Isi Kandungan
Vietnam semakin popular sebagai destinasi percutian mesra muslim yang menarik untuk pelancong di seluruh dunia. Terdiri daripada pelbagai daerah, Da Nang menjadi salah satu pusat perhatian. Untuk anda yang ingin datang bercuti ke sini dan tercari-cari pantai di Da Nang yang paling cantik dan best, dalam entri kali kami senaraikan kepada anda 11 pantai paling cantik di Da Nang, Vietnam untuk anda terokai.
Jom lihat senarainya!
Senarai Pantai di Da Nang Vietnam Untuk Percutian Santai Mesra Muslim
1. Pantai My Khe

Pantai pertama di Da Nang yang wajib anda kunjungi adalah Pantai My Khe. Ia merupakan salah satu pantai paling terkenal di kawasan ini.
Di sini anda boleh lihat pantainya yang sangat bersih dengan pasir halus seperti serbuk dan air laut yang biru kejernihan.

Berjalan kaki di sepanjang pantai ini memberi anda rasa yang penuh ketenangan, terutamanya jika anda ke sini pada waktu pagi atau petang.

Apatah lagi tatkala melihat kecantikan matahari terbenam di sini yang pastinya membuatkan anda terkenang-kenangkan kenangan lalu.


Untuk makluman anda juga, pantai My Khe ini juga pernah tersenarai sebagai antara 10 pantai tercantik di dunia oleh majalah Forbes.
Nak tahu secantik mana pantai ini? Jom datang ke sini secepat mungkin!
Alamat: Da Nang 550000, Vietnam
2. Pantai Non Nuoc

Destinasi pantai yang seterusnya pula adalah Pantai Non Nuoc. Pantai Non Nuoc terkenal dengan garis pantai yang panjang serta suasana yang lebih tenang berbanding pantai lain.

Ombaknya yang sederhana menjadikannya sesuai untuk anda melakukan aktiviti berenang atau sekadar menikmati pemandangan laut.
Pantai ini juga berada berhampiran kawasan pergunungan yang indah, menjadikan suasana sekitarnya lebih menarik dan menakjubkan.

Kalau dibandingkan dengan pantai My Khe, pantai ini lebih tenang dan kurang sesak. Sesuai untuk anda yang tidak sukakan keramaian dan ingin cari kedamaian.
Jika ke sini, anda harus mencuba makanan laut segar di restoran tepi pantai tempatan.
Pantai ini wajib masuk dalam list bucket anda!
Alamat: Hoa Hai, Ngu Hanh Son, Da Nang 550000, Vietnam
3. Pantai Bai Chuoi atau Banana Beach (Summer Scenes)

Pantai tersembunyi yang bagus dan cantik, sesuai untuk anda menghabiskan masa dengan menikmati keindahan alam.



Untuk ke sini, anda perlu berjalan di hutan selama satu jam untuk sampai ke pantai. dan pendakian menuruni hutan juga sangat cantik. Laluannya juga mudah. Ia merupakan pantai yang terpencil namun masih berbaloi untuk dikunjungi.


Memandangkan pantai ini jauh dari kemudahan, pastikan anda membawa air dan minuman yang mencukupi.
Alamat: 647R+8MF, TT. Lang Co, Phu Loc, Thanh pho Hue, Vietnam
4. Bai Tam Pham Van Dong

Pantai Bai tam Pham Van Dong memberikan anda rasa yang sejuk dan nyaman. Tiga jam anda di sini pastinya berlalu dalam sekelip mata.

Ia tempat yang bagus untuk anda bersantai dan berjemur di pantai.

Pantai Bai Tam Pham Van Dong merupakan salah satu pantai awam yang paling indah dan mudah diakses di Da Nang.
Pasir yang luas dan bersih, air yang jernih, dan ombak yang sederhana menjadikannya destinasi sesuai untuk anda berenang, bersiar-siar, atau bermain sukan pantai.

Kawasan sekitarnya juga mempunyai banyak kafe, restoran makanan laut, dan perkhidmatan penyewaan kerusi pantai yang mudah.
Paling best, ia tidak sesak seperti Pantai My Khe semasa waktu puncak.
Alamat: Da Nang, Vietnam
5. Bai Tam Son Thuy

Pantai ini terletak kira-kira 4 kilometer dari My Khe. Kawasan pantainya bersih dengan pasir licin dan air laut yang jernih.
Ramai pengunjung datang ke sini untuk berenang kerana kawasan pantainya dijaga dengan baik dan cantik serta mempunyai kemudahan yang selesa.
Alamat: Tran Quoc Hoan, Ngu Hanh Son, Da Nang, Vietnam
6. Vanessa Beach


Cantik, damai, dan sangat menenangkan! Vanessa Beach menawarkan suasana yang sangat damai dengan garis pantai yang panjang dan cetek.
Pantai ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati pemandangan matahari terbit yang indah.
Terdapat juga kerusi berjemur dan payung yang disediakan untuk pengunjung yang ingin berehat sambil menikmati angin laut.
Alamat: X79Q+859, Hoa Hai, Ngu Hanh Son, Da Nang, Vietnam
7. Pantai Quan Hai San Tan Tra

Pantai Quan Hai San Tan Tra merupakan salah satu pantai yang tenang di Da Nang. Ia terkenal sebagai tempat santai yang kurang sesak pada waktu siang.
Pasirnya yang halus dan air lautnya yang agak suam, menjadikannya tempat yang selesa untuk anda berehat santai.
Menjelang lewat petang, pantai ini biasanya menjadi lebih meriah apabila penduduk tempatan datang menikmati suasana laut.
Jika anda kurang gemar dengan kesesakan, boleh datang berkunjung ke sini sebelum pukul 5 petang ke atas.
Alamat: X7QG+HG5, Nga tu Truong Sa va, Vo Quí Huan, Khu do thị FPT City, Ngu Hanh Son, Da Nang 550000, Vietnam
8. Bai Bien Nguyen Tat Thanh

Destinasi pantai di Da Nang yang seterusnya adalah Bai Bien Nguyen Tat Thanh. Salah satu pantai paling terkenal di bandar ini, pantai luas dengan pemandangan gunung ini terbentang di sepanjang Jalan Nguyen Tat Thanh dengan pasir keemasannya yang halus, air biru yang jernih, dan ombak yang tenang.
Sesuai untuk anda berjalan santai, berenang atau menikmati pemandangan laut yang luas.
Selain melakukan aktiviti seperti bersenam atau berkelah, pantai ini juga tempat menakjubkan untuk anda mengambil gambar dengan laut dan gunung di sekelilingnya.
Pantai Bai Bien Nguyen Tat Thanh juga berdekatan dengan pusat peranginan, restoran dan kafe, menjadikannya mudah bagi anda untuk menggabungkan tempat makan, bersantai, dan meneroka tarikan yang terletak berdekatan.
Alamat: Lo B1 Phạm Dình Ho, Hoa Minh, Lien Chieu, Da Nang, Vietnam
9. Hai Dang Tien Sa


Pantai ini mempunyai rumah api kecil ini yang terletak di kawasan yang agak tersembunyi. Jika ingin ke rumah api ini, anda perlu berjalan kaki kira-kira dua jam untuk sampai.


Sepanjang perjalanan, anda mungkin berpeluang melihat Lutung Douc (Red-Shanked Douc Langur) yang jarang ditemui.
Dari puncak rumah api ini, anda boleh melihat pemandangan laut luas yang kelihatan sangat menakjubkan.
Alamat: Thọ Quang, Son Tra, Da Nang, Vietnam
10. Mui Sung

Destinasi pantai yang terakhir wajib anda kunjungi adalah pantai Mui Sung. Pantai ini terkenal dengan pemandangan lautan dan gunung yang sangat memukau.


Ramai pengunjung datang ke sini pada awal pagi untuk menyaksikan matahari terbit.
Selain panorama laut, latar langit bandar juga boleh dilihat dengan jelas dari kawasan ini. Ramai menganggap tempat ini mempunyai pemandangan terbaik seluruh Da Nang.
Alamat: 38W4+MMJ, Hoang Sa, Thọ Quang, Son Tra, Da Nang, Vietnam
11. Bai Da Obama


Pantai berbatu yang sangat cantik wajib untuk anda kunjungi. Pantainya berpasir indah dengan air biru jernih dan batu karang berwarna-warni.


Tempat ini kelihatan lebih cantik, terutamanya semasa matahari terbenam dengan warna-warna batu yang memberikan kontras yang baik dengan cahaya matahari.


Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, berenang, berkelah atau sekadar berehat.
Alamat: Thọ Quang, Son Tra, Da Nang, Vietnam
Jika anda mencari destinasi pantai mesra muslim yang cantik, tenang dan sesuai untuk berehat, Da Nang Vietnam memang pilihan paling tepat.
Ditemani pantai yang bersih, laut biru kejernihan, pemandangan alam yang indah serta suasana santai menjadikan bandar ini tempat yang ideal untuk anda menghabiskan waktu percutian bersama keluarga atau sahabat tersayang.
Jom datang ke sini dan hayati keindahan semua destinasi pantai mesra muslim di Vietnam yang kami kongsikan di atas!
Baca juga: Melancong ke Vietnam – 11 tempat menarik di Ho Chi Minh City

