah seperti hidangan halal, kawasan bebas arak dengan suasananya yang mesra, sesuai untuk anda seisi keluarga.

Dali Taoxi Secret Manor turut berdekatan dengan lokasi menarik seperti bandar purba Dali dan Tasik Erhai.

Alamat: Beimen Street No. 160, Dali, All of Yunnan, 671000, China

Lokasi


Yunnan – Permata Tersembunyi Destinasi Muslim di China

Yunnan destinasi mesra muslim yang memiliki keunikan tersendiri. Dengan keindahan alam semula jadi, warisan Islam, makanan halal, merangkumi budaya pelbagai etnik, Yunnan kini destinasi percutian mesra Muslim terbaik dunia.

Tempat percutian ini patut menjadi destinasi wajib bagi anda yang mahukan percutian mesra muslim, selamat dan unik tanpa perlu mengorbankan keperluan halal.

Gabungan alam semula jadi, budaya, dan warisan Islam yang menakjubkan, kami pasti Yunnan bakal menjadi destinasi yang benar-benar meninggalkan kesan menarik dalam percutian anda.

Selamat bercuti!

Baca juga: 10 Destinasi Mesra Muslim di Taipei, Taiwan yg BEST

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Destinasi Mesra Muslim di Taipei, Taiwan yg BEST

Taiwan tidak hanya terkenal dengan keindahan alam dan kemajuan teknologi, tetapi juga merupakan destinasi yang mesra untuk pelancong terutama Muslim. Bagi anda yang sedang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x